ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, May 25, 2011

KETAM MASAK LEMAK CILI KERING


KETAM MASAK LEMAK CILI KERING

Ketam lagik??? yer ketam lagik puan-puan dan tuan-tuan.... jadi bertambahlah satu lagi resipe ketam di blogs kesayanganku ini... hehe... kali ni tak guna cili padi but cili kering.... ala-ala dikisar bersepai aje gitueewww.... rasanya tetap sama.. pedas dan berapi.. lemak tu toksah ler cerita yer tak? simple sangat resipe ni ekk.. so you all yang minat dan fanatik pada ketam tu boleh ler cuba yaa..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!
KETAM MASAK LEMAK CILI KERING

BAHAN-BAHANNYA :

1 kg ketam ~ belah dua dan cuci bersih
1 batang serai ~ titik
2 helai daun limau purut ~ siat dan buang tulang tengahnya *elakkan pahit
1 biji kelapa ~ ambil santan sebanyak dua kali

BAHAN-BAHAN DI KISAR :

20 tangkai cili kering
3 inci kunyit 
1 inci halia

CARA MEMASAK :

campurkan santan dan *bahan-bahan kisar dan juga serai
renehkan sehingga mendidih
masukkan ketam dan daun limau biarkan mereneh
sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!!

TENGG!! TARRAA!!!
KETAM MASAK LEMAK CILI KERING
 SIMPLE AND DELICIOUS!!!

TATA!!!


SOTO


SOTO

SOTO... permintaan ibu mertua.... bukan susah pun nak membuatnya.. tang merebus nasi impit tu sahaja yang memakan masa... bahan yang lelain tu teramatlah mudahnya.. nak buat kuahnya tu pun senang sangat! ada pelbagai jenis resipe soto.. dan i pernah share sebelum ini, yang ini lain sikit.. rasanya lebih simple kot.. jadi lah yaa.. yang penting you all semua boleh cuba di rumah... dah tu jerk..:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SOTO

 Nasi impit ~ beli aje yang jenis segera jenama NONA *ikut arahan di plastik *masak nasi impit malam sebelum, jadi nasi impit cantik dan padat..:)
:
KUAH SOTO
:
KUAH SOTO :

1 ekor ayam ~ cuci bersih dan toskan
air secukupnya untuk rebusan ayam dan kuah soto

BAHAN TUMIS :
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang

BAHAN KISAR :
2 biji bawang merah *saiz besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci lengkuas
1 batang serai
5 biji buah keras
1 peket rempah sup *adabi

CARA MEMASAK KUAH :
Tumiskan kesemua bahan tumisan dan bahan-bahan kisar sehingga naik bau atau pecah minyak
masukkan ayam dan kacau rata 
masukkan air dan didihkan sehingga ayam empuk dan angkat ayam
*kuah biarkan mereneh sehingga agak pekat sedikit
 :
AYAM
:
:
AYAM SOTO

ambil ayam yang telah di toskan tadi, goreng sehingga garing sedikit
cerai-ceraikan isi ayam dan hidangkan!!
:
BERGEDEL KENTANG
 :
BERGEDEL KENTANG
resipe pernah di keluarkan sebelum ini sila rujuk pada resipe sebelumnya...:)
:
SAMBAL KICAP
:
:
SAMBAL KICAP

resipe pernah di keluarkan sebelum ini sila rujuk di bawah label 'SAMBAL PELBAGAI JENIS'
:
:
TAUGEH BUAH EKOR CELUR ATAU MENTAH
:
:
DAUN BAWANG DAN DAUN SADRI HIRIS
:
:
BAWANG GORENG
:
:
:
TENGGG!!! TARRAAA!!!!
SOTO!!!
:
:
MUDAH AJE TU KAN??? JIMAT BELANJA DAN MUAI MAKAN BERAMAI-RAMAI
SELAMAT MENCUBA!!!

TATA!!!


PETUA CUCI IKAN


PETUA CUCI IKAN

Assalammualaikum kawan-kawan.. dah lama tak share tips di dapur atau pun petua di dapur... so kali ni i nak share dengan you all beberapa petua yang i sering amalkan di dapur... kali ni tentang ikan. Macam mana nak hilangkan hanyir ikan dan lendir ikan. terutama ikan dari sungai. Hanyir dan berlendir yer tak... tidaklah banyak petua tu.. tapi mungkin juga dapat membantu kawan-kawan..:):) selain di cuci dengan perapan beberapa jenis bahan itu, rasa ikan juga bertambah enak dan segar!

OKAY! JOM!! SALIN PETUA!!!
PETUA CUCI IKAN

IKAN LAUT/SUNGAI
  1. Tepung gandum ~ buang perut ikan dan cuci bersih, lumurkan dengan tepung gandum dan perapkan sebentar dalam 30 minit. Cuci bersih dan toskan
  2. Limau kasturi ~ buang perut ikan dan cuci bersih, lumurkan dengan perahan bersama kulit limau kasturi sehingga sebati dan perapkan sebentar dalam 30 minit. Cuci bersih dan toskan
  3. Belimbing buluh *masak* ~ buang perut ikan dan cuci bersih, lumurkan dengan belimbing sehingga sebati dan perapkan sebentar dalam 30 minit. Cuci bersih dan toskan
  4. Asam Jawa ~ buang perut ikan dan cuci bersih, lumurkan dengan asam jawa sehingga sebati dan perapkan sebentar. Cuci bersih dan toskan
  5. Hirisan limau nipis ~ buang perut ikan dan cuci bersih, lumurkan dengan hirisan dan perahan air limau nipis sehingga sebati dan perapkan sebentar. Cuci bersih dan toskan
  6. Halia kisar ~ buang perut ikan dan cuci bersih, lumurkan dengan halia yang telah dikisar dan perapkan sebentar. Cuci bersih dan toskan
  7. Air beras ~ buang perut ikan dan cuci bersih, rendamkan ikan di dalam air beras beberapa minit. Cuci bersih dan toskan

TENGG!!! TARRAAA!!!
PETUA CUCI IKAN
 :
Okay kawan-kawan harap dengan sedikit petua ini dapat membantu kawan-kawan semua di dapur yaa... kalau you all ada petua.. jom ler share!!! mari kita manfaatkan blogs dengan ilmu yang berguna! ~wallahualam~

TATA!!! 


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ