ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Sunday, April 10, 2011

SAMBAL TUMIS SARDIN SIMPLE

SAMBAL TUMIS SARDIN SIMPLE
BUkak aje peti sejuk tu.. nampak ikan, udang, daging, ayam.. sotong... JEMU laa.... nak yang lite-lite aje giteeewww.. jawapannya apa lagi??? CIK PUAN SARDIN LER.. SI IKAN BESI!!!! itulah jalan penyelesaian kalau cuti hujung minggu kekoret ni ekk.. ko tengok kang aje memang licin! tak caya cuba! simple jerk tu ekk.. ekk...

JOM!!! SALIN RESIPE!!
SAMBAL TUMIS SARDIN SIMPLE

1 tin ikan sardin *jenama Adabi ~ buang sosnya
4 biji tomato ceri ~ belah dua
1 helai daun sadri ~ hiris
1 batang lada merah ~ belah 2
1 batang lada hijau ~ belah 2
1 batang serai titik

Bahan DIKISAR :

1 biji bawang merah *besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
20 tangkai cili kering
1 sudu teh belacan

Cara Memasak :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan *bahan DIKISAR dan serai sehingga garing
masukkan ikan sardin dan bahan-bahan lain, gaul rata
sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!

TENGG!! TARRAA!!!
SAMBAL TUMIS SARDIN SIMPLE
TERBAIK! TERMUDAH!!!
jangan lupa lauk yang lain tu memang lawan yang paling sesuai di gandingkan dengan SAMBAL TUMIS SARDIN SIMPLE!
ASAM REBUS KACANG PANJANG
IKAN MASIN GELAMA!!!
psstt.. yang berdiet tu.. lebihkan sayur.. lauk yang lelain tu ambik jerk baunya okey! selamat menjamu selera bersama keluarga tersayang...:)

TATA!!!

MENU DIET ~ ASAM REBUS KACANG PANJANG

MENU DIET ~ 
ASAM REBUS KACANG PANJANG
Inilah kuah yang terbaik! tak kira musim hujan atau pun cuaca panas mencetang! asam rebus kacang panjang! the best eva! pulak tengah berdiet ni.. wahhhh... hirupkan kuah tu bebanyak ekk.. nasi tetap kurangkan! Syukur Alhamdulillah.... kenyang perut.. siapa cakap diet tak boleh makan??? biasa lagi dia! HEP! hehee...

JOM!! SALIN RESIPE!!
ASAM REBUS KACANG PANJANG

Bahan-bahan DI TUMBUK:

1 biji bawang merah (sederhana)
2 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis
2 batang lada merah
1/2 sudu teh belacan

Bahan lain :

8 batang kacang panjang ~ potong 1 inci
2 mangkuk air asam jawa

Cara memasak :

Campurkan *bahan ditumbuk bersama air asam jawa
renehkan sehingga mendidih, masukkan kacang panjang 
sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!!
ASAM REBUS KACANG PANJANG 
 JANGAN LUPA.. LAWANKAN.. DENGAN tu.. tu....
ikan masin! waduhhh!! the best eva! jangan lupa perahkan limau kasturi... untuk neutralkan rasa masin tu yerk... memang best!

TATA!!!



JEMPUT-JEMPUT PISANG SIMPLE


JEMPUT-JEMPUT PISANG SIMPLE
Minum petang hujung minggu.. panas mencetang di luar sana.. nak keluar rumah pun malas.. ada pulak pisang emas dalam sesisir.. masak ranum.. hampir lebam! muahaha.. apa lagi.. dari terbuang begitu sahaja.. baik ku lenyekkan dan jadikan jemput-jemput pisang.. bahan yang di gunakan sangat ler simple... rasanya tetap mantop! 

JOM!! SALIN RESIPE!!!
JEMPUT-JEMPUT PISANG SIMPLE

12 biji pisang emas masak ranum
2 cawan tepung gandum + 1 sudu baking powder *ayak bersama
sedikit garam
2 sudu besar gula pasir
minyak untuk menggoreng

Cara menyediakannya :

Lenyekkan pisang sehingga hancur
campurkan gula pasir dan gaulkan bersama tepung dan sedikit garam sehingga sebati
panaskan minyak dan goreng sehingga warna bertukar keperangan
angkat dan toskan!

TENGG!!! TARRAA!!!
JEMPUT-JEMPUT PISANG SIMPLE
WALAupun... simple.. rasanya tetap enak! mesti cuba..:):)

TATA!!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ