ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, February 3, 2011

CAKE MARBLE BONDALICIOUS (KEK MARBLE)

CAKE MARBLE BONDALICIOUS (KEK MARBLE)

Waahhh.. wahhh.. cewahhh... cewahh... tu dia kek ulang tahun bondaku yang ke 66 tahun! kek marble adalah kek kesukaan bondaku, nape namanya cenggitu guper sha??? 'CAKE MARBLE BONDALICIOUS' dah tu nak buh nama apa? kalau dah sarat buah strawberry dan kiwi? buh aje ler nama tu ekk.. kata birthday Bonda kesayangan hehe.. okay buah kiwi dan strawberry tu bukan sengaja i bubuh ekk.. alasannya sebab bondaku memang suka bebenau buah strawberry! tu yang bertepek ko! apa pun SYUKUR ALHAMDULLILLAH.... amin.. amin... amin.. selesai sudah majlis yang sempoi tetapi cukup meriah buat bonda tersayang.. I LOVE YOU BONDAKU.... SAYANGI BONDA ANDA JUGA YA! KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA....
TENGGG!!! TARRAA!!!

CAKE MARBLE BONDALICIOUS
CAKE MARBLE BONDALICIOUS
CAKE MARBLE BONDALICIOUS
 JOM! SALIN RESIPE!!!
CAKE MARBLE BONDALICIOUS (KEK MARBLE)
Bahan-bahannya :
  • 300gm golden churn butter
  • 300gm gula
  • 280gm tepung + 1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda
  • 200ml susu segar
  • 5 biji telur
  • 1 sudu besar ovellete
  • 2 sudu besar serbuk koko van hauten
  • 2 sudu besar perisa strawberry
  • 1 sudu teh vanilla
  • strawberry untuk hiasan
  • kiwi untuk hiasan
  • gula aising untuk tabur di atasnya
Cara Memasak :
  • putar gula dan mentega sehingga kembang
  • masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga kembang. masukkan ovellete
  • masukkan vanilla dan juga susu segar dan putar lagi
  • masukkan tepung sedikit demi sedikit, kaup balikkan
  • bahagiakan kepada dua bahagian. satu bahagian koko dan satu bahagian lagi untuk perisa vanilla
  • masukkan adunan secara berselang-seli di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit mentega dan alaskan dengan kertas minyak
  • bakar selama 180'c sehingga 45-50 minit. cucuk bahagian tengah dengan lidi, jika lidi bersih bermakna kek telah masak
  • angkat dan sejukkan
  • hiaskan dengan buah strawberry dan kiwi taburkan dengan gula aising
  • hidangkan!
TENGGG!!! TARRAA!!!

CAKE MARBLE BONDALICIOUS
CAKE MARBLE BONDALICIOUS
CAKE MARBLE BONDALICIOUS
CAKE MARBLE BONDALICIOUS (KEK MARBLE)
mudah simple dan BONDALICIOUS!!!
khas buat bonda tersayang!
selamat mencuba!!
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

BAKSO

BAKSO

Bakso! Bakso! Bakso! ingat lagi masa bonda di tahan di wad asyik ler berbunyi teringin nak makan BAKSO! BAKSO! BAKSO! tak seorang pun dari kami belikan Bonda tersayang barang sebungkus! bukan nakal hehee.. sebab Doktor tak bagi bonda makan makanan yang berminyak dan TOLONG! kurangkan kolestrol. Sempena majlis ulang tahun bonda yang ke 66 maka tercapailah impian bondaku yang mengidam kan BAKSO! memasak ler i BAKSO simple untuk hidangan majlis ulang tahun bonda. Suka ko! i lagi ler suka... sebab bonda suke!
TENGG!! TARRAAA!!!
BAKSO
BAKSO
BAKSO
 JOM!! SALIN RESIPE!!
BAKSO
 Bahan-bahan di kisar :
  • 2 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 sudu besar lada putih
Bahan-bahan lain :
  • 1 kg tulang daging / tetel ~ rebus sehingga empuk dan ambil air rebusan daging untuk kuah
  • 1 kilo meat ball
  • daun sadri untuk tabur
  • daun bawang untuk tabur
  • sambal lote (resipe dah ada di label 'PELBAGAI JENIS SAMBAL'
  • kobis
  • limau kasturi
CARA MEMASAK :
  • Tumiskan bahan-bahan yang dikisar halus
  • masukkan air rebusan daging
  • apabila air kuah mendidih masukkan meat ball dan renehkan lagi
  • sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!
TENGG!! TARRAAA!!!
BAKSO
BAKSO
BAKSO
  
Amacam? untuk resipe sambal lote sila cari di dalam label 'SAMBAL PELBAGAI JENIS'
memang syiok di lawankan dengan kuah bakso!
mudah aje tu..
selamat mencuba!!
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

LODEH

LODEH
Syukur Alhamdulillah.. selesai sudah jamuan majlis ulang tahun Bonda tersayang yang ke 66 tahun! moga Bonda sentiasa di bawah lindungan yang MAHA ESA... amin...
Majlis serba sederhana tetapi meriah dan di hadiri oleh adik-beradik kesayangan. Sebenarnya 'ADVANCED BIRTHDAY' 'SURPRISED' somemore! wah! Bonda tersenyum-senyum malu gituh! perghh.. mau taknya, kalau i ler ada yang buat birthday party cenggini gaya  SURPRISED untuk i aje memang i bagi 100 kali ciuman tanda TQ! TQ! TQ! muahhh!!!! yek eleee.. tapi sayangnya tak de hehe... apa pun i memang suke! suke! benorrr.. meng organizekan apa-apa majlis pun tapi hanya untuk keluarga tersayang hehe.. segala masakan yang i masak tu semuanya yang bonda kesayangan suka, bukanlah sesuka hati menyusun menu.. contohnya LODEH, KEK MARBLE BONDALICIOUS (MARBLE CAKE), BAKSO DAN KUIH MUIH TEMPATAN... dah tu jerk.. simple aje kan.. sekadar berkongsi sahaja kepada teman-teman semua... manalah tahu suatu hari nanti you all nak adakan surprised party hah! buat ler cenggini ekk.. dengan motto tanpa paksaaan hehe..
TENGG!!! TARRAA!!!
LODEH & KETUPAT
LODEH & KETUPAT
LODEH & KETUPAT
JOM!! SALIN RESIPE!!!
LODEH
Bahan-bahannya kisar halus :
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 6 batang cili kering
  • 5 sudu besar ikan bilis
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
Bahan-bahan lain :
  • 1 ikat soohon
  • 1 keping perut tahu
  • 3 keping tempeh ~ goreng terlebih dahulu
  • 3 keping tahu ~ potong dan goreng terlebih dahulu
  • 1 batang karot
  • 1/2 buku kobis
  • 1 peket kacang pis
  • 10 batang kacang panjang
  • 1 biji kelapa ~ jadikan santan sebanyak 7 gelas
  • gula dan garam
CARA MEMASAK :
  • tumiskan bahan-bahan sehingga naik bau/garing sedikit
  • masukkan sayur-sayuran
  • masukkan santan dan kacau rata, biarkan mereneh sehingga sayur empuk
  • masukkan sohoon dan perut tahu
  • sesuaikan rasa dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
LODEH & KETUPAT
LODEH & KETUPAT
LODEH & KETUPAT
 TU DIA... sayur lodeh tu lecuh jadinya sebab Bonda i suke sayur lembik.. so kena ler buat cenggitu guper kata birthday girl ler katakan hehee...
 makan lodeh dengan ketupat dan juga sambal tumis telur... rendang tak buat sebab malas! hehe.. boleh cenggitu! dah tu.. buat bakso segala! kang muak pulak yer tak???
 apa pun masakan atau hidangan yang kita masak buat yang tersayang.. tak perlu yang mahal atau hidangan popular sahaja.... masakkanlah hidangan yang bonda kita suke yer tak.. yang penting ikhlas dan memasak dengan penuh kasih sayang!
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

MAGGIE SEGERA

Maggie Segera!
Bukanlah nak cakap ape ekk.. nak mengadu pun yer jugak ni.. tu gambor ibu ayam tertenggek dengan telor tu.. adalah simbolik kepada tajuk resipe i beberapa minggu ini ekk.. terutama semenjak musim hujang manjang ni ekk.. aduhaii.. telur naik 3 papan ko! mengalahkan biawak dah ekk.. dah ler telur sepapan naik sampai RM10! sama naik dengan harga petrol! psstt... mengadu aje ni bukan merungut.. tu yang ku beli Ibu ayam yang moleh aje berposing dalam bakul tu ekk.. dah seminggu kubeli ibu ayam tu ekk.. ehhh.. ehh.. manjang 2 bijik aje telornya ko! hahaa... nak tahu di mana i dapat ibu ayam yang garanGGG aje mukanya tu.. jengah-jengah ler blogs i yang satu lagi tu ekk.. ekk.. http://cuticutishahriahnovelis.blogspot.com pastukan.. musim hujan cenggini.. bila memalam kala bute tu ehhh... lapor ler pulak! maka memasak ler maggie segera berperencah TOM YUM. best ko sesekali pekena maggie, wal hal umah ni MAGGIE di larang keras! sama keras macam telur ibu ayam yang GaranggGGG tu ekk.. tapi i nak share gak gi mana i masak Maggie Segera yang ringkas tetapi rasanya sungguh luar biasa sama macam ibu ayam yang garang tu jugak!
TENGG!!! TARRRAA!!!

MAGGIE SEGERA
MAGGIE SEGERA
MAGGIE SEGERA
 JOM!! SALIN RESIPE!!
MAGGIE SEGERA
Bahan-bahannya :
GOT BAHAN JUGAK OKE! hehe...
  • 3 ulas bawang putih ( i suke bawang putih) ~ hiris
  • 3 batang daun sadri ~ hiris
  • 1 peket maggie perencah TOM YUM
  • brocoli
  • 4 batang cili padi kampung! ~ potong kecil
  • 1 biji telur ayam
  • 2 gelas air
Cara memasak :
  • didihkan air di dalam kuali kecil
  • masukkan bawang putih dan cili padi
  • masukkan perencah TOM YUM dan juga brocoli
  • masukkan maggie dan pecahkan telur
  • taburkan daun bawang
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRRAA!!!

MAGGIE SEGERA
MAGGIE SEGERA
MAGGIE SEGERA
 namanya pun dah MAGGIE SEGERA! so you all kena masak dengan segera dan makan juga dengan tergesa-gesa oke! sebab bila dah sejuk tak bes!
selamat makan maggie segera!
PSTTT... ini termasuk dalam menu musim tengkujuh ahakz!
TATA!!!




Shahriah Abdullah Novelis

PULUT SERUNDING

Pulut Serunding,
Wah! wah! cewah! cewah! hah tu dia! anak-anak dara i yang dua orang tu... Princess Nellysha dan best cousin dia sedang menyibuk di dapur ekk.. petang tadi sibuk kita di dapur, sama naik mereka berdua tu menyibuk membantu ekk.. maklumlah musim hujan jadi aktiviti begitu terhad sekali! sibuk ler merungut dan merengek nak main pepondok, hujan nak aii..nak buat cemana! dah meh jom! tolong momma di dapur! so menolong @ mengacau ler mereka berdua tu.. tolong tekan pulut kat dalam acuan aje.. lepas tu lesap! bila hujan dah berhenti! aje memang tau!
TENGG!!! TARRAA!!

PULUT SERUNDING
PULUT SERUNDING
PULUT SERUNDING
 JOM!! SALIN RESIPE!!!
PULUT SERUNDING
 
Bahan-bahan Untuk membuat serunding daging : atau apa jua serunding juga bisa yaa...
  • *1 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1 batang serai
  • *1/2 inci lengkuas
  • *1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • *1 sudu teh ketumbar
  • *1 sudu teh jintan kasar
  • 2 cawan kelapa parut ambil putihnya sahaja
  • 200gm daging cincang
  • *8 batang cili kering
  • 1/2 buku gula melaka
  • 1 sudu kecil asam jawa ~ bancuh dengan 1/2 cawan air
  • gula dan garam
  • 1 helai daun limau purut
Cara memasak :
  • **kisar halus kesemua bahan yang bertanda sehingga lumat
  • campurkan **bahan-bahan yang dikisar halus dengan bahan-bahan lain
  • masukkan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan sehingga keperangan dan ringan
  • sesuaikan rasa dan angkat! sejukkan terlebih dahulu
Bahan-bahan pulut :
  • 250gm beras pulut ~ rendamkan semalaman atau 4 jam toskan
  • 150ml santan cair
  • sedikit garam
  • sehelai daun pandan
Cara mengukus pulut :
  • campurkan kesemua bahan-bahan dan kukus sehingga pulut tanak lebih kurang 20 minit
  • angkat dan sejukkan
Cara menyediakan pulut serunding : TENGOKKAN AJE CHEF-CHEF JUNIOR I TU MEMBANTU MENCETAK PULUT DALAM ACUAN EKK.. TELITI AJE.. SUKE I TAU!
 
  • cetakkan pulut di dalam acuan yang telah di sapukan dengan sedikit minyak
  • isi dalam satu sudu besar dan lenyekkan sehingga pulut habis
  • selepas itu golekkan di atas serunding daging
  • sedia untuk di hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!

PULUT SERUNDING
PULUT SERUNDING
PULUT SERUNDING
 
 PSTTT... kalau si cilik boleh!
tentu anda juga boleh!!
selamat mencuba!!
TATA!!


Shahriah Abdullah Novelis

PUDING ROTI CARAMEL

Puding Roti Caramelku,
Wah! rasanya bulan lepas dah 3 kali buat cream caramel tetapi bukan dengan Roti lah. Petang tadi menjengah peti sejuk yang sejuk bebenau semenjak musim tengkujuh ni ekk.. terkais-kais, termenung-menung dok ler mencangkung depan peti sejuk tu ekk.. sejuk ko! hee... pastukan.. tersentuh ler pulak sebatang yang kerasnya! yaaa hampunn!!! perghh gupernya roti perancis! walaupun i beli hanya di Tesco dan bukan di Perancis ari tu ekk.. terus ler ku ketuk-ketuk roti yang kerasnya berdentum! tak tamat tempoh ke shasha?? tamat tempoh?? idak ler.. dah buh dalam peti sejuk! dah kejung macam kayu balak la wei! hee.. pastukan.. terus ler dapat idea.. kalau di negara barat mereka kalau nak buat bread puding mesti guna roti perancis! so! that's it! ke perancis kita hari ni ekk...
TENGG!! TARRAA!!!

PUDING ROTI CARAMEL
PUDING ROTI CARAMEL
PUDING ROTI CARAMEL
 JOM! SALIN RESIPE!!!
PUDING ROTI CARAMEL
Bahan-bahannya :
  • 3 biji telur
  • 1 batang roti perancis
  • 500 ml susu segar
  • 5 sudu susu pekat
  • 100 gm gula pasir
  • 1 sudu teh perasa oren/ vanilla shasha guna oren
  • 2 sudu besar tepung castard/tepung jagung
  • sedikit garam
Cara menyediakan :
  • Pukul telur dan gula sehingga kembang
  • masukkan susu segar, susu pekat, garam dan perasa oren
  • setelah itu masukkan roti perancis dan biarkan roti kembang sepenuhnya
  • selepas itu kisar dengan blender sehingga lumat
  • ketepikan
Cara menyediakan caramel :
  • 5 sudu besar gula pasir
  • panaskan di atas kuali dengan api sederhana sehingga gula perang dan terus masukkan ke dalam acuan. jika ingin melihat cara sila jengah resipe shasha yang sebelum ini
LANGKAH TERAKHIR :
  • setelah masukkan dua 1 sudu besar gula perang ke dalam acuan
  • tuangkan adunan roti di atasnya
  • kukus selama 40 minit 
  • setelah masak, sejukkan dahulu baru di keluarkan dari acuan
  • sedia di hidangkan!
  • hidang ketika panas-panas juga enak! sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk lagi ler sedap!
TENGG!! TARRAA!!!

PUDING ROTI CARAMEL
PUDING ROTI CARAMEL
PUDING ROTI CARAMEL
 Pstt... amacam?? mudah aje kan.. kan..
tak perlu ler tunggu roti perancis tu beku dalam peti sejuk oke!
hehehe.. beli roti dan buat sekarang juga!!
TATA!!!
Shahriah Abdullah Novelis

KUIH SERI MUKA

Kuih Seri Mukaku,
Antara kuih tempatan yang palingku gemari.... buatnya tidaklah susah... cuma kekadang tu hasil selepas di kukus ala-ala permukaan bulan cenggitu ahakz! tapi tak pernah putus asa.. suka punya pasal buat lagi.. yang menyebabkan dia berbulan atau berkawah di permukaan atas sebab titisan wap/air dari kukusan, buh kain kat atas pun macam tu jugak.. you all try tips i ni... buh kertas minyak atas loyang tu ekk.. jangan lupa lobangkan kertas minyak tu.. perghh lobang tu jangan ler sebesau duit 50sen! aje memang ler berkawah! Psstt.. kuih yang i potong di bawah tu belum sejuk.. kalau tak di share sekarang gambornya aje memag ler.. menyalin resipe kosong aje ler you all.... so tips nak kuih seri muka tu berseri je macam i tunggu dia sejuk betul-betul oke..hehe.. all the best!
TENGG!!! TARRAA!!!

KUIH SERI MUKA
KUIH SERI MUKA
KUIH SERI MUKA
JOM!! SALIN RESIPE!!!
Untuk Bahagian bawah atau Pulut :
  • 250gm beras pulut ~ rendam semalaman atau 4 jam
  • 120ml santan + sedikit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara mengukus pulut :
  • bubuh pulut di dalam loyang, ratakan
  • bubuh santan dan daun pandan
  • kukus selama 20 minit atau pulut tanak
  • angkat dan ketepikan
  • bila sejuk ratakan dan tekankan dengan daun pisang
Untuk bahagian atasnya Seri kaya :
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150gm gula pasir (suka manis tambahkan lagi 50gm)
  • 3 helai daun pandan kisar bersama 100ml air paip (perah dan ketepikan/tapis)
  • 400ml santan pekat
  • 150gm tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna hijau
Cara menyediakan :
  • pukul telur dan gula sehingga gula hancur dan telur kembang
  • tuangkan air pandan
  • tuangkan santan pekat dan kacau rata + esen vanilla
  • masukkan tepung gandum + tepung ubi + tepung castard sehingga sebati dan juga sedikit garam
  • tapiskan adunan agar tepung tidak bergentel
  • tuangkan adunan batter ke atas pulut yang telah di ratakan
  • kukus selama 40 minit
  • angkat dan sejukkan baru potong (selepas 4 jam lagi elok jika di potong)
TENGG!! TARRAA!!!
KUIH SERI MUKA

 Nak mengadu ler sikit ni ekk.. buat kuih seri muka ni bersebab oke...
sebab... esok akan meraikan 'SURPRISE ADVANCE BIRTHDAY BONDA KESAYANGAN'
dia tak tahu apa-apa pun!
SYYY... diam-diam oke.. bukan kuih seri muka aje i bikin oke.. bermacam jenis lagi kuih yang kubikin!
so tunggu ada lebih dari 10 resipe yang akan ku kongsikan kepada semua!
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ