ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, June 15, 2012

Pulut Kuning Serawa Durian


Assalammualaikum... Selamat petang semua :D Awal-awal i nak minta maaf pada kengkawan yang duduknya jauh di perantauan dan juga yang bersekutu dengannya.. Al-maklumlah sekarang ni memang tengah musim durian kat kebun i tu.. banyak naaa... tentang kisah kebun durian dan pokok durian tu lain N3 nanti i tunjuk gambar ehh... sekarang ni musim tengah panas betul! tak larat i nak jengah kebun tu dengan mengendong kamera i celah leher :)) di harap bersabau... macehhh.. tu yang i sayang kat you all taw :D


Malam tadi i dah rendam pulut kuning dengan serbuk kunyit.. pagi tadi i toskan.. buat tak banyak, dengan niat nak pulang mangkuk jiran i.. kat rumah ni tak ada siapa pun yang suka serawa durian.. so i share dengan jiran i yang tersayang tu ;)

1 1/2 cawan pulut + 1/2 sudu teh serbuk kunyit
*rendam semalaman dan toskan*

Cara :
Rebuskan pulut bersama :
2 cawan air
sedikit garam
1 helai daun pandan
Tanak sehingga masak


Serawa durian ni.. i masak pun tak banyak.. sekadar lepaskan gian i dan jiran i yang gian jugak tuh! :))

Kuah Serawa Durian


8 ulas durian kelas A++ :))
400 ml santan pekat
40 gm gula melaka
1 sudu gula pasir
sedikit garam
1 helai daun pandan

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas, dan renehkan di atas dapur dengan *api paling kecil*
Tak perlu sentiasa di kacau, jadi tolong pastikan api *kecil*
sesuaikan rasa, setelah durian sebati dan kuah pekat.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Kuah Serawa Durian


semua orang dah pernah masak serawa durian. 
Kali ini i sukat betul-betul supaya resipi serawa durian ini akan mudah bagi sesiapa yang belum pernah mencuba!

Pulut Kuning Serawa Durian


i cuma tepikan cikittt aje... untuk i makan sorang :D 


selebihnya suruh Nelly hantar rumah jiran i...

"Nelly jangan lupa kirim salam cayang kat Tok Ana yaa.."

itu pesanan i pada Nelly masa nak hantar rumah my jiran :))


"Momma.. Tok Ana kirim salam... dia cakap Tq!"


Ya begitu jawapan dari jiran kesayangan i... :))

Pulut Kuning Serawa Durian


Selamat mencuba kawan-kawan... :D


Teera-mitsu.. my beloved catz.. dah kurus kering! sebab rindukan abang amin <<
alasan! sebenarnya tak de siapa yang memanjakan dia.. baru lepaskan dari kandang...
lepak baik punyer! AloOlOooooo


Props i hari ini.. sekuntum bunga plastik i kutis dari bakul bunga! :))
dan daun pisang :D


Jumpa lagi!

TATA!!


Menu Menanges... Simple Yet Crying!



Assalammualaikum.. selamat sejahtera buat semua rakan-rakan baru dan lama di alam maya ku ini.. hari ni i makan tengahari memang menanges! *ejaan yang betul>> sila eja.. :D M.E.N.A.N.G.I.S* ya giteeww... :)) :D 


sambal tumis telur, ikan bilis dan bawang sekantong! kuah pekat benau!
ya giteeww... menanges taw! :))


Lemak Udang Besor Sayur Rampai Menanges!


Ikan masin kapak bersama ulam Pucuk Kendondong Awww!

Menu Menanges.. Simple Yet Crying!!


Syukur Alhamdulillah... hidung tersumbat, telinge masih pekak! berdesing aje telinge i taw :D
Mujur masa makan tadi tu.. eehhh berasalah pulak!
mau tak menangess... mujur semua lauk yang i masak tu tak masin! muahahhaa :)) :D

Lemak Udang Besor Sayur Rampai Menanges!


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
secekut manja ikan bilis
1 batang cili merah
350 ml santan separa pekat

BAHAN LAIN :

8 ekor udang saiz M << dah macam bajulah pulak :))
10 tangkai daun pegaga
2 tangkai daun selasih
8 helai pucuk berbuas
1 helai daun kunyit *pucuk muda yang bergulung tu*
1/2 biji peria

CARA :

Renehkan *BAHAN KISAR* di dalam periuk kecil.
Setelah mendidih *sentiasa kacau* masukkan peria dan udang.
Setelah udang bertukar warna, masukkan kesemua *BAHAN LAIN* dan kacau rata, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARAAA!!!

Lemak Udang Besor Sayur Rampai Menanges!


Kesemua sayur rampai tu petik tepi rumah oke.. :D
udang tu beli dari nelayan.. fresh terketik-ketik masa beli tu tau awww... :))

Sambal tumis telur, ikan bilis dan bawang sekantong! Menanges... ish ish...


BAHAN-BAHANNYA :

6 biji telur *rebus dan kupas kulitnya*
150 gm ikan bilis
3 biji bawang besar *hiris
30 ml air asam jawa
gula dan garam

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
30 tangkai cili kering

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau dan garing *sentiasa di kacau, api perlahan dan tempoh menumis agak lama*
masukkan ikan bilis dan bawang dan kacau seketika.
Masukkan air asam jawa dan sesuaikan rasa.
Masukkan telur, kacau sebati. angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!

Sambal tumis telur, ikan bilis dan bawang sekantong! Menanges... ish ish...


Mau tak menanges... kuah tu pekat, bawang banyak, ikan bilis garing pulak tu.. telur molek aje tergolek 2 biji! awww.. mau tak menanges i tell you!

Menu Menanges.. Simple Yet Crying!!


calit pulak ulam pucuk kedondong muda kat sambal tumis menanges tu...
waduhhhh.... Menu Menanges.. Simple Yet Crying!! :)) :))


Syukur Alhamdulillah.. ikutkan badan tak berapa sihat lagi.. kuatkan semangat nak memasak hari ni.. tak kuasa nak makan luar.. panas sekarang ni..masak aje yang....

Menu Menanges.. Simple Yet Crying!!

:)) :)) :D


props yang i gunakan.. hentah apa kenama bunga tu.. plestik tu hehhee :D


Selamat menjamu selera kawan-kawan..

Masa menanti telur rebus tu masak.. sempat jugak i siapkan satu jenis juadah minum petang...
di rumah ni memang tak suka.. so i buat untuk my jiran.. ;)

apa tew?? tunggu petang sikit yaa.. macehh kerana sabar menanti... cayang semua.. muahzzz :D


Syukur Alhamdulillah..

KERANA SEBIJI EPAL MENDUDUKI CARTA KE 4 TOP 10 BUKU PRIMA DAH 2 minggu berturut2... 


Aminn... Jumpa nanti!

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ