ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, April 12, 2012

Chewy Chocolate Chips Oreo Cookies


Assalammualaikum.... dah tiba masukkan N3 untuk minum petang.. agaknyalah kan hari ni memang hari terkejar-kejar buat i tau.. tadi masa nak memasak tengahari editor kerah suruh email biodata.. ni baru jap tadi Pak Habibi called cakap dalam pukul 6 dia balik terus nak ke suatu destinasi.. wahh.... turun naik jangan cerita.. kalau masuk marathon agaknya i mesti dalam lingkungan no 99! muahahaa... tu belum timbang lagi tu... tapi malaslah nak timbang... sebab baru mengunyah Cookies naik sampai 3 keping! jangan memain ekk.. cookies tu bukan main besor lagik! ada ler besor muka dak kerempeng my lil princess tu hehhee.....*tipu* hehhee....



Dapat idea dari crushed oreo tu ler ekk.. lama dah ku beli nak buat cheese cake oreo kononnya... tak terbuat.. bukan tak ada masa... Malas! <<< pengakuan sangat jujur hehee.... so bikin kan ler cookies... banyak jugak bebahan yang ku bubuh.. rasanya perghh.. dah ler chewy gitu... lemak dan berkrim... <<< mata wajib terpejam celik masa mengunyah tu ekk... pastu muncung tu panjang sikit kengkonon.. sedap nooo... huhuhu... sebenarnya pasal hujan.. makan cookies pepanas kan best! tak giteewww...


Orang kalau rajin kan kan.. semua main pakai cempak kat dalam food processor huhuhu.. mudah aje tu.. tekan TRrrRRrrrrr.... jengah jap... Tekan lagi... TRRrrrrrr... dah siap!!! hahaha.. 

Chewy Chocolate Chips Oreo Cookies


BAHAN-BAHANNYA :

150 gm mentega *dari peti ais
100 gm lite brown sugar
1 biji telur
50 gm serbuk badam
50 gm rosted coconut
100 gm crushed oreo
50 gm chocolate chips
1 cawan susu segar
1 sudu teh vanilla
sedikit garam

200 gm tepung kek

50 gm chocolate chips untuk tatah di atasnya

CARA :

Campurkan kesemua *BAHAN-BAHAN yang berwarna*
:
Masukkan ke dalam food processor dan putar sehingga gula hancur dan bahan-bahan sebati.
Setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit *dalam food processor yang berputar*
keluarkan dan gaul sehingga sebati dengan spatula. *lihat gambar di atas.


scoop adunan dengan menggunakan ice-cream scoop... *gambar di atas* i guna silikon so tak perlu di gris dengan mentega...


Tatahkan pula dengan chocolate chips di atasnya.. bakar dengan suhu 180'C selama lebih kurang 15-20 minit hasilnya memang chewy dan tidak garing jika you all suka garing buh ler lama sikit dalam 25 minit.


sejukkan terlebih dahulu... 
tapi kan makan masa panas-panas itu ler yang syiok!


Yommehhhh.... pssttt.... jari i tu hhaaa.... sendiri pegang sendiri snap gambor..terkial-kial okeh! berapa kali camera i yang berat tu nak terjatuh muahahaa.... yang penting ada SD cards!


tetiba terasa pulak mood raya.....


Nampak tak crushed oreo kat celah beskot tu.... yommy! i buat tak manis.. sebab biskut oreo dan chocolate chips tu dah manis... kalau you all suka manis tambahkan lah lagi gula yaa... nampak tak i kat celah beskot tu???? mana ada ekk.. hehehee....


Masukkan dalam tin.. tak tahu sampai bilalah tahannya tu ekk... mungkin dah selesai masa i edit gambar ni hehee..


Now you see... later i don't know leyyy....

TATA!!!


Bawal Lemak Cili Api Belimbing



Assalammualaikum... aduhaiii terkejor-kejor ari ni... apa taknya.. sibuk memasak... masa tu ler editor buku resipe i called... "Kak Sha bila nak email Tie biodata akak tu?" perghhh.. masa tu ler dok kelam kabut memasak! gini lah.. kalau kerja bertangguh... bila dah nak dateline hah! masa tu baru nak terkejar-kejar menaip hahhaa... perghh.. menulis manuskrip lebih senang dari nak menulis kata-kata aluan dan menulis biodata sendiri.. bukan apa tau.. dah biasa menulis manuskrip panjang berjela.. tetiba yang ko kena tulis di hadkan lebih kurang penuh satu kertas A4 aje! memang berkedut kening, mulut tu herot ke kanan dan kiri memikirkan apa yang nak ku tulis.... pulak tu bahasa nak kena profesional dan formal aje.. mana boleh tulis giteewww.. ekkk... kan kan.. <<< ini kat blogs aje boleh dan FB jugak muahaha.. udah ler tu ekk.. dah selesai ku email kan kat Tie editor yang comey dan lotey... pstt single lagi okeh! muahahahhaahhahahahahah... <<< i gelak macam nak rak tapi tutop molot oke.. sopan kan i hehhee.... dah jom! masak ler kita...:)))


Hujan dah reda... suruh Abang Amin petik cili padi dan daun limau purut kat kebun mini i tu... perghh... dia pakai topi... tu topi....


Abang Amin pakai topi COWBOY! walaupun our house don't have any cow at all!!!! muahehehehe... dan daun limau tu di petiknya yang muda... wahhh... mentang-mentang Momma dia nampak muda <<< sila tepuk tangan sambil tunjuk penumbuk!

Bawal Lemak Cili Api Belimbing

1 ekor ikan bawal *saiz besar potong
1 batang serai *titik
2 helai daun limau purut *siat
10 biji belimbing buluh

BAHAN KISAR BERSAMA :

500 ml santan pekat
3 cm kunyit 
23 tangkai cili padi *kurangkan kalau takmo pedas
garam dan gula

CARA :


Masukkan *Bahan kisar, serai, belimbing dan renehkan.
Setelah mendidih *sentiasa di kacau, masukkan ikan, daun limau dan sesuaikan rasa.
Setelah ikan masak, angkat dan hidangkan!!!

TARRAA!!!

Bawal Lemak Cili Api Belimbing


Musim hujan makan nasi panas-panas! pedas pulak tu perghhh.. air sirap tanpa ais jangan lupa di sulam okeh,


Ikan masin lumi jangan lupa.. perahkan dengan limau kasturi, wahh terus jadi Hang Kasturi okeh!


gorengkan ikan bawal garing-garing naaa....


Dalam kelam kabut memasak dan nak menaip tuh! eishhh... sempat lagi tu tu.....


itu laaa.... tungguUuuu YoUuu... tengah dan sedang di sejokkan tu ekk.. jap lagi i share.. huhuhu lega segalanya dah selesai!!!

TATA!!!


Nasi Goreng Hujan Lebat


Assalammualaikum... kawan-kawan... hari ni sarapan masih simple... segalanya guna left-over nasi yang ada kat dalam rice cooker tu... hujan lebat sangat kat kediaman i sekarang ni.. petir sabung menyabung... rasa macam nak tarik selimut aje awww... hmmm... i memang suka betul kalau hujan waktu pagi dan malam... rasa macam romantis! yer romantis tak bertempat! bukannya ada sesiapa kat rumah ni hah! just me and Abang Amin my hero no 1 tu.... berdua lagi bagus! tak giteeewww.... gorengkan nasi goreng ala-ala hujan lebat.... segalanya main pakai campak tebor dan nak cepat! kengkonon lepas tu boleh berlengkau dalam selimut! ada ka... hahahahaa....


Nampak tak? hujan lebat naa...... sejuk dan dingin... masa nak snap gambar kat tepi laman mini i tu.... berangan ler sekejap.... teringat masa kecik-kecik dulu.. wahhh!!! hujan lebat kilat sabung-menyabung.. masa tu ler... dok siat buku latihan! muahahaahha.. bukan peduli.. guna ke tidak buku tu.... koyak bahagian tengah! jadi tak ler kantoi dengan cikgu.. buku latihan yang i suka koyakkan... buku latihan matematik! hah! amik ko hahahhaa... sebab apa tau.. buku latihan matematikkan berpetak-petak... so senang nak lipat jadikan kapal ke sampan ke... wahhh.. siap aje dalam 5 buah sampan! pergghhh naik nipis buku latihan tu ku kerjakan..... bukan peduli apa nasib bila naik sekolah tu nanti... <<< i memang pelajar cemerlang dan contoh! <<< sila terbalikkan muahahhaa... pastu apa lagi.. terjun ler! lepaskan satu-satu sampan kertas buku latihan berpetak-petak tu kan.. wahhhh... laju aje ko sampan tu berjalan atas air kat celah longkang kecik tepi rumah.... jap lagi... kan kan... tengah leka... leka dan leka tu.... kalau sampan tu karamkan.. kais guna kayu ranting duku... wahhh.... jalan laju lagi.. jap lagi.. tengah leka... Zup! Zap! Zass! kena ranting inai dengan my Bonda... <<< cerita bersambung... pssstt sampai laa terasa-rasa lagi rembatan ranting inai kat betis i tu tauuu..... adoiii!

Nasi Goreng Hujan Lebat


BAHAN-BAHANNYA :

4 cawan nasi semalam
daun sadri hiris
1 biji telur *kocok

BAHAN TUMBUK :

1 batang lada merah
1 batang lada hijau
5 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis
1 cm belacan

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *Bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau dan agak garing.
Pecahkan telur dan gaul rata, buh garam.
Masukkan nasi dan gaul sehingga sebati, sesuaikan rasa, 
Angkat dan hidangkan bersama telur mata kerbau!

TARRAA!!!

Nasi Goreng Hujan Lebat


makan nasi goreng hujan lebat.... nostalgia masa zaman kecik tetap segar di ingatanku..dan akan sentiasa ku pahat di hati ini... awww... << wahhh ayat novel giteeww...yang aawww tu bukan ayat novel huhuhu....


Gorengkan telur mata lembu, kerbau ke... kuning tu bior cair sikit.. wahhh...... mata tu pejam masa makan tu ekk... pastu timbang berat tu hahahaa....


Hujan membasahi bumi... kebun mini i pun nampak segar aje giteewww.. yang tak tahan tu.. rumput tu yang nampaknya semakin segar dan tumbuh dengan jayanya... nak mesin rumput pun tak guna.. nanti rumput cepat panjang! << alasan orang rajin muahahhaa... 


i goreng nasi guna kuali antik my mom.. usia lebih 20 tahun.. gitu jugak kuali tu gupernya.. hitam dan berkerak! tu ler yang best.. kalau omputeh ni kan kan.. ini ler yang jadi kebanggaan dia tau... samalah dengan i... *malas nak ku sental* bior aje dia guper cam tu... barulah best.. terasa ler macam masih kekanak!
:
:
semuanya kerana Nasi Goreng Hujan Lebat... nostalgia lalu akan ku simpan selamanya....:)))) *hati tetap sayuUuu YoUUuuu..*

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ