ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, August 9, 2012

Projek Biskut Raya Telah Bermula... Ya, Giteew


Assalammualaikum.. :) Syukur Alhamdulillah dah masuk Ramadan yang ke 20 hari ini kita sebagai umat islam berpuasa..:)

Syukur Alhamdulillah projek biskut raya i pun dah bermula...:D

Okay, meh sini dekat-dekat i nak story mory kat you ni hah! ikutkan semangat nak mengupdate blogs memang dah ke longkang! Penat ya hampon!

Syukur Alhamdulillah juga berkat TAHAP KESABARAN DAN CEKAL yang ku letakkan TAHAP MAKSIMUM! kalau tidak cekal dan sabar takkan boleh henjut sampai naik 4 jenis beskot! ya... giteeww.. :D

Selepas bersahur i kemas dulu dapur bahan tempat i membancuh beskot. Dah susun semua alatan dan bahan. i mula bekerja secara solo :D tepat jam 8:30am...
Mula-mula sekali i bancuh dulu kesemua tiap jenis adunan yang bakal ku kerjakan@cetak.



di atas itu adalah adunan untuk Biskut Chocolate Oreo Traffic Light :D
i buat dua adunan sekaligus! ngko aii bukan tamak tau... dengan motto.. habis itu habis ler kisahnya :))
siap aje bancuh i terus balut dalam kertas minyak dan simpan dalam peti sejuk dan rehatkan dalam sejam.
Sementara nak menanti adunan@doh i tu berrehat i bancuh lagi adunan seterusnya.. tiap adunan jenis biskut i buat 2 adunan... so dapatlah dalam 2 botol Medium saiz.. dengan motto selesai ko biskut jangan ko tanya lagi untuk di refill...:D


ini dia penerap yang i gunakan untuk biskut Chocolate Oreo Traffic Light...
bila dah siap membancuh semua adunan tu... sementara menunggu semuanya berehat dalam peti sejuk i akan siap sediakan bahan penerap, torak dan pastikan meja kerja sentiasa bersih dan kemas.
Alat penorak dan dulang pembakar juga dah bersusun tepi bahagian kanan i..
mana nak menerap tu i duduk :)) sakit tulang belakang ni jangan cerita.. pulak memang sedia ada penyakit tulang belakang ni semenjak mula bergelar penulis sebab banyak sangat duduk menghadap PC.. tak pe.. tak pe.. dah lali..:D


ini dia adunan biskut Chocolate Oreo yang telah siap di cetak..
menanti untuk di bagaikan.. terap sehingga selesai baru mula langkah yang seterusnya.. untuk langkah ini i hanya menghadkan masa selama 1 jam sahaja... dan selepas itu dah mula membakar..
masa untuk membakar masa tu i akan bersihkan tempat meja kerja i dan pastikan selepas itu masa untuk proses selesai membakar dan menyusun biskut dalam balang...:)


untuk tiap sapuan yang bertatah i akan gunakan putih telur tanpa di kocok dengan alasan.. lebih kemas dan tidak berwarna.. kecuali jika biskut tu memang nak kena sapu dan nampak keperangan..
nampak tak bersih dan clear aje tu.. ya pastikan meja kerja anda dan alatan sentiasa kemas dan mood nak membikin beskot sambil mendengar lagu raya berkumandang di corong radio tidak terganggu :))


Nampak tak beskot yang meriah begiteew sekali warnanya tu..
ya itu adalah biskut fav dak kerempeng Nellysha yang sememangnya fanatik GULA!!
maka telah kuciptakan biskut baru yang bernama Biskut Nelly Antz Sebab dia umpama semut kering yang tak boleh nampak gula! :))
so tahulah yaa.. kenapa biskut tu namanya cenggitu..
dan warna itu adalah warna fav Nellysha iaitu pink dan merah awww... :D


Ini penerap yang i gunakan.. semuanya dah siap sedia sebelum proses menerap berlaku waduhh ayat baik punyer.. macam buat kelas memasak pulak yerkkk :)) ya giteeww :D


Yang di atas tu pulak biskut Tart Nenas Sepit.. yang ini seminit i dapat sepit doh tu dalam 3 bijik!
laju aje.. mengisi inti nenas tu yang paling tak kuasa you! hadoiiiiiii... nak-nak pat menggentel bendaalah yang sekenit tidak atas inti nenas tu.. perghhhhh boleh tak puasa postpone lagi 3 minggu??? :))

Dan ada sejenis lagi beskot terakhir yang kubikin... baru sahaja berakhir sekejap tadi... biskut Setitis Kasih al-kisahnya gambar tak ku snap.. waduhh hanggornya dah syiok membikin tu yang tak sadar.. tak pe.. okay setakat ini kongsikan dulu gambar dan tips macam mana i bekerja mengerjakan biskut tu yerkk.. grrrrrrrr...
penat lerrrr aii... Untuk resipi jangan risau.. selesai aje i buat biskut... i target esok juga i nak siapkan semua jenis biskut rasanya dapat kot dalam 9 jenis.. Insya~ALLAH setakat ini dah ada 4 jenis.. pagi ke malam ku kerjakan sesorang... Nellysha ada jugak tolong.. memula happy dan enjoy aje dia tolong lepas berbuka.. lat sejam.. susun biskut pun dah terbalik bokong!
terus i sound..

"Gosok gigi dan cuci kaki."

terus jam tu jugak dia blah! :)) kisahnya memang dah mengantuk benor.. sanggup ngko menghabiskan kerja sekolah kat sekolah sebab dah cadang nak bantu i buat beskot.. pastu tak sampai sejam dah emo :)) 

Sekian sahaja perkongsian kali ini.. resipi bergambar Insya~ALLAH SELESAI sahaja i buat beskot semestinya i akan mula turun dan kongsikan dalam dapur maya i ni yaa.. :)

Buat semua kawan-kawan yang meninggalkan komen harap maaf tak dapat lagi membalas dan mengunjung balas.. Insya~ALLAH minggu depan i free.. tunggu i datang dapur you all ya kawan-kawan cayang kat you all.. :)

Assalammualaikum..

TATA!!


19 comments:

Mat Gebu said...

Serius...yang lain tu kan..ai tak de lah nak jelesss sangattt...TAPI itu tat sepit ai very the jeless...lagi2 bila baca Datin cepit 3 biji seminit, kalai ai....1 biji 3 minit...jadi mukadimahnya...aku tak suka nyepit kuih tat dahh...sekian terima kasih..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Hahahahaa TSCMG ko nak tahu petua nak menyepit tart laju cam mana?? sambil menyepit tart tu jangan lupa kepit segala yang ada muahahaaa... hadoiyaiii alaa dari kecik u yang kukerjakan sambil pejam pun boleh menyepit sebab puas kena kepit dengan penyepit tart tu dengan bonda masa kecik2 dulu mak aku garang hokey hahahaaa

QasehnyaRania said...

wah gitew..laju akak buat kuih yer...sekali harung terus...=)

Farra said...

Biskut Nelly Antz? Comel namenya,hehe :p

Shahriah Abdullah Novelis said...

QR memang nak kena henjut terus buat beskot sebab banyak lagi urusan kerja akak yang tak selesai lagi ehhehee

Shahriah Abdullah Novelis said...

Farra heehhe tq cute kan dapat idea sebab Nelly suka makan gula macam tu jerk... hah bila dah buat senyum manjang suka dia heehe

Norzie hany said...

Lajunya Sha,sehari dah dpt 4 jenis,akk buat sehari 2 jenis pun dah sakit pinggang segala.nanti share resepi ye,kalau rajin nanti akak nak cuba resepi kuih raya Sha.

Amie said...

aha hahahha... apasal dikata semut kering Sha... semut kurus kering ke he he hehh... Sha, Kak Amie memang tbiklah kerja-kerja yang Sha buat, kalau kakak ni dah lama menanis hentak kaki kat dapur sorang-sorang! Tak sanggup!

Allene said...

wah... memancar2 biskut merah tu.... kecur air liur jup.. :P

AIN NAZRI said...

meriahnya biskut raya akak ni.. geram tgk.. nyum nyumm

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Assalamualaykumwbh Kak Sha....

waaaaaa meriahnya and tat sepit tu yang tak leh blah hebat tu...:)

Selamat Meneruskan ibadat Ramadhan kak and tak sabar nak tgok cookies lain lagi ni.......hihihihihi...

Shiela said...

amboiii.. cantek cantek n chomey chomeyy nyerr kuih dia.. hakaq ni sebijik pun tak jadi lagi ni.. huwaaaa...

zuwaidah said...

nak tergelak CMG tulis tuuuu..hehhehehe...kak zu pun jeles ni tengok gebunya tart nenas tuuu

fazian.batrisyia said...

Alamak..dah ada beskot raya...kalau rajin & xde hal apa malam ni nak buat la...

Engku Artini said...

bestnya biskut merah tu..!! nama pun best gituu

Phong Hong said...

Wow, best! Raya nanti I nak jenguk-jengkuk rumah you :)

dapurCikWan said...

biskut nelly antz...kelass Nelly! hehehe

ibh_sue said...

Hamboi kak. Sekali harung 2 3 jenis skali membiskut. Mmg rajin. :)

Nur-nba said...

Ambooiiii banyaknya kuih.. Kol berapa siap membakar kak?.. Buat sorang2 tentu penatkan.. Takpe2 nanti raya Nur datang rumah akak, rasa semua kuih tu yek!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ