ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, May 25, 2012

Telur Pindang Pak Habibi Ngeh!


Assalammualaikum... Selamat sejahtera buat semua teman-teman...:)) Hemboii.. inilah telur pindang Pak Habibi i yang tembam BOM tu! :)) :)) hepp!! :)) di bawah ni i ada sertakan sedikit info tentang TELUR PINDANG.. ihsan dari Uncle Google.. macehh uncle! ;)

Telur pindang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Telur pidang yang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutama di negeri Johor.
Telur pidang yang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutamaan di negeri Johor. Ia merupakan telur yang direbus dalam air herba selama beberapa hari.
Telur pidang dikatakan tahan sehingga dua minggu atau lebih. Dengan itu, ia merupakan bekalan perjalanan pedagang pada masa dahulu.
Telur pindang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa dan warna yang unik. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya, bagaimanapun anyata yang digunakan adalah daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu, halia, galanga ("galingale"), kulit kayu manis, bunga lawang, clove, "cardamom" dan serai.
Daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu digunakan bagi memberikan warna gelap pada telur.



Ya giteew... :)) mudah betulkan, nak menaip tak kuasa.. copy
 paste dah siap :)) ada pelbagai resipi dan cara membuat telur pindang.. dan ini.. adalah cara Pak Habibi i di mana dia belajar suatu ketika waktu dahulu kala :)) << kisah bersambung ;)


i kalau bab makan telur pindang.. serah kat i.. tapi bila tiba bab membikin.. Sorry! i tak anak turun padang hehhehe.. tapi Pak Habibi i tu bukan main rajin lagi membikin.. bukanlah tiap bulan.. adalah setahun sekali.. selebihnya makan bila gi kenduri kawen :)) tu pun kalau dapat! 
sekarang ni kalau gi kenduri kawen jarang dapat telur pindang di Johor ni..
kek, tak kek, gula2 dan bermacam lagi buah tangan dari keluarga pihak pengantin... :)

SEJARAH TELUR PINDANG PAK HABIBI


Masa kenduri kawen belah Pak Habibi masa baru kawen ler ceritanya ni Awww ;)

So MIL i tu upah sahabat dia Arwah dah yaa.. ingat lagi Arwah Auntie Fadilah.. dialah yang buat telur pindang masa majlis kenduri sebelah sana.
So masa tu Pak Habibi i ni turut sama ler membantu *buat kat rumah MIL*
so masa dia tolong susun telur tu.. hah! masa tu lah dia belajar buat telur pindang... dan lepas tu kan kan...

Sekian Terima Kasih! :))

kalau kusambung aje memang tak masak ler telur pindang tu yaa.. so sekarang dah tahulah yaa... 
sejarah telur pindang di dapur i ni..:))

Telur Pindang Pak Habibi Ngeh!



BAHAN-BAHANNYA :

90 biji telur *cuci*

1 botol kicap masin *KECIL

REMPAH RATUS :

jintan halus RM2
jintan kasar RM2
ketumbar RM2
1/2 peket garam kasar
1/2 kilo kulit bawang merah
10 batang serai
1 buku lengkuas
20 batang cili kering

DAUN :


daun jambu
daun berbuas
daun senduduk
daun serai
daun kunyit
daun lengkuas
daun cikra cikri
daun kesum
daun manggis
daun selasih

*dan lain-lain daun yang berbau wangi*

**tak tahu nak menyebut** :)) :)) :))



CARA :

Ambil periuk dan alaskan dengan *DAUN* di atas secara melapis.

Susunkan telur satu-persatu sehingga memenuhi satu lapisan.
Kemudian taburkan *BAHAN REMPAH RATUS*.

DAN LAKUKAN SEHINGGA SELESAI.

Akhir sekali Tuangkan kicap, taburkan baki garam, tutupkan dengan baki *DAUN* dan isikan air sehingga penuh.

Tutup periuk dan TIMPA dengan >>>
BATU LESUNG@BATU@BENDA BERAT

Jerang di atas api sederhana selama 1 jam.

Kemudian kecilkan api dan renehkan selama 3 jam.

Tutup api, kemudian keesokkan harinya RENEHKAN lagi dengan api kecil selama 2 jam. Tutup api, dan keesokkan harinya lakukan yang sama *selama 3 hari*

ANGKAT DAN TOSKAN

Tips : Masa menyusun telur sila padat dan berhati-hati. Untuk pastikan telur tidak pecah ketika di rebus.

Ada juga yang guna beras semasa melapis telur, juga untuk memastikan telur tidak pecah.

Penjagaan api sangat penting.

Pstt.. sebab tu i tak kuasa nak interframe dalam bab-bab membuat telur pindang ni ekk.. bila dah siap! Hah! i ler orang yang no 1 dulu sebok merasa :)) :)) :))

TARRAA!!!!

TELUR PINDANG PAK HABIBI NGEH!


TELUR PINDANG ni... bukan baru ni buat... baru hari ni dapat share.. sebab apa tau.. sebab bila nak tanya Pak Habibi resipi aje sure dia dah berdengkur :)) :))
so hari ni baru sempat share yaa.. lagi pun ramai yang bertanyakan tentang resipi Telur Pindang..


ada banyak lagi cara nak membuat Telur Pindang...

orang-orang lama dari kampung lebih hebat tentang pembikinan telur pindang ni yaa...


baunya harum.. rasanya lemak dan berherba.. :)


nasihat i kat you all..
beli ajelah lebih mudah :))


selamat bercuti hujung minggu kawan-kawan...
take care & smile always :)


TATA!!

Ketam Panggang Fusion.. Resipi Baru You!



Assalammualaikum.. Selamat sejahtera buat semua teman-teman yang sudi singgah di dapur ku ini... Minta maaf sangat yaa.. kali ni gambar memang ler tak cantik dan tak terang sebab apa tau.. :)) ketawa dulu ni.. ini adalah menu makan malam tadi.. :)) dah nak makan baru teringat belum snap gambar.. dah malam lampu pulak di rumah ni ala-ala romantis giteww... ;)

Hati berbelah bagi.. kang kalau tak snap gambar.. selesai pulak di ratah ketam yang berpelukan sesama sendiri dalam mangkuk tu kan.. :)) Kang kalau di snap gambar dah tentu-tentulah tak cantik dan tak terang sebab cahaya asli tak de.. so snap jugak dengan motto.. belum tentu akan ku masak esok hari cenggini gaya! :))

TIPS UNTUK MENYERTAI UJIBAKAT MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM KEDUA... :)


Ramai yang in box i di laman Facebook dan juga ada yang bertanya di kotak komen blogs i ni kan...
so semalam gagahkan jugak diri mengais gambar-gambar lama awal pembabitan semasa ujibakat MasterChef Malaysia Musim Pertama...

so kepada kengkawan yang berminat tu silalah, jengah di blogs i yang satu lagi yaa.. i ada share sedikit tips
bagaimana nak ke ujibakat tu nanti.. dan Insyallah i akan share lagi tips.. silalah yaa.. i wish you all good luck! muahhzzz :)



sakit betul mata tengok gambar ketam tu tau :))
sakit-sakit mata pun semua dah ku sesah!

Okay apa yang Fusion sangat tu??

Hah nampak tak kulit ketam tu?? nampak berserbuk dan garing aje giteeww kan...

ku taburkan dengan serbuk parmesan cheese banyak-banyak naaa....

wahhhhh!! memang terangkat i tell youu! tak caya? jom kita cuba!!

KETAM PANGGANG FUSION

BAHAN-BAHANNYA :

SEMUA DI KISAR :

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
25 tangkai cili kering
1/2 inci belacan
5 biji telur
sedikit garam
gula

BAHAN-BAHAN LAIN :

1 kg ketam bunga *potong 2
5 sudu besar serbuk parmesan cheese
4 sudu besar tepung beras
sedikit minyak zaitun

CARA :

Taburkan tepung beras bersama ketam dan sedikit garam.
Kemudian tuangkan *BAHAN KISAR* ke seluruh ketam dan sesuaikan rasa. 
Perapkan selama 30 minit.
Masukkan ke dalam mangkuk * tureen*
renjiskan dengan sedikit minyak zaitun.
Taburkan dengan serbuk parmesan cheese di atas ketam.
Panaskan ketuhar dengan suhu 180'c selama 20 minit, kemudian baru masukkan ketam dan panggang selama 20-25 minit.
Angkat dan hidangkan bersama nasi lembik!!

TARRAAA!!!

KETAM PANGGANG FUSION


Amacam?? mudah dan memang terangkat! i tell you!
asyik di blackpepperkan.. di lemak cili apikan.. di masak berlada kan kan... cuba yang ni pulak... Fusion giteww... :)


Nasi wajib lembik sikit... baru best!!
baunya waduhhhhhhhhhhhhhhhhhh... satu rumah bau harum ye.. tak caya cecuba cecuba :))


nasi goreng kampung sarapan pagi tadi..
pedas ke langit! i tell youUu...


Jumpa lagi petang nanti yaa.. jaga diri senyum selalu.. :)


TATA!!


EHHH.... ada lagi.... :)) :))

TATA!!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ