ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, February 19, 2011

TRIFLE COKLAT, VANILLA ICE CREAM, BANANA AND STRAWBERRY AND YOUGURT

 
TRIFLE COKLAT, VANILLA ICE CREAM, 
BANANA AND STRAWBERRY AND YOUGURT

Muahahaha... rasanya ini tajuk resipe terpanjang yang ada di blogs kesayangan i ni ekk.. ekk.. aje memang tau.. tak gethi nak ku bubuh nama hape! buh ler segala perabah yang ada kat dalam trifle tu ekk... cuma kacang kisar jerk i tak bubuh hehe.. so bila you all cuba nanti tambahkan ler cikett nama kacang kat hujung tu ekk.... okay ni nak habaQ mai ler ni.. panas mencetang petang tadi ekk.. rasa macam nak buat puding tapi malas! boleh giteww??? nak buat pengat! pun malas! malas nak perah santan... boleh gitewww??? hah! sebab terlebih malas ler ni i buat trifle ekk.. boleh giteww??? gituh! apa pun... ikhlas... tu yang menjadi cenggitu guper... ala-ala gitu ekk.. esok i share dengan you all resipe lagi ler termudah di dunia.. kali ni i janji... tajuk resipe kontotz aje ekk.. ekk...:):):)

  • Chocolate cake ~ potong nipis-nipis (*resipe kek coklate telah di keluarkan sebelum ini)
  • Buah strawberry segar 1 kotak ~ potong kecil
  •  Ice-cream vanilla 6 scoop
  • campurkan dengan buah strawberry potong kecil
  • 5 biji pisang montel ~ potong nipis bulat-bulat
  • susun kek coklat di dalam mangkuk 
  • susunkan pisang potong
  • tuangkan ice cream vanilla yang di campurkan dengan strawberry
  •  susunkan lagi kek coklat sehingga penuh dan padat menutupi ice cream
  • taburkan pisang
  • 1 mangkuk yougurt strawberry tuang di atas pisang yang di potong
  • susunkan strawberry dan taburkan kacang kisar jika suka
  • bubuhkan ice cream strawberry dan taburkan dengan coklat rice sebagai hiasan!
  • simpan di dalam chiller selama 2 jam
  • hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAA!!!
TRIFLE COKLAT, VANILLA ICE CREAM, 
BANANA AND STRAWBERRY AND YOUGURT

 YUMMY!!!! YUMMYYY!!!
TRIFLE COKLAT, VANILLA ICE CREAM, 
BANANA AND STRAWBERRY AND YOUGURT
SELAMAT MENCUBA KENGKAWAN!!!!
TATA!!




ROTI BAKAR CARAMEL BERBIJAN

 
ROTI BAKAR CARAMEL BERBIJAN

Cemilan waktu petang yang paling ringkas mudah, rangup dan semestinya enak! jimat belanja pun ya! nak menyediakan tu lagi ler mudah ekk.. pilih aje antara rajin dengan tidak ekk.. ekk..

 Bahan-bahan :
  • 1 peket roti biasa atau roti turki (ada jual di giant)
  • 100gm gula perang/ brown sugar
  • 50gm mentega
  • 50gm bijan
  • penerap atau acuan
Cara menyediakannya :
  • sapukan mentega di atas roti sehingga rata
  • taburkan bijan di atasnya sehingga rata
  • taburkan gula perang/ brown sugar
  • cetakkan mengikut acuan yang anda suka
  • bakar dengan suhu 250'c selama 5-7 minit atau keperangan
  • angkat sejukkan dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAA!!!
ROTI BAKAR CARAMEL BERBIJAN


MUDAH AJE KAN.. KAN.... kalau ada lebihan roti yang tak di makan tu buat macam ni ekk.. sambil menonton tv bersama keluarga tersayang tu hah! hidangkan ni ekk.. cukup bulan gi cek doktor! hehe.. jangan selalu-selalu ekk.. 
TATA!!!



KARI IKAN TENGGIRI

 
KARI IKAN TENGGIRI
Sebut jerk kari dah terbayang-bayangkan rasa lemak dan aromanya yang asyik tu ekk.. bukan susah benar nak memasak kari ni ada bermacam cara ekk.. buh santan boleh tak bubuh santan pun boleh... rasanya memang best! rasa kari hehee...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KARI IKAN TENGGIRI 
 Bahan-bahan di kisar halus :
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1 batang serai (nak titik sahaja pun boleh)
  • 1 inci lengkuas
  • 8 tangkai cili kering
  • serbuk kari ikan
Bahan-bahan lain :
  • 1 ekor ikan tenggiri ~ potong
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 2 pelepah daun kari
  • 5 biji tomato ceri ~ belah dua
  • 8 batang kacang bendir
 Cara memasak :
  • Panaskan minyak. tumiskan bahan-bahan yang di kisar dan daun kari sehingga garing atau naik bau
  • masukkan santan dan renehkan sebentar sentiasa di kacau jangan sampai pecah minyak
  • masukkan ikan dan kacang bendir renehkan sehingga ikan masak
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KARI IKAN TENGGIRI
 bermacam-macam cara memasak kari dan ini salah satu darinya nanti saya kongsi lagi ekk.. ekk..
menu 19 FEBRUARI :
  • Kari ikan tenggiri
  • tempeh goreng berlada
  • petola dan bayam tumis basah
  • sambal belacan dan ulaman
  • ikan masin
TATA!!




TEMPEH GORENG SAMBAL

 
TEMPEH GORENG SAMBAL
Kalau dah jawa tu jawa jugak ekk.. tempeh tidak dapat di pisahkan... tempeh bukan sebarangan tempeh ekk... kaya dengan khasiat oke... so hari ni i masak simple aje ekk.. pulak tu cuaca panas mencetang aje memang sesuai ler tempeh tu di gorengkan dengan sambal.. buh pulak kacang tanah goreng, sambal tu bior manis-manis sikit pastu renjiskan sos tomato... wah! terus tempeh tu rasa masam-masam manis gitewww... mesti cuba ekk... walaupun you all bukan orang jawa... i pun bukan jawa asli pun AWwww.....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
TEMPEH GORENG SAMBAL


Bahan-bahan di kisar halus :
  • 1 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 15 tangkai cili kering
Bahan-bahan lain :
  • 5 keping tempeh ~ potong kecil-kecil ~ goreng terlebih dahulu
  • 7 sudu besar kacang tanah ~ goreng terlebih dahulu
  • 2 batang lada hijau ~ potong
  • 5 sudu besar sos tomato
Cara memasak :
  • panaskan sedikit minyak. tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus sehingga garing
  • masukkan sos tomato dan sedikit air. buh gula dan garam sesuaikan rasa
  • masukkan tempeh, lada hijau dan kacang goreng gaul rata
  • angkat dan hidangkan!!
TENGG!!! TARRAAA!!!
TEMPEH GORENG SAMBAL

 mudah aje kan... mesti cuba tau!
 menu 19 FEBRUARI :
  • TEMPEH GORENG SAMBAL
  • KARI IKAN TENGGIRI
  • PETOLA DAN BAYAM TUMIS BASAH
  • SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
  • IKAN MASIN
TATA!!











PETOLA DAN BAYAM TUMIS BASAH

 
PETOLA DAN BAYAM TUMIS BASAH

Wah... cewah! pakai basah segala! hehee.. okay petola belakang rumah tu masih lagi berbuah dengan banyaknya.. puas dah hulur kat jiran tetangga... pun banyak lagi bergayut ekk.. tu yang bagusnya berbudi pada tanah, pasti akan ada hasilnya.. cuma nak kena rajin sikit jerk.. pepandai ler pokok tu hidup sendiri hehe.. okay hari ni i masak biasa aje.. cuma kali ni sayur di goreng tu i buh kuah lebih sikit ala-ala basah aje gituh ekk.. jangan berlandung pulak kuah tu dah jadi sayur tumis air pulak ekk....

JOM!! SALIN RESIPE!!!
PETOLA DAN BAYAM TUMIS BASAH

 Bahan-bahannya di tumbuk renyah :
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar ikan bilis
  • 2 batang cili padi
Bahan lain :
  • 2 batang petola segar ~ potong kecil
  • 1 ikat sayur bayam ~ siang macam biasa
  • bawang goreng untuk tabur
  • sedikit minyak bijan
Cara memasak :
  • panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk
  • masukkan air dan masukkan petola biarkan mereneh sebentar
  • masukkan sayur bayam sesuaikan rasa renjiskan sedikit minyak bijan
  • angkat dan hidangkan!!
TENGGG!!! TARRAA!!!
PETOLA DAN BAYAM TUMIS BASAH
 mudah aje kan??? selamat mencuba!!! rasanya memang luar biasa!!!
menu 19 FEBRUARI :
  • PETOLA DAN BAYAM TUMIS BASAH
  • KARI IKAN TENGGIRI
  • TEMPEH GORENG BERLADA 
  • SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
  • IKAN MASIN
TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ