Assalammualaikum... Selamat sejahtera buat semua teman-teman...:)) Hemboii.. inilah telur pindang Pak Habibi i yang tembam BOM tu! :)) :)) hepp!! :)) di bawah ni i ada sertakan sedikit info tentang TELUR PINDANG.. ihsan dari Uncle Google.. macehh uncle! ;)
Telur pindang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Telur pidang yang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutamaan di negeri Johor. Ia merupakan telur yang direbus dalam air herba selama beberapa hari.
Telur pidang dikatakan tahan sehingga dua minggu atau lebih. Dengan itu, ia merupakan bekalan perjalanan pedagang pada masa dahulu.
Telur pindang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa dan warna yang unik. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya, bagaimanapun anyata yang digunakan adalah daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu, halia, galanga ("galingale"), kulit kayu manis, bunga lawang, clove, "cardamom" dan serai.
Daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu digunakan bagi memberikan warna gelap pada telur.
Ya giteew... :)) mudah betulkan, nak menaip tak kuasa.. copy
paste dah siap :)) ada pelbagai resipi dan cara membuat telur pindang.. dan ini.. adalah cara Pak Habibi i di mana dia belajar suatu ketika waktu dahulu kala :)) << kisah bersambung ;)
i kalau bab makan telur pindang.. serah kat i.. tapi bila tiba bab membikin.. Sorry! i tak anak turun padang hehhehe.. tapi Pak Habibi i tu bukan main rajin lagi membikin.. bukanlah tiap bulan.. adalah setahun sekali.. selebihnya makan bila gi kenduri kawen :)) tu pun kalau dapat!
sekarang ni kalau gi kenduri kawen jarang dapat telur pindang di Johor ni..
kek, tak kek, gula2 dan bermacam lagi buah tangan dari keluarga pihak pengantin... :)
SEJARAH TELUR PINDANG PAK HABIBI
Masa kenduri kawen belah Pak Habibi masa baru kawen ler ceritanya ni Awww ;)
So MIL i tu upah sahabat dia Arwah dah yaa.. ingat lagi Arwah Auntie Fadilah.. dialah yang buat telur pindang masa majlis kenduri sebelah sana.
So masa tu Pak Habibi i ni turut sama ler membantu *buat kat rumah MIL*
so masa dia tolong susun telur tu.. hah! masa tu lah dia belajar buat telur pindang... dan lepas tu kan kan...
Sekian Terima Kasih! :))
kalau kusambung aje memang tak masak ler telur pindang tu yaa.. so sekarang dah tahulah yaa...
sejarah telur pindang di dapur i ni..:))
Telur Pindang Pak Habibi Ngeh!
BAHAN-BAHANNYA :
90 biji telur *cuci*
1 botol kicap masin *KECIL
REMPAH RATUS :
jintan halus RM2
jintan kasar RM2
ketumbar RM2
1/2 peket garam kasar
1/2 kilo kulit bawang merah
10 batang serai
1 buku lengkuas
20 batang cili kering
DAUN :
daun jambu
daun berbuas
daun senduduk
daun serai
daun kunyit
daun lengkuas
daun cikra cikri
daun kesum
daun manggis
daun selasih
*dan lain-lain daun yang berbau wangi*
**tak tahu nak menyebut** :)) :)) :))
CARA :
Ambil periuk dan alaskan dengan *DAUN* di atas secara melapis.
Susunkan telur satu-persatu sehingga memenuhi satu lapisan.
Kemudian taburkan *BAHAN REMPAH RATUS*.
DAN LAKUKAN SEHINGGA SELESAI.
Akhir sekali Tuangkan kicap, taburkan baki garam, tutupkan dengan baki *DAUN* dan isikan air sehingga penuh.
Tutup periuk dan TIMPA dengan >>>
BATU LESUNG@BATU@BENDA BERAT
Jerang di atas api sederhana selama 1 jam.
Kemudian kecilkan api dan renehkan selama 3 jam.
Tutup api, kemudian keesokkan harinya RENEHKAN lagi dengan api kecil selama 2 jam. Tutup api, dan keesokkan harinya lakukan yang sama *selama 3 hari*
ANGKAT DAN TOSKAN
Tips : Masa menyusun telur sila padat dan berhati-hati. Untuk pastikan telur tidak pecah ketika di rebus.
Ada juga yang guna beras semasa melapis telur, juga untuk memastikan telur tidak pecah.
Penjagaan api sangat penting.
Pstt.. sebab tu i tak kuasa nak interframe dalam bab-bab membuat telur pindang ni ekk.. bila dah siap! Hah! i ler orang yang no 1 dulu sebok merasa :)) :)) :))
TARRAA!!!!
TELUR PINDANG PAK HABIBI NGEH!
TELUR PINDANG ni... bukan baru ni buat... baru hari ni dapat share.. sebab apa tau.. sebab bila nak tanya Pak Habibi resipi aje sure dia dah berdengkur :)) :))
so hari ni baru sempat share yaa.. lagi pun ramai yang bertanyakan tentang resipi Telur Pindang..
ada banyak lagi cara nak membuat Telur Pindang...
orang-orang lama dari kampung lebih hebat tentang pembikinan telur pindang ni yaa...
baunya harum.. rasanya lemak dan berherba.. :)
nasihat i kat you all..
beli ajelah lebih mudah :))
selamat bercuti hujung minggu kawan-kawan...
take care & smile always :)
TATA!!
11 comments:
salam Sha, sbenarnya akak dah nak tidur ni tau tertengok telur pindang pak habibi so jenguk kejab lah takut kempunan pulak sambil tu ,tak pernah makan pun telur ni,buat apa lagi sure belum lah tapi rasanya mmg tak terbuat sbb rumit nya,nak tanya ni
dah boleh makan ke telur tu atau kena masak lagi buat sambal ke,biasa nya orang makan dengan apa Sha telur ni
sorry banyak soklan sbbb akak mmg takde clue langsung pasal telur ni tau,esuk je jawab ya nk tidur dah ni heheee
Wsalam Kak Noor cayang wangi..
Okay telur pindang ni memang popular di Johor. Telur antik giteww sejak berabad dulu..
Memang telur ni sedap, tapi yang tak suka makan memang cakap tak reti hehee... okay telur ni biasanya di Johor orang akan bagi masa kenduri majlis kahwin.. bunga pahar yang kat tepi pelamin tu hah buh telur ni ler kat bunga tu... terjuntai2 gitewww hahhaa...
Telur pindang ni buat masak sambal tumis memang terbaik! makan dengan nasi lemak beras basmathi perghh memang terangkat!
Sha pernah share resipi sambal tumis telur pindang.. nanti kak noor cek yaa.. rasanya sha buat masa tu masa nak makan dengan nasi lemaklah jugak kot lupa dah.. rasanya bulan lepas sha ada share..:))
kalau kak noor tak jelas lagi nanti sha pos ke brunei telur ni tahan lama tau... :))
Selamat pagi Sha...akak free skit hari ni, semalam sibok beno. Sha, emak akak terror buat telor pindang ni dan akak cuma jd 'bibik' je, ambik tu..mesin ni..basuh tu..kopek ni..haha...tapi tak pernah ambil ilmu emak tu. Memang mencabar kesabaran telor pindang ni, itu sebab orang buat time kenduri kawin atau buat jual. Setakat nak rebus seciput, lupakan la.
Masya-Allah...gitu cerita telur pindang bye Sha! memang sesuai benarlah jadi buah tangan kenduri kawin sebab tak takut basi, dah tu cara membuatnya pun tersangatlah spesialnya.... teringin pulak nak makan, tapi tal pernah jumpa seumur hidup.
Terima kasih banyak2 Sha sudi kongsi resepi yang sungguh unik ni, kakak percaya ramai yang tak tahu tentang cara menyediankannya! Mudah-mudahan telur pindang ni taklah pupus begitu saja....
Salam Kak,
telur pindang la pulak ! tp tekak sy x leh terima la tlur nie..baunya tu mcm x than sikit.....penah try makan...tp tu la...tetap x bole masuk....huhuhu....
Selamat pagi Kak Zana.. :))
Ya betul tu kak zana setakat nak buat sikit baik beli aje lecehh nak membikinnya habis gas setong! hehhhe
Kak Amie cayang betul tu unik gitukan.. telur pindang ni hanya popular di Johor... tempat lain tak ada... tapi penjualan telur pindang dah meluas di merata tempat... KL pun dah banyak... macehh kak Amie cayang muahhh
AM betul tu yang mana tak biasa makan memang tak suka.. kawan dari KL cakap apa tau.. telur busuk hehehe...
sejarah masa memula jumpa telur ni kak ilah ingt telur tu dah bucuk..terus buang..pas tumasa kawen belah en hb buat hantaran dulang..baru tau kisah...maklum or gkedah tak tahu hal nie..
Assalamualaikum akak sha cayaang...
Ermm... Diana pernah makan telur gini tapi kat Melaka... X tau ler sama ker x tp kalu d tgk rupanya tu mmg sama... Mmg mulanya tu diana pun ingat telur tu telur busuk... Dah rosak.. Hehheee.. Tp aunty diana kat johor tu kata tu telur yg d rebus ngan herba... Ooo gini caranya yer akak...
masa majlis kawen minggu lps buat telur pindang ;) beli aje lg senang. nak buat amik ms lama :D hehehe...
Post a Comment