BAHAN-BAHANNYA :
BAHAN KISAR :
8 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
15 tangkai cili padi
2 cm kunyit
2 sudu besar tempoyak
500 ml santan pekat
BAHAN LAIN :
1 kg ketam bunga *cuci bersih*
1 helai daun kunyit *hiris*
2 biji telur *kocok*
gula dan garam
CARA :
Masukkan *BAHAN KISAR* di dalam kuali.
Masukkan juga ketam, dan renehkan sehingga ketam bertukar warna, masukkan daun kunyit, sesuaikan rasa dan renehkan sebentar.
Setelah ketam masak, masukkan telur dan gaul sebati.
Setelah itu angkat dan hidangkan!!!
TARRAA!!!
Ketam Lemak Cili Api Tempoyak... Aummm!
Mau tak Auumm... pedas melangit!! :D
tak suka pedas sila kurangkan cili padi kampung tu yaa... ;)
rasanya memang Auuummm... pedas!!! berapi!!
tapi tu lah yang Auumm... ;))
Hari ni i balik rumah bukan senja lagi dah.. dah malam dah.. huaa penatnya hanya TUHAN sahaja yang tahu.. pinggang ni sakit sana sakit sini.. berjalan macam tak cecah tanah! ke sana- ke mari!
dengan cuaca panas terik! berbahang... hadoii... TUHAN jugak yang tahu..
penat macam mana pun.. selesai urusan yang wajib.. terus menghadap blogs.. masukkan 1 N3.... dan juga update beberapa Blogs i yang lain tu... takut ada yang ternanti-nanti..
ehh ada ke?? :D
PASAL APA NAK TAHU KE? :D
*gambar kelmarin :D*
Tu dia.. tukang kutip durian dan bersihkan kulit durian i tu.. dah letak jawatan!
nampak tak muka Abang Amin? hehheee :))
senyum menyengget aje tu ekk...
dapat banyak durian hantarkan kerumah saudara mara... lepas ni nampaknya Abang Aemir ajelah yang kutip durian yaa... :(
Sebab mulai esok Abang Amin dah mula masuk kolej.. memulakan... tanggungjawabnya sebagai seorang mahasiswa.. << ehh betul ke?? kalau salah tolong betulkan ehh.. :D
masuk kolej dah Abang Amin.. tak puas lagi dia nak berehat di rumah ni hah!
lepak dan berbual santai dengan i dan keluarga berkisah tentang sepanjang dia berada di kem PLKN...
sok lusa dah cerita baru pulak... hmm...
cepat betul masa berlalu.. i yang sibuk menguruskan Abang Amin beberapa hari ni dengan tugas kerja i lagi yang bertimbun tu.. terasa macam confused!!! serius macam confused sangat.. hentah apa yang i confused kan tu pun tak ku tahu :)) :))
gasak ler.. agaknya i kepenatan no rest at all! dah lah sepanjang hari tadi bertemu dengan Pensyarah Kanan kat kolej Abang Amin tu.. bermacam perkara yang kami bincangkan.. kisah tu nanti i cerita kat blogs lagi satu ekkk....
Ketam Lemak Cili Api Tempoyak... Aummm!
Actually ni menu hidangan i beberapa hari lalu..
hari ni langsung tak sempat nak masak.. makan di luar..
serius i penat sangat.. dengan jadual kerja yang bertimbun..
mulalah hati ni terdetik..
"Macam manalah agaknya kalau Aku jadi PM?"
muahaha.. usah ko mimpi!!! langsung tak berkelayakkan nak jadi YB pun bagai langit dengan bumi hokey! :D :)) :)) tak pe i.. sentiasa sedar diri... :D
Last but not least.... i baru je update N3 di blogs TRULY ME... klik di bawah kalau sudi.. dah masuk Part 3.. :)
Minta maaf buat semua teman.. i tak sempat nak BW Insyallah esok i ada kelapangan sedikit masa.. ingin kujejaki anda semua yang telah meninggalkan jejak.. terima kasih sangat ya.. rindu nak jengah rumah you all.. nantikan kedatangan i.. esok.. Insyallah... so tunggu... tak kira kali ni sibuk ke tak! i memang nak intai rumah you all.. cayang semua.. muahzzz :)
TATA!!