ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, July 16, 2012

Ikan Caru Panggang Sudah Mari! Sup Fish Ball Karot! Kesukaan Alif BOM! BOM!


Assalammualaikum... Jangan adjust skrin ada semua.. :D
Gambar yang di paparkan memang asli dan besor :))

15hb tepat jam 8 malam tiba di Melaka kebetulan Bonda ada di sana... *rumah adik* terus ler angkut Bonda pulang ke Johor.
Kali ini Bonda datang secara pakej berganda! :))

Alif Bom! Bom! cucu lelaki bonda yang ketiga dari 17 orang cucu :D

penghasilan yang cukup aktif dan innovatif dari anak-anak bonda bagi menghasilkan cucu-cucunya yang meriah dengan pelbagai rupa dan gaya :))


Alif Bom! Bom!

tu dia.. alooOoollooooo mulut mengangga macam anak burung! bukan selalu begitu.. hanya ketika berhadapan dengan masakan atau apa jua hidangan yang di suakan di hadapan matanya.. ya gitewww :))

Alif anak ketiga Abang i... kalau you all tengok ayah aliff dan ibunya sure you all terkejut.. kerana memasing kurus dan sedang aje keadaan fizikalnya..  jika di bandingkan dengan Alif memang cute! :D silap taip.. bukan cute! tetapi MACHO! sesangat! ya sangat! :D


so tengahari i memasak ler lauk kesukaan Pak Habibi i yang terlalu rindukan ikan cencarunya yang kalau dicongak hampir 3 bulan tidak ku masak di dapur i ni.. :D
so tadi ku masak dengan idea... yang cukup tipis kerana masih kepenatan sejak pulang dari outstations..
hampir-hampir sahaja i nak beli aje lauk... tak kuasa dan tak ada mood.. sebab penat! dalam kurungan MALAS! ya giteww... :D


tetapi.. niat kemalasan ku itu terus lesap begitu sahaja.. malah i begitu bertenaga dan bersemangat nak memasak hari ni sebab Alif ada... memang peramah sangat anak saudara i yang sorang ni.. masa kecik dulu i puas jugak tolong jaga dia ni.. *bab bawak berjalan aje* :)) lain hal tak kuasa :D


so masa i memasak kat dapur tu.. masa tu baru keluarkan bahan-bahan kering.
Alif temankan i kat dapur.. :)) banyak yang kami berbual bersama.. antaranya.. 
Alif ada bagi satu teka-teki.. begini bunyinya...

"Comet cuba teka apa ni...Tengah malam hujung katil"

*comet panggilan manja i di rumah Awww ;))*

i teka...

"Selimut!!!"

"Salah.. teka lagi!"

wah sambil memasak tu puas ler i memikirkan jawapan bagi soalan kontot Aliff tu yaa.. :))

kisah bersambung :D

Jom! Masak lauk Fav Alif BOM! BOM!

Soup Fish Ball bersama Karot


BAHAN-BAHANNYA :

12 biji fish ball *ikan parang ada di pasaran*
1 batang karot *siat guna peeler* so dapat hirisan halus dan panjang macam ribbon*
2 tangkai daun bawang *hiris panjang*
garam
1200 ml air

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *dadu
4 ulas bawang putih *dadu
1 batang celery *dadu
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
minyak

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan kesemua *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau.
Masukkan air dan renehkan terlebih dahulu.
Setelah mendidih masukkan hirisan karot dan fish ball.
Dididkan sebentar dan masukkan daun bawang, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Soup Fish Ball bersama Karot


oPPSS... sorry ini bukan gambar lauk Soup Fish Ball bersama Karot
tetapi ini adalah wajah Alif BOM! BOM! penuh teruja apabila masakan favnya terhidang :D


Ikan Caru Panggang sudah mari! setelah berbulan tidak ku masak dan tak ku beri Pak Habibi beli.. yak ini ikan fav nya..sejak azali :))

Ikan caru lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.
Panggang di atas daun pisang dan sedikit renjisan minyak.
Panggang sehingga masak dan garing.
Hidangkan bersama hirisan limau nipis...


Wahh.. lebor senyuman Alif :D

"Pegang betul-betul Lif.. comet nak snap gambar ni... jangan gerak! tahan napas taw!"

:)) :)) :))

tahan napas ngko! :))


saje je usik Alif.. snap lelama sikit :))

"Fuhh.. susah jugak ekk comet nak ambik gambar ni? macam ni ehh kalau comet masukkan dalam FB?"

Alif berbunyi selepas beberapa minit terpaksa tahan napas :))

"Haah.. susahkan.."

i kata muaahhaahahaa :))

mujur tak biru muka Alif tu :))

TARRAA!!

IKAN CARU PANGGANG SUDAH MARI!


Alang-alang props boleh di arah.. apalagi.. memacam gaya :D


air asam bawang dan cili padi :

bawang kecil *hiris
cili padi *hiris
air asam jawa pekat-pekat
sedikit garam dan gula
sedikit perahan jus limau nipis..

TARRAA!!!

AIR ASAM CILI PADI


"Pegang kuat-kuat Lif! tahan napas... ya giteeeeww :D"

TARRA!!!

Soup Fish Ball bersama Karot


fav Alif BOM! BOM! :D


Alif sorang aje makan 8 ketul! 
memang keutamaan di berikan khas buat Alif anak sedara kesayangan i... :D

Jom! lihat aksi Alif BOM! BOM!


Fuyoohhh..... << giteew kata Alif..

i pulak >>> WOhOoooo bebaik Lif dah nak terbalik mangkuk tu :))


perghh.. gitu kata Alif dalam hati...

*setelah ku tanya apa yang dia bayangkan* :D


Props yang i gunakan hari ini... :)

Alif Bom! Bom!

yang cukuplahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

sportingnya!!! cayang kat Alif cangat! cangat!! muahzzzzz


Alif bercita-cita ingin menjadi YB apabila dewasa nanti :D
dengan motto... "Dapat menikmati tiap juadah tiap kali berada di tengah rakyat ketika ada undangan majlis!"

PergHHhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... ;))

*gurau* :D :))

Alif adalah anak Abang sulongku... sangat pandai menyanyi dan suara dia sedap sangat! lagu yang dia nyanyikan tadi masa teman i memasak.. lagi dari Najwa Latif bertajuk kosong!
perghh.. terbaik!!

tetapi lagu bertajuk KOSONG oleh Najwa Latif telah di ubah suai liriknya.. Next N3 nanti i share.. nak tanya Alif dia dah lesap main basikal keliling kampung... :D



dan jawapan bagi teka-teki dari Alif Bom! Bom! sampai selesai snap gambar i tak dapat jawab dengan tepat!

Nak tahu apa jawapannya???

jawab dulu baru i beritahu jawapannya :D


Alif akan pulang malam nanti di jemput ibu dan ayahnya.. :)

so kisah bersambung.. kesempatan yang ada bersama Alif tak akan ku biarkan begitu sahaja.. :)


jika ada sebarang pertanyaan tentang Alif Bom! Bom! sila turunkan komen anda di bawah.. Insya~ALLAH i akan paksa Alif sendiri menjawab setiap soalan anda :))

Sekian terima kasih ;)

Assalammualaikum!

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ