ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Sunday, January 30, 2011

TELUR IKAN TENGGIRI GORENG

TENGG!! TARRAA!!!

TELUR IKAN TENGGIRI GORENG
TELUR IKAN TENGGIRI GORENG
TELUR IKAN TENGGIRI GORENG
 Yang ni... memang best!
sebabnya susah nak dapat telur ikan tenggiri fresh!
pulak ke pasau tadi pagi.. ada pulak selonggok!
dengan bakul bekas longgok tu pun i sapu bersih! hehe...
simple je masakan ni.. anak i yang 8 tahun tu pun boleh goreng ekk..

JOM!! SALIN RESIPE!!

TELUR IKAN TENGGIRI GORENG
TELUR IKAN TENGGIRI GORENG
TELUR IKAN TENGGIRI GORENG

BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 KG telur ikan tenggiri
  • **2 sudu besar serbuk kunyit
  • **1 inci kunyit hidup
  • **4 ulas bawang putih
  • **1 sudu besar ketumbar
  • bahan yang **bertanda di tumbuk lumat bersama garam dan sedikit gula
CARA MEMASAK :
  • perapkan bahan-bahan di atas dengan telur ikan selama 20 minit
  • panaskan minyak
  • goreng sehingga telur ikan garing dan masak
  • angkat toskan dan hidangkan!!
TENGG!! TARRAA!!!

TELUR IKAN TENGGIRI GORENG
TELUR IKAN TENGGIRI GORENG
TELUR IKAN TENGGIRI GORENG
 
 amacam???
mudah aje kan
makan dengan nasi pepanas!
aje memang bertelur ko!!
tu hidangan tengahari i buat para tetamu yang datang berkunjung!
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

GULAI PERAH IKAN TENGGIRI

TENGG!! TARRAAA!!!

GULAI PERAH TENGGIRI
GULAI PERAH TENGGIRI
GULAI PERAH TENGGIRI
 ADEHHH... dehh... dehhh.. nyebut aje nama kuah GULAI PERAH IKAN TENGGIRI
aje memang terus ler menjerit! berkata-kata sendiri dalam hati ekk..
nape ler Pak Habibi dan anak-anak dia suke bebenau!
rasanya masam, manis, lemak dan enak!
hehee.. tapi i kurengzzz kuah gulai perah ni oke.. entah tak tahu ler kenapa!
i tahu kenapa! kalau dah memasak kuah gulai ni sebulan 4 kali!
jemulah wei!!!
gulai perah ni adalah resipe turun temurun ibu mertua kesayanganku..
telah kuwarisi semenjak bernikah dengan pak habibi ekk..
nape namanya gulai perah??
sebab gulai tu tak di tumis cenggitu aje ekk.. nak di tapis kuahnya..
ambil patinya sahaja.. leceh tau!
ibu mertua kesayangan i perah guna tangan..
i kan fobia dengan lada so i perah guna tapis!
hehee.. bijak ler tu kengkonon

JOM! SALIN RESIPE!!!

BAHAN-BAHAN YANG DI KISAR HALUS :
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 25 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit
  • 2 sudu belacan bakar
  • 1 penumbuk asam jawa! nah! ko
BAHAN-BAHAN LAIN :
  • 1 ekor ikan tenggiri (ikan lain i tak tahu, tapi ibu mertua cakap ikan tenggiri yang paling sesuai)
  • 2 batang lada hijau belah dua
CARA MENGISAR :
  • Buat air asam jawa sebanyak 8 gelas
  • kisarkan bahan-bahan dengan air asam jawa
  • tapis dan ulang lagi seperti itu sehingga bahan-bahan habis di tapis dan menjadi hampas
  • tenggekkan kuah di atas api perlahan, renehkan sehingga kuah agak pekat
  • masukkan ikan tenggiri
  • masukkan lada hijau
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!

TENGG!! TARRAAA!!!

GULAI PERAH TENGGIRI
GULAI PERAH TENGGIRI
GULAI PERAH TENGGIRI
 
kuah gulai perah ni semakin pekat semakin enak rasanya...
keesokkan harinya cicahkan dengan roti kosong memang syiok!
selamat mencuba!!!
ITU MENU TENGAHARI I UNTUK MENJAMU TETAMU..:):)

TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

KERANG BERLADA

TENGG!! TARRAAA!!!

KERANG BERLADA
KERANG BERLADA
KERANG BERLADA
 Aduhai... ibu mertua kesayangan teringin nak makan ketam lagi..
sayangnya ketam tak ada.... terjumpa..kerang you!
terjumpa tu yang tak tahan macam kat tepi jalan jerk ekk sang kerang tu hehee...
musim hujan cenggini mana sesuai di rebus kang ada beratur ke bilik air..
so i buat ler goreng berlada

JOM! SALIN RESIPE!!!


KERANG BERLADA
KERANG BERLADA
KERANG BERLADA
BAHAN-BAHAN DI KISAR HALUS :
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 10 tangkai cili kering
1KG KERANG SEGAR CUCI BERSIH
GULA & GARAM


CARA MEMASAK :
  • panaskan kuali dengan sedikit minyak
  • tumiskan bahan-bahan sehingga garing
  • sesuaikan gula dan garam
  • masukkan kerang dan tutup kuali
  • biarkan sehingga kerang terbuka
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!! TARRAAA!!!

KERANG BERLADA
KERANG BERLADA
KERANG BERLADA
 
 mudah aje kan.. kalau musim hujan cenggini
buat cenggini kerang tu cenggini ekk..
gerenti lepas makan menyengeh!
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

ROJAK SAYUR KUAH KACANG PETIS

TENGG!!! TARRAAA!!!

ROJAK SAYUR KUAH KACANG PETIS
ROJAK SAYUR KUAH KACANG PETIS 
ROJAK SAYUR KUAH KACANG PETIS

Wah! hujan-hujan cenggini...
masak sayur apa pun tak laku!
hehe... cuba masak sayur lomak cili api! laku ko!
tapi dah jemu asyik lauk lemak aje ekk.. kebetulan adik ipar nak datang bertandang 
dia pulak suka rojak so i buatkan ler rojak sayur.. nak buat rojak petis tak cukup bahan..
maka jadi ler apa yang ada kat peti beku tu ekk..
kuah kacang tu pulak saje jer ku campurkan dengan sedikit petis bior rasa macam rojak petis
rasanya perghh.... malas nak citer panjang ekk..

JOM! SALIN RESIPE!!!

ROJAK SAYUR KUAH KACANG PETIS
ROJAK SAYUR KUAH KACANG PETIS 
ROJAK SAYUR KUAH KACANG PETIS
 BAHAN-BAHAN KUAH KACANG PETIS :
  • 1 cawan kacang tanah
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 9 batang cili padi
  • 3 batang cili kering
CARA MEMBUAT :
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak
  • gorengkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga kacang garing
  • angkat dan ketepikan
BAHAN-BAHAN LAIN UNTUK KUAH KACANG PETIS :
  • 3 inci gula melaka
  • 1 sudu besar gula
  • garam
  • 1 sudu besar asam jawa ~ campurkan dengan sedikit air masak
  • 2 sudu besar petis udang
CARA MENYEDIAKAN KUAH KACANG PETIS :
  • Kisar kesemua bahan-bahan di atas bersama kacang dan bahan-bahan lain yang telah di goreng sehingga lumat
  • sesuaikan rasa dan masukkan ke dalam bekas
SAYUR UNTUK DI ROJAK :
  • 10 batang kacang keceper/kacang botol ~ celur
  • 1 biji timun muda ~ hiris
  • 10 batang kacang panjang ~ celur
  • 3 keping tahu potong kecil ~ goreng
  • 3 keping tempeh potong kecil ~ goreng
  • 1 biji nenas ~ potong kecil
  • **dan tambahlah apa jua sayur ikut suka anda
  • hidangkan bersama kuah kacang petis
TENGG!!! TARRAAA!!!

ROJAK SAYUR KUAH KACANG PETIS
ROJAK SAYUR KUAH KACANG PETIS 
ROJAK SAYUR KUAH KACANG PETIS
 
 amacam mudah aje kan??
resipe diet yang cukup menaikkan berat badan!
sebab makan tambah berpinggan-pingan!
hehee.. selamat mencuba!
psst.. tu hidangan tengahari saya buat tetamu..:):)
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ