ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, March 22, 2011

UBI REBUS GORENG VERSI (2)


UBI REBUS GORENG VERSI (2)

Waduh.. waduhh.. ketemu lagi dengan UBI... selagi ubi yang 2 kg Bonda beli semalam tu tak habis.. ubi mana boleh simpan lelama nanti rasanya tak sedap! so buat ler lagi kali ni tambah sikit ramuan.. i kalau Ubi rebus pastu gaul dengan bebahan pastu di goreng! aduhaii.. sepinggan besor tu i sorang habiskan pun boleh oke.. sampaikan tadi masa minum petang dengan Bonda.. tetiba Bonda berbunyi... "MAKIN gemok! SEKARANG BONDA TENGOK KO NI!" hahaa.. terus i cakap.. memang saja nak gemokkan... tak perlu pakai BOTOX! boleh giteeewww??? boleh aje.. tu ler cakap orang putus asa hahaa... dah tu jerk mengadu pepetang kala ni ekk.. malam nanti.. diet sekejap! sekejap jerk.. sebab kekenyangan makan ubi rebus goreng satu pinggan besau! boleh giteeewww...:):):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
UBI REBUS GORENG VERSI (2)

Bahan-Bahan yang di perlukan :


1 batang ubi (*sedang) ~ kupas kulitnya, potong bulat dan rebus sehingga empuk


Ubi yang telah siap direbus sehingga empuk. toskan
1 sudu besar ketumbar + 6 biji bawang putih + 1 sudu teh serbuk kunyit = *TUMBUK LUMAT
Gaul rata dan bubuh sedikit garam

Cara Memasak :


Panaskan minyak penuh. Gorengkan ubi rebus yang telah di gaul rata sehingga keperangan atau separa garing.
Angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRRAA!!!
UBI REBUS GORENG VERSI (2)


AMacam?? mudah aje tu kan? daripada di goreng macam tu jerk.. you all try rebus dulu ubi tu.. rasa dan hasilnya memang lebih enak dan sedap! rangup jangan cerita ler memang THE BEST!!!

SELAMAT MINUM PETANG KAWAN-KAWAN..:):)

TATA!!!



KARI MASALA IKAN TENGGIRI BERSAMA PELAM MUDA


KARI MASALA IKAN TENGGIRI 
BERSAMA PELAM MUDA

Muahahaa... dek kerana pelam muda yang masih berlubur dalam bakul tu.. maka terciptalah... masakan yang main pakai anggar aje rasanya.. tak dapat ku bayangkan.. akhirnya setelah berjaya di masak.. baunya.. aduhaii.. mengancam habis! rasanya??? masam-masam, lemak ikan tenggiri tu... rasa rempah masala yang... yang.. entah macam mana nak ku terangkan... you all kena ler cuba yaa... memang tidak menghampakan i tell you! no santan at all.. so resipe ni bebas dari kolestrol oke..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
KARI MASALA IKAN TENGGIRI 
BERSAMA PELAM MUDA





3 biji pelam muda ~ hiris selebar jari

 1 biji lada hijau ~ belah dua
1 tangkai daun ketumbar ~ hiris
1 biji buah tomato ~ belah dua
4 keping ikan tenggiri
1 helai daun limau purut ~ siat
1400 ml air

**BAHAN TUMISAN (1)
8 tangkai cili kering *biar setangkai-setangkai
2 batang serai ~ titik
1 inci halia ~ potong batang mancis
1 biji bawang merah (besar) ~ hiris
4 ulas bawang putih ~ hiris
2 batang daun kari ~ leraikan dari batangnya
1 hiris lengkuas

BAHAN TUMISAN (2)


1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil halba
1 inci kayu manis
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
2 sudu besar REMPAH MASALA **ADA DI PASARAYA

CARA MEMASAK :



Panaskan sedikit minyak. Tumiskan *BAHAN TUMISAN (1) DAN TUMISAN (2) sehingga layu dan REMPAH MASALA sehingga garing.
Masukkan air dan biarkan mereneh sebentar.

Masukkan ikan tenggiri dan pelam muda, dan juga bahan-bahan lain. 
Renehkan dengan api sederhana sehingga ikan masak.
Angkat dan hidangkan!!!

TENGGG!!! TARRAAA!!!

KARI MASALA IKAN TENGGIRI 
BERSAMA PELAM MUDA





Yummmyyy!!! memang best!!! you all mesti cuba... sekarangkan musim pelam muda.. mudah nak dapat.. so cuba resipe ni memang syiOK!!!


MENU TENGAHARI 22 MARCH 2011 :

BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH
KARI MASALA IKAN TENGGIRI BERSAMA PELAM MUDA
KERANG GORENG BERLADA DAUN KETUMBAR
SAMBAL BELACAN, IKAN MASIN DAN ULAMAN

Selamat menjamu selera kawan-kawan...:):)
 
**MUNGKIN SELEPAS 2-3 HARI NI **GAMBAR TAK AKAN BANYAK MACAM NI EKK.. TETIBA DAPAT PULAK SATU PROJEK PENULISAN MEGA.. CEWAHH.. SO AGAK BUSY SELEPAS INI.. YANG PENTING RESIPE AKAN SENTIASA DI UP DATE SEPERTI SELALU.. HANYA GAMBAR AKAN BERKURANGAN.. TQ...:):)

TATA!!!


KERANG GORENG BERLADA DAUN KETUMBAR


KERANG GORENG BERLADA 
DAUN KETUMBAR

Ketemu lagi kita dengan Cik Kerang ekk.. khasiatnya memang bagus.. dengar ceritanya lah.. bagus untuk orang yang kurang darah macam i.. ehh.. yer ker??? kalau makan terlebih nanti tak ke naik darah??? hahhaa.. apa pun hari ni i masak simple jugak dan lagi, lagi musim hujan renyai aje ni ek.. mood pun slow aje.. mata kuyu jerk.. tinggal 70 darjah! haaa.. okey kali ni i goreng kerang tetap bersambal macam selalu cuma i buh daun ketumbar sebanyak tidak! bau dan rasanya memang best! tak percaya kena ler cuba oke..:):) dah tu jerk.. ada lagi resipe yang nak di masukkan dalam blogs kesayangan i ni ekk..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
KERANG GORENG BERLADA 
DAUN KETUMBAR

Bahan-bahan yang di perlukan :


1 kg kerang segar ~ cuci bersih dari segala kotoran dan toskan
4 pokok daun ketumbar ~ hiris
1 cawan sos tomato

Bahan-bahan DIKISAR :

1 biji bawang merah (besar) 
6 ulas bawang putih 
1 inci halia
1 batang serai
20 tangkai cili kering
1 sudu besar belacan

Cara Memasak :


Panaskan minyak. Tumiskan *bahan-bahan yang telah di kisar sehingga garing.
masukkan kerang dan daun ketumbar dan juga sos tomato
sesuaikan rasa. Masak sebentar sehingga kerang terbuka *tutup dengan penutup kuali.
Angkat dan hidangkan!!

TENGGG!! TARRAA!!!
KERANG GORENG BERLADA 
DAUN KETUMBAR


Dah siap dah!!! senang aje tu kan?? rasanya memang syiok i tell yoU!!! must try oke..:):)



MENU TENGAHARI 22 MARCH 2011 :

BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH
KARI MASALA IKAN TENGGIRI BERSAMA PELAM MUDA
KERANG GORENG BERLADA DAUN KETUMBAR
SAMBAL BELACAN, IKAN MASIN DAN ULAMAN

Selamat menjamu selera kawan-kawan...:):)

TATA!!!


BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH


BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH

Wah.. wah.. cewahh.. ewahh... tajuk resipe kali ni bukan main lagi ekk.. Basah segala! hahaa.. dah tak ku tahu nak ku bubuh dengan nama apa... nampak simple dan sememangnya i kalau memasak apa jua jenis sayur semestinya simple.. kerana sayur dah ada rasanya yang tersendiri.. lainlah kalau masak lauk lemak yer tak?? okay lauk ni biasa sahaja.. cuma i tambahkan air lebih sedikit, jadi tak ler kering.. so basah.. basah aje giteeeww... okay dah tu jerk.. lain tak de dah kot! hahaa.. sebab i akan menonyeh lebih panjang lebar di segmen lain nanti cewahhhhh... gaya mesti ada You...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH

Bahan-bahan yang di perlukan :


1 ikat sayur bayam ~ siang dan rendam bersama air garam selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
2 biji petola ~ buang kulit dan hiris
1 ikat sohoon ~ rendam


1 biji bawang merah (besar) ~ hiris
4 ulas bawang putih ~ hiris
1 batang lada merah ~ hiris
1 biji kiub ikan bilis *knoor
200 ml air

Cara Memasak :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan yang dihiris sehingga layu. 
Masukkan kiub ikan bilis dan air, reneh sehingga mendidih, masukkan sohoon dan sesuaikan rasa.
masukkan petola dan biarkan empuk terlebih dahulu baru masukkan sayur bayam. kacau rata.
Angkat dan hidangkan!!!

TENGG!!! TARRAAA!!!
BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH

Basah aje kan.. sedap Youu.. pulak hujan gerimis di luar sana.. aduhaii.. sambal belacan dan ikan masin jangan di abaikan oke!!!


MENU TENGAHARI 22 MARCH 2011 :

BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH
KARI MASALA IKAN TENGGIRI BERSAMA PELAM MUDA
KERANG GORENG BERLADA DAUN KETUMBAR
SAMBAL BELACAN, IKAN MASIN DAN ULAMAN

Selamat menjamu selera kawan-kawan...:):)

TATA!!!



UBI REBUS GORENG BAWANG PUTIH


UBI REBUS GORENG BAWANG PUTIH


AL-Kisah si ubi rebus... terus ku gorengkan bersama bawang putih... almaklumlah kalau Bonda ada di rumah ni.. sarapan pagi dia mesti ubi rebus cicah dengan sambal tumis... i??? sorry i tak berapa suka ubi rebus.. agaknya dah jemu kot hahaa.. My PA Neng Naya dia tahu dah.. i memang tak akan makan ubi rebus... so awal-awal lagi dia akan ketepikan sedikit ubi rebus tu untuk i... dan.... kisah bersambung hehee...:):)

JOM!!! BUAT!!!
UBI REBUS GORENG BAWANG PUTIH

Bahan-bahannya :

1 biji ubi rebus (*saiz kecil) ~ direbus sehingga empuk dan toskan. Potong kecil-kecil *seperti gambar di atas.
4 ulas bawang putih ~ tumbuk lumat
sedikit garam

Cara Memasak /Menggoreng :

Gaulkan Ubi yang telah di rebus bersama bawang putih dan sedikit garam. 
Panaskan minyak dan benar-benar panas.
Masukkan ubi dan goreng sehingga warna bertukar keperangan.
Angkat dan hidangkan!!

TENGGG!!! TARRAAA!!!
UBI REBUS GORENG BAWANG PUTIH

Satu piring kecik tu i makan sorang aje oke.. my fav...:):) you all mesti cuba.. ada lagi resipe ubi rebus goreng.. i share yang ni dulu oke..:)


Kisah petang semalam... selepas Pak Habibi pulang dari pejabat, dia ajak Makan masakan Sea-food.. dan gambar di atas itu adalah pemandangan dari restoran tempat kami menjamu selera.. later i share di blogs sini >> BEST MAKAN SAKAN!



**Tunggu tengahari nanti i share resipe yang simple tetapi tetap menyelerakan untuk kawan-kawan semua...:):)

TATA!!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ