Assalammualaikum, :)
Syukur Alhamdulillah selesai sudah puasa yang pertama kita sebagai umat islam di bulan Ramadan ini. Ada yang kekenyangan sampai sujud lama benor atas tikar sembahyang tu ke? :D
Wahh.. kalau ada samalah macam Alif Bom! Bom!
Cak! tu dia Alif nampak cengkung tak sehari berpuasa? :))
Alif kirim salam kat you all semua.. dia cakap dia okay setakat ni. cuma dia kata kain pelikat dia longgar sikit dah... :))
Berbuka kat rumah Alif petang tadi, N3 berbuka secara marathon beramai-ramai kat rumah Alif tu lain N3 i share ekk.. :)
Roti jala yang kujala petang tadi.. bukan sesikit yang ku jala.. dekat 2kg!!! dan Alif adalah penyebab semua yang ada di meja makan terpaksa berebut! :D
Daging Briyani Masala ini ku masak dekat setengah kilo daging cincang... pun juga...
Alif adalah penyebab utama semua yang nak kan lauk tu kena Mama Alif yang tukang sendukkan... kalau tak.. asyik ke pinggan Alif.. Alif jugakkk :))
ROTI JALA
BAHAN-BAHANNYA :
400 gm tepung gandum
1/4 sudu kecil garam *secukup rasa
100 ml susu cair + 350 air
2 biji telur
sedikit pewarna kuning / serbuk kunyit
sedikit minyak
acuan roti jala
kuali non stick
CARA :
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan pukul atau bancuh sehingga sebati dan tidak berketul dengan menggunakan whisker atau pun handmixer. *i guna whisker* selepas itu tapiskan.
Lengserkan sedikit minyak di atas kuali non-stick dan masukkan sedikit adunan ke dalam acuan roti jala.
Jala mengikut cara anda :))
angkat dan lipat/gulung.
sedia di hidangkan bersama kuah kari, serawa durian, jem atau apa sahaja yang anda semua impikan :D
masa menjala roti ni.. i buat timing... mula jam 4:28 petang tadi dan selesai 5:23 petang..perghhh itu nama... berdesup! sebab takut terlewat sampai rumah Alif... :D
i tepikan sikit untuk bersahur esok pagi.. dengan motto.. tak sanggup bersahur maggi lagi :))
DAGING BRYANI MASALA
i guna susu cair, dan rempah briyani masala tu memang tak kekuningan atau keemasan atau kecoklatan...
ya, giteww kelernya.. tak tahu nak ku terangkan..
rempah ini i beli di pasaraya Maideen.. tempat lain i tak tahu gimana pulak rupanya..:) 100gm RM4.. wahh detailed giteww..:)
DAGING BRYANI MASALA
1/2 kilo daging cincang
1 tin susu cair *tu yang Alif suka, lemak dan berkrim :D*
3 biji kentang *dadu kasar
1 tin kacang kuda *siap berebus* ada di pasaran
2 pelepah daun kari
2 helai daun salam *bay leaf*
1 keping asam gelugor
BAHAN TUMIS :
2 biji bawang besar *dadu
5 ulas bawang putih *dadu
3 cm halia *hiris
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil 5 spices *ada di pasaran*
2 sudu besar serbuk briyani masala
2 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
sedikit minyak dan 1 sudu besar minyak sapi
CARA :
Panaskan minyak dan minyak sapi. Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga bawang layu.
Masukkan daun kari, kentang dan daging cincang, renehkan sebentar.
Masukkan susu cair, asam keping, daun bay leaf dan renehkan dengan api kecil dan sentiasa di kacau.
Setelah kentang dan daging empuk, masukkan kacang kuda, kacau rata sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!
TARRAA!!!
DAGING BRYANI MASALA
bila dah selesai makan dan hanya tinggal kuah aje kan.. tetiba Alif berbunyi...
"Kenapa kuah dia warna lain comet?"
Perghhhhhhhhhhh... setelah habis! bagus.. :D
Kek coklat 5 pintu pun dah sampai ke pintu rumah Alif..
dan dah selesai masuk perot Alif juga :))
Dengan jelingan manja.. Alif ucapkan Alhamdulillah... :)
Sekian sahaja.. itu sahaja menu hidangan i untuk berbuka puasa.. lain-lain hidangan di rumah Alif tu nanti i share lain N3 ya.. selamat bersahur!
kali ni i dah kunci 5 biji HP tepi bantal i :))
Assalammualaikum...
TATA!!