Assalammualaikum.. :) Syukur Alhamdulillah dah masuk Ramadan yang ke 20 hari ini kita sebagai umat islam berpuasa..:)
Syukur Alhamdulillah projek biskut raya i pun dah bermula...:D
Okay, meh sini dekat-dekat i nak story mory kat you ni hah! ikutkan semangat nak mengupdate blogs memang dah ke longkang! Penat ya hampon!
Syukur Alhamdulillah juga berkat TAHAP KESABARAN DAN CEKAL yang ku letakkan TAHAP MAKSIMUM! kalau tidak cekal dan sabar takkan boleh henjut sampai naik 4 jenis beskot! ya... giteeww.. :D
Selepas bersahur i kemas dulu dapur bahan tempat i membancuh beskot. Dah susun semua alatan dan bahan. i mula bekerja secara solo :D tepat jam 8:30am...
Mula-mula sekali i bancuh dulu kesemua tiap jenis adunan yang bakal ku kerjakan@cetak.
di atas itu adalah adunan untuk Biskut Chocolate Oreo Traffic Light :D
i buat dua adunan sekaligus! ngko aii bukan tamak tau... dengan motto.. habis itu habis ler kisahnya :))
siap aje bancuh i terus balut dalam kertas minyak dan simpan dalam peti sejuk dan rehatkan dalam sejam.
Sementara nak menanti adunan@doh i tu berrehat i bancuh lagi adunan seterusnya.. tiap adunan jenis biskut i buat 2 adunan... so dapatlah dalam 2 botol Medium saiz.. dengan motto selesai ko biskut jangan ko tanya lagi untuk di refill...:D
ini dia penerap yang i gunakan untuk biskut Chocolate Oreo Traffic Light...
bila dah siap membancuh semua adunan tu... sementara menunggu semuanya berehat dalam peti sejuk i akan siap sediakan bahan penerap, torak dan pastikan meja kerja sentiasa bersih dan kemas.
Alat penorak dan dulang pembakar juga dah bersusun tepi bahagian kanan i..
mana nak menerap tu i duduk :)) sakit tulang belakang ni jangan cerita.. pulak memang sedia ada penyakit tulang belakang ni semenjak mula bergelar penulis sebab banyak sangat duduk menghadap PC.. tak pe.. tak pe.. dah lali..:D
ini dia adunan biskut Chocolate Oreo yang telah siap di cetak..
menanti untuk di bagaikan.. terap sehingga selesai baru mula langkah yang seterusnya.. untuk langkah ini i hanya menghadkan masa selama 1 jam sahaja... dan selepas itu dah mula membakar..
masa untuk membakar masa tu i akan bersihkan tempat meja kerja i dan pastikan selepas itu masa untuk proses selesai membakar dan menyusun biskut dalam balang...:)
untuk tiap sapuan yang bertatah i akan gunakan putih telur tanpa di kocok dengan alasan.. lebih kemas dan tidak berwarna.. kecuali jika biskut tu memang nak kena sapu dan nampak keperangan..
nampak tak bersih dan clear aje tu.. ya pastikan meja kerja anda dan alatan sentiasa kemas dan mood nak membikin beskot sambil mendengar lagu raya berkumandang di corong radio tidak terganggu :))
Nampak tak beskot yang meriah begiteew sekali warnanya tu..
ya itu adalah biskut fav dak kerempeng Nellysha yang sememangnya fanatik GULA!!
maka telah kuciptakan biskut baru yang bernama Biskut Nelly Antz Sebab dia umpama semut kering yang tak boleh nampak gula! :))
so tahulah yaa.. kenapa biskut tu namanya cenggitu..
dan warna itu adalah warna fav Nellysha iaitu pink dan merah awww... :D
Ini penerap yang i gunakan.. semuanya dah siap sedia sebelum proses menerap berlaku waduhh ayat baik punyer.. macam buat kelas memasak pulak yerkkk :)) ya giteeww :D
Yang di atas tu pulak biskut Tart Nenas Sepit.. yang ini seminit i dapat sepit doh tu dalam 3 bijik!
laju aje.. mengisi inti nenas tu yang paling tak kuasa you! hadoiiiiiii... nak-nak pat menggentel bendaalah yang sekenit tidak atas inti nenas tu.. perghhhhh boleh tak puasa postpone lagi 3 minggu??? :))
Dan ada sejenis lagi beskot terakhir yang kubikin... baru sahaja berakhir sekejap tadi... biskut Setitis Kasih al-kisahnya gambar tak ku snap.. waduhh hanggornya dah syiok membikin tu yang tak sadar.. tak pe.. okay setakat ini kongsikan dulu gambar dan tips macam mana i bekerja mengerjakan biskut tu yerkk.. grrrrrrrr...
penat lerrrr aii... Untuk resipi jangan risau.. selesai aje i buat biskut... i target esok juga i nak siapkan semua jenis biskut rasanya dapat kot dalam 9 jenis.. Insya~ALLAH setakat ini dah ada 4 jenis.. pagi ke malam ku kerjakan sesorang... Nellysha ada jugak tolong.. memula happy dan enjoy aje dia tolong lepas berbuka.. lat sejam.. susun biskut pun dah terbalik bokong!
terus i sound..
"Gosok gigi dan cuci kaki."
terus jam tu jugak dia blah! :)) kisahnya memang dah mengantuk benor.. sanggup ngko menghabiskan kerja sekolah kat sekolah sebab dah cadang nak bantu i buat beskot.. pastu tak sampai sejam dah emo :))
Sekian sahaja perkongsian kali ini.. resipi bergambar Insya~ALLAH SELESAI sahaja i buat beskot semestinya i akan mula turun dan kongsikan dalam dapur maya i ni yaa.. :)
Buat semua kawan-kawan yang meninggalkan komen harap maaf tak dapat lagi membalas dan mengunjung balas.. Insya~ALLAH minggu depan i free.. tunggu i datang dapur you all ya kawan-kawan cayang kat you all.. :)
Assalammualaikum..
TATA!!