ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, July 20, 2012

Kek Coklat 5 Pintu Siap! Ya, Gitewwww


Assalammualaikum :) Kek Coklat 5 pintu telah berjaya ku make~up! dan telah pun ku hantar ke rumah jiran sebelah-menyebelah.
Dengan motto.. bila tiba bulan puasa ramai jiran dok cerita..

"Kat tv tu dok iklan coklat aje bulan-bulan puasa macam ni, buat kurang pahala puasa aje. Dah tu yang kanak-kanak dok merengek lapo!"

ya, giteww... kisah beberapa tahun dahulu dan tahun ini i begitu peka terhadap masaalah seperti di atas :))

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak


Sama-samalah kita yaa kawan-kawan.. :D


Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini.. i dah ada idea apa yang ingin ku kongsikan kepada semua kengkawan.. bermula hari esoklah yaa.. memacam yang i nak share.. apa dia?
kan dah kata esok :D


Kek coklat 5 pintu yang di atas ini ialah khas buat keluarga Abang yang bakal ku bawa hari esok, sebab berbuka di sana bersama bonda. Nampak tak topping coklat ganache yang tak penuh tu?
Haaa.. bukan lokek tetapi... bonda memang tak suka kek coklat yang penuh, muak katanya. Kalau kek marble dia suka.. kek marble minggu depan i buatkan ekk.. versi puasa baek punyer! demi Alif Bom! Bom! haaa i bubuh jugak cekelat cam tu.. ya giteeew :D


Kek Coklat 5 pintu di atas ini i buatkan khas buat ibu mertua kesayangan. Dia pun tak suka kek coklat sangat.. tapi anak, cucu dan menantunya yang berkumpul di rumah mertua ahad nanti suka :D so i buh topping coklat ganache bebanyak :)

JOM! KITA BUAT DULU..

KEK COKLAT 5 PINTU


UNTUK 2 ADUNAN SEBAB HANTAR 5 PINTU :D

BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN A

2 tin susu cair
4 biji telur
2 cawan gula castor
1 sudu kecil garam halus
2 cawan minyak *corn oil*
1 sudu besar esen vanilla

BAHAN B

4 cawan tepung kek
1 sudu besar baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko *van hauten*

*BAHAN B SEMUA DI AYAK BERSAMA*

CARA :

Panaskan ketuhar dengan suhu 160'C selama 15 minit terlebih dahulu.
Campurkan *BAHAN A* dan putar sehingga gula larut dan kesemua bahan sebati *anggaran 5 minit*
setelah itu,
Masukkan *BAHAN B*sedikit demi sedikit dan putar sehingga kesemua bahan selesai dan putar lagi sekitar 4 minit.
oleskan loyang kecil 16cm bersama sedikit minyak dan alaskan dengan kertas minyak.
Bahagikan adunan dan bakar di dalam oven selama lebih kurang 35-40 minit.
Setelah kek masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu.


kek tu merekah sebab terlalu lama dalam oven :D
i terlupa ;))


keluarkan dari loyang..


potong kepada dua bahagian


sapukan di tengahnya dengan blue berry filling...
terus jiran i feeling :D


ya, betul begitewww :)
tangkupkan bahagian yang satu lagi...


sedia di curahkan dengan coklat ganache dan hiaslah mengikut kreativiti anda :D

TARRAA!!!

KEK COKLAT 5 PINTU


yang ni jiran i punya sebelah kanan... *kalau menghadap jalan* :))


yang sebelah lagi toppingkan lagi dengan cekelat sebab dia tak de diabetes :D


guna whipping cream.. dah cair :D


jadi jiran i dapat menikmati KEK COKLAT 5 PINTU sebelum berpuasa esok hari :))


KEK COKLAT 5 PINTU
rumah ibu mertua :D


dari sipi bahagian kanan... 


dari sipi bahagian kiri... :))


KEK COKLAT 5 PINTU
Bonda dan keluarga Alif Bom! Bom! punye :D


secara sipi bahagian kanan.. :D

KEK COKLAT 5 PINTU


i punye :D
wahh sha ko punya bukan main tebal cekelat?? ini tidak adil!
ehem! setakat ni kat rumah ni tak ada yang berpantang bab cekelat tu yang melampau ku bubuh :))

i punye secara sipi.. bahagian kanan.. :)


Sekian sahaja.. selamat bersahur dan berpuasa esok hari ya kawan-kawan..
kurangkan makan.. lebihkan amal.. :D

Assalammualaikum...

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
BERSEDIA SOALAN KE~10???
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Selamat mengira.. scrool down up and down :))

Good luck!

TATA!!!



Sambal Sotong Hidangan Tengahari Sebelum Menjelang Ramadhan Al-Mubarak


Assalammualaikum, :)

Hidangan tengahari sebelum Ramadhan Al-Mubarak menjelma hanya beberapa jam sahaja lagi. Dan hidangan yang ku kongsikan di sini hari ini mungkin dapat membantu surirumah dan juga wanita yang bekerja. Hidangan yang simple tetapi cukup membuka selera setiap kali menyuap, ya giteew :D sesuai untuk bersahur dan berbuka juga.

SAMBAL SOTONG


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar *saiz sedang*
4 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm belacan
30 tangkai cili kering

BAHAN LAIN :

1 kg sotong *saiz sedang*
1 batang serai titik
1 biji bawang hollan *potong bulat*
50 ml air asam jawa
gula dan garam
minyak

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan serai dan juga *BAHAN KISAR* renehkan dengan api sederhana dan sentiasa di kacau dan tumiskan lama sedikit.
Setelah itu masukkan air asam jawa, gula dan sotong.
Renehkan sehingga sotong masak dan masukkan bawang holland, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!

TARRAA!!

SAMBAL SOTONG


Kuah tu biar lebih pun tak apa, esok boleh panaskan dan rebuskan telur masukkan dalam kuah sambal sotong, dah selesai menu untuk sahur hari esok :D


Jangan lupa gandingkan dengan sayur bayam goreng bersama fish ball.. waduhh.. tergolek-golek biji mata tu!

@___________@


Gorengkan pulak ikan kerisi bersama kunyit, goreng tu garing-garing 5 minit sebelum semua duduk di meja makan untuk bersahur..
terus segoorrr biji mata tu yaa..:))


Inilah hidangan terakhir di siang hari... esok dah tak boleh makan tengahari sebab puasa :D



Kek coklat 5 pintu petang sikit i share yaa.. belum bercuit pun... molek je dok atas meja bawah tudung saji.. tak pe.. tak pe.. tak kecur pun.. sebab hari ni belum lagi puasa :D


Macam manalah keadaan Alif bila puasa esok hari ya.. jangan dia asyik ke dapur bukak peti sejuk tu dah ler... esok i berbuka kat rumah Alif nanti i share keadaan terkini Alif setelah seharian berpuasa ya.. jumpa nanti.. :)

Assalammualaikum..

TATA!


Kek Coklat 5 Pintu, Dan Bagaimana Turut Serta Kuiz Terkumpul


Assalammualaikum, :) Wahh.. nampaknya ramai kawan-kawan yang sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut Ramadhan esok hari. Begitu juga dengan i, awal pagi bangun terus membancuh 2 adunan kek coklat mudah. Kiranya gambar kek di atas tu masih panas dan baunya cukup  harum... baru aje keluar dari oven sekejap tadi.



Kek Coklat 5 pintu tu i bancuh untuk ku agihkan bersempena bulan Ramadhan dan untuk berbuka puasa nanti. Sekeping untuk anak-anak i :D sekeping untuk rumah Abang sebab bonda berada di sana untuk berpuasa kerana bonda cakap dia tak larat nak turun naik tangga bila nak bangun sahur bila tinggal dengan i... :) so i bawakkan sekeping esok untuk sama-sama berbuka puasa bersama bonda dan keluarga i yang lelain tu. Sekeping lagi untuk ibu mertua kesayangan. Di mana hari Ahad nanti baru kami sekeluarga berkumpul dan berbuka pula di rumah mertua. Sekeping lagi akan ku belah dua dan hantarkan ke rumah jiran kiri dan kanan, depan dan belakang tak ada rumah orang so kanan dan kiri je i hantar nanti :))


Bukan kek coklat bulat dan bontang je macam tu bakal ku agihkan.. petang nanti baru i akan simbahkan dengan chocolate ganache dan nanti ku hiaskanlah sana sini apa yang patut kat atas kek tu nanti. Resipi akan ku siarkan petang nanti dan i tell you ini cara mudah untuk buat kek coklat, petang i share resipi ya... so selesai satu perkara.


______________________________________________________

BAGAIMANA NAK TURUT SERTA DALAM KUIZ TERKUMPUL?

Ramai yang in box i dan tanya macam mana nak join, sebab kurang jelas dan nampak susah katanya.. okay di bawah ini i jelaskan dengan cara cikgu mengajar kat kelas :D sila betulkan duduk anda ya... tq :)

1
:
:

sila pastikan motto di bawah itu sentiasa di paparkan setiap kali anda masukkan N3 tentang kuiz terkumpul ini, motto ada di bawah >

'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew :-D'


2
:
:


Setiap kali nak masukkan N3 tentang kuiz terkumpul... sila tampalkan gambar di bawah tu sekali... gambar di bawah >



3
:
:

sila 'LIKE' Fan Page Shahriah Abdullah

klik di bawah ini >



4
:
:

Sila add ke-5-5 blogs yang Shahriah ada kerana soalan kuiz akan berada di mana-mana blogs di bawah ini >

  1. KARYA DAN PENULISANKU
  2. HOBIKU
  3. BLOGS MASAKAN
  4. CUTI-CUTI DAN MAKAN SAKAN
  5. KISAH DAN KENANGAN
5

:
:
Sila linkkan ke 5-5 blogs di atas tu di tepi blogs anda... sila lihat kanan anda *sekarang* :D.. ya macam i buat dan kengkawan yang telah turut serta lakukan...:)

6

:
:

Tujuan semua syarat dan terma di atas tu adalah kerana memudahkan kengkawan yang turut sama menyertai kuiz terkumpul mudah nak monitor setiap kali i masukkan N3 baru, mudah sahaja.. bila N3 baru masuk jengah aje kat sebelah kanan yang ada link blogs i.. so teruslah berdesup dan baca setiap N3 kerana soalan kuiz terkumpul akan ada di mana-mana..antara 5 blogs di atas tu... ya giteww :) 

7

:
:
Jika terlepas N3?
Jangan bimbang tarikh tutup 2 minggu sebelum Aidilfitri jadi ada banyak masa nak terjah dan kais, dan yang bestnya.. N3 dan soalan terkumpul adalah N3 yang baru-baru sahaja, kalau lama dah tentu i akan linkkan ke N3 yang lama tu...

Erkkk.. setakat ni faham ke? ;))

8
:
:
Takut tak dapat hadiah?

Jangan risau.. setiap penyertaan ada hadiah buat anda KLIK SINI UNTUK HADIAH <<KLIK SINI

Jika ada sebarang soalan boleh kemukakan di mana-mana blogs di atas tu... sebab i sekarang ni dok kerja menatong depan PC setiap masa... duduk kerja di dapur.. i buka lappy di dapur.. sidai baju.. i monitor guna tablet.. wahhh giteww.. sibuk macam mana pun mengendalikan kuiz terkumpul 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew :-D'

tugas i tetap lancar seperti biasa..;)

Sekian sahaja... tunggu resipi kek coklat 5 pintu tu nanti yaa... :)


:

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

BERSEDIA SOALAN KE~9???
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

:
:
:
:
:
:
:
:

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:



:
:
:
:
:
:
:
:
Selamat menjawab.. kumpul soalan kuiz dan selamat bermarathon! psst.. soalan ke~8 dah keluar awal pagi tadi ;)

Assalammualaikum..

TATA!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ