ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label LEMPENG PELBAGAI JENIS. Show all posts
Showing posts with label LEMPENG PELBAGAI JENIS. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

School Fest ~ Lempeng Pisang (Fusion)


Assalammualaikum... selamat sejahtera teman-teman semua :)

Selamat pagi... apa khabar semua pagi ini? moga segala urusan kita hari ini di permudahkan ALLAH SWT.. Amin..

Okay bersempena school holiday yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi... maka i gagahkan diri untuk masukkan menu sarapan pagi i bersama keluarga di rumah buat semua...

Hanya lempeng pisang sahaja... tetapi telah di fusion kan.. no santan and no kelapa parut... ;)   


i gantikan dengan susu tepung..

tetap simple, mudah dan sesuai di hidangkan buat sarapan pagi dan minum petang...

buat tu comey-comey je tau.. ala-ala mini pancake yaa... :)

Lempeng Pisang


BAHAN-BAHANNYA :

9-10 biji pisang kapas@pisang monyet

4 sudu besar susu tepung 
2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder + 1/4 soda bikarbonat *ayak bersama
sedikit garam
5 sudu besar gula pasir
1 biji telur
50 ml air

mentega *untuk lengser atas kuali non-stick

CARA :

Lenyekkan pisang sehingga hancur.
Masukkan gula, susu tepung, *bahan ayak, telur, garam dan air kacau sebati.
Perapkan sebentar *10 minit.
Lengserkan kuali non-stick dengan sedikit mentega. Tuangkan satu senduk adunan pisang dan masak sehingga keperangan kedua belah bahagian.
 Angkat dan hidangkan!   


TARRRAAA!!!!!

Lempeng Pisang


dapat lebih 20 keping...

di rumah ni ada 8 orang.. so tiada erti kata berebut :D


Sekian dulu.... jumpa nanti yaa..

Selamat mencuba dan jaga diri... :)

Assalammualaikum..

TATA!!

Sunday, September 9, 2012

Lempeng Kelapa Vs Kuah Gulai Semalam




Assalammualaikum.. :)

Hari ni hari minggu i tak kemana pun, dok aje di rumah sebab minggu depan dah mula sibuk dan outstations.
Ibu mertua kesayangan ada menginap di rumah dalam 2-3 hari.
Kesempatan yang ada tak i lepaskan.
Tanya ibu mertua apa dia teringin nak makan?
Wahh memacam yang dia request... i share dulu permintaan ibu mertua..
Lempeng Kelapa Vs Kuah Gulai Semalam :D


i masak gulai asam pedas ikan merah bersama sawi asin.
Juga permintaan dari ibu mertua kesayangan.
Tak sempat nak edit gambar. 
Insya~ALLAH ada kelapangan nanti i share yaa... :)


Ada Aku Kisah!
dah masuk BAB 2...
yang mana minat novel tu..
bolehlah singgah di blogs penulisan Shahriah yaa...
Yang mana terlepas tu bolehlah cari di folder ADA AKU KISAH


Lempeng Kelapa


Mudah sahaja nak buat.. rasanya semua kawan-kawan dah pernah makan dah biasa buat kan?
Okay i sharelah jugak yaa.. manalah tahu ada yang belum pernah buat...:D


4 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa parut *putih sahaja*
sedikit garam
sedikit gula
air secukupnya *batter yang pekat seperti gambar di atas.

Cara :

Campurkan kesemua bahan-bahan dan jadikan batter yang pekat dan tidak terlalu cair.
ketepikan sebentar.


Gunakan kuali non-stick
lengserkan sedikit  minyak dengan daun pandan.
tuangkan satu senduk batter dan masak sehingga garing atau keperangan.
balikkan dan masak seperti gambar di atas.
Angkat dan hidangkan!

Lempeng Kelapa


Biar garing tepinya tu.. waduhhhh sedap sungguh Youu!
rasa lemak kelapa muda tu waduhhh...
enak bangat sih! :D


"Makan sekeping dah kenyang!"
ibu mertua i cakap ekk..
i makan dua keping baru kenyang ;))


Pulak tengah musim hujang sekarang ni..
ishh.. ishh.. terbaik! ;)



bukan Nellysha tapi kucing i miawwwww :))


Sekian sahaja.
Jumpa lagi..
Jaga diri..
Assalammualaikum..

TATA!!!

Tuesday, March 13, 2012

LEMPENG KELAPA

LEMPENG KELAPA



Asalammualaikum... Waahh dah lama tak bikin lempeng kelapa.. kalau tidak kerana ada gulai ayam berbaki aje memang tidak mungkin lempeng kelapa akan kubikin heheh... Okay lempeng kelapa ni kan kata... Bonda i ler dulu-dulu ini lerr makanan orang-orang kampung jika nak berkerja di kebun.. mengenyangkan kata Bonda ekk.. ehh.. betullah... i hanya mampu makan sekeping setengah aje tauu!!! tapi i tak kerja di kebun ponnn.... *pengsan* 

LEMPENG KELAPA

4 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut
1 sudu teh garam
air secukupnya

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga menjadi adunan batter yang separa pekat *jangan terlalu pekat*


Panaskan Non-stick pan dan lengserkan dengan sedikit minyak.



Api sederhana... bila dah kering atasnya tuu.... balikkan....


bila dah garing *ikut suka nak garing macam mana pon ekk... tak ada sesiapa nak marah... :))

TARRAA!!!!!!

LEMPENG KELAPA




Jangan lupa gulai baki semalam tu ekk...




dahhh tu jerkk..... gi ler cuba yerk...:)))



TATA!!!!!!

Thursday, March 3, 2011

LEMPENG MUSIM SALJI

 
LEMPENG MUSIM SALJI

Muahahaahahaaa... ini satu kes lagi ni ekk.. pernah dengar LEMPENG MUSIM SALJI.. hah! ni i nak citer kisah dedolu ekk.. masa tu tinggal di OVER THE SEA! haha.. mana tu?? ade ler.... susah you nak cari kelapa parut... dah tu kalau teringin nak buat lempeng kelapa??? mana nak di carik.. hah! jangan risau ikut petua i sesiapa yang tinggal OVER THE SEA tu ekk.. hang buat jerk cam ni.. buhkan aje kelapa kering dalam paket atau dalam tin tu ekk.. alah kelapa yang untuk buat beskot tu hah! hmmm.. rasanya lagi enak kalau you all nak tahu ekk.. harum giteeewww.. boleh giteewww.. boleh aje dah tu kalau dah tak de kelapa parut...  dari menangis celah tong gas tu... masakkan aje cenggini ekk.. okay dah tu jerk! ini ler menu makan malam i hari ini ekk.. sebab kuah sambal tumis sardin tu masih berbaki lagi.... jimat belanja Youu... cukup tahun gi Umrah ekk.. Umrah dulu...:):) pelan-pelan bak kata bonda i hehee..:):) wallahualam..:)
Bahan-bahannya :
  • 500gm tepung gandum
  • sedikit garam
  • 150gm kelapa kering peket/dalam tin
  • air secukupnya
Cara menyediakannya :
  • campurkan kesemua bahan-bahan di atas 
  • lenserkan sedikit minyak di dalam kuali non-stick
  • ambil satu senduk dan panggang sehingga masak kedua belah bahagian
  • angkat dan hidangkan bersama kuah baki sardin atau kari ayam ekk..
TENGGG!!! TARRRAAA!!!
LEMPENG MUSIM SALJI
 AMACAM??? mudah aje kan... musim salji mana boleh duduk lelama kat dapur tu oke.. so masak ler seringkas yang boleh... pulak kelapa tu kan sebijik macam 'SNOW FLAKES' hah! itu ler pasal nama lempeng tu 'LEMPENG MUSIM SALJI' boleh giteeewwww???? boleh aje dong!
sedap ko.... mesti cuba oke!
MENU MINUM PETANG MERANGKAP MAKAN MALAM SEKALI 3HB MARCH 2011

  • LEMPENG PANDAI
  • LEMPENG MUSIM SALJI VS SAMBAL TUMIS SARDIN
  • TALAM UBI PANDAN
***RESIPE YANG LELAIN TU PUN I DAH MASUKKAN JUGAK EKK.. GI LER JENGAH.... SAYANG YOU ALL EKK... MUAHH... KECUALI KAUM ADAM OKE...:):)

TATA!!!!




LEMPENG PANDAI..:):):)

 
LEMPENG PANDAI...:):)
MUAhahahahaa..... apa kes????? tetiba jadi lempeng pandai??? tak pernah di dengor orang! hehehe..mau taknya.. pernah dengar lempeng bodoh? pernahkan.. hah! ni sepupu dia ler ni.. lempeng pandai! bukan apa sahaja ku bubuh dengan nama LEMPENG PANDAI dengan memandainya sebab tak elok buh nama masakan dengan nama yang tak elok.. betul tak??? betul! betul! betul! UPIN DAN IPIN menyampuk ekk.. Opah tak der dia gi kebun! hehee.. apa pun ini ler lempeng yang kami zaman kecik-kecik dulu makan waktu petang ekk.. Arwah Ayah selalu buat lempeng ni ekk.. dulu di kenali dengan lempeng BODOH! so sekarang teknologi dah maju.. no more nama tak elok ekk.. lempeng apa kengkawan??? LEMPENG PANDAI! maka sesiapa yang makan lempeng pandai tu pandai ler jadinya nanti ekk. bagus untuk anak-anak yang nak periksa ni ekk.. cewah! Wallahualam...:):) sekadar meletak nama.. tu yang untungnya tukang masak ni ekk.. sendiri masak sendiri ler buh nama.. kebebasan seorang tukang masak seperti saya dan anda juga hehe.. yer ler tu...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
LEMPENG PANDAI...:):)
Bahan-bahannya :
  • 250gm tepung gandum
  • 100ml susu cair
  • sedikit garam
  • 1 cawan air
  • secubit baking powder
Bahan-bahan lain untuk cecah :
  • hirisan gula melaka campurkan dengan gula pasir
  • mentega 
Cara menyediakannya :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali bahan untuk cecah ekk..
  • panaskan kuali non-stick dan lengserkan dengan sedikit mentega
  • lenserkan satu senduk adunan dan masak ke dua belah bahagian 
  • angkat dan hidangkan bersama hirisan gula melaka yang di campur gula pasir dan mentega!
TENGGG!!!! TARRRAA!!!
LEMPENG PANDAI...:):)
Mudah aje kan.. bila memasak lempeng pandai ni.. sebak dan sayu aje hati ni tauu.. kalau dulu Arwah Ayahlah yang bancuh dan bakarkan buat kami untuk minum petang... AL-FATIHAH HJ ABDULLAH BIN HAJI HASHIM......
 jangan lupa cuba ekk.. ingat lempeng pandai oke.. no more lempeng bodoh! hehee..
MENU MINUM PETANG MERANGKAP MAKAN MALAM SEKALI 3HB MARCH 2011

  • LEMPENG PANDAI
  • LEMPENG MUSIM SALJI VS SAMBAL TUMIS SARDIN
  • TALAM UBI PANDAN
TATA!!!



Saturday, February 12, 2011

LEMPENG KELAPA VS SAMBAL SARDIN

LEMPENG KELAPA VS SAMBAL SARDIN

KIsah bersambung ler ni ekk.. kalau dah makan malam buat sambal sardin.. pagi esoknya pasti ada lempeng kelapa.. kiranya lawanan yang cukup mantop ler ni.. aduh.. memang best betul tau.. makan pulak masa panas-panas! kuah sardin tu pulak dah pekat dan isi tinggal sepetet! aje memang berebut i tell you ekk.. ekk..

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
LEMPENG KELAPA VS SAMBAL SARDIN

Bahan-bahannya :
  • 1 cawan kepala parut ~ kelapa putih
  • 4 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 4 CAWAN AIR (kalau kurang tambah)
Cara memasak :
  • Gaulkan tepung gandum + kelapa parut + garam dan susu segar bancuh sehingga menjadi adunan yang pekat dan tidak terlalu cair jika kurang air tambahkan air biasa
  • lenserkan sedikit minyak di atas kuali dan cedok adunan dan ratakan di atas kuali
  • balikkan sehingga tepung masak angkat dan hidangkan bersama kuah sardin semalam!
TENGGG!!! TARRRAA!!!!
LEMPENG KELAPA VS SAMBAL SARDIN
LEMPENG KELAPA VS SAMBAL SARDIN
  LEMPENG KELAPA VS SAMBAL SARDIN  
 PStt........ mudah aje kan tu.....
 selamat mencuba!!!
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ