ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, February 27, 2013

Pengat Keladi... Mengidam ehem! ehemm! yaa.. giteewww



Siapa suka pengat keladi?? Kenyit mata kiri... yaa.. camtu... ;))

Siapa tak suka pengat keladi?? atau apa jua pengat pun??? yaaa... tak perlu buat apa-apa pun.. ya giteeww ;))

Okay.... masih lagi resipi ringkas.. snap gambar pun seringkas yang boleh... cuma bila menyudu ke mulut tu je yang tak ringkas.. laju kemain lagik! muahahaa.... :D

Assalammualaikum... apa khabar semua? << sesekali bagi salam selepas intro... :D

Okaylah... sekarang ni masih busy... so kita terus sahajalah ke resipi mudah dan teringkas di dunia ni ler yerk... semua orang dah tahu.. tak pe.. tak pe.. i share lagi.. khas buat semua yang dah lama tak buat pengat keladi... :)
 

PENGAT KELADI

BAHAN-BAHANNYA :

500 gm keladi *kupas kulit dan potong dadu jangan terlalu kecil
700 ml santan pekat
2 helai daun pandan *siat dan simpul
120 gm gula pasir
45 gm gula melaka
2 cubit garam halus

*air secukupnya untuk merebus keladi

CARA :

  1.  Rebuskan keladi yang telah di potong dadu sehingga empuk dan toskan airnya.
  2. Tuangkan santan ke dalam keladi. 
  3. Kemudian masukkan gula pasir, gula melaka daun pandan dan garam.
  4. Renehkan dengan api kecil dan sentiasa di kacau sehingga gula larut dan kuah agak pekat.
  5. Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!
TARAAAAA!!!!

PENGAT KELADI


Musim panas di kampung i sekarang ni..
tetiba sahaja tekak meronta minta pengat keladi.. tu yang i buat..
lega rasanya.... psst.. ramai yang tinggalkan pesanan kat inbox FB i..

antara soalan cepu gangsa yang mereka tinggalkan buat i.. untuk di jawab... dan i jawab di sini... ya cik adik-adik semua...

soalannya berbunyi begini..

"Kak Sha ari tu saya ternampak Kak Sha.. tengah shopping... :D err... Kak Sha sedang berbadan dua yaa??? anyway kalau betul.. Congratss!!!!!!" <<< dia ada taip love tapi kat sini tak dapat ler i nak share muahaha...

jawapan dari hakak yaaa adik yang begitu prihatin ;))*namanya tak perlu dirahsiakan :P

"Dik.. betul ke Hakak nampak seperti ibu yang berbadan dua???? Fullamakkk.. bestnya.. psstt.. sayangnya.. mungkin yang adik ternampak membukit tu lelemak akak dik!"

Muahahaa... hadoii.. memacam lagi yang tinggalkan pesanan.. nanti i share lagi ler hehehe...



Sekian dulu.. Jaga diri.. ada kelapangan nanti i share lagi resipi teringkas di dunia ekkkk..... ;)

Assalammualaikum...

TATA!!   

Monday, February 25, 2013

Ulam Peria Goreng


Assalammualaikum... Apa khabar semua?

TenggelammmMmmmm... pastu timboL.... pastu tenggelam lagikkkkkkk :)) pastu timbol! cak! ;)

Pastu tenggelam lagi.... adatlah tu yaa.. bila kerja penulisan bertimbun mulalah nak mengupdate blogs ke lautan sepi nun jauh di sana tu hah! ;))

Okay, macam biasalah kan kan.. bila sibuk menu dan resipi semuanya yang ringkas-ringkas.. masak pun cepat dan pantas.. macam tak cukup masa.. duduk menghadap PC.. tetapi sekarang ni sedang sibuk membaca karya-karya i sebelum ini untuk persiapan ASWARA Finas Malaysia...(dua buah karya yang terpilih :)

Syukur Alhamdulillah terpilih... belum habis cerita lagi.. terpilih untuk bentangkan pada ahli panel.. berjaya atau tidak.. Wallahualam.. berserah sahaja... :)

Apa pun i akan cuba yang terbaik.. sedang menghitung hari... dan hujung minggu akan datang ini adalah hari yang sangatTttttttttt panjang buat i.... dup.. dap.. dup.. dap je ni... :D

dan resipi yang i share kali ni pun ringkas dan tak sampai 5 minit dah siap! rasanya semua dah tahu.. tapi i share jugak di sini.. demi teman-teman yang tidak jemu-jelak datang berkunjung walaupun tuan dapur tenggelam timbol sejak dua menjak ni ;)

Ulam Peria Goreng


BAHAN-BAHANNYA :

3 biji peria katak *alah yang kecik dan berkedut tu :)) *hiris nipis
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA :

Gaul rata peria bersama serbuk kunyit dan garam halus. Perapkan sebentar.

Panaskan minyak dan gorengkan peria sehingga agak keperangan atau agak layu.
Angkat dan toskan terlebih dahulu!

Sedia di hidangkan!!

TARRAAA!!!

Ulam Peria Goreng


Makan bersama nasi panas-panas.. ada pulak sambal belacan... kuah asam pedas curah kat atas nasi yang berasap tu.. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Hilang niat nak berdiet!!! tak pe.. tak pe.. esok diet lagi ekkk... ;)

Jumpa nanti... jaga diri.. :)

Assalammualaikum..

TATA!!

Thursday, February 21, 2013

Salad Telur



Assalammualaikum... Selamat Tengahari Kawan-kawan :)

Masak apa hari ni? i masak simple aje... sedang giat berdiet.. tetapi ini bukan menu berdiet ;))

Kalau dah ada mayo... ada chili sauce... ada telur.. ehem! ini namanya resipi menambah lemak! :))

Apa pun hidup perlu di teruskan.. yang berdiet teruskan berdiet.. jangan banyak sangat berpantang...

Macam i lah sekarang ni.. dalam berdiet.. dalam berpantang.. wah! semakin kuat pantang i...

Pantang jumpa makanan! muahahahaa.... :D

Okay, untuk tidak melengahkan masa lagi.. meh! ler kita terus sahaja ke resipi yang mudah dan ringkas untuk di sediakan.. ;)

Salad Telur


BAHAN-BAHAN UNTUK SALAD :

3 biji telur *rebus dan kupas kulitnya ~ potong bulat

3-4 helai daun salad *cuci bersih

2 biji tomato ~ potong nipis

1 biji timun muda ~ potong nipis

Semua bahan-bahan di atas susun di dalam piring/pinggan  

 UNTUK SOS THOUSAND ISLAND YANG TERMUDAH DI DUNIA :D


1 cawan mayonis
1/2 cawan sos cili

*boleh tambahkan gula dan sedikit garam

Semua bahan di atas campur dan gaul sebati
Sedia di hidangkan bersama salad telur!!!

TARRAA!!!

Salad Telur 
 


Mudah aje tu kan???

Yang TERmudah dari dapur The Writer's Cooking!

Nak yang susah payah? tunggu nanti yaa.. masanya akan tiba ;)

Jumpa nanti.. jaga diri..

Assalammualaikum... :)

TATA!!

Tuesday, February 19, 2013

Goreng Pisang Rangup.. Mood Masih Ke Parit :)


Assalammualaikum! Cak! Cak!
Hampir seminggu tak update blogs.. lebih rasanya :D

Dan mood mengupdate blogs masih lagi ke parit! nak mengumpul semangat edit gambar dan masukkan dalam blogs masih suam-suam kuku... ;))

Nak tahu kenapa???


Seminggu lebih riuh-rendah rumah di buatnya..

4 kekanak lelaki + 2 kekanak gegirl...

bayangkan macam mana punya riuh rembak jadinya.. kalau rumah berlantaikan papan rasanya dah lama runtuh di kerjakan dek kekanak riang di atas tu... :D

Penghabisannya bila semua dah pulang kepangkuan mak & ayah memasing...

tinggallah i terkonteng-konteng dan termanggu-manggu.. di rumah..

tak tahu nak buat apa! i tengok dinding.. dinding tengok i! muahahaa...


duk kat dalam opis pun tak ada mood.. selalunya bilik opis i di penuhi kekanak riang di atas tu hah!

i biorkan aje.. asalkan terkawal... jangan ber wrestling sesama sendiri :D

tu pun tak bagi main wrestling.. dia orang main wrestling tangan! muahaha.. gasak ler semua dah berlalu..

dah sunyi sepi.. macam bodoh pun ada ni hah! Ohh! bengong... :D

maka dengan itu demi mengais mood mengupdate blogs.. yang jap ada jap tak ada ni... i share dulu resipi simple foreva... macam biasalah dapur maya i memang sentiasa menyajikan hidangan yang ringkas dan mudah di cuba.. yang penting suci, halal lagi enak.. cecewahh...

resipi yang cukup mudah.. enak di makan begitu sahaja.. tetapi biasa menggegarkan iman bagi mereka yang sedang berdiet... *macam i laa.. hancuss diet i seminggu!* ;))

Goreng Pisang Rangup


BAHAN-BAHANNYA :

2 cawan tepung  gandum
4 sudu besar kelapa parut
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar gula pasir
4 sudu besar minyak panas *minyak masak benar-benar panas*
air secukupnya

10 biji pisang nipah *potong 3*
minyak masak secukupnya

CARA :

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  2. Campurkan tepung gandum, garam dan gula sehingga sebati.
  3. Masukkan minyak panas dan kacau sebati.
  4. Masukkan kelapa dan air secukupnya sehingga menjadi batter yang separa pekat. 
  5. Celupkan pisang nipah ke dalam batter dan goreng sehingga keperangan atau garing.
  6. Angkat dan hidangkan bersama kuah kicap!     

 TARRAA!!!

Goreng Pisang Rangup



Yang simple tu lah yang sedap!

mata tak sempat berkelip dah licin!!!

Selamat mencuba!!

 
 Sekian dulu..

Jumpa nanti.. Assalammualaikum..

TATA!!

Friday, February 8, 2013

Bubur Pulut Hitam


Assalammualaikum... :)

Selamat petang.. tu dia.. semalam tenggelam.. hari ni timbul lagi!

Cak! Cak! ;))

Hidangan minum petang fav i.. soOoo.. i buat bubur pulut hitam sebab tekak  ni terhinginnn ler sangat nak makan!!

Sendiri teringin, sendiri bikin... makan reramai.... :D


Petang ni kita terus sahajalah ke resipi minum petang kita yaa..

dan gambar yang i snap ni dan juga resipi yang semua orang dah tahu... akan i kongsikan di dalam sebuah majalah masakan yang sangat terkenal... tapi i share dulu di sini..

sebab apa?? sebab i care.. cecewahhh.... ;)

BUBUR PULUT HITAM

bahan-bahannya :

2 cawan beras pulut hitam *rendam selama 3-4 jam atau semalaman dan rebus sehingga kembang
500 ml santan pekat
200 ml air
1 buku gula melaka
100 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan *ikat dan simpul

UNTUK SANTAN PEKAT *Pekat

200 ml santan pekat
secubit garam halus
1 helai daun pandan

Campurkan santan pekat bersama secubit garam halus dan daun pandan. Didihkan sebentar dan sejukkan terlebih dahulu sebelum di hidangkan bersama bubur pulut hitam.

CARA :

  1. Campurkan pulut hitam, air dan santan pekat. Renehkan sebentar.
  2. Masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan.
  3. Renehkan sehingga gula larut dan kuah pekat.
  4. Angkat dan hidangkan bersama kuah santan pekat. 
TARRAA!!!

BUBUR PULUT HITAM


Sekian dulu.. selamat bercuti.. jaga diri..

Assalammualaikum..

TATA!!

Wednesday, February 6, 2013

Kerepek Keledek Oren Dan Sagat Usia 20 Tahun!


Assalammualaikum... :)

Selamat petang semua... yaa.. nampaknya dah tiga hari berturut-turut dapur maya i ni ber update.. kalau tidak tenggelam timbol! :D

 Okay... you olls semua minum petang apa hari ni???

Apa???? Kek cekelat bersalut keju??? perghh... nak cikit!!! ;))


Okay petang ni i buat minum petang simple aje..

cemil-cemilan aje.. manjang kuih manis dan savouri kali ni i terajinlah pulak...

asalnya terpinga-pinga jugak masa turun dapur..

tak tahu nak buat apa?

tetiba... jeng! jeng! jeng! :D


Tu dia.... ada beberapa ketul keledek oren..

asalnya nak buat kuih keria.. asyik keria aje.. jemu ler..

kalau beli kat gerai tepi jalan.. hulur RM3 dapat sepinggan... goreng panas-panas.. sampai rumah dah sejok... tak best!

SoooOOoo... cari lagi idea... nak buat apa ekkk?? ekk???


Ternampaklah pulak sagat antik!

Usia lebih 20 tahun! tu dia...

Ingat lagi inilah sagat yang Arwah Ayah selalu sagat keladi untuk buat cemilan waktu petang.. kisah dululah ni yaa..

SoOoo... kisah lalu ku bawa ke petang ini..

memeng ler bukan keladi.. sebab keladi tak de..

Tak pe.. tak pe.. keledek oren ada...

soOoooo... kupas ler kulit keledek oren tu... cantik sungguh warnanya... :D

Kerepek Keledek Oren


BAHAN-BAHANNYA :

400 gm keledek oren *kupas kulitnya dan cuci bersih kemudian lap sehingga kering
sagat
1 sudu kecil garam
minyak secukupnya untuk menggoreng


CARA :

Panaskan minyak sehingga benar-benar panas.
Masukkan satu sudu kecil garam.
Setelah itu sagat keledek oren ke dalam minyak yang panas.
Api sederhana dan sentiasa di kacau semasa menggoreng.
 

Tu dia... sagat jangan banyak-banyak sangat tau...
anggaplah... biar lambat asal siap! muahahaaaa :))


Setelah garing, silalah angkat yaa.. jangan dah rentong baru nak angkat! :P


Toskan terlebih dahulu di atas kertas tisu dapur.
Setelah sejuk...


Hidangkan...
dan susunlah cecantik dalam mangkuk..
pastu snap gambar lek lok..
barulah share kat FB dan blogs...

macam yang i buat sekarang ni lah..

i really love my jobs! :D


simpan dalam balang kaca yang kedap udara...

tu kalau tak habislah kan kan.. ;))
 

Yang i goreng ni tadi..
sekali hadap jewww.... :))


Yang simple tu lahh yang sedap...

lakukan sendiri.. kalau beli memang ler berbaloi..

tapi rasanya tidaklah fresh kalau kita buat sendiri di rumah...

tak caya.. cecuba.. cecuba..

ranggup YoUuuuuuu :)


Sekian dulu... semestinya yang teringkas dan termudah dari dapur Shahriah..

yang leleceh.. tak kuasa i nak buat youuuUuu...

Jumpa lagi.. jaga diri..

Assalammualaikum..

TATA!!

Tuesday, February 5, 2013

Rojak Buah Momma Sha Vs Kuah Rojak Mak Bee


Assalammualaikum... :)

Ya.. bertemu kembali kita di dapur maya i yang ala-ala... jap ada.. jap tak de... :D

tapi nampaknya dah dua hari ada aje Update ;))


Asalnya.. nak goreng pisang untuk minum petang... baru teringat tengah diet :P

terus ler kais peti sejuk... teringat pulak ada beli buah jambu air dan jambu batu masa outstations ke KL ari tu.. beli di RNR Pagoh...

terus meleleh je... :))

terus ler potong-potong-potong...
  teringat pulak ada kuah rojak Mak Bee..

perghhhhhhhhhhhh.. lagilah meleleh.. semakin lajulah memotong buah! muahahaaaa :))  


Okay, buah-buahan yang i gunakan hasil kaisan di dalam peti sejok :D

Buah Jambu air
Buah Jambu batu
Epal
Kedondong *SlUrruUUupppppp :P
buah lai
dah tu jerkkk... :D

potong-potong dahhh.. susun lek lok... yaa... ;)

JOM! Buat Kuah Rojak!   


BAHAN-BAHANNYA :

1/2 cawan kacang goreng
3 sudu besar kuah rojak Mak Bee :D
sedikit garam & Gula
3-4 tangkai cili padi berapi :D
2 sudu besar kicap manis   
 

Sedikit kacang Tumbuk
untuk tabur di atas kuah rojak...


 Setelah itu... sila ulek... *tumbuk* bahan-bahan tadi sehingga hancur..
sesuaikan rasa..
dan bolehlah mula di colek!

Rojak Buah Momma Sha
Vs
Kuah Rojak Mak Bee


SlurPPpppppppp ahhhhhh...


Sila calitkan buah-buahan anda di dalam saki baki kuah rojak iteeww...

ya giteewwww :))


Diet????
:P
i sorang je satu pinggan tu okeh! ;))


PEJAMKAN MATaaa........ ;))


Nganga Mulot.............

Besor sikit mulut tu...
Momma Sha suapkan untuk you olls...

i really care about you olls... ;))

Assalammualaikum...

TATA!!   

Monday, February 4, 2013

Ada Yang Rindu Kew??? Lauk Kampung Jeewww.. Ya, Giteew


Bismillah...

Assalammualaikum!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Apa Khabar teman-teman semua???

Tu dia... punya banyak i buh tanda seruan tu... errkk.. ada yang rindu kat i kew??

Tak de?? tak pe.. tak pe.. yang penting... di mana i berada.. sibuk macam mana pun i di luar sana... you all semua sentiasa berada di dalam ingatanku... cecewahh.. ehh... serius ni okeh... ;))

Sepanjang Januari yang lepas... itu nama pelbagai dugaan yang terpaksa i tempuhi.. tempuhi dengan hati yang terbuka.. tidak pernah sekuman pun mengeluh... senyuman sentiasa terpalit di bibir ku ini... wah! dah keluar ayat novel dah tuuuUU... ya giteeww... :D

Gini... ceritanya ni... punyalah lama tak update blogs.. ramai yang in box.. bertanya ke mana i menghilang.. walaupun i sentiasa update status di FaceBook

Yang pertama.. Bonda tersayang terpaksa di masukkan di wad kerana bisul... ada yang gelak ke? :D
memang bisul tu penyakit biasa aje.. memandangkan Bonda kesayangan i tu.. ada diebetes.. maka dengan itu.. kes yang remeh menjadi serius... selesai di bedah.. Syukur Alhamdulillah... Bonda dah sihat seperti sediakala... dan yang i bersyukur sangat.. ketika Bonda sakit.. i dan adik-beradik yang lain sentiasa berada di sisi.... bila waktu melawat habis... kami beramai-ramai secara berkelompok.. menikmati teh tarik! :D
saat yang jarang kami adik-beradik dapat lakukan... bukan ke Hikmah tu namanya... Bonda pun happy sebab masa dia sakit inilah anak-anak ada di sisi... :)


Dalam sibuk dan risaukan Bonda.. tugasan dan tanggungjawab sebagai insan yang bergelar penulis.. tetapku teruskan jua.. walaupun 99% hati tetap risaukan Bonda... Syukur Alhamdulillah.. segalanya dah selesai dan berjalan dengan lancarnya.. 
Foto di atas bersama peminat karya Shahriah(ANTARA) yang datang dari jauh.. Pulau Pinang turut sama memeriahkan Karnival Karangkraf..

"Ini Shahriah Masterchef kan?"

99% akan tegur macam tu bila nak minta sign.. tak de pulak yang tegur cakap cam ni..

"Ini Shahriah novelis tu kan?"

yaa.. setakat ini tak de.. tak pe.. tak pe..  ;)

Terima kasih ya, Puan kerana sudi menyokong karya Shahriah...:)
dah janji dengan Puan yang ayu jelita tu.. satu hari akan datang ke Pulau Pinang... Jeruk buah pala sepeket! :)) 

Lauk Kampung Jeew... 
 

Hari ini... bersamaan 4hb Februari 2013 i yang turun ke dapur memasak... beberapa minggu ini semuanya my PA yang take over kerja masak-memasak.. so hari ini i bagi dia rest... dia cuma tolong siang ikan bilis je.. selebihnya teman i memasak di dapur sambil ngobrol! i berdiri memasak.. dia duduk siang ikan bilis muahaha.. :D

i masak simple aje... lauk yang entah dah berapa kali i share di sini... lauk kesukaan anak-anak.. jadi untuk mengembalikan mood memasak yang entah hilang ke mana beberapa minggu yang lepas.. i mulakan dengan lauk yang simple dulu... ;))
 

Telur Masin...

Untuk mendapatkan telur masin yang merah menyala macam di atas tu.. mudah sahaja.. selain bergantung kepada keadaan telur masin itu sendiri... kalau boleh cari yang baru di proses... kalau beli yang lama.. telur tak akan oren menyala macam di atas tu.. lebam adalah! :))

Okay memula sekali... beli telur masin :D

  1. cuci bersih telur masin dari kotoran
  2. rebus air terlebih dahulu sehingga mendidih
  3. masukkan telur masin dan rebus anggaran 8-10 minit
  4. angkat dan rendamkan dulu dengan air sejuk
  5. setelah itu baru di kupas  
Bening Bayam


Dah banyak kali i share di sini.. dan hari ini i share lagi.. so you all tak perlu terkais-kais di folder tepi tu yaa..

BAHAN-BAHANNYA :
  
3 ulas bawang merah *kecil     }
1 genggam ikan bilis                } tumbuk kasar
1 kg sayur bayam *siang dan cuci bersih *rendam dengan sedikit garam untuk hilangkan pasir kemudian bilas dan cuci
2 tangkai dauns selasih *daun sahaja
600 ml air 
garam secukupnya 

CARA :

  1.  Masukkan *Bahan Tumbuk dan air, didihkan
  2. Masukkan sayur bayam dan daun selasih
  3. Kacau dan sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!    

SAMBAL TUMIS
IKAN BILIS & TELUR 


Juga dah selalu sangatTTTTT... share kat sini.. i share lagi sebab i care about you olls :D

BAHAN-BAHANNYA :

8 biji telur ayam *rebus dan kupas kulit
200 gm ikan bilis *goreng dan ketepikan
100 ml air asam jawa
gula dan garam secukupnya
2 biji bawang besar *hiris
minyak

BAHAN KISAR :

40 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm belacan
1 cm halia 

CARA :

  1. Panaskan minyak sehingga benar-benar panas.
  2. Masukkan *Bahan Kisar dan tumis sehingga pecah minyak. menumis dengan api sederhana dan dalam tempoh yang agak lama.
  3. masukkan air asam jawa, gula dan garam secukupnya.
  4. masukkan bawang hiris, ikan bilis dan telur.
  5. Masak sehingga kuah pekat, sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!      

TARRRAAA!!!!

 LAUK KAMPUNG YANG SIMPLE MIMPLE :D


Telur Masin
Bening Bayam
Sambal Tumis Ikan Bilis & Telur  


Yang simple tu ler yang sedapzzzz ;)

Sekian dulu...terima kasih buat semua teman-teman baru dan lama yang sudi singgah dan meninggalkan komen.. entah bilalah agaknya dapat membalas kunjungan...
masa benar-benar mencemburui i sekarang ini..

tak mengapa.. Insya~ALLAH.. soon... ada berita tergempar yang bakal i kongsikan buat semua... dan tarikh yang sesuai untuk i war-workan ialah pada bulan March nanti... sabar yaa... ada yang dah tahu.. hasilnya ramai yang terkejut monkey! yang hampir nak melalak pun ada.. i tak akan aktif di blogs lagi ke??? ye ke?? sabar k... ;))

Sekian dulu.. jaga diri... jangan noty-noty.. nakal tak pe.. :))

Assalammualaikum...

*tak jawab dose taw!* :))

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ