Assalammualaikum... :)
Minta maaf sebab dua hari tak update blogs... :) sebab ada beberapa undangan yang i perlu hadiri.. :D
kemana pun pergi i tetap ingat kengkawan blogger i.. walaupun tak pernah bersua.. tetapi hasil tiap komen.. i mulai mengenali kengkawan....
itulah penangan ber blogging... segalanya di alam maya namun keakraban yang terjalin macam kita semuanya berjiran tepi rumah :D
tu baru bercakap di blogs dan FB kalau bersua dah tentu-tentu lebih mesra dan akrab kan kan.. :D
Terima kasih kepada semua kengkawan yang sering bertandang di dapur maya i ni yaa..
walaupun hidangannya biasa-biasa sahaja... namun begitu keikhlasan ingin berkongsi melampaui segalanya...:D
Terima kasih sahabat :)
Cucur Udang Daun Sadri
cucur udang biasa sahaja.. tetapi i tambahkan daun sadri banyak-banyak naa....
bila di makan waduhh.. harum dan nyaman apabila di kunyah.. :D
Sarapan pagi tadi... goreng separuh...
separuh lagi i gorengkan petang :)
di rumah i ni.. ada yang tak makan udang *Abang Aemir*
tapi kalau buat cucur udang ehh.. makanlah pulak! ngada betullah! :))
BAHAN-BAHANNYA :
4 cawan tepung gandum
1 biji bawang holland *hiris
1 batang cili merah *besar dan hiris
5 tangkai daun sadri *saiz besar :D macam kasut ler pulak bersaiz segala :)) potong 1 inci
1 cawan udang saiz *M* buang kulit tinggalkan ekor :D
1 biji telur
air secukupnya untuk batter
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
CARA :
Campurkan kesemua bahan-bahan dan bancuh dengan air.
Bancuh sehingga menjadi batter yang separa pekat dan tidak terlalu cair.
Perapkan sebentar *10 minit*
Panaskan minyak dan goreng sehingga garing atau keperangan!
Angkat dan hidangkan!!
TARRRAA!!!
Cucur Udang Daun Sadri
Lembut, lemak, manis udang tu....
harum daun sadri tuuu.....
cicahkan dengan sos lingham!
terbaik i tell you! :D
sambil menikmati sarapan pagi...
jengah pulak taman bunga celah tingkap tu..
kopi o panas 1 cawan!
terbaiKkkkkkk :))
Jangan lupa SINGGAH SINI DAISY GARDEN DAN TAMAN BARU dan jangan lupa follow blogs i yang satu tu ehh.. sedang giat mengupdate blogs yang di atas tu... adalah sesuatu tak lama lagi tu..
jeng! jeng! jeng! :D
Selamat bersantai hujung minggu bersama keluarga dan teman tersayang!
Jumpa nanti.. jaga diri..
Assalammualaikum...
TATA!!!