ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, February 9, 2011

NASI AYAM BLACK PEPPER

 
NASI AYAM BLACK PEPPER

Nak mengadu ler ni ekk.. memasak nasi ayam, tak kiralah nasi ayam ke nasi itik ke.. heee... untuk hidangan tengahari... yang lemahnya.. malam kang kena ler masak lagi ekk.. masak sebab nasi ayam ni kalau di makan sekali di telan jam tu gak lenyap! tanpa kesan pulak tu! adehh.. dehh.. dehh.. tu la yang malas benor nak memasak ALL 3 IN 1 ni ekk.. mesti kena memasak.. memasak.. memasak lagi.. gengs kat rumah ni suka.. so memasak ler jugak ekk.. memasak dengan penuh rasa ikhlas dan penuh kasih sayang... Ggggrrrr.... okay kali ni i share resipe ikut gambar oke! satu persatu akan i tunjukkan gimana cara nak memasak NASI AYAM BLACK PEPPER yang semudah idak ni... cuma... cuma.. tahukah anda bila nak mengedit resipe ni dalam blogs punyer ler leceh! memasak jap aje tau.. tau.. 

JOM!!! SALIN RESIPE!!
NASI AYAM BLACK PEPPER
 KITA MULAKAN DENGAN BISMILLAH..
KEMUDIAN KITA START DENGAN AYAM PANGGANG DULU OKE KENGKAWAN!!
AYAM BLACK PEPPER
Bahan-bahannya :
  • 1 ekor ayam segar ~ usah di potong biar seekor camtu. cuci bersih dari kotoran, bulu dan isi di dalam perut ayam. ketepikan
  • *bahan di bawah sila tumbuk lumat ~
  • *2 inci halia
  • *4 ulas bawang putih
  • sedikit garam
  • 7 gelas air (atau agak-agak sehingga ayam tenggelam)
Cara Menyediakannya :
  • Didihkan air dan bahan-bahan yang ditumbuk bersama sedikit garam
  • setelah mendidih masukkan ayam dan masak selama 20 minit atau ayam separa empuk
  • angkat ayam dan toskan. Air rebusan ayam ketepikan untuk di buat sup
Bahan-bahan Untuk memanggang ayam :
  • * sila tumbuk lumat
  • *3 sudu kecil lada hitam
  • *1 inci halia
  • *4 ulas bawang putih
  • 50gm mentega
Cara memanggang Ayam :

  • Lumurkan *bahan-bahan yang di tumbuk dan mentega keseluruh bahagian ayam
  • alas dulang pembakar dengan kertas minyak atau aluminium foil
  • panggang dengan suhu 200'c selama lebih kurang 30 minit atau ayam keperangan
  • angkat dan hidangkan!
SOS BLACK PEPPER

Bahan-Bahannya :
  • 1 biji bawang merah ~ potong kasar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sudu kecil lada hitam
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 3 gelas air stok ayam/daging (shasha guna stok daging)
  • 2 sudu besar mentega
Cara menyediakan Sos Black Pepper :
  • panaskan mentega di dalam kuali
  • masukan bawang merah, bawang putih dan lada hitam
  • sehingga keperangan. masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati
  • masukkan air rebusan/stok daging atau ayam
  • kacau rata
  • angkat dan kisar sehingga halus
  • sedia untuk di hidang!
 SUP SIMPLE CARROT & CELERY
 Bahan-bahannya :
  • *1 biji bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *bahan di atas tumbuk lumat
  • 1 batang carot ~ potong dadu
  • 1 batang celery ~ potong dadu
  • 3 ketul tulang ayam
  • 5 gelas air baki rebusan ayam
Cara memasak sup :
  • tumiskan bawang dan bawang putih sehingga naik bau
  • masukan carot dan celery juga tulang ayam
  • masukkan air rebusan ayam
  • dan masak sehingga mendidih sesuaikan rasa
  • dan hidangkan!
Sayur Ulaman 
 Sayur : TIMUN + TOMATO + SALAD + BAWANG MERAH
 Untuk bahan tabur ~ 
daun sadri dan daun sup dan bawang goreng
NASI AYAM
 Bahan-bahannya :
  • 3 pot beras ~ rendam lebih kurang sejam kemudian toskan (beras siam lebih sesuai)
  • *Bahan di bawah sila tumbuk lumat
  • *2 inci halia
  • *4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 helai daun pandan ~ siat dan ikat
  • air rebusan ayam
Cara memasak nasi ayak :
  • Panaskan periuk nasi dengan mentega dan minyak masak
  • tumiskan * bahan-bahan yang di tumbuk tadi dan daun pandan
  • masukkan beras dan goreng sekejap
  • masukkan air rebusan ayam
  • dan masak sehingga tanak!
  • sedia untuk di hidang!
TENGGG!!! TARRAAA!!!
NASI AYAM BLACK PEPPER
NASI AYAM BLACK PEPPER
NASI AYAM BLACK PEPPER
 Amacam?? nak memasak tu lebih mudah dari nak masukkan gambar dan resipe ke dalam blogs kesayangan i ni oke.. sayang punya pasal i share jugak ekk.. ekk..
selamat mencuba!!!
MENU TENGAHARI 9HB FEBRUARI 2011
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ