ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, August 14, 2012

Biskut Oreo Coklat Traffic Light



Assalammualaikum... :D

Syukur Alhamdulillah.. laju jugak i masukkan N3.. menyudahkan biskut tu dah ler banyak hal.. dah selesai semuanya.. waduhh nak mengumpul kekuatan nak mengambil gambar tu lagi ler banyak hal :))

Mood nak menghias dan menyelitkan props celah beskot tu memang kelaut! sebab mood i sekarang ni tengah angin monsun nak menghias rumah :D

Kuatkan juga semangat tu.. dengan motto..
"Tak pe.. pelan-pelan.." ya giteew :D


Semua kanak-kanak, remaja, mak dan bapak budak pun sukakan M&M's
siapa tak suka angkat dagu! :)) wahh tak ada :D

Coklat M&M's ni sentiasa berstock dalam peti sejuk i tu.. anak-anak i yang 3 orang tu memang ler suka mengunyah coklat M&M's bila menonton tv.. bukan anak-anak i aje.. bapak anak-anak i pun suka..
i bolehlah jugak... :D


Biskut ni i buat dengan sedikit idea dari anak-anak kesayangan i yang dok melepak atas tembok tu :D
merekalah sumber inspirasi i membuat dan mereka cipta biskut raya untuk tahun 2012.. :)
ada 3 anak.. so semua sukan coklat M&M's dan Oreo cookie.. 
maka telah kugabungkan menjadi satu... :D
Insya~ALLAH kalau ada 4 orang anak.. tahun depan beskot tu tukar pulak ala-ala lampu lip lap raye :D

Biskut Oreo Coklat Traffic Light


Merah, Kuning, Hijau

And...

GO!!!!!


nampak tak tu???
ya itulah Brunos anak saudara kesayangan i... bulat aje kan mata dia.. siap ala-ala terjengil nak terkeluar bijik mata dak Brunos tu kan?
Ko jangan memain.. dalam cute gitu pantas dan tangkas ngko aii.... :))


tahu apa yang telah di kerjakan dek si Bronos tu???
hampir setengah balang...

Biskut Oreo Coklat Traffic Light

Di kutisnya tiap bijik M&M's yang di tatah atas beskot tu.. perghhhh.... :))
beskot tak dimakan.. dia dok makan.. cekelat M&M's tu sahaja.. aduhaii..
penghabisannya setengah balang beskot yang dah tak bermata tu.. ku bekalkan untuk dia bawak pulang ke Melaka.. dengan motto..
"Tu dah bukan Traffic Light dah tu..." :))
dah botak aje beskot tu muahahhaa :))


Biskut Oreo Coklat Traffic Light


BAHAN-BAHANNYA :

  1. 250 gm mentega
  2. 250 gm gula halus *gula pasir kisar*
  3. 1 biji telur
  4. 1 sudu teh esen vanilla
  5. 60 gm serbuk koko *vanhauten* {ayak bersama
  6. 100 gm tepung jagung {ayak bersama
  7. 250 gm tepung biskut {ayak bersama
  8. 1/2 sudu teh empleks *perangup biskut {ayak bersama
  9. 1/2 sudu teh garam {ayak bersama
  10. 150 gm serbuk oreo *ada di pasaran
  11. ekstra tepung biskut untuk taburan sepanjang menorak dan menerap

UNTUK TATAHAN DI ATAS BISKUT :

  1. 3-4 botol coklat Mini M&M's
  2. gula aising + sedikit air = jadikan cairan yang pekat untuk gam coklat M&M's



CARA :

  1. Putarkan mentega, gula dan telur sehingga gula larut dan sebati.
  2. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati
  3. Masukkan serbuk oreo dan kacau sebati
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuku doh.
  5. Rehatkan adunan di dalam peti sejuk selama sejam.

  1. Torakkan adunan dengan menggunakan penerap khas seperti gambar di atas sehingga selesai.
  2. Panaskan ketuhar dengan suhu 150'C selama 10 minit.
  3. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga biskut garing.
  4. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
  5. Titiskan beberapa titis bancuhan gula aising dan tatahkan bersama coklat M&M's.
  6. Bermula dengan warna merah, kuning dan hijau, lakukan sehingga selesai!
TARRAA!!!

Biskut Oreo Coklat Traffic Light



Semasa i buat biskut..

Biskut Oreo Coklat Traffic Light

i buat dengan Nellysha.. masa nak buh coklat M&M's tu i dok ler confused.. :)) warna apa ekkk keler kat traffic light tu??
biasanya bila i memandu.. i akan jumpa dulu warna kuning lepas tu merah.. terus i break!!! Screeetttttttttt ya giteewww :))

so dalam dok tertanya-tanya tu...
Nellysha tetap mengatakan warna merah dulu.. di ikuti warna kuning lepas tu baru hijau.. :D
Ehh i tak puashati selama ni siapa yang drive kereta?
i ke dia? :))


Tetiba Pak Habibi called...

"Merah, Kuning then Hijau..."

gitu kata Pak Habibi sambil dia cek kat internet  :))
dan tu ler dia.. betul ler kata Nellysha yerk.. pastu sempat lagi tu..

"Apalah Momma ni.. tu pun tak tahu!"

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. pakkal puasa kan kan :D

confused okeh! bukan tak tahu.. kekadang tu.. lampu merah pun ter.. ter... :D heppp! i pemandu berhemah okeh.. *bergantung kepada keadaan dan situasi dan juga lokasi* :))


Biskut Oreo Coklat Traffic Light

Biskut ni rangup, lemak, harum koko dan oreo :)
Bila di gigit terkena M&M's waduhh..
terus hilang mata hitam :))

Jika doh agak lembik taburkan sedikit tepung sepanjang menorak.

Biskut Oreo Coklat Traffic Light 


Sekian... sahaja tunggu N3 seterusnya... :D

Jumpa Lagi..

TATA!!


Biskut Permata



Assalammualaikum..:)
Sangat berusaha keras memasukkan N3 tentang biskut raya.. berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya... waktu itu baru sahaja bergelar blogger tetapi satu beskot raya tak ku kongsikan buat semua teman-teman nak tahu kenapa? Bukan kedekut ilmu hepp! i bukan macam tu ehhh... :D
Sebab tahun sebelumnya i terlalu sibuk dengan urusan bisnes.. kecil-kecilan aje.. menjual busana dan tudung :D
Dan tahun lepas i terlalu sibuk membuat persiapan untuk melangkahkan diri memasuki pertandingan MasterChef Malaysia 2011.. :D
Dan tahun ini sibuk jugak! malah lebih sibuk sebab terlalu banyak urusan penulisan yang perlu di uruskan..:)
Namun berkat menguruskan jadual kerja agar teratur dan berjalan dengan lancarnya.. berjaya juga akhirnya berkongsi resipi buat semua teman-teman ;)


Syukur Alhamdulillah buat julung kalinya i berpeluang berkongsi sedikit resipi biskut raya khas buat keluarga di rumah untuk menyambut hari lebaran yang bakal menjelang tiba :D
Syukur Alhamdulillah juga blogs dapur maya i ni kian mendapat sambutan dan Jutaan TERIMA KASIH buat semua teman-teman blogger baru dan lama yang sudi datang bertandang di blogs dapur maya ku ini :)
Anda juga adalah sumber inspirasiku untuk terus meraih idea yang kekadang tu di luar kotak fikiran :))
tapi cabaran tu ler yang menyeronokkan i untuk terus berkongsi apa sahaja ilmu yang tidak seberapa ~Wallahualam~


*credit to uncle googles* :D

setiap tahun biskut buah akan sentiasa terhidang di dalam balang biskut i di pagi raya. Biskut kesukaan bonda dan sanak-saudara yang datang berkunjung.
Selalunya i buat biskut buah dan tidak di cetak tetapi akan terus ku potong ketika masih panas dan baru keluar dari ketuhar.
Tahun ini i dapat idea dari gambar di atas di mana.. telah kucetak satu persatu adunan biskut itu dan jadilah seperti...


Perghhhhhhhhhhhhhhh.. macam kurang kerja kan kan :))
memang merumitkan.. apa taknya nak kena sapukan putih telur di atas adunan biskut dan kemudian terpaksalah ku tatahkan dan susun pulak buah-buahan mix fruits itu...
penat tak??
mau taknya.. leceh ler yang oiii... :D

BISKUT PERMATA


BAHAN-BAHANNYA :

  1. 250 gm mentega
  2. 220 gm gula halus *kisar*
  3. 1 biji telur
  4. 1 sudu kecil esen vanilla
  5. 100 gm tepung susu {ayak bersama
  6. 100 gm tepung jagung {ayak bersama
  7. 260 gm tepung biskut {ayak bersama
  8. 1/2 sudu empleks *perangup biskut {ayak bersama
  9. 50 gm serbuk badam {ayak bersama
  10. ekstra tepung jika adunan agak lembik
  11. penerap bentuk 4 segi



UNTUK TATAH DI ATASNYA :

  1. 1 biji putih telur *untuk sapuan di atasnya/gam*
  2. 300 gm buah-buahan mix fruits
  3. 100 gm badam *dadu
  4. 100 gm gula kastor
**CAMPURKAN BERSAMA NO 2,3,4 dan ketepikan*



CARA :

  1. Putarkan mentega, gula dan telur sehingga sebati.
  2. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
  3. Masukkan *BAHAN AYAK* sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuku doh.
  4. Rehatkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  5. Setelah itu terapkan dengan penerap 4 segi, dan sapukan dengan putih telur di atasnya.
  6. Taburkan/susunkan *BAHAN CAMPURAN BUAH-BUAHAN* sehingga rata di atasnya. *Tekan2 sedikit yaa nanti tertanggal pulak :))
  7. Panaskan ketuhar dengan suhu 150'c selama 10 minit.
  8. Kemudian baru di bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut garing.
  9. Angkat, sejukkan terlebih dahulu baru di simpan di dalam balang!
TARRAAA!!!!

BISKUT PERMATA



Rangup.. harum bau buah-buahan dan enak ler sangat! :D
Dengan menggunakan penerap dan tidak di potong biskut nampak lebih kemas cuma leceh ler sikit.. :)

Sekian sahaja.. selamat berpuasa dan selamat berbuka..

Jumpa di lain N3 biskut raya...

Assalammualaikum.. :D

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ