ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label NASI AYAM PELBAGAI JENIS. Show all posts
Showing posts with label NASI AYAM PELBAGAI JENIS. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Nasi Ayam Pandan


Assalammualaikum, Dah masuk Ramadan ke 10, diam tak diam.. cepat benar masa berlalu.. Kuiz Marathon pun dah selesai.. semua peserta dah lega dan sedang ternanti-nanti apakah keputusannya :D Sabar ya.. you all dah boleh rileks dan buatlah rutin asal dan tidak perlu lagi bermarathon ;))

Okay gambar di atas itu adalah hidangan berbukan puasa i pada 28hb Julai 2012, Ramadan yang ke 8... tetapi baru hari ini sempatku kongsikan resipi dan gambarnya buat semua teman-teman..:) i masak.....

Nasi Ayam Pandan
 *resipi baru dari dapur *The Writer's CooKING :D*

sangat simple dan mudah nak di sediakan..
al-maklumlah i ni sentiasa sibuk dan sentiasa mereka cipta dan mengubah suaikan resipi agar di sediakan lebih mudah, cepat dan yang penting enak bila di makan, ya.. giteeww :)

Lawankan pulak dengan..

Ayam Masak Merah


Juga sangat mudah dan enak di makan bersama Nasi Ayam Pandan..:)


Lawankan pulak dengan Ulaman tomato dan hirisan timun.. daun salad tak ada :D

Hidangan Pemanis...


CMOCCL....
 Cake Marble Oren Coklat Comey Lotey



resipi dah di keluarkan sebelum ini...


JOM! Masak!


NASI AYAM PANDAN

BAHAN-BAHANNYA :

3 pot beras basmathi
Air *mengikut sukatan beras yang anda gunakan, + 4 helai daun pandan dan kisar lalu tapis airnya
sedikit garam
1 keping dada ayam *potong kecil*

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *mayang
4 ulas bawang putih *hiris
2 cm halia *hiris
1 helai daun salam/bay leaf
2 kiub Sayur *knoor
minyak

CARA :

Panaskan sedikit minyak.
Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga bawang layu dan naik bau.
Masukkan dada ayam dan kacau sebati.

Masukkan air pandan dan didihkan.
Setelah mendidih masukkan beras dan kacau sebati.
Tanak sehingga beras masak!
Angkat dan hidangkan!!

TARRAAA!!

NASI AYAM PANDAN


Mudah, simple dan enak i tell you :D

AYAM MASAK MERAH




Ulaman jangan lupa... sup daging ada berbaki.. itu yang kugandingkan bersama
Nasi Ayam Pandan..:)


Sekian sahaja resipi dan menu berbuka pada 28hb Julai dan Resipi dan hidangan berbuka 29hb akan ku masukkan di N3 yang lain ya.. Insyallah..:)

Sekian terima kasih..



__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


BERITA KUIZ SOALAN TERKUMPUL
KHAS BUAT SEMUA PESERTA KUIZ TERKUMPUL...

*RALAT* 

*RALAT*

*RALAT*

*MAAF*

*MAAF*

*MAAF*



*MAAF BUAT SEMUA PESERTA YANG TELAH MENGHANTAR JAWAPAN SOALAN KUIZ TERKUMPUL, SETELAH SHAHRIAH PERIKSA DI DALAM KOTAK KOMEN IN BOX, DI MANA ANDA SEMUA WAJIB MENGISI JAWAPAN DI SITU..


TETAPI


SETELAH DI PERIKSA..

JAWAPAN BAGI SEMUA SOALAN KUIZ TERKUMPUL ITU..

TIDAK KELUAR DENGAN SEPENUHNYA..

MAKA DENGAN ITU... 

SILA ISI SEMULA JAWAPAN ANDA

DI DALAM...

KOTAK MESSAGES DI FACE BOOK SHAHRIAH..

ISI BORANG... KLIK DI BAWAH>>>

YA, DI BAWAH ITU...


*RALAT*

MINTA MAAF :-D

SEKIAN HARAP MAKLUM

Sebarang soalan turunkan disini..

JAWAPAN DI KOTAK MESSAGE

FACEBOOK/FAN PAGE SHAHRIAH..

CONTOH MELETAKKAN JAWAPAN DI DALAM KOTAK IN BOX DI FACEBOOK :

*SEBELUM NAK LETAK JAWAPAN, SILA LETAK DULU*

Sila letak Nama Penuh, Alamat, No Hp Dan Alamat Blogs *maaf terpaksa letak sekali lagi, memudahkan i untuk cek jawapan nanti, tq* 

CONTOH :

 Shahriah Abdullah, http://shahriahnovelis.blogspot.com,
 No Hp:013222222222, No 3 Jalan Pemaisuri Johor Baharu*Alamat penuh ya*

DAN BARULAH JAWAPAN SOALAN KUIZ :

SOALAN KUIZ NO 1 : Ayam, Itik, Kambing, Kerbau, Cicak, Unta

SOALAN KUIZ NO 2 : Rambut, Mata, Kaki, Tangan, Gigi :-D

SOALAN KUIZ NO 3 : Cincin, Rantai, Subang, Berlian

SOALAN KUIZ NO 4 : I, LOVE, YOU :-D

dan seterusnya sehingga soalan kuiz terkumpul 1-25

PERINGATAN!!!!

  1. SILA PERIKSA MAKLUMAT PERIBADI LENGKAP ATAU TIDAK.
  2. SETIAP JAWAPAN SEMUANYA KEMAS DAN TEPAT.
  3. EJAAN KENA BETUL DAN TEPAT.
  4. JAWAPAN DAN SOALAN JANGAN MELOMPAT-LOMPAT SILA IKUT SUSUNAN.
  5. SETELAH PERIKSA SEMUANYA OK DAN TEPAT...
  6. BARULAH TEKAN 'PUBLISH' *DAN JAWAPAN KUIZ ANDA TIDAK AKAN DI PAPARKAN*

*DAN SELEPAS ITU PERGILAH KEMANA-MANA PUN SEHINGGALAH ANDA SEMUA AKAN MENERIMA HADIAH ANDA DI HADAPAN PINTU* SUSPEN KAN!!! :-D

*PEMENANG TIDAK AKAN DI UMUMKAN, SEHINGGALAH ANDA SEMUA YANG AKAN UMUMKAN SENDIRI DI BLOGS, APAKAH HADIAH YANG BAKAL ANDA TERIMA NANTI, YA." <<--YANG NI i YANG SUSPEN 

*SELESAI SEMUA NANTI.. BARULAH SHAHRIAH AKAN PAPARKAN DI BLOGS.. KENAPA ANDA MENJADI PEMENANG 1-10 DAN SAGUHATI*

*KESEMUA PENYERTAAN DI AMBIL KIRA, DARI PENYUMBANG TRAFIK, PALING KERAP MASUKKAN N3 DI BLOGS, SOALAN PALING TEPAT DAN... KARANGAN PALING TERBAIK.. <<---UNTUK KARANGAN MARKAH PENUH 20/20 <img style='border: 0; padding:0'  src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/3.gif' alt='<img style='border: 0; padding:0'  src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/3.gif' alt='<img style='border: 0; padding:0'  src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/3.gif' alt=';)'/>'/>'/><<---SEMPAT LAGI NAK BUAT KARANGAN YANG BEST HEHEE.. WALAUPUN ADA YANG TERBEST i BACA SETAKAT INI <img style='border: 0; padding:0'  src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/3.gif' alt='<img style='border: 0; padding:0'  src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/3.gif' alt='<img style='border: 0; padding:0'  src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/3.gif' alt=';)'/>'/>'/>*

SEKIAN SAHAJA..
TUNGGU INFO SETERUSNYA.. 
SEKARANG APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN.. HANYA ISI JAWAPAN KUIZ TERKUMPUL ANDA DI BAWAH KOTAK KOMEN DI BAWAH INI.. DAN BUKAN DI KOTAK KOMEN LAIN.. DI ULANG SEKALI LAGI.. JAWAPAN KUIZ TERKUMPUL.. HANYA DI KOTAK KOMEN INI SAHAJA...



**SILA IN BOX JAWAPAN KUIZ TERKUMPUL 1-25 DI DALAM KOTAK MESSAGE FAN PAGE SHAHRIAH YAA.. DAN BUKAN DI DALAM BLOGS**




Assalammualaikum..

TATA!!!



TERIMA KASIH

ASSALAMMUALAIKUM..


Monday, April 2, 2012

Nasi Ayam Pandan Ayam Masak Merah

Nasi Ayam Pandan Ayam Masak Merah


Assalammualaikum.... tak terlanggar tembok... inilah idea yang sejak awal pagi bila keluarkan cik abang ayam dari freezer... hehhehh... dapat idea dari daun pandan yang hero no 1 i amik kat belakang dapur... suruh amik 3 helai di hambiknya sampai naik sepokok! terima kasih abang amin... hahaha... Okay... nasi ayam pandan ni.. i tak tahulah dah pernah orang buat ke belom... i pepandai aje mengolah resipe tu sendiri.. sangat simple aje ekk.. tapi rasa dan baunya perghh... kata abang amin.. "Marvelous Mom!" tu dia... masak tak banyak.. biasalah nasi kalau berlauk ni... aje memang nak kena habiskan tengahari ni jugak... petang tak memasak... cadang nak mencari barang dapur.. semalam menjengkit.... tengok pulak wayang reramai dengan ipar duai.. wahhh dah macam rombongan cik kiah yOuu... penuh panggung wayang... tengok cerita 'Warth of The Titans' ehhh betul ke ekk tajuk tu???? maunya dok sebelah birai i... bukan dok tengok wayang.. dok berbual muahahaha.... lepas tengok wayang.. terus melepak makan sakan.. hah! tu yang tak sempat berbelanja... i kalau belanja dapur ikut kategori.. kalau nak cari bahan dari over the sea.. i pergi cold storage... memang nak kesitu petang nanti.... Insyallah... udah tu aje laporan petang ini....:)))

Nasi Ayam Pandan Ayam Masak Merah

Meh...lerrr kita buat salad ringkas ler dulu ekk.. jadi lepas tu dah boleh simpan dalam peti sejok.. so bila nak di hidangkan nanti tu... segar dan ranggup aje salad ringkas kita tu... gituh!



daun salad bulat, tomato dan zucini... dah tu jerk... cuci bersih dan potong susun dalam mangkuk, simpan jap dalam peti sejuk.. tiba nak makan nanti hidangkan ler ekk...:))) mudah aje tu kan... 
*tepuk tangan*

Meh ler kita buat ayam masak merah ler pulak ekk... simple version..:))


8 ketul ayam.... cuci bersih, lumurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.... perapkan sebentar.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan, angkat dan ketepikan.

Untuk Kuah Masak Merah :

1 biji bawang holland *potong  bulat*
1 sudu besar pes tomato
50 ml air

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
1 batang serai
25 tangkai cili kering
3 biji buah keras

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan *tumiskan bahan kisar sehingga garing, sila guna api sederhana dan renehkan lama sedikit, sentiasa di kacau.
Masukkan air, bawang potong, tomato paste dan ayam goreng, gaul sebati,
Renehkan sebentar, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Ayam Masak Merah


JOmmm!!! Masak Nasi Ayam Pandan yang harum dan enak tu...:))))

Nasi Ayam Pandan

1 helai daun pandan *ikat
4 helai daun pandan + 500 ml air dan kisar *tapis airnya*
3 pot beras siam
1 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 sudu besar serbuk ayam *knoor

BAHAN TUMBUK KASAR :

2 inci halia
5 ulas bawang putih

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan daun pandan, kulit kayu manis, daun pandan dan buah pelaga sehingga naik bau.
Masukkan *bahan tumbuk sehingga naik bau.
Masukkan beras, serbuk ayam dan air, kacau sebati.
Tambahkan sedikit garam jika kurang masin.
renehkan sehingga nasi tanak!!

TARRAAA!!!

Nasi Ayam Pandan


hARUUUuuuUmmmmM... NAAAAA...


masa snap gambar ni kan kan.. kaki i tonjet okehh.... heheheehhh...


terbaikkk.....:)))) jangan lupa cuba yaa.... nanti i nak masak nasi Nasi Ayam Pandan ni untuk hantar ke masjid.. Insyallah.. bior jemaah masjid makan dan lepas tu terus jadi 'Incredible HULK!' muehhheee...:)))


Menu petang nanti...... jagung... tungGuuuuu...:)))

TATA!!!!!

Tuesday, January 3, 2012

Nasi Ayam Sambal Bersama Sup Cendawan

Nasi Ayam Sambal Bersama Sup Cendawan


Assalammualaikum, Selamat tengahari semua... dah petanng sebenarnya kan kan.. tak per.. yang penting menu hari ini... sangat simple tetapi enak di makan begitu saja...<<--nyanyi cikit... cewaahhh.. okay, macam biasalah di rumah ni.. terutama sekali anak-anak i tu ekk.. bila tiba bab ayam semua memang suka sangat! I biasa-biasa aje.. tapi kalau ayam panggang memang fav i tau... Okay nasi ayam kali ni i masak simple aje.. mudah dan bahan yang digunakan pun sikit aje... rasa tetap sedap! you all kenalah cuba yaa..:))

Cerita pasal nasi ayam ni kan.. memang ada pelbagai jenis nasi ayam... kalau nak makan nasi ayam pergi aje ke gerai-gerai atau restaurant yang menjual nasi ayam... <<-- berapa banyak nasi ayam daa... okay, apa yang best tentang nasi ayam???? For me... Nasinya... kalau nasi ayam tu tak sedap.. atau hambar aje rasanya.. hilang selera nak makan.... Tang ayam tu pulak.. kalau terlalu garing bila nak di gigit terasa tulang aje... aduhaii aje memang last  lah i makan kat gerai tu... jadi moral of the story.. meh! kita buat dan masak sendiri nasi ayam di rumah... selain dari jimat belanja... kebersihan dan rasanya juga mengikut selera kita.. tak gitu??? so mulai sekarang kepada yang tiap hari makan di luar tu.. cuba main pepondok kat dapur tu... yang mana tak reti dan tak biasa tu.. belajar dulu masak nasi <<<--- guna periuk letrik pun tak pe! *pengsan!* Hehehe.. okaylah meh! salin resipe..:)) --->>> tetiba naik bakul! heeehehe

Nasi Ayam Sambal Bersama Sup Cendawan

Bahan untuk Sup dulu yaa...

1 ekor ayam ~ potong 12 cuci bersih

Bahan-bahan yang di tumbuk renyah *pecahkan aje...

8 ulas bawang putih * i pencinta bawang putih :))
2 inci halia
1 biji bawang merah
1 sudu kecil serbuk lada sulah *corsed/kasar
garam secukup rasa
2 helai daun pandan ~ cuci dan simpul
air

Cara :

  1. Mula-mula sekali, masukkan ayam dan kesemua *bahan-bahan yang di tumbuk renyah, daun pandan dan air.
  2. Renehkan ayam sehingga ayam separa empuk. Sambil tu buangkan buih yang berwarna kelabu di atas kuah sup.
  3. Angkat dan toskan ayam

Cara Menyediakan Nasi :

3 pot beras basmathi ~ rendam, cuci dan toskan
3 helai daun pandan ~ simpul
2 sudu besar mentega

  1. Masukkan beras kedalam periuk letrik, masukkan daun pandan.
  2. Masukkan kuah sup ayam yang telah siap. *sukatan air ikut jenis beras
  3. Masukkan mentega dan sesuaikan rasa
  4. Tanak sehingga masak
Sup Cendawan :

Dengan baki air rebusan ayam tadi, sesuaikan rasa, tambah bawang goreng dan masukkan cendawan juga daun sadri/sup

Tarraaa!!!!

Sup Cendawan



**Agak berminyak dek kerana lemak ayam.. so makan tu kurangkan cikit ekk..:))

Ayam Sambal

Bahan-bahan :

Ayam yang telah di rebus ~ toskan
2 sudu tomato puree

Bahan-bahan Kisar :

  1. 1 biji bawang merah
  2. 4 ulas bawang putih
  3. 1 inci halia
  4. 1 batang serai
  5. 20 tangkai cili kering
Cara Memasak :


  1. Panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau atau pecah minyak
  2. masukkan ayam dan masak sehingga kuah agak pekat
  3. sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!
Tarrraaa!!!

Ayam Sambal



Mudah aje tu kan... dengan hanya merebus air rebusan ayam... ada 3 hidangan yang dapat disediakan sekaligus!
selamat menjamu selera!!



Tata!!


Wednesday, February 9, 2011

NASI AYAM BLACK PEPPER

 
NASI AYAM BLACK PEPPER

Nak mengadu ler ni ekk.. memasak nasi ayam, tak kiralah nasi ayam ke nasi itik ke.. heee... untuk hidangan tengahari... yang lemahnya.. malam kang kena ler masak lagi ekk.. masak sebab nasi ayam ni kalau di makan sekali di telan jam tu gak lenyap! tanpa kesan pulak tu! adehh.. dehh.. dehh.. tu la yang malas benor nak memasak ALL 3 IN 1 ni ekk.. mesti kena memasak.. memasak.. memasak lagi.. gengs kat rumah ni suka.. so memasak ler jugak ekk.. memasak dengan penuh rasa ikhlas dan penuh kasih sayang... Ggggrrrr.... okay kali ni i share resipe ikut gambar oke! satu persatu akan i tunjukkan gimana cara nak memasak NASI AYAM BLACK PEPPER yang semudah idak ni... cuma... cuma.. tahukah anda bila nak mengedit resipe ni dalam blogs punyer ler leceh! memasak jap aje tau.. tau.. 

JOM!!! SALIN RESIPE!!
NASI AYAM BLACK PEPPER
 KITA MULAKAN DENGAN BISMILLAH..
KEMUDIAN KITA START DENGAN AYAM PANGGANG DULU OKE KENGKAWAN!!
AYAM BLACK PEPPER
Bahan-bahannya :
  • 1 ekor ayam segar ~ usah di potong biar seekor camtu. cuci bersih dari kotoran, bulu dan isi di dalam perut ayam. ketepikan
  • *bahan di bawah sila tumbuk lumat ~
  • *2 inci halia
  • *4 ulas bawang putih
  • sedikit garam
  • 7 gelas air (atau agak-agak sehingga ayam tenggelam)
Cara Menyediakannya :
  • Didihkan air dan bahan-bahan yang ditumbuk bersama sedikit garam
  • setelah mendidih masukkan ayam dan masak selama 20 minit atau ayam separa empuk
  • angkat ayam dan toskan. Air rebusan ayam ketepikan untuk di buat sup
Bahan-bahan Untuk memanggang ayam :
  • * sila tumbuk lumat
  • *3 sudu kecil lada hitam
  • *1 inci halia
  • *4 ulas bawang putih
  • 50gm mentega
Cara memanggang Ayam :

  • Lumurkan *bahan-bahan yang di tumbuk dan mentega keseluruh bahagian ayam
  • alas dulang pembakar dengan kertas minyak atau aluminium foil
  • panggang dengan suhu 200'c selama lebih kurang 30 minit atau ayam keperangan
  • angkat dan hidangkan!
SOS BLACK PEPPER

Bahan-Bahannya :
  • 1 biji bawang merah ~ potong kasar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sudu kecil lada hitam
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 3 gelas air stok ayam/daging (shasha guna stok daging)
  • 2 sudu besar mentega
Cara menyediakan Sos Black Pepper :
  • panaskan mentega di dalam kuali
  • masukan bawang merah, bawang putih dan lada hitam
  • sehingga keperangan. masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati
  • masukkan air rebusan/stok daging atau ayam
  • kacau rata
  • angkat dan kisar sehingga halus
  • sedia untuk di hidang!
 SUP SIMPLE CARROT & CELERY
 Bahan-bahannya :
  • *1 biji bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *bahan di atas tumbuk lumat
  • 1 batang carot ~ potong dadu
  • 1 batang celery ~ potong dadu
  • 3 ketul tulang ayam
  • 5 gelas air baki rebusan ayam
Cara memasak sup :
  • tumiskan bawang dan bawang putih sehingga naik bau
  • masukan carot dan celery juga tulang ayam
  • masukkan air rebusan ayam
  • dan masak sehingga mendidih sesuaikan rasa
  • dan hidangkan!
Sayur Ulaman 
 Sayur : TIMUN + TOMATO + SALAD + BAWANG MERAH
 Untuk bahan tabur ~ 
daun sadri dan daun sup dan bawang goreng
NASI AYAM
 Bahan-bahannya :
  • 3 pot beras ~ rendam lebih kurang sejam kemudian toskan (beras siam lebih sesuai)
  • *Bahan di bawah sila tumbuk lumat
  • *2 inci halia
  • *4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 helai daun pandan ~ siat dan ikat
  • air rebusan ayam
Cara memasak nasi ayak :
  • Panaskan periuk nasi dengan mentega dan minyak masak
  • tumiskan * bahan-bahan yang di tumbuk tadi dan daun pandan
  • masukkan beras dan goreng sekejap
  • masukkan air rebusan ayam
  • dan masak sehingga tanak!
  • sedia untuk di hidang!
TENGGG!!! TARRAAA!!!
NASI AYAM BLACK PEPPER
NASI AYAM BLACK PEPPER
NASI AYAM BLACK PEPPER
 Amacam?? nak memasak tu lebih mudah dari nak masukkan gambar dan resipe ke dalam blogs kesayangan i ni oke.. sayang punya pasal i share jugak ekk.. ekk..
selamat mencuba!!!
MENU TENGAHARI 9HB FEBRUARI 2011
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ