Assalammualaikum... Selamat Pagi dan Salam Sejahtera buat semua teman-teman yang tak pernah jemu singgah di dapur mayaku ini yang semenjak dua menjak kebelakangan ini...
"Jap Adaaaa..... Manjang Tak Ada!!!"
Tak pe.. Tak pe.. yang penting sekarang ada.. entah untuk tempoh berapa lama lagi akan tenggelam dan timbol :))
Macam biasalah kan kan.. kalau tak berstory-mori mana sah.. yer tak? idak ler panjang celoteh i pagi ni sebab banyak urusan di luar sana tuu...
Macam mana dengan 'Header' baru i?? okay tak? nampak lebih simple dan simple :D
Yer... kalau di ingat.. ingat rasanya dah lebih 10 Header kot.. tak pe.. tak pe.. nanti terjumpa lagi Header menarik i tukar lagi.. *menarik ler sangat!* :D
Strawberry Yougurt Pancake
For Breakfast
Pancake.. one of my kids punya Favs... i pon :D
Kalau makan tu... mesti nak curahkan maple syrup terlebih-lebih.. biar basah dan banjir.. pastu taburkan dengan gula aising.. umpama salji yang turun dengan lebatnya... hadoiii... ;))
Pastu bila di suapkan ke mulot.. mencair dan rasanya melompat-lompat di dalamnya... muahahhaa...
*mata jangan lupa pejam ehhh...*Peh! memang... hahaaa ;)
Strawberry Yougurt Pancake
For Breakfast
dan inilah salah satu hidangan yang i masak di Karnival Kolej Uniti di Port Dickson...
Dan N3 di sana tu... tak sempat lagi i nak share di blogs penulisan i... nantilah bila ada kelapangan i akan cuba update secepat mungkin... Insya~ALLAH...
Khas untuk semua mahasiswa dan siswi.. hidangan untuk sarapan pagi yang ringkas dan berkhasiat...
Sebab tu i gunakan yougurt.. dan sekarang i sharekan di sini ehh.... :)
Strawberry Yougurt Pancake
For Breakfast
BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder = *ayak bersama
1 cawan strawberry yougurt
1 1/2 cawan air *kurang atau lebih
1 biji telur
2 sudu besar gula kastor
secubit garam
50 gm mentega cair
sedikit mentega untuk lengser
strawberry segar
gula aising
syrup maple
CARA :
- Masukkan tepung di dalam mangkuk dan gaulkan bersama gula kastor dan secubit garam.
- Lubangkan di tengahnya dan masukkan telur, yougurt dan air, kacau sebati dengan menggunakan whisker.
- Akhir sekali masukkan mentega cair dan ketepikan sekitar 15 minit.
- Lengserkan kuali dan ambil sesenduk adunan dan tuang ke atas kuali dan masak sehingga keperangan.
- Angkat dan hidangkan bersama strawberry, curahan maple syrup dan taburan gulla aising!!
TARRAA!!!
Strawberry Yougurt Pancake
For Breakfast
Sila gunakan fork n spoon...
Ohhh... serius.. terasa seperti berada di tepian tasik yang menghijau airnya....
dan..... pedulikan sang lebah yang mengecek lelehan maple syrup...
rasanya???
Masam..
Lemak..
Manis...
Gebus...
M.e.l.e.k.a.k.a.n :D <<< sila eja! muahahhaa
Sekian dulu.. jumpa nanti.....
Jaga diri...
Jangan noty!
:D
Jangan lupa dapatkan Majalah Aroma keluaran April 2013.. ;)
Assalammualaikum..
TATA!!