ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, April 13, 2011

BUBUR CHA CHA

BUBUR CHA CHA
KATA DIET???? diet laa ni.. kiranya masak bubur cha cha ni sebab nak pulangkan mangkuk jiran sebelah... tu pasal laa.... i buat manis-manis buah aje tau.... ala-ala lemaknya tu pun lite-lite aje giteewww... bubur cha cha ni kalau nak sedap.. simpan dulu dalam chiller.. bila dah sejuk.. try ko Slurrpppkan.. mak aii.. pak aii... malas nak komen! hehe... must try oke..:)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BUBUR CHA CHA
BAHAN-BAHAN SILA IKUT SUKATAN DAN SELERA ANDA :

gula melaka
gula pasir
santan pekat
daun pandan
sedikit garam

BAHAN-BAHAN DI REBUS/KUKUS TERLEBIH DAHULU :

ubi kayu ~ potong dadu
keledek ~ potong dadu
keladi ~ potong dadu
tepung cha cha


CARA MEMASAK :
Campurkan santan, gula melaka dan gula pasir juga daun pandan.
renehkan sehingga gula melaka dan gula pasir larut *sentiasa di kacau
masukkan *bahan-bahan di kukus/rebus
kacau sehingga sebati, sesuaikan rasa dan hidangkan!!!


TENGG!!! TARRAAA!!!
BUBUR CHA CHA
 THE BEST!

TATA!!!



OTAK-OTAK UDANG KUKUS


OTAK-OTAK UDANG KUKUS
Waduhhh!!! jarang ni nak buat otak-otak udang... dek kerana udang banyak dalam peti sejuk... kecik-kecik aje udang tu ekk.. kupaskan kulit wah! Pung! Pang! Peng! dah siap!!!!  dan i tak guna santan oke.. sebab diet.. so gantikan dengan buah keras.... lemak dan enak i tell you!!! must try my friends....:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
OTAK-OTAK UDANG KUKUS
BAHAN-BAHAN DIKISAR :

1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
1 batang serai
3 biji buah keras
15 batang cili kering
7 batang cili padi
1 sudu teh belacan
400gm isi udang

BAHAN-BAHAN LAIN :
beberapa helai daun pisang ~ untuk membungkus
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk ikan bilis *tumix
garam dan gula
4 helai daun kunyit ~ untuk alas
3 helai daun limau purut ~ hiris halus/rampai
lidi untuk menyemat
pengukus

CARA MENYEDIAKAN :
campurkan *BAHAN-BAHAN DI KISAR bersama tepung jagung, gula, garam dan serbuk pati ikan bilis
gaul rata dan sesuaikan rasa. campurkan daun limau purut gaul sebati
Alaskan daun pisang dengan sehelai daun kunyit
isikan pes udang sebanyak 3 sudu besar
bungkuskan dan semat dengan lidi
kukus selama 10-15 minit!

TENGG!! TARRAA!!!
OTAK-OTAK UDANG KUKUS
 PHEEEWWWiiiiittt... mudah aje tu kan? must try oke.. memang THE BEST!!!
UNTUKMU YUNA... KARYA TERBARU!!! SHAHRIAH ABDULLAH AKAN MENEMUI ANDA SEMUA DI PWTC!
KLIK SINI FOR MORE INFO >>> UNTUKMU YUNA


TATA!!!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ