ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, September 18, 2012

Stemed Chocolate Moist Cake


Assalammualaikum.... :)


Mood membaking dah mari!
Macam selalu.. bila hujung minggu anak-anak ada di rumah... mesti nak membaking... especially kek coklat!
fav anak-anak.. Pak Habibi Tembambom i lagilah suka! :D
i okay jeee... ;)


i buat satu adunan macam biasalah kan...
tapi kali ni i ketepikan satu loyang kecik.*yang kecik tu untuk rumah i* :D

kek yang di atas tu i hadiahkan untuk biras i masa rumah dia buat open house aritu.. ala masa cuti 1 Malaysia tu.. bukan dekat-dekat weh! dekat Kota Tinggi sana tu...
masukkan dalam kotak.. dalam hati bimbang juga takut cair toping cekelat tu kan..
sekali bila sampai Kota Tinggi haah cair! :))
sikit je... tak pe.. tak pe...dah selesai dah PON! :D


i kukus dan tidak bakar sebab hasil dan teksturnya lebih halus dan moist...
buat pulak dengan sepenuh hati jiwa dan raga ku!
cecewahhh tu yang halus dan selembut sutera giteew jadinya :))

Steamed Chocolate Moist Cake



BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN A :

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar double action baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 cawan serbuk koko *i guna van hauten
1sudu kecil garam halus

*BAHAN-BAHAN DI ATAS AYAK BERSAMA*

BAHAN B :

2 biji telur saiz A
1/2 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan gula pasir
5 sudu besar susu pekat
1 cawan minyak jagung

CARA :

Campurkan *BAHAN B* dan pukul sehingga gula hancur dan sebati.
Masukkan ke dalam periuk dan kacau di atas api kecil. 
Sentiasa di kacau. lebih kurang 3-4 minit.
Masukkan *BAHAN A* sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di alaskan dengan kertas minyak dan oleskan dengan sedikit minyak.
Panaskan pengukus dengan api besar.
Kukus selama 30 minit kemudian kecilkan api.
Kukus lagi 30 minit.
Angkat dan sedia di makan.
Sejukkan terlebih dahulu.

Setelah sejuk bolehlah tuangkan dengan topping coklat masakan!

TARRAAA!!!

Steamed Chocolate Moist Cake



halus teksturnya... rasanya pun perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
 @_________@


tenggekkan dengan ais-krim... slurpppp ahhhhhhhhhh....


secara double apa salahnya kan kan... ;)


cuba tangkupkan pulak lagi sekeping di atasnya...


cuba ambil garfu dan kemudian masukkan ke dalam mulut!
apa tunggu lagi.. NGAPP!!!
ya.. giteeww.... pandainya :))


serius ni ehh.. i makan 2 keping! :))
cakap sini habis sini ajelah ekkk :D


mudah aje tu kan kan... dan dah selesai pun!
Abang Amin dengan Pak Habibi yang habiskan!
:D


sekian sahaja... 
selamat menjamu selera!

Assalammualaikum...

TATA!!




CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ