Marble Bondalicious 3 Rasa
Khas Buat Bonda Tersayang
Marble Bondalicious 3 Rasa
Khas Buat Bonda Tersayang
BAHAN-BAHANNYA :
250 gm mentega *suhu bilik*
200 gm gula castor
280 gm tepung kek + 1 sudu teh baking powder + 1/2 sudu teh garam *AYAK BERSAMA*
4 biji telur saiz A+
100 ml susu cair
1 sudu teh vanilla
BAHAN-BAHAN LAIN :
UNTUK WARNA DAN PERISA *SILA LIHAT GAMBAR ATAS*
kuning ~ 1 sudu besar paste oren
coklat ~ 1 sudu besar serbuk koko
biru ~ 1 sudu besar perisa blue berry
CARA :
Putarkan mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga selesai, sambil memutar sehingga kembang.
Masukkan esen vanilla dan masukkan tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit sehingga habis sambil memtutar.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
dan lakukan begini :
kuning ~ 1 sudu besar paste oren
coklat ~ 1 sudu besar serbuk koko
biru ~ 1 sudu besar perisa blue berry
*LIHAT GAMBAR DI ATAS*
Kemudian lengserkan acuan bundt dengan sedikit mentega.
Masukkan tiap adunan selapis-selapis sehingga selesai.
Panaskan ketuhar dengan suhu 170'C selama 15 minit.
Masukkan adunan dan bakar selama 45-50 minit.
Angkat dan sejukkan terlebih dahulu dan hidangkan!!
TARRAA!!!
Marble Bondalicious 3 Rasa
Khas Buat Bonda Tersayang
kek marble adalah kek yang paling bonda suka :)
buatlah apa kek pun.. dia tak berapa suka.. dengan alasan.. dia lebih sukakan kek marble.. sebab bonda warga emas :D
Bonda tak sihat, demam.. tak ada selera nak makan.. so i buatkanlah bonda.. ;)
Marble Bondalicious 3 Rasa
Khas Buat Bonda Tersayang
harummmm baunya youu.. masa i bakar.. Bonda sanggup tunggu tepi oven :D
panas-panas dah potong.. bonda cakap dia nak makan kek marble panas! panas!
ya gitewwww ;))
Marble Bondalicious 3 Rasa
Khas Buat Bonda Tersayang
rasa...
Oren...
coklat...
blue berry...
waduhhh.... sedap amat si! :))
basah dan gebu aje youuu... ;)
bonda makan 2 potong BESOR.. Syukur Alhamdulillah... lega hati i youu aww :D
gedikz! ;))
Acuan Bundt baru.. dan baru hari ni di rasmikan :D
Selamat menjamu selera kawan-kawan.. i dah nak BW dah sekarang ni!
tengah freee yehaaaaaa :D :)) :))
Assalammualaikum... << jawab dalam hati pun tak pe. tak pe... ;))
Cakkk!!! tu Bonda... :D suka i makan kat rumah ni adalah kawan ajak berlumba tambah nasi hehehehe :))
TATA!!!