ASAM REBUS IKAN KERISI SEMPOI
Amacam??? sempoi tak??? muahaha.. memang ler sempoi.. bukan kehabisan idea... sebab nak cepat.. banyak urusan YouUuu.. tapi tugasan sebagai tukang masak di rumah ni huhuhuu.. TIADA ALASAN oke! so masak yang sempoi dan simple sahaja.... yang penting... IKHLAS... ENAK DAN SEMESTINYA.. gengs di rumah tak makan di luar sana.. JEMU-JELAK dah! apa pun.. sibuk macam mana pun... MEMASAK ITU WAJIB di dalam hidupku... cewahhh.. ewahhh.. ciwahhh...
JOM!! SALIN RESIPE!!!
ASAM REBUS IKAN KERISI SEMPOI
BAHAN DI KISAR HALUS :
1 biji bawang merah *besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai lada merah
1 tangkai lada hijau
5 batang cili kering
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
1 sudu kecil belacan
BAHAN-BAHAN LAIN :
2 keping asam gelugor
1 biji buah tomato ~ belah dua
2 ekor ikan kerisi *besar
air secukupnya
CARA MEMASAK :
Campurkan *BAHAN-BAHAN DIKISAR bersama air dan renehkan di atas api sehingga mendidih
masukkan asam gelugor
masukkan ikan dan buah tomato
sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!!!
TENGG!! TARRRAA!!!
ASAM REBUS IKAN KERISI SEMPOI
SEMPOI DAN SEDAP!!! I TELL.. yOUuUU.. OKE... MUST try! SEKARANG SEDANG BUSY TERAMAT.. KALAU I TAK PAPARKAN DI LAMAN FACEBOOK CARI AJE DI BLOGS NI YAA.. INSYALLAH AKAN SENTIASA DI UPDATE!!
TATA!!!