ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, October 4, 2012

Pengat Ubi Dan Keledek SlurPpp



Assalammualaikum.. :)

Menu minum petang i tadi bersama Bonda.. yang lain di rumah ni tak reti nak makan pengat! apasal? hentah! :)) tak pe.. tak pe.. lepas masak aje pengat tu terus i hantarkan ke rumah jiran kanan dan kiri.. depan tak de jiran! parit ada laa... :))



Tu dia.. saki-baki ubi yang bonda beli dari jiran i.. ada lagi 3-4 buku..

dan dah ku buatkan pengat tadi.. ada lagi tinggal 2 buku beSORRR naa... itu esoklah pulak yerk :D

Bonda cakap ubi tak boleh simpan lama nanti masuk angin.. so i buatkanlah.. fav bonda kesayangan i :D sekarang ni menu ikut tekak my bonda.. apa dia teringin i masakkan.. badan bonda camtu gak.. i?? muahahahaa... tak berani nak panjat penimbang cik kak aii.. ;))

Pengat Ubi Dan Keledek 


keledek pun masih ada berbaki.. so i campurkan sekali.. mau tak sedap! kedua-duanya berserat wahh!!

daun pandan comey-momey tu petik dalam pasu. Padahal baru nak tumbuh huhuu... :D malas nak melompat longkang boleh giteeww ;)

Pengat Ubi Dan Keledek 


1 buku gula melaka *saiz kecil
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan *siat halus dan simpul
300 ml santan pekat + 300 ml santan cair
sedikit garam


hiris gula melaka untuk jimat masa memasak ;)


Anggaran 400 gm ubi kayu *potong kecil
Anggaran 350 gm keledek *potong kecil

Cara :

rebuskan terlebih dahulu ubi kayu sehingga separa masak.
Baru masukkan keledek dan masak sehingga empuk dan toskan.
Masukkan santan, gula pasir, gula melaka, garam dan daun pandan dan renehkan sehingga gula hancur.
sentiasa di kacau dan api kecil.
Setelah mendidih *sentiasa kacau jangan sampai pecah minyak* baru masukkan keledek dan ubi kayu!
angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Pengat Ubi Dan Keledek 


SlurPPpppp ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
hirup pulak time musim panas macam sekarang ni.. perghh...
Tinggal mata putih! i tell you!
 @_________#


Sekian sahaja.. perkongsian hari ini..

Jumpa Nanti, jaga diri..

Assalammualaikum..

TATA!!


Sweet And Sour Rosemary Prawn


Assalammualaikum... :)

Apa khabar semua? :D Syukur Alhamdulillah semakin bertambah rakan-rakan di dalam dapur maya i ni... :)

Semalam sempat juga i gagahkan diri, follow kawan-kawan yang mana add i... ada juga yang tiada link so tak dapatlah i nak follow you all semua.. yang mana i tak follow lagi tu, silalah tinggalkan link di kotak komen i di bawah tu yaa... terima kasih.. moga hubungan yang terjalin ini akan kekal dan dapat kita manfaatkan dengan sedikit info dan ilmu yang berguna... taklah sehebat mana pun... yang penting i ikhlas nak kongsikan kepada semua teman-teman. :)

Terima kasih juga buat semua teman-teman yang telah sudi mencuba resipi dari dapur i ni.. terima kasih sangat! lap you all semua muahzzzzzzzzzzzzzz <<< kissed sampai terlelap ehh :D


Okay ni kita sembanglah kejap ehh...

Pagi tadi ke pasar dengan Bonda, antara rutin yang jarang sekali i lakukan. Sebab kalau tak ada Bonda semestinya i dah terperap dalam opis i tu.. banyak kerja penulisan yang perlu i bereskan.. entah bilalah nak siap agaknya! semakin banyak pulak nampaknya.. :D

Bonda beli udang dalam sekelo. Udang saiz M. Bonda beli pasal Pak Habibi suka! perghhh... kan kan.. so kepala ni dok berfikir apa yang nak ku masakkan cik abang udang tu? fresh lagi ngko aii... ;)

So ke kebun mini i tepi rumah tu.. lama termenung.. nampak pokok kunyit ada daun limau purut. Mulalah idea tu nak melemak cili apikan udang tu. Tak Mo! jemu-jelak dah...


yaaa... pokok rosemary i begitu segar dan banyak membiak. Daunnya besar-besar naa ngko aii.. so i snip snap dalam 3 batang.. i cium... perghh harum! :))

Pak Habibi dah alihkan pokok rosemary i yang sihat tu... dah ada dekat 5-6 pokok sekarang ni.. rimbun naa... suka i you! :D


so masakkan udang tu.. simple je... macam sweet sour yang biasa kita buat selalu tu.. tapi kali ni i masak lebih ringkas, simple dan rasanya lebih harum dan enak dek udang yang segar tu dan bau daun rosemary!
Fullamak! serius sedap :D

Sweet & Sour Rosemary Prawn


Bahan-bahannya :

500 gm udang *saiz M dan buang kulit tinggalkan ekor, buang najis di belakang udang.
Cuci bersih dan lumurkan dengan sedikit garam dan cracked blackpepper. Perap dalam 15 minit.

1 tangkai daun rosemary *ambil daun dan hiris
6 sudu besar sos cili thai
sedikit cracked blackpepper
sedikit paprika
gula dan garam
minyak

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *hiris
4 ulas bawang putih *hiris
3 cm halia *Juliane @potong batang mancis

CARA :

Panaskan sedikit minyak. 
Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga bawang layu.
Masukkan udang, sos cili thai, gula dan garam.
Gaul rata dan taburkan dengan hirisan daun rosemary, cracked blackpepper dan paprika!
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Sweet & Sour Rosemary Prawn


Simple. Mudah. Ringkas. Jimat Masa!


rasa udang yang manis. harum bau rosemary, pedas dan.....


nyaman bahhhhhhh... :D


sekian sahaja.. jumpa petang nanti.. Insya~ALLAH.. ;)

Assalammualaikum

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ