ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label MEE HOON ~ GORENG/SUP/REBUS. Show all posts
Showing posts with label MEE HOON ~ GORENG/SUP/REBUS. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

SUP DAGING ALA NYAMAN GITEEW....


Assalammualaikum... Good morning kepada semua blogger baru dan lama... ;) Apa khabar pagi ini?? dah sarapan ke belum?? i dah hehhehe... N3 yang i masukkan ini adalah menu dinner i malam tadi.. dan ada baki so inilah sarapan i jugak pagi ini.. yaa giteww.. :)

Teringin sangat nak makan sup daging aka lembu di kala kenanganku kembali ke SUP LEMBU TANGKAK DI MELAKA... WAHH! GITEEW so dengan rela hati telah mereka sebuah lagi resipi yang telah memandai ku olahkan agar kena dengan tekak dan selera di rumah ku ini.. ya giteew... :))


Cuaca panas sehingga ke petang, terasa sangat berbahang... so membuatlah sejenis sup daging yang sangatlah simple dan ringan aje rasanya.. lite-lite giteww... lawankan pulak dengan mee hoon yang telah di celur... potongkan cili padi renjiskan kicap manis.. dahh.... taburkan pulak di atas kuah sup tu dengan daun ketumbar... wahh... nyamannn bahhh! :)) sampai ke pagi ini nyamannya tu taw.. :)

SUP DAGING ALA NYAMAN GITEEW....


BAHAN TUMBUK KASAR/RENYAH :

5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4 inci halia
4 inci lengkuas
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil lada putih

BAHAN-BAHAN LAIN :

400 gm daging batang pinang *hiris nipis
3 tangkai daun ketumbar *hiris
3000 ml air
garam
sedikit minyak

mee hoon *celur dan toskan
cilipadi hiris dan kicap

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *BAHAN-BAHAN TUMBUK KASAR/RENYAH* sehingga naik bau/layu.
Masukkan air dan didihkan.
Masukkan daging dan didihkan *buangkan atau kaup buih kelabu di atas kuah*
sesuaikan rasa. Setelah daging empuk.
Angkat dan hidangkan bersama taburan daun ketumbar.

TARRAA!!

SUP DAGING ALA NYAMAN GITEEW....


Cili padi hiris bersama kicap manis!
Nelly cakap macam telinga mickey mouse hehhehehehh :))


gunakan daging batang pinang.. empuk dan segerrr gitu rasanya... ;)


mudah simple, enak, jimat belanja dan tenaga.. cewahhhh...


Jangan lupa cuba ya.. kawan-kawan....


Apa teww???? dah siap dari semalam petang... chilled betul-betul...
khas ku buat untuk Bonda kesayangan yang akan tiba jap aje lagi....
Insyallah jika free i share petang nanti yaa...
Jaga diri, senyum selalu.. selamat bersantai hujung minggu, bersama keluarga dan teman tersayang... :)


TATA!!!

Monday, February 20, 2012

Mee Hoon Sekolah Agama

Mee Hoon Sekolah Agama


Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh Ustazah!!! tuu.. dia... idea ku adaptasikan resipe kali ini dari zaman sekolah agama masa kecik-kecik dolu-dolu... tetiba terasa pulak dah semakin tua.. muahahaa... tak salah kalau ingat kisah dulu-dulu kala kan... Okay apa khabar semua? doaku semua sihat dan gembira sentiasa yaa... Okaylah hari ni ada sedikit lagi kelapangan tetapi you tengok resipe masih lagi 3 in 1 kan kan.. dengan alasan i masih sibuk dengan dunia penulisan sekarang ni....:)) so resipe tetap ringkas dan termudah di sediakan.... Al-kisah si mee hoon sekolah agama tu kan kan... kisahnya begini.. dulu masa i sekolah agama di sebelah petang.. so semangat nak kesekolah agama tu salah satunya kerana Mee Hoon goreng yang kelernya kuning keramat tu ler hehhee... berkejar nak ke sekolah agama gara-gara takut mee hoon goreng kuning tu habis!!! masa tu sebungkus baru 20sen... huk.. huk.. sekarang mana nak dapat harga macam tu... dah lah 20sen.. banyak pulak tu.. bungkus dalam daun pisang dan luarnya dilapis dengan kertas surat khabar lama.. aduhaii kenangan terindah masa zaman sekolah agama tu dulu tauu.. tapi masa tu.. mahalnya!!!! 20sen! sebab Arwah ayah i cuma bekalkan 30sen aje tauu.. so baki seposen tu kekadang i beli air sirap merah kelernya.. lepas minum hah! bermisai tepi bibir hahahahaha... gelak sakan ni hah! sayu pun yaa.. kalaulah masa dapat di undur semula... i nak beli banyak-banyak sebab sekarang duit tabung i yang besar tu dah penuh dengan duit syiling!!! *pengsan*

Mee Hoon Sekolah Agama

Bahan-bahannya :

separuh peket mee hoon ~rendam terlebih dahulu
1 biji bawang holland ~dadu
6 ulas bawang putih ~dadu
200gm isi ayam ~dadu
6 biji tomato ceri ~potong 2
1 mangkuk taugeh
1 batang celery
sedikit minyak bijan
sos tomato
serbuk lada sulah
serbuk kunyit
garam dan minyak

Cara :

Panaskan kuali dan tumiskan bawang holland, celery dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan serbuk lada sulah *ikut anggaran sendiri, i suka bubuh banyak lada sulah dan itulah rasa sebenar mee hoon tu tau*
Masukkan tomato ceri dan sedikit air, renehkan sehingga ayam masak.
Masukkan mee hoon dan gaul sebati, tambah air jika mee hoon masih liat.
Masukkan sos tomato dan renjisan minyak bijan.
Akhir sekali masukkan taugeh dan sesuaikan rasa.

TARRAAA!!!!
Mee Hoon Sekolah Agama

Mudah aje tu kan.. rasanya sajeeee aje tau.. tapi nostalgia zaman sekolah agama tetap segar di ingatanku... *sayu seketika nih!*

Okay guys... selamat menjamu selera dan selamat mencuba..:)))
Take care & smile Always yaa...:)))

TATA!!!!


Monday, April 25, 2011

MEE HOON SUP

MEE HOON SUP
Rasanya... inilah photos masakan i yang tak cantik dan tak menarik langsung! bukannya tak ada mood.. tapi i masak mee hoon sup... campurkan mee hoon terus dalam sup dalam kuali.... so nak kena cepat... tak nak mee hoon tu kembang... cewahh alasan! muahaa... actually.. dah tak sabar nak makan! hehee... masa memasak tu... ramai pulak tetamu yang datang.. so semuanya beratur celah dapur.. tuang dan senduk ke dalam mangkuk... lepas sorang.. sorang... penghabisannya.. tinggal saki baki! muahahaa.. jadi ler ekk.. yang penting ada resipe untuk you all cuba.. dan gambar tu anggaplah hanya sebagai pemangkin... you all untuk memasak dan mencuba.. apa agaknya rasa resipe i kali ni.. macam biasa... tetap simple tetapi... LICIN! SEKELIP MATA!!!! i tell you!

JOM!! SALIN RESIPE!!
MEE HOON SUP

BAHAN DI KISAR :

2 biji bawang merah *saiz besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 peket serbuk rempah sup *adabi

BAHAN LAIN :

1 ekor ayam ~ potong 24
AIR

1 peket mee hoon ~ rendam terlebih dahulu
1 ikat daun sawi
2 cawan taugeh
2 biji tomato
1 peket cendawan
1 batang karot

*daun sadri dan bawang goreng untuk tabur

CARA MEMASAK :

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali *besar
tumiskan *Bahan-bahan kisar sehingga naik bau
masukkan ayam dan gaul rata
masukkan air dan renehkan sehingga ayam empuk
setelah ayam empuk masukkan mee hoon dan  kesemua sayur
sesuaikan rasa angkat dan hidangkan serta-merta!!

TENGG!! TARRAA!!!
MEE HOON SUP

SEDAP!!!

SELAMAT MENCUBA!!


TATA!!


Sunday, February 20, 2011

MEE HOON TAUCO UDANG

 
MEE HOON TAUCO UDANG

Berabad dah rasanya tak masak..... 
MEE HOON TAUCO UDANG ekk... sebagai tukang masak di rumah ni... idea kekadang tu beku.. ada rencah, bahan penuh satu peti sejuk tu kekadang pun tak tahu nak masak apa hehee... termenung ler depan peti sejuk tu.. termenung-termenung... tergaru-garu... (walaupun tak gatal ekk..) pastu terus dapat idea! simple dan sesuai di hidangakn buat keluarga cuti hujung minggu  begini ekk...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
MEE HOON TAUCO UDANG

 Bahan-bahan Kisar :
  • 1 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 sudu besar belacan
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 cawan udang kering
Bahan-bahan lain :
  • 1/2 kilo udang sederhana ~ buang kulit tinggalkan ekor sahaja
  • 1 botol kecil tauco
  • 5 keping tahu ~ potong kecil
  • 1 cekak daun kucai ~ potong 1 inci 
  • 5 biji tomato ceri ~ belah dua
  • 2 keping asam gelugor
  • daun bawang dan sadri untuk tabur
  • bawang goreng untuk tabur
  • limau sambal dan sambal belacan
  • taugeh dan timun
Cara Memasak :
  • Panaskan periuk dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing masukkan air rebusan daging atau air paip sebanyak 2000ml atau lebih pun tak apa
  • didihkan masukkan tahu, asam keping, tomato ceri dan renehkan selama 5 minit
  • masukkan udang, taucho dan daun kucai dan sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan
  • taburkan daun bawang, daun sadri, cilipotong dan bawang goreng. makan bersama sambal belacan dan perahkan bersama asam limau
TENGGG!!!! TARRRAA!!!!
MEE HOON TAUCO UDANG

SlurPPPPppp... aduhaii.. memang syiok makan pepanas ekk... kalau ada mee kuning juga bisa dong!

SELAMAT MENCUBA!!!
TATA!!!



Sunday, November 28, 2010

mY KitChen mY ReCipe'S mY CoOkiNG: SIMPLE mee hoon dan MEE SUP DAGING

mY KitChen mY ReCipe'S mY CoOkiNG: SIMPLE mee hoon dan MEE SUP DAGING

SIMPLE mee hoon dan MEE SUP DAGING

SIMPLE mee hoon dan MEE SUP DAGING YUMMYY!





SIMPLE mee hoon dan MEE SUP DAGING
JOM SALIN RESIPE!

Celurkan Mee Hoon Dan Mee Kuning ~ Didihkan air. Masukkan Mee Hoon/Mee kuning. Angkat dan toskan. Hidangkan ke dalam mangkuk.
Bahan-bahan sampingan :
  1. Tauhu ~ Potong dadu dan goreng sehingga kekuningan
  2. Bawang goreng
  3. Taugeh ~ buang ekor, cuci bersih dan toskan
  4. Daun sadri dan daun bawang ~ hiris
Bahan Untuk membuat kuah sup simple :

Bahan-bahan yang di perlukan : SEMUANYA DI KISAR HALUS

  1. 2 biji bawang besar
  2. 8 ulas bawang putih
  3. 3 inci halia
  4. 4 biji buah keras
  5. 1/2 sudu kecil lada putih
  6. 1/2 sudu lada hitam
  7. rempah penumis
  8. 1/2 kg daging ~ rebus sehingga empuk dan potong kecil. Air rebusan daging akan digunakan sebagai kuah sup
Sayur-Sayuran:
  1. Sayur sawi ~ cuci bersih dan potong selebar 2 inci
  2. Lada benggala ~ potong memanjang dan kerat dua
  3. Buah tomato ~ potong 8
  4. Boleh tambah sayur ikut suka anda ekk

CARA MEMASAK KUAH SUP DAGING SIMPLE BANGAT EKK....
Mula-mula sekali...
  1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak
  2. Tumiskan kesemua bahan-bahan yang telah di kisar halus. Tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan air rebusan daging
  4. Biarkan mendidih. Bubuh garam dan sesuaikan rasa.

Setelah kuah mendidih....
  1. Masukkan daging. Didihkan lagi.
  2. Selepas itu masukkan sayur dan renehkan sekejap, jangan sampai sayur lecuh tak sedap ekk...
  3. Tutup api dan hidangkan!
TARRAAA!!!! DAH SIAP KUAH SUP DAGING YANG SIMPLE DAN TERMUDAH DI DUNIA HEEHEE....


LANGKAH TERAKHIR SEBELUM DI MAKAN EKK... Masukkan Mee Hoon dan Mee Kuning ke dalam mangkuk/pinggan...

  1. Tuangkan kuah sup daging yang simple dan enak tu ekk...
  2. Taburkan segala bahan yang ada tuuu..
  3. Kemudian... curahkan sedikit cili padi kicap
  4. Baca Bismillah dan jangan lupa berserta doa makan...
  5. Lepas tu makan ler ekk...

SIMPLE mee hoon dan MEE SUP DAGING! sangat mudah, simple dan enak. Sesuai di makan pada cuti hujung minggu bersama keluarga! jangan lupa cuba ekkk.... You take care ekk...:):)


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ