ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, March 4, 2011

CIK MEK MOLEK GULA MELAKA

CIK MEK MOLEK GULA MELAKA
Wahhhhh... emboiii.. emboii.. cik mek molek giteeeewwww.... siapa yang makan ni gerenti molek aje ekk.. ekk.. okay petang ni sesaja nak membikin cik mek molek.. tapi i buh gula melaka dan bukan gula pasir semata.. lemak aje giteeeewww rasanya.. lawankan pulak dengan kopi 'O' dah ler cuaca panas memang kena aje giteeewww ekk... rasa lemak keledek tu.. wah! lepas makan terkedek-kedek mencari bantal! hahahaa..

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
CIK MEK MOLEK GULA MELAKA
Bahan-bahannya :
  • 300gm keledek ~ rebus dan lecek sehingga lumat
  • sedikit garam
  • 100gm tepung gandum
  • sedikit air
Untuk inti :
  • 1/2 biji gula melaka ~ hiris halus
  • 2 sudu besar gula pasir
  • gaul rata dan ketepikan untuk inti 
Cara menyediakan :
  • Campurkan keledek yang telah di lecek bersama tepung gandum sedikit garam dan sedikit air
  • ulu sehingga menjadi sebuku doh yang lembut
  • bulatkan dan leperkan di tengah masukkan sedikit gula melaka dan gula pasir yang telah di campur
  • bentukkan bujur
  • ***rujuk gambar di atas
  • panaskan minyak dan gorengkan sehingga keperangan
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAA!!!
CIK MEK MOLEK GULA MELAKA
Mudah aje kan... molek aje giteeeewww....................:):)
MINUM PETANG 4HB MARCH 2011 :
  • KEK ASAM OREN COMEY LOTEY
  • CIK MEK MOLEK GULA MELAKA
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN!
TATA!!



KEK ASAM OREN COMEY LOTEY

 
KEK ASAM OREN COMEY LOTEY
Wah! cewahHHH.. cewahh.. ewahh.. ewahh.. minum petang jumaat yang mengancam giteeewww... bukan sejenis yang ku bikin untuk jamuan minum petang ekk.. dua jenis sekaligus! dapat bonus ke shasha?? uishhh.. idak ler... esok kan hari sabtu.. buat ler lebih sikit... masukkan dalam tupperware buh dalam chiller.. bila ada tetamu datang on saturday.. tinggal hangatkan dalam microwave aje gitewww.. mudah aje kan.. kan... asam keping atau haw flakes tu memang ler fav pricess Nellysha... so kiranya dapat idea ni sebab teringatkan dia ler ni ehee.. tu pun siap aje di bakar... dah masuk dalam perut dia dua ketoi.. siap pulak packing bawak gi sekolah agama untuk Ustazah dia... janji rock! gitewwww.. dah tu jerk...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KEK ASAM OREN COMEY LOTEY
Bahan-bahannya :
  • 200gm mentega
  • 150gm gula castor
  • 3 biji telur
  • 300gm tepung + 1 sudu teh baking powder (ayak bersama)
  • 100ml susu cair
  • sedikit garam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar perisa oren
  • 200gm haw flakes / asam keping manis ~ pecahkan kasar-kasar
  • haw flakes untuk hiasan dan colour rice untuk tabur di atasnya
  • cup cakes (40 pcs) lebih kurang
 
Cara menyediakan :
  • Putarkan mentega dan gula sehingga kembang
  • masukkan telur dan putar sehingga kembang
  • masukkan susu cair, esen vanilla dan perisa oren kacau rata dan masukkan haw flakes yang telah di pecahkan kasar-kasar
  • masukkan tepung dan gaul sehingga sebati
  • masukkan adunan 1/2 dari acuan cup cakes
  • taburkan haw flakes dan colour rice
  • bakar dengan suhu 180'C selama lebih kurang 20-25 minit
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAAA!!!
KEK ASAM OREN COMEY LOTEY
 MUDAH AJE KAN.... MAKAN LAGI LER MUDAH HEEE..:):)

MINUM PETANG 4HB MARCH 2011 :
  • KEK ASAM OREN COMEY LOTEY
  • CIK MEK MOLEK GULA MELAKA
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN!
TATA!!




SOSEJ GORENG DAUN BAWANG LADA HITAM

 
SOSEJ GORENG DAUN BAWANG LADA HITAM

Malam tadi awal-awal Aemir hero kedua tu dah beritahu ekk.. "Momma esok Hafiz dengan Rem nak tido sini." macam biasa.. hujung minggu memang ramai ler anak-anak angkat datang bertandang ekk.. i memang ler suka... anak reramai kat umah ni... walaupun ramai tetap tak bising oke.. syarat utama di rumah ni.. nak berhiruk-pikuk gi ler di bawah pondok tepi umah tu... so hari ni i masak ler lebih ekk.. kiranya mengikut kategori umur ler jugak ekk.. kekanak remaja tu kan mana boleh di pisahkan dengan sosej.... so i masak ler sosej goreng... ku bubuhkan dengan daun bawang bebanyak dan serbuk lada hitam dah tu jerk... 20 batang i masak oke.. memang licin ler tu... pulak hari ni semua umat islam akan berkumpul di masjid untuk solat Jumaat.... dah tu jerk ekk... menu petang nanti semestinya untuk hidangan anak-anak angkat i tu juga! tungguUuu....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SOSEJ GORENG DAUN BAWANG LADA HITAM
Bahan-bahannya :
  • 2 peket sosej ayam/daging ~ potong 3
  • 1 biji bawang besar ~ dadu
  • 4 ulas bawang putih ~ dadu
  • 5 batang daun bawang ~ dadu
  • 1 lada merah dan lada hijau ~ potong
  • serbuk lada hitam secukup rasa
Cara memasak :
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak
  • tumiskan bawang merah, bawang putih, lada merah dan lada hijau sehingga layu
  • masukkan sosej dan gaul rata, taburkan serbuk lada hitam
  • sesuaikan rasa dan masukkan daun bawang gaul rata 
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRRAA!!!
SOSEJ GORENG DAUN BAWANG LADA HITAM
selamat mencuba!!
MENU MAKAN TENGAHARI 4HB MARCH 2011 :
  • SINGGANG BONDA
  • SOSEJ DAUN BAWANG LADA HITAM
  • ULAMAN DAN SAMBAL BELACAN
  • IKAN MASIN 
  • IKAN GORENG
selamat mencuba kawan-kawan!!
TATA!!!




SINGGANG BONDA

SINGGANG BONDA
HuaaaaaHUAAA..... best betullah... pepagi kala ke dapur.. baru nak capai pisau.. tetiba bonda cakap.. "HARI NI BONDA MASAK SINGGANG" wahh... wah.. cewah.. kiranya bonus berganda ler ni ekk.. Bonda pun masak ler singgang ikan parang yang dia beli segau dari pasau tu ekk.. pulak pepanas hari cenggini aje memang best! singgang bonda ni kuahnya alahai... keruh jerk giteeewww ekk... i cakap macam ni "SINGGANG AIR MATA BONDA!" pastu ko.. bulat bijik mata Bonda i tau... "INI NAMANYA SINGGANG ORANG DEMAM!" hehee.. bonda demam ke??? tak lahh.. dia cuma teringin nak makan singgang yang kelernya giteeeewwww aje kelernya ekk.. wah! tapi rasanya tetap sama dengan singgang biasa i masak tu ekk.. segala bahan yang di gunakan semuanya sikit... bagus betullah! I LOVE BONDA..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
SINGGANG BONDA
Bahan-bahan di hiris :
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
Bahan-bahan lain :
  • 4 sudu besar asam jawa ~ jadikan air secukupnya untuk kuah
  • 2 keping ikan parang ~ belah dua
  • lada merah dan lada hijau ~ patah dua
Cara memasak :
  • campurkan kesemua bahan-bahan hiris bersama air asam jawa
  • masukkan ikan parang dan didihkan di atas api
  • sesuaikan rasa, reneh sehingga ikan masak
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAAA!!!!
SINGGANG BONDA
 
musim panas mencetang macam ni.. lauk simple macam ni ler yang terbaik!
MENU MAKAN TENGAHARI 4HB MARCH 2011 :
  • SINGGANG BONDA
  • SOSEJ DAUN BAWANG LADA HITAM
  • ULAMAN DAN SAMBAL BELACAN
  • IKAN MASIN 
  • IKAN GORENG
selamat mencuba kawan-kawan!!
TATA!!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ