ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, October 1, 2012

Magic! Lime Sponge Cake



Assalammualaikum... Selamat petang semua :)

Petang ini i sajikan you all semua dengan sesuatu yang amat ler luar biasa cepatnya bila di buat!

Tak sampai 35 minit selesai segalanya!

nak tahu kenapa?

meh! i kisahkan sikit kat you all ehhh.... :D


Antara sebabnya... i nak rasmikan kuali ajaib i tu... :D


pantang i.. kalau dah beli tak digunakan..

i beli DI SINI

tercari-cari juga idea.. apa yang nak ku masak atas kuali ajaib tu?

sayang pulak nak panggangkan ikan.. nak rasmi mestilah biar harum cikit baunya :))


Tu dia... pokok limau nipis yang bonda beli benihnya dan Pak Habibi tembambom i yang tolong tanamkan.. dah besar dan rimbun daunnya, rendang dan kalau berbuah tak banyak.. sebiji-sebiji aje... apasal?? :))
hentah! :D
so...
ada lerr.... berbuah sebiji...

maka tengah panas terik tadi ku petik!


tu dia... jangan memain.. besar penumbuk buah limau nipis tu yerk... besor ngko aii... :))


Limau nipis jenis tak ada biji dan sangat bersari dan banyak jusnya..

so i parut kulitnya.. jus i perah....

terus ler dapat idea... :D

masa i mengerjakan buah limau nipis ni bonda i ada temankan i di dapur.. kecur tak sudah dia.. hulurkan sikit jus lime tu tak nak pulak :))  i cicip sikit sedap ngko! :D

Magic! Lime Sponge Cake


BAHAN-BAHANNYA :

4 biji telur *saiz B
100 gm gula castor
2 cubit garam
1 sudu kecil pasutan kulit limau nipis/lime
5 sudu besar tepung kek *self raising flour
setitik pewarna hijau

*pastikan alatan yang anda gunakan kering dan bebas dari air atau minyak*

CARA :


Putarkan telur, gula dan garam sehingga gebu dan naik berganda-ganda atau adunan telur jadi putih dan gebu.
Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit dan gaul rata dan juga pewarna hijau.
Gaul sebati.


tuangkan adunan ke dalam kuali ajaib!

Perghh.. masa ni i cuak jugak tau.. ya lah mana pernah bakar kek dalam kuali pastu atas dapur gas! i takut kek tu melimpah keluar celah kuali ajaib tu.. i tak kuasa nak lap dapur! muahahahaa :))

nak set masa memasak kek tu pun i tak berapa reti..

so i main pakai agak..

bakar dalam api sederhana selama 7 minit, kemudian balikkan dan masak lagi 10 minit api paling kecil.

Kek masak!!!!! :D

TARRAA!!!

Magic! Lime Sponge Cake


Wah! magic! sekejap je masak!
tapi bawah tu agak kekuningan. Agaknya sebab i tak tahu nak kawal api... tetapi sekarang i dah tahu!!!
yehaa...!! tunggu lepas ni bermacamlah jenis resipi bakal muncul secara AJAIB! 
cecewahhh... :))
cop! jap belum sudah lagi....

buat dulu...

Lime & Honey Sauce 


jus lime tu i perah dan parut sedikit kulitnya untuk sos.. 
untuk curahan atas sponge cake tu nanti ya... :)


tu dia.. banyak jus lime tu tau.. bersari lagi i like..:)
bau harum kat dapur i tadi.. best betul! bau lime...


1 cawan madu + 1/2 cawan air dan masakkan di atas kuali non-stick sehingga berbuih *lihat gambar di atas.
Kemudian masukkan jus limau nipis dan sedikit parutan limau.
tutup api dan curahkan di atas sponge cake!

Magic! Lime Sponge Cake


sangat-sangat! mengujakan i dan bonda!
kedua-duanya jakon sekejap! :))
baunya jangan ler cerita ekkk...

harummmm!!!!


sangat gebu dan basah dek lime sauce tu.. perghhhhhhhhhhhhh....

pstt tapi bawah tu agak keperangan :))

ehh tapi tak garing tau.. tetap halus dan gebus! wahhh gitewwww

so i potong hulurkan pada bonda..
bagi bonda rasa...


sambil merasa bonda angguk-anggukkan kepala... :D

lama tak bersuara... ;)

"SEDAP!"


Okaylah.. mungkin percubaan pertama menggunakan kuali ajaib tu tak berapa memuaskan hati i..
Insya~ALLAH selepas ni nanti i nak cuba dan cuba lagi.. ya kononnya giteewwlah kan.. kita tengokkan ajelah.. takut dah cuci simpan kuali tu dalam kotak... terus terlupa! :))


Dengan kuali ajaib!
dan
Sebiji buah limau nipis!

segalanya mungkin!

Tak ke magic tu namanya! i like :D

Sekian Assalammualaikum..

Jaga diri... Jumpa nanti :D



TATA!!

Kari Tenggiri Mempelam Muda ~ Resipi Bonda


Assalammualaikum... :)

Selamat Tengahari semua teman-teman... ;) Macam mana dengan header baru i tu? hehee..... terima kasih kepada teman-teman yang sudi memberikan komen... tq so much... :D
cayang sangat kat you all semua... :)


Semalam punya kisah ler ni ekk..

Awal pagi i dah ke pasar bersama Pak Habibi, Bonda dan Nellysha.. ke pasar kami.. tujuan utamanyalah...

Ehhhh.... tetiba boleh melenconglah pulak! :))

sebelum ke pasar sarapan dulu roti canai kat kedai mamak!

lepas tu ke kebun bunga Nursery!

Bonda ada di rumah i.. tu ler yang best!

semakin bersemangat i nak menanam pokok bunga!

Bonda suka bunga ros.. so bonda borong lebih 6 jenis spesis bunga ros khas untuk Taman bunga mini
Petang cikit nanti i share kat blogs hobi i tu ya.. gi mana guper pokok bunga ros yang bonda belikan i tu, tq so much bonda...

Psstt i dah tunjuk header baru i kat bonda pagi tadi...
Bonda menyengih.. suka ngko aii... ;)


lepas tu baru ke pasor :D

boronglah ikan dan ayam untuk stok 3 hari...

singgah gerai menjual sayur..

nampak ada pelam muda. Belum sampai lagi kat gerai tu akak jual sayur tu dah teriak!

"Dik! ada pelam muda dik! baru petik!"

maka ku borong sekelo pelam muda :))


Tanya bonda nak di apakan ekk pelam muda tu?

i dah sesah 3 bijik! cecah dengan kicap dan gula.. FuyooH :D

Bonda cakap.. dulu masa zaman dia kekanak riang.. Arwah atok i selalu masak kari pelam muda... so i masaklah hari ni...

Kari Tenggiri Mempelam Muda :D


BAHAN-BAHANNYA :

2 biji pelam muda *belah dua tak perlu kupas kulit
2 biji buah tomato *belah 2
5 batang lada hijau *belah 2
1 pelepah daun kari *daun sahaja
700 ml air
gula dan garam
minyak

BAHAN TUMIS :

2 sudu besar rempah kari
2 biji bawang besar *hiris
4 ulas bawang putih *hiris
2 inci halia *hiris
1 batang serai *titik
4 tangkai cili kering *potong 2
1 sudu besar rempah campur *ada dipasaran *biji sawi, halba, jintan kasar, jintan manis *lebih kurang macam tu laa :D

CARA :

Panaskan sedikit minyak.
Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau atau bawang layu.
Masukkan air dan renehkan.
Masukkan buat tomato dan mempelam muda, renehkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan dan sesuaikan rasa.
Setelah ikan masak, angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Kari Tenggiri Mempelam Muda


Aromanya... perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Sambil memasak i berbuallah dengan bonda kesayangan i tu..

Bonda cakap.. masa zaman kekanak riang dia dulu.. inilah lauk yang mereka akan makan kalau musim panas! makan dengan nasi panas-panas atau ubi rebus! Perghhhh sedapnya... kata bonda i... :D


Jangan lupa gorengkan ikan masin dan sambal belacan..

padanan yang sangat sesuaiiii <<< sesuaiiiii tu sengaukan cikit ehh... :D


Sekian sahaja... Insya~ALLAH petang nanti i nak share satu resipi baru di dapur i lah..

apa teewww???

sabar ya.. jumpa petang nanti... 

Assalammualaikum..



TATA!!















Header Baru Lebih Real Giteeww...




Assalammualaikum.. :D

Sesekali tukar wajah sikit yaa... ;)

Okay ke header baru i tu? :))

Abang Amin,
Abang Aemir,
Pak Habibi,
Me :D
Bonda,
Nellysha,
My Blogger Friend's (you all lerr :D)
Caramale,
&
Teera 


gantikan header lama tu :D

So lepas ni kalau i berkisah kat dapur i ni.. mudah ler you all nak membayangkan tiap nama yang sentiasa akan ku ceritakan di dapur maya ku ini..

dengan motto...

Cerita bila bergambar lebih real! :))

Ya, Gitewww... :D

Sekian Assalammualaikum...

TATA!!





CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ