Assalammualaikum... Selamat petang semua.. :) wahh! ni mesti ada yang terkejut ni... Kata tadi nak berjalan dengan anak-anak.. tup! tap! ehhh.. sempat lagi masukkan hidangan makan tengahari tadi :))
Hehehhh ;) Masak lewat i youU.. cadang nak keluar dengan anak-anak makan dan jalan tak menjadi! sebab apa tau... sebab... boleh pulak mengemas lemari pinggan mangkuk i tu muahahahaa :)) pastu Abang Amin cakap..
"kita keluar petang sikitlah mom! sebab panas! Amin nak rileks kat rumah..." :)
Hokey!! yehaaa :)) bagus! so i tak perlu memandu di tengah panas mencetang kat luar tu :))
so memasak ler tadi.. dengan bertanya kepada gengs di rumah ni hah! nak makan apa?? << bunyi ganas, tapi tak sebenarnya :))
Nasi Lemak!!! <<< Abang Aemir
Nasi Ayam!! << Nellysha
Ayam Masak Merah!! << Abang Amin
So setelah ketiga-tiga geng i tu memberikan idea...
si tukang masak merangkap bibik ni pun turun ler memasak...
*bibik tu i ler* :))
Nasi Serai Ayam Masak Merah,
Acar Menu Sempoi School Holiday!
First sekali buat dulu acar jelatah.. semua orang tahukan???
Okay nanti lain N3 i share, rasanya sebelum ni pernah share kat bawah label *ACAR PELBAGAI JENIS*
simpan dulu dalam chiller.. so bila nak makan sejuk dan segar
Ayam Masak Merah
BAHAN-BAHANNYA :
1 ekor ayam *potong 12* Cuci bersih dan lumurkan bersama sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam. *goreng sekejap sekadar kekuningan dan angkat, ketepikan*
3 sudu besar sos tomato
gula dan garam
50 ml susu cair
BAHAN KISAR :
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci halia
40 tangkai cili kering
4 biji buah keras
CARA :
Panaskan minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR* sehingga garing dan masak*
Masukkan susu cair dan sos tomato.
Masukkan ayam dan renehkan sehingga ayam masak dan sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!
TARRAA!!!!
Ayam Masak Merah
Pedas, Harum dan enak! :)
NASI SERAI
BAHAN-BAHANNYA :
3 pot beras
air secukupnya
sedikit garam
1 helai daun pandan
minyak
BAHAN KISAR :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
BAHAN TUMIS :
4 batang serai *titik*
1 batang kulit kayu manis *1 inci*
1 biji bunga lawang
7 biji bunga cengkih
CARA :
Panaskan sedikit minyak, Masukkan *BAHAN TUMIS* DAN *BAHAN KISAR* sehingga naik bau.
Masukkan daun pandan dan kacau sebentar.
Masukkan beras dan kacau rata.
Masukkan air secukupnya, garam dan tanak sehingga nasi masak!
TARRAA!!!
NASI SERAI
Versi Nasi Serai lebih mudah dan lebih harum juga lebih enak!
tak caya cuba! ;)
Nasi Serai Ayam Masak Merah,
Acar Menu Sempoi School Holiday!
tu dia.. sepanjang masa.. makan aje Abang Amin....
kalau you all nak tahu.. apa jua kuih-muih yang i masak selama ni.. semenjak Abang Amin tak ada... semuanya i simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam freezer.. so bila Abang Amin balik.. dia tinggal pilih yang mana satu dia nak makan.. siap berlabel tau! hehee.. tu yang dia makan tu...
Cup Cake Melo... ingat tak yang i buat dengan Nelly hari tu... tu dia.. sampai terpejam mata tu...
"Awesome Mom!!!"
yer giteww... dan jap aje tadi ni masa i tengah masukkan N3 ni..
Abang Amin tatang sepotong Tiramisu.. ala yang hari tu punya tu...:)) tiada alasan untuk Abang Amin tidak turut sama menikmati apa yang kami sekeluarga nikmati semasa ketiadaannya... ;)
ya giteww... :))
Okay semua... esok i dah start bercuti..
dah siap pun packing baju... ;)
ke mana?? hehehhh.. dekat jeee... tuUuuu... ;)
Selamat bercuti!
Jaga diri! Jumpa lagi..
kepada semua yang meninggalkan komen.. Insyallah sebelum berangkat esok.. i akan BW malam nanti yaa... macehh.. muahhhzzzz... :)
TATA!!