ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label UDANG ~ SAMBAL/CILI API/GORENG/SUP. Show all posts
Showing posts with label UDANG ~ SAMBAL/CILI API/GORENG/SUP. Show all posts

Tuesday, July 8, 2014

Asam Pedas Udang Sesuci Kasihmu! Ececehhh..


Asam Pedas Udang Sesuci Kasihmu!

Hamboi!!! Hamboii!
Hepp!! Bagi salam dulu...

Assalammualaikum... kawan-kawan! :))

Ngehehehhh.. amacam? tajuk... tuu.. tajuk resipi tu? okay tak? Tahun 2014.. usia dah 40 tahun!
Orang tua-tua dulu cakap Usia mematangkan kita.. entah ekk..i pulak rasa sejak usia bertambah ada sikit2 rasa macam gonjeng2 cikit hihii...

Mungkin sebab anak-anak dah semakin sebaya kot! MUahahaa... Istaghfar sha... yaaa.. yaaa... :D
AstaghfirullahalAaziim...
hokey... hokey...
sambung cerita...
 blogs i yang entah dah berkurun lamanya tidak berupdate.. kebetulan tahun ini puasa kali ini i memang tak nak bersusah-payah.. semuanya i nak buat yang tenang-tenang... senang-senang.. tak nak fikir apa dah... nak buat rutin harian yang biasa-biasa sahaja... kalau boleh nak senyum dan nak sengeh aje.. (tanda tak ada tekanan dan bukan sasau!) :D
sebab hidup i beberapa bulan ni sukar betul!


cuba tengok!
memasing muka bengis!!
(konon jer tuu)
you olls yang emo tengok kita orang kat tv... hakikatnya semua dok BERtepuk TAMPAR after shooting.. ngEeeee....<<---sengeh senget ni!
.... fainted!
 Udah ler tahun lepas dok kerja berperang aje di dapur Masterchef Malaysia!

Tekanan yang memang best! hahahaaa! giler tak best! best ngko! walaupun ada jugak yang rasa macam gelak guling2 <<<--- sejuta kali sebab ada kala rasanya macam nak kiok! (hampir hilang seri) MUahahahaa...

Okay! dah tu kisah lalu dah lepas pun!
Apron yang i pakai tu pun dah lama simpan dalam peti besi!

Fainted!!!


EcececeHhhhhh....

Pastu.... settle kan pulak kisah cinta 3 segi!

hadoii... korang mampu?
Sendiri reka cerita.. sendiri jadi model.. sendiri feeling awesome like Miss Universed gituh!

Hadoiii.. penat tau... bukan mudah nak jadi penulis ni ekk...
berangggggggannNNNnnnnnn aje kerjanya...

feelinGGggggg aje tiap masa... yer laa nak menjiwai tiap watak tu.. korang hengat mudah???

don't play2 yekk... seriously emosi bertukar ganti! dah macam sumpah sumpit pun yaa... wow! hebat!

Adehhh..... tu satu hal.... yang bestnya... feeling muda dan awet all time... apa taknya menjiwai watak Emily yang very the bergetah! only 18 years old je ko Jemah oii! ko mampu ke???




Dan baru-baru ini baru sahaja selesai shooting untuk

'Projek 100 Resipi Memikat Suami'

dah lah outstations...

tidur hanya 2 jam sehari...

berdiri dari jam 5 pagi sehingga 12 malam.. MasyaALLAH!!
kekadang bila di ingat-ingakan semula..

macam pening-pening lalat... betul ke aku dah lalui semua itu??

hmmm.... Hanya ALLAH SWT yang tahu betapa penatnya masa tu.. :((
Hahaahhhh.. okay dah tu nanti kisah panjang lebar kat blogs penulisan...

di pendekkan cerita.. panjang tak cerita eekk...

Pasal itulah di Bulan Ramadhan yang MULIA ini Ksha nak banyakkan berehat dan LIPAT GANDAKAN AMALAN... OWHHH seriously i rasa betul2 berehat dan tenang... TQ ALLAH!

hah! sebab tu lah boleh update blogs i ni... best tak? suka tak? tak suka sudah! takmo kawan awak!

Ok! Cop!

dah tersasar jauh dah ni....

JOM! try masak lauk Asam Pedas Udang Sesuci Kasihmu... nama memang tak boleh angkat... i dah niat.. lepas ni semua resipi i nak buh jiwang-jiwang sikit!

Biar awet sentiasa dan yang makan tu nanti hati berbunga-bunga dan feeling ala Bollywood... guleng-guleng celah ceron bukit.. Hahahahhaa!!! hadoi... Istaghfar.... :D

 ASAM PEDAS UDANG SESUCI KASIHMU


BAHAN-BAHANNYA :

500gm udang (saiz XL) **belah belakang dan buang kotoran
3 helai daun limau purut *siat dan buang urat
1500ml air + 1 genggam asam jawa dan jadikan jus
2 biji buah tomato *belah 2
gula dan garam secukupnya

BAHAN TUMIS :

2 ulas bawang kecil *hiris
1 ulas bawang putih *hiris
1 batang serai *titik
minyak

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia
2cm kunyit
2cm lengkuas
2cm belacan
1 sudu kecil lada hitam

 CARA :


  1. Panaskan minyak. Masukkan *Bahan Tumis sehingga bawang layu.
  2. Masukkan *Bahan Kisar. Renehkan dengan api sederhana dan sentiasa di kacau. 
  3. Setelah pecah minyak barulah masukkan air asam jawa. renehkan, sesuaikan rasa, masukkan daun limau purut.
  4. Masukkan udang dan buah tomato.
  5. Angkat dan hidangkan!



TARRA!!!!

  ASAM PEDAS UDANG SESUCI KASIHMU


meringkuk aje udang tu kan?
Hadoii udang sekarang punyalah mahal!
tak pe.. tak pe.. kita boikot udang kita makan ikan bilis jerk! lagi best! ;)

Okay sebelum ada yang nak mengecek ni...
sorry yangg.. ini hidangan aritu.. dah dekat 3 bulan kot! muahahaha...
baru share hari ini... yer laa.. baru hari ni nak update blogs katanya!

Okay.. itulah yang bestnya ber blog ni kan...

masak 5 tahun lalu pun.. share resipi dan gambar.. tetap tak basi!
itulah.... ilmu yang ada kongsi bersama.. walaupun tidak sebesar mana pon..

Yang penting IKHLAS!

kan... kan.. kan...


Okay you olls.... jka you olls nak resipi secara lintas langsung Ksha berbuka dan bersahur bolehlah lihat di instagram ksha_mommacha yekkk... setakat ini i share tiap hari.. tak tahulah esok lusa bila ada undangan berbuka idak ler dapat berkongsi... tapi posing selfie kat instagram tetap ada!
siapa yang follow i kat insta tu dah muak jemu jelak agaknya.... HEPP! better SELFIE dari SELFISH! Muahahaa.. okay i dah nak undur diri ni.. sambung nanti k... 

psstt.... you olls tau tak masa i update blogs ni.. my sister wassup cakap ada kawan2 dia nak order Pavlova 30... durian crepe 30... GULP!!! <<<--- dengan mata terjojol!

baru cakap i nak berehat!

ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA MENGETAHUI!
Wallahualam

Ececehhhhhh..... :P

Tuesday, January 15, 2013

Lemak Udang


Assalammualaikum... :)

Wahh! Hari ni masukkan N3 cepat sungguh! :D

Tak ada apa nak buat.. apa salahnya sekali-sekala masukkan N3 awal sikit kan kan.. masak pun awal.. :)

Okay tengahari ini masak menu yang simple aje.. tetapi agak istimewa sedikit.... ;)

Apa yang istimewanya tu???


Yaa, istimewa sebab udang yang terjulur penuh satu pinggan tu adalah hasil buah tangan yang di bawa pulang oleh Bonda yang baru sahaja pulang dari mengelilingi dunia! :D

Ya, lah siapa yang dah biasa follow blogs i ni mesti dah tahu kan kan..
Bonda kesayangan i yang cute mute tu mana pernah kekal lama tiap-tiap destinasi persinggahannya tu... Jap kang telefon ada di KL, jap kang telefon dah ada di Langkawi.. esok telefon dah ada di JB! :)) macam beskot laaa.. jap ada situ.. jap dah tak ada situ! :D

Udang Galah tu.. Bonda borong semasa dia bercuti di Pahang...Bonda lepak Cherating lagi you! dengan geng-geng sewaktu dengannya... seronok katanya... mau tak seronok!
i nak ikot dia tak bagi! perghhh.... :D

Bonda beli udang galah tu tak lah banyak cuma sekilo je... adalah dalam 7-8 ekor tapi besar-besar lengan Nellysha :))

i yang pesan.. kalau gi tempat bercuti yang ada laut jangan lupa beli hasil dari laut.. hah! tu yang bonda belikan untuk i tu :D cayang bonda :D   

**UDANG GALAH bonda borong tepi sungai bukan tepi laut yaa ;)**

LEMAK UDANG


BAHAN-BAHAN :

1 kg Udang galah      } buang hujungnya
1 keping asam gelugor
200 ml susu cair *ideal
100 ml air
3 helai daun limau purut   } hiris
3 batang serai     } titik
1 biji buah tomato   } belah dua
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :

6 ulas bawang merah *kecil
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
6 tangkai cili kering
14 tangkai cili padi
4 biji buah keras

CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan serai, kemudian *bahan kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan susu cair, air, asam gelugor dan renehkan sebentar.
  3. Masukkan udang, tomato, daun limau purut dan sesuaikan rasa.
  4. Setelah kuah pekat, angkat dan hidangkan!
TARRAA!!!!

 LEMAK UDANG

i tak guna santan, sebab bonda kata kolestrol!
padahal pagi tadi breakfast baru makan lontong beli gerai tepi simpang sana tu hah! :))
bukan menghirup lagi bonda tadi pagi tau.. :D

tak pe.. tak pe..
Sebab Bonda belikan i udang galah.. walaupun tidak setinggi galah untuk i kait buah rambutan..
Cayang Bonda... MUahzzzz *dia tengah dok menonton drama korea dalam bilik tidur dia.. dengan remote control sentiasa kemas di dalam genggaman... tak tahu kenapa :D

jangan memain Bonda i pandai cakap Korea tau.. dan juga pengkoleksi tegar VCD drama Korea dan juga pengguna tetap dan setia Astro Beyond! mUahahhaaa.... :D


Sekian dulu.... terima kasih masih sudi singgah di dapur maya i ni yaa... moga hubungan yang terjalin di alam maya akan kekal selamanya... walaupun sekarang ini i memang tak dapat nak BW ke rumah kengkawan baru dan lama... take care! you all sentiasa di ingatanku :D

Assalammualaikum.....


Jumpa nanti yaa!

TATA!!!

Thursday, October 4, 2012

Sweet And Sour Rosemary Prawn


Assalammualaikum... :)

Apa khabar semua? :D Syukur Alhamdulillah semakin bertambah rakan-rakan di dalam dapur maya i ni... :)

Semalam sempat juga i gagahkan diri, follow kawan-kawan yang mana add i... ada juga yang tiada link so tak dapatlah i nak follow you all semua.. yang mana i tak follow lagi tu, silalah tinggalkan link di kotak komen i di bawah tu yaa... terima kasih.. moga hubungan yang terjalin ini akan kekal dan dapat kita manfaatkan dengan sedikit info dan ilmu yang berguna... taklah sehebat mana pun... yang penting i ikhlas nak kongsikan kepada semua teman-teman. :)

Terima kasih juga buat semua teman-teman yang telah sudi mencuba resipi dari dapur i ni.. terima kasih sangat! lap you all semua muahzzzzzzzzzzzzzz <<< kissed sampai terlelap ehh :D


Okay ni kita sembanglah kejap ehh...

Pagi tadi ke pasar dengan Bonda, antara rutin yang jarang sekali i lakukan. Sebab kalau tak ada Bonda semestinya i dah terperap dalam opis i tu.. banyak kerja penulisan yang perlu i bereskan.. entah bilalah nak siap agaknya! semakin banyak pulak nampaknya.. :D

Bonda beli udang dalam sekelo. Udang saiz M. Bonda beli pasal Pak Habibi suka! perghhh... kan kan.. so kepala ni dok berfikir apa yang nak ku masakkan cik abang udang tu? fresh lagi ngko aii... ;)

So ke kebun mini i tepi rumah tu.. lama termenung.. nampak pokok kunyit ada daun limau purut. Mulalah idea tu nak melemak cili apikan udang tu. Tak Mo! jemu-jelak dah...


yaaa... pokok rosemary i begitu segar dan banyak membiak. Daunnya besar-besar naa ngko aii.. so i snip snap dalam 3 batang.. i cium... perghh harum! :))

Pak Habibi dah alihkan pokok rosemary i yang sihat tu... dah ada dekat 5-6 pokok sekarang ni.. rimbun naa... suka i you! :D


so masakkan udang tu.. simple je... macam sweet sour yang biasa kita buat selalu tu.. tapi kali ni i masak lebih ringkas, simple dan rasanya lebih harum dan enak dek udang yang segar tu dan bau daun rosemary!
Fullamak! serius sedap :D

Sweet & Sour Rosemary Prawn


Bahan-bahannya :

500 gm udang *saiz M dan buang kulit tinggalkan ekor, buang najis di belakang udang.
Cuci bersih dan lumurkan dengan sedikit garam dan cracked blackpepper. Perap dalam 15 minit.

1 tangkai daun rosemary *ambil daun dan hiris
6 sudu besar sos cili thai
sedikit cracked blackpepper
sedikit paprika
gula dan garam
minyak

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *hiris
4 ulas bawang putih *hiris
3 cm halia *Juliane @potong batang mancis

CARA :

Panaskan sedikit minyak. 
Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga bawang layu.
Masukkan udang, sos cili thai, gula dan garam.
Gaul rata dan taburkan dengan hirisan daun rosemary, cracked blackpepper dan paprika!
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Sweet & Sour Rosemary Prawn


Simple. Mudah. Ringkas. Jimat Masa!


rasa udang yang manis. harum bau rosemary, pedas dan.....


nyaman bahhhhhhh... :D


sekian sahaja.. jumpa petang nanti.. Insya~ALLAH.. ;)

Assalammualaikum

TATA!!

Wednesday, August 1, 2012

Udang Goreng Nestum Bersama Daun Limau Purut


Assalammualaikum... Syukur Alhamdulillah dah masuk puasa yang ke 12..
diam tak diam... beskot raya tak buat lagi :)) tak pe.. tak pe.. minggu depan kita sama-sama marathon buat cookies ehh... esok lusa nanti i share list biskut raya yang bakal i buat untuk Aidilfitri :D

Hari ini i tak masak.. gambar di atas itu adalah menu berbuka i semalam... Udang Goreng Nestum Bersama Daun Limau Purut... resipi di bawah i share buat semua teman-teman.. juga resipi baru di dapur The Writer's CooKING wah giteeww... :D

Petang nanti i akan berbuka puasa di luar.. wahh bestnya :D bersama adik bungsu kesayangan dan keluarganya.. i bertiga sahaja.. Pak Habibi TembamBOM kesayangan i tu tak ada.. outstations selama 2 hari.. huaaaaaaaaaaaaaaaa..*nanges* atau hoooreeeyyyyyyy ??? ;)

Mau taknya tak perlu ler memasak hari ni... tapi kan.. selang 10 minit Pak Habibi sms.. padahal dalam bilik meeting tu...

"Petang ni masak apa?"
"Esok masak apa?"
"Dah masak ke?"
"Drive kereta baik-baik." <<selama ni jahat naa ke i memandu?? :))

dan yang paling tak ku tahan....

"Esok masak sotong masak hitam best kan?"

Ya, giteww.. tu baru 2 hari tak ada... kalau seminggu?? :))


Bukti bahawa udang di atas itu adalah menu berbuka 11 Ramadan :D



UDANG GORENG NESTUM BERSAMA DAUN LIMAU PURUT

BAHAN-BAHANNYA :

500 gm udang *saiz M* cuci dan buang hujungnya

5 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan nestum
2 helai daun limau purut *mayang
1 biji telur
sedikit garam dan gula
sedikit cracked blackpepper
minyak untuk menggoreng

CARA :

campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan perapkan lebih kurang 15 minit.
Panaskan minyak dan gorengkan udang sehingga bertukar warna keperangan atau garing.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!

UDANG GORENG NESTUM BERSAMA DAUN LIMAU PURUT


Memang sedap.. enak dan ranggup... harum bau daun limau purut dan rasa nestum yang... waduhh kenalah cuba yaa... :D


Selamat berpuasa.. dan selamat berbuka puasa.

Assalammualaikum..

TATA!!

Saturday, June 16, 2012

Dompet Udang Berkukus.. Kusss Semangat...


Assalammualaikum... Apa khabar teman-teman semua? hari ni dah hari Sabtu kan.. sekejap aje masa berlalu.. sedar tak sedar... tak lama lagi dah nak berpuasa kita yaa.. :) 

Tapikan bila tiba hari Ahad..aje kan kan.. adalah hari paling Azimat buat i sekeluarga.. :D Apa taknya sebab dapat berjumpa dengan Abang Amin nun jauh di Gunung Ledang sana tu... Kusss Semangat... :)) pulak next week i kena outstations.. hmm.. so esok kena jengah jap Abang Amin.. *bukan ke tiap minggu datang menjengah! :)) tak pe.. tak pe... ;)

Memacam juadah yang dah i sediakan khas buat Abang Amin dan kengkawan satu dorm dia tu hah... antaranya.. kuih Fav Abang Amin... Kuih Nagasari, haaa.. ingat tak aritu i ada buat kan dah ku bungkus baik punyer.. buh dalam peti beku.. sok tinggal keluarkan dan steam dah boleh pek bawak kat Abang Amin.. kuih fav Abang Amin tu..

Bukan tu aje... Ada lagi... Apalagi? Baklava ler... itu memang Fav dia.. NO 1! tu.. dan sekarang kengkawan dia pun suka jugak! Kuss Semangat... :))



Tq... :)

 Dompet Udang Berkukus.. Kusss Semangat...


Ya.. itu tajuk resipi i kali ni sebenarnya... :D 

Dompet Udang Berkukus ni sebenarnya i dah lama nak buat..
udang tu dok keluar masuk peti sejuk aje.. bila nak buat.. tak jadi.. bila nak buat.. tak ada mood.. bila nak buat.. dah senja terlupa nak ambil daun pisang! Kusss Semangatt... :))


So petang semalam.. terbuatlah jugak, setelah menerima panggilan dari adik bungsu kesayangan i tu.. dia cakap nak datang dinner dan nak makan durian dan nak bawak balik durian segoni! :D
so buatlah akhirnya.. cool and steady ;) dengan harapan berbunga sebab ada ramai korem makan malam nanti... :D

Dompet Udang Berkukus..


Nampak tak macam bentuk dompet?? macam kuih tepung bungkus pun yerk! kuss semangat :))

simple dan samalah jugak macam otak-otak udang.. lebih kurang.. aje.. cuma i kukus.. dan macam biasa semestinya ada pengubahsuaian mengikut piawaian tekak dan cara i ni hah!
yaitu cepat! ringkas! mudah! sedap!
dan bila makan bersama nasi.. Kusss Semangattt.. ya gitewww :))

Dompet Udang Berkukus..


BAHAN-BAHAN KISAR :

400 gm udang kecil *buang kulit
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan kelapa muda parut *tanpa hitam
5 ulas bawang merah *kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai *kecil
1 inci lengkuas
8 tangkai cili kering
1/2 inci belacan
1/2 biji limau nipis *ambil jusnya
1 helai daun limau purut *buang urat
gula dan garam

BAHAN LAIN :

1 helai daun kunyit *mayang halus
20 tangkai cili padi kampung *hiris kecil

8 helai daun kunyit *untuk alas
daun pisang *untuk bungkus
lidi untuk semat

CARA :

Campurkan *BAHAN-BAHAN KISAR* bersama daun kunyit di mayang, dan cili padi kampung.
Gaul rata dan sesuaikan rasa.

Setelah itu ambil sehelai daun pisang, alaskan dengan sehelai daun kunyit di atasnya dan ambil 2 sudu besar adunan udang dan bungkus seperti dompet, sematkan.

Kukus selama 15 minit.
Angkat dan hidangkan!!

*lihat gambar bawah*


ya bungkus macam tu yaa... kusss semangat.. :D


Kukus selama 15 minit... :D

TARRAAA!!!!

Dompet Udang Berkukus.. Kusss Semangat...


Tu dia.... harum baunya.. semerbak bukan main lagi yaa.. :) 


Dompet Udang Berkukus.. Kusss Semangat...

Mau tak kusss semangat.. Pak Habibi i yang tembamBOM tu dan anak-anaknya.. adik i dan keluarga dia lagi.. makan bukan main.. Kusss Semangat lagi.. bertambah-tambah nasi YoUuu... :D


Nampak tak cili padi yang tersentil celah tu? Kuss semangat.. ramai jugak yang menjerit semalam!
pedas ngko aii.. tu.. nampak tak daun kunyit celah-celah udang tu??
kusss semangat sangattt yoUUuu... :D


dengan bau daun limau, rasa masam, lemak manis waduhhh...


Nganga mulut tuuu.. i nak suapkan kat you all.. bebaik ada cili padi tu..
yang mana tak suka cili padi sila kutis keluar taw! awww :D
Kusss semangat... :))

MEH! la Kita Jumpa!




Props yang i gunakan....

daun limau nipis :D

tapis beras jaman dulu :))

jumpa lagi! selamat bersantai hujung minggu..:)

TATA!!

Monday, June 4, 2012

Sambal Tumis Udang Petai School Holiday! Hadoii


Assalammualaikum.. selamat petang semua... dah makan?? wahh.. sure hari ni semua masak yang best! best kan... i belum lagi memasak hehehe.. dan hidangan menu Sambal Tumis Udang Petai ini adalah hidangan sepanjang bercuti bersama keluarga tersayang...  :)) dan baru sekarang nak share.. busy ler katakan... ;)


Sepanjang pagi tadi.. i sibuk ber Blog Walking dan singgah ke dapur dan rumah kengkawan blogger.. maklumlah sepanjang busy 2-3 hari ni manalah sempat nak menghadap blogs kan...:))

Yang mana meninggalkan jejak tu.. Insyallah petang sikit bila i dah siap mengemaskan kain baju yang dah bertimbun macam busut tu selesai.. akan ku sambung menjejaki kawan2 semua yaa.. tq so much.. :)


Sambal tumis udang bersama petai ni masakan i semasa berpiknik bersama keluarga tersayang.. plan Z i tu ler..

ke mana?? hehehe.. nantilah yaa.. bila dah free semestinya akan i share kan di blogs cuti-cuti i tu... Insyallah...


Cadangan memang awal-awal dah plan nak ke Batam Indonesia bercuti.. Plan A i tu asalnya.. tapi di sebabkan Abang Amin cuma dapat cuti 5 hari sahaja dan Pak Habibi tak dapat cuti.. so kami telah menukar Plan Z.. yang tu kisah nanti.. *hadoii berapa kali nak bagi tahu ler ekk..* 

Pstt.. kengkonon naik bot! hahahaa.. jadilah.. kesian Abang Amin. tak dapat ke Batam... :(

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI


BAHAN-BAHANNYA :

600 gm udang segar *cuci dan toskan*
2 sudu besar air asam jawa
100 gm petai *potong kecil*
gula dan garam
minyak

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
1 batang serai
40 tangkai cili kering
2 cm belacan

CARA :

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumiskan *Bahan-bahan kisar* sehingga naik bau dan garing. *api sederhana dan tumiskan lama dan sentiasa di kacau*
Masukkan air asam jawa, sesuaikan rasa.
Masukkan petai, udang dan renehkan sehingga udang bertukar warna.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI

bermacam hidangan yang i bawa bekal semasa kami berpiknik tu.. 
i masukkan yang ini dahulu yaa... makan pulak dengan nasi bungkus daun pisang berlapiskan kertas surat khabar lama...

FuyoooHhhhhh!!!

"Owesome!"

yaa.. giteewww :))


ikutkan i masih belum lagi habis bercuti.. 

kiranya beberapa hari yang lalu sepanjang Abang Amin balik tu.. itulah percutian Plan Z i..

Plan A masih tertunda.. i ni cuak aje takut tiket yang kami beli semasa di Matta Fair tu tamat tempoh!

nak pergi tak cukup korem.. tak best betullah! :( 


terketaq-ketaq tu hokey!

percutian Plan Z hehehehe :))


Khas buat semua warga JB dan Singapura yang bertanyakan mana nak cari buku resipi

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH..

tu.. ya hari tu ternampak di kedai BUKU MPH di CITY SQUARE JB...

silalah cari di sana yaa.. stok baru sampai!! tq so much :) muahhzzz


Props yang i gunakan untuk Sambal Tumis Udang Petai... :)

Sebelum sambal tu di masukkan ke dalam bekas tupper-ware... awal pagi i bangun hokeh! takut bila dah kena keroyok masa piknik tak sempat di abadikan khas buat you all semua untuk mencuba..:)

Insyallah jumpa lagi!

TATA!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ