ASAM PEDAS IKAN MERAH BELIMBING
Muahahaa.. kecur tenguk kuah asam pedas tu ke??? ATAU kecuR tengok belimbing buluh yang besar lagi seksi tu??? haha.. kalau i kecur tengok belimbing buluh yang montok dan kontot aje giteeewww ekk.. suka benau! masak simple.. ikan merah itu adalah ikan terakhir di dalam peti sejuk i tu ekk.. petang nanti gi ke pasau memborong ikan dan ayam! ayam.. dah lama tak makan ayam... saja memang ku jauhkan jarak ayam tu dengan ikan hahaa. so minggu depan.. sang ikan akan jarang-jarang dan kadang-kadang sahaja berada di blogs kesayanganku ini... tetapi.. ada tetapinya... kalau ayam mahal, maka sang ikan akan muncul lagi dan lagi hahaa.. okey jom ler memasak ekk... :):)
JOM!!! SALIN RESIPE!!
ASAM PEDAS IKAN MERAH BELIMBING
BAHAN-BAHAN : DIKISAR
1 biji bawang merah (besar)
1 inci halia
1 inci kunyit
5 biji bawang putih
1 batang serai
30 tangkai cili kering
1 sudu besar belacan
BAHAN-BAHAN LAIN :
1 ekor ikan merah
20 biji belimbing buluh
1 cawan air asam jawa
air
gula dan garam
2 helai daun limau purut
CARA MEMASAK :
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR sehingga garing dan cili masak
masukkan air dan air asam jawa dan didihkan
masukkan ikan dan sesuaikan rasa
setelah ikan masak masukkan belimbing
setelah belimbing masak angkat dan hidangkan!!
TENGG!!! TARRAA!!!
ASAM PEDAS IKAN MERAH BELIMBING
Cuba bayangkan.. makan nasi pepanas, lembik sikit pulak tu.. wahh.. malas nak cerita ekk.. selamat mencuba!!!
KE IRAN KITA... JANGAN LUPA JENGAH BLOGS CUTI-CUTI DAN BEST MAKAN SAKAN I TU... BANYAK STORY NAK CERITA DENGAN YOU ALL EKK.. PARSIA RESTAURANT IRAN
DAN SINI JUGA...
AL-KISAH... BEG MENJADI MANGSA... APA YANG KU CARI SEBENARNYA????? >>> TEKAN SINI KALAU NAK TAHU...??????
TATA!!!