ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label MENU ULANG TAHUN KELUARGA. Show all posts
Showing posts with label MENU ULANG TAHUN KELUARGA. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Lempeng Kelapa Bonda dan Sambal Sardin, Jawapan teka-teki Alif Bom! Bom! dan Pemenang!


Assalammualaikum.. :D

Ini adalah N3 terakhir kisah tentang Alif Bom! Bom! Alif dah balik dah malam tadi huaaaaaaa :(
macam biasalah sebelum Alif Bom! Bom! balik mesti i akan make sure kisah Alif akan i kongsikan dalam blogs dapur maya i ni.. :D
Kepada kengkawan yang tertinggal N3 semalam tentang Alif Bom! Bom!



Alif dan Nellysha sebaya sebenarnya.. usia 9 tahun! Alif lebih tua dari Nellysha beberapa bulan sahaja :D
macam YB tak Alif tersandor cenggitu guper.. bukan sahaja mulutnya sahaja yang menyeringai :D cenggitu gaya.. ehh.. kisahnya bila nak edit gambar baru ku perasan butang baju Alif tak berbutang... hangorr padat benor :))


dan jawapan bagi teka teki Alif semalam tu..

Jawapannya ialah... :

'L'

dan pemenang yang menjawab dengan TEPAT ialah.... :


HADIAHNYA... ada... nak tahu apa?
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Sebuah Karyaku..yang ke~5 KLIK SINI UNTUK SINOPSIS  antara Karyaku yang paling meleTOP!
ya kononnya begiteewww... :) so buat cik puan pemenang silalah in box i address yaa.. Insya~ALLAH dalam minggu ini juga akan ku poskan.. antara laju dengan tak aje.. muahahahaaa :))

Tq so much.. kepada kengkawan yang lain tu.. keep on alert.. sebab selepas ini i akan buat bermacam lagi 'CARA' secara perasan atau pun tidak.. hanya perlu.. follow my blogs... selebihnya akan ku beritahu kelak.. tunggu... sabor.. i sedang mengaturkan sesuatu buat semua.. :) malah lebih gempak lagi hadiah yang bakal ku berikan buat semua yang turut serta dan 'BERJAYA'. Semestinya tiada hadiah melancong keliling Europe :D

Kosong! Kosong! Song by Najwa Latif


dan inilah lagu KOSONG dari Najwa Latif yang telah dinyanyikan oleh Alif semasa meneman i masak di dapur semalam tu... dan tulisan itu juga.. adalah tulisan Alif taw.. cantik kan?
Pengsann.. jadilah ngko.. dulu tulisan i lagi ler teruk okeh.. *i tak cakap tulisan Alif teruk okeh* :D

Kisahnya begini... macam mana Alif Bom! Bom! boleh nanyikan lagu pada i masa memasak kat dapur tu..

"Alif masa sekolah agama, bila periksa Alif tiru tak?"

:)) memandangkan sejarah sekolah agama masa i dulu.. mudah benor nak meniru kitab buh bawah meja! *Sumpah i tak meniru masa sekolah agama dulu ekk* kalau lulus.. luluslah.. kalau tak.. jawablah ngko dengan Bonda! :))

"Alif tak tiru! kawan Alif dia tiru.. siap tulis kat kertas, pastu ronyokkan kertas pastu campak kat kawan Alif!"

"Cikgu tak nampak ke?"

"Nampak! bila cikgu tanya, kenapa campak kertas? tiru ya?"

perghhh... Alif memang best kalau bercerita.. macam klon i pun yerk! :D

"Tak cikgu, saya nak buang sampah! Comet tahu tak, memang tong sampah ada kat tepi meja kawan Alif yang satu lagi tuuu, jadi senanglah dia nak tiru jawapan cuma baling kertas, konon-konon nak buang sampah dan baling dari jauh! pastu kawan Alif hope!"

Perghhhh... kekanak zaman sekarang lagi Advanced! kan kan :D

tulah yang Alif cakap dia orang semua akan nanyi lagu Najwa Latif Kosong tetapi liriks dah di ubah..gini lagunya :D

"Jangan cuba meniru.. ingat cikgu tak tahu...nanti kami bagi markah kosong.. kosong.. kosong.."

perghhhh sedap ngko Alif nyanyi!!!! sayangnya you all tak dengar :)) udah ler tu meh! kita masak :D

LEMPENG KELAPA BONDA


tepung gandum
sedikit garam
kelapa parut tanpa hitam
air secukupnya untuk menjadikan batter yang separa pekat dan cair


renjiskan sedikit minyak dalam kuali non~stik dan tuangkan sesenduk batter, balikkan dan masak sehingga keperangan kedua-dua belah bahagian.
Angkat dan hidangkan!

LEMPENG KELAPA BONDA


memang Bonda yang masak dan i cuma tolong panggang aje :D

tunjuk sikit Lip!

TARRAA!!

LEMPENG KELAPA BONDA


Yaaa.. wajah begitu adorable.. sekali :D


tanpa di suruh, memang natural... :))


sambal tumis sardin juga bonda yang masak.. Alif begitu teruja... :))

kenapalah begitu sekali Lip aii.... :D


alooooLooooooooo:D


Usia bukan ukuran.. sila bezakan penumbuk dan lengan mereka berdua ;))


Auntie, Uncle, Kakak semua.. jangan lupa cuba taw.. :)


Jumpa lagi.. salam cute dari Alif Bom! Bom! buat semua.. Fuhhhhhh..*flying kiss from Alif buat semua* wahh gitewwww...

i pulak.. tukang tangkap.. phewwwwwww :))


i heart you!


Awww... jangan ingat Alif lembut okeh.. sekali dia tunjuk penumbuk.. berdesup kucing2 i lari lintang pukang!
sekali alif menyanyi.. sepanjang hari kat kampung i hujan gerimis.. :))

BETAPA HEBATNYA ALIF BOM! BOM!
SEKIAN CEREKARAMa KONTOTZ.. :D

Jumpa lagi..Assalammualaikum... :) 

TATA!!


Monday, July 16, 2012

Ikan Caru Panggang Sudah Mari! Sup Fish Ball Karot! Kesukaan Alif BOM! BOM!


Assalammualaikum... Jangan adjust skrin ada semua.. :D
Gambar yang di paparkan memang asli dan besor :))

15hb tepat jam 8 malam tiba di Melaka kebetulan Bonda ada di sana... *rumah adik* terus ler angkut Bonda pulang ke Johor.
Kali ini Bonda datang secara pakej berganda! :))

Alif Bom! Bom! cucu lelaki bonda yang ketiga dari 17 orang cucu :D

penghasilan yang cukup aktif dan innovatif dari anak-anak bonda bagi menghasilkan cucu-cucunya yang meriah dengan pelbagai rupa dan gaya :))


Alif Bom! Bom!

tu dia.. alooOoollooooo mulut mengangga macam anak burung! bukan selalu begitu.. hanya ketika berhadapan dengan masakan atau apa jua hidangan yang di suakan di hadapan matanya.. ya gitewww :))

Alif anak ketiga Abang i... kalau you all tengok ayah aliff dan ibunya sure you all terkejut.. kerana memasing kurus dan sedang aje keadaan fizikalnya..  jika di bandingkan dengan Alif memang cute! :D silap taip.. bukan cute! tetapi MACHO! sesangat! ya sangat! :D


so tengahari i memasak ler lauk kesukaan Pak Habibi i yang terlalu rindukan ikan cencarunya yang kalau dicongak hampir 3 bulan tidak ku masak di dapur i ni.. :D
so tadi ku masak dengan idea... yang cukup tipis kerana masih kepenatan sejak pulang dari outstations..
hampir-hampir sahaja i nak beli aje lauk... tak kuasa dan tak ada mood.. sebab penat! dalam kurungan MALAS! ya giteww... :D


tetapi.. niat kemalasan ku itu terus lesap begitu sahaja.. malah i begitu bertenaga dan bersemangat nak memasak hari ni sebab Alif ada... memang peramah sangat anak saudara i yang sorang ni.. masa kecik dulu i puas jugak tolong jaga dia ni.. *bab bawak berjalan aje* :)) lain hal tak kuasa :D


so masa i memasak kat dapur tu.. masa tu baru keluarkan bahan-bahan kering.
Alif temankan i kat dapur.. :)) banyak yang kami berbual bersama.. antaranya.. 
Alif ada bagi satu teka-teki.. begini bunyinya...

"Comet cuba teka apa ni...Tengah malam hujung katil"

*comet panggilan manja i di rumah Awww ;))*

i teka...

"Selimut!!!"

"Salah.. teka lagi!"

wah sambil memasak tu puas ler i memikirkan jawapan bagi soalan kontot Aliff tu yaa.. :))

kisah bersambung :D

Jom! Masak lauk Fav Alif BOM! BOM!

Soup Fish Ball bersama Karot


BAHAN-BAHANNYA :

12 biji fish ball *ikan parang ada di pasaran*
1 batang karot *siat guna peeler* so dapat hirisan halus dan panjang macam ribbon*
2 tangkai daun bawang *hiris panjang*
garam
1200 ml air

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *dadu
4 ulas bawang putih *dadu
1 batang celery *dadu
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
minyak

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan kesemua *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau.
Masukkan air dan renehkan terlebih dahulu.
Setelah mendidih masukkan hirisan karot dan fish ball.
Dididkan sebentar dan masukkan daun bawang, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Soup Fish Ball bersama Karot


oPPSS... sorry ini bukan gambar lauk Soup Fish Ball bersama Karot
tetapi ini adalah wajah Alif BOM! BOM! penuh teruja apabila masakan favnya terhidang :D


Ikan Caru Panggang sudah mari! setelah berbulan tidak ku masak dan tak ku beri Pak Habibi beli.. yak ini ikan fav nya..sejak azali :))

Ikan caru lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.
Panggang di atas daun pisang dan sedikit renjisan minyak.
Panggang sehingga masak dan garing.
Hidangkan bersama hirisan limau nipis...


Wahh.. lebor senyuman Alif :D

"Pegang betul-betul Lif.. comet nak snap gambar ni... jangan gerak! tahan napas taw!"

:)) :)) :))

tahan napas ngko! :))


saje je usik Alif.. snap lelama sikit :))

"Fuhh.. susah jugak ekk comet nak ambik gambar ni? macam ni ehh kalau comet masukkan dalam FB?"

Alif berbunyi selepas beberapa minit terpaksa tahan napas :))

"Haah.. susahkan.."

i kata muaahhaahahaa :))

mujur tak biru muka Alif tu :))

TARRAA!!

IKAN CARU PANGGANG SUDAH MARI!


Alang-alang props boleh di arah.. apalagi.. memacam gaya :D


air asam bawang dan cili padi :

bawang kecil *hiris
cili padi *hiris
air asam jawa pekat-pekat
sedikit garam dan gula
sedikit perahan jus limau nipis..

TARRAA!!!

AIR ASAM CILI PADI


"Pegang kuat-kuat Lif! tahan napas... ya giteeeeww :D"

TARRA!!!

Soup Fish Ball bersama Karot


fav Alif BOM! BOM! :D


Alif sorang aje makan 8 ketul! 
memang keutamaan di berikan khas buat Alif anak sedara kesayangan i... :D

Jom! lihat aksi Alif BOM! BOM!


Fuyoohhh..... << giteew kata Alif..

i pulak >>> WOhOoooo bebaik Lif dah nak terbalik mangkuk tu :))


perghh.. gitu kata Alif dalam hati...

*setelah ku tanya apa yang dia bayangkan* :D


Props yang i gunakan hari ini... :)

Alif Bom! Bom!

yang cukuplahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

sportingnya!!! cayang kat Alif cangat! cangat!! muahzzzzz


Alif bercita-cita ingin menjadi YB apabila dewasa nanti :D
dengan motto... "Dapat menikmati tiap juadah tiap kali berada di tengah rakyat ketika ada undangan majlis!"

PergHHhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... ;))

*gurau* :D :))

Alif adalah anak Abang sulongku... sangat pandai menyanyi dan suara dia sedap sangat! lagu yang dia nyanyikan tadi masa teman i memasak.. lagi dari Najwa Latif bertajuk kosong!
perghh.. terbaik!!

tetapi lagu bertajuk KOSONG oleh Najwa Latif telah di ubah suai liriknya.. Next N3 nanti i share.. nak tanya Alif dia dah lesap main basikal keliling kampung... :D



dan jawapan bagi teka-teki dari Alif Bom! Bom! sampai selesai snap gambar i tak dapat jawab dengan tepat!

Nak tahu apa jawapannya???

jawab dulu baru i beritahu jawapannya :D


Alif akan pulang malam nanti di jemput ibu dan ayahnya.. :)

so kisah bersambung.. kesempatan yang ada bersama Alif tak akan ku biarkan begitu sahaja.. :)


jika ada sebarang pertanyaan tentang Alif Bom! Bom! sila turunkan komen anda di bawah.. Insya~ALLAH i akan paksa Alif sendiri menjawab setiap soalan anda :))

Sekian terima kasih ;)

Assalammualaikum!

TATA!!


Tuesday, May 15, 2012

Happy Teacher's Day!........Simbolik... Mancis Dan Pen!!


Assalammualaikum.. dan selamat sejahtera buat semua blogger baru dan lama...:))

Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar Guru, Cikgu, Techer, Sifu dan yang bersekutu dengannya...

Jasamu Guru terlalu besar untuk kuungkapkan melalui kata-kata.. *cakaplah tak reti yer tak!* hehhee.. apa pun wahai GURU.. darimu kami semua di didik... agar menjadi seorang insan yang berguna kepada bangsa dan negara... SAYA SAYANG CIKGU SAYA!! DARI KINI DAN SELAMANYA... MUAHZZZZ :))

TERIMA KASIH CIKGU!!!


Credits to Uncle Google.. :))



Al- Kisah.. Seorang insan bergelar GURU...

Arwah Ayah juga seorang guru.. Guru Besar.. setiap pagi akan ke sekolah menaiki kenderaan yang dipandu oleh Arwah Ayah..
Seringkali terlewat ke sekolah kerana Arwah Ayah terlalu prihatin terhadap ayam, itik dan kambingnya yang kalau di kira dalam reban dan kandang kat belakang nun jauh sana tu.. memang tak terkira dengan jari ku ini... banyak naa..

Sebelum ke sekolah... Arwah Ayah akan pastikan ayam, itik dan kambingnya di beri makan secukupnya.. bukan dia kesah anak dia yang menompang sekali naik kereta dia tu.. terlewat ke tidak! heeehehee...

Dah namanya guru besar... datang lewat seratus kali pun tak ada sorang pun pengawas yang berani catit nama i taw.. lepas! lepas! aje giteeww... wah! hebat betullah! hehhehhh...


Arwah Ayah seorang guru yang peramah dan kelakar orangnya..
dalam kelas i dia mengajar mata pelajaran Kesihatan.. dulu laa.. dalam tahun 1981 hingga 1986... sekarang mana ada lagi mata pelajaran tu kan...

datang lewat.. memang terlepas dari pengawas.. tapi dalam kelas.. 
i tidak terkecuali kena denda, berdiri ler ko atas kerusi kalau silap bagi jawapan jika ada soalan dari  Arwah Ayah.. perghhh... tu dulu....


Setiapkali ada Hari Guru.. i tidak pernah tidak.. hadiahkan sesuatu kepada Arwah Ayah.. dan antara yang paling hebat dan sampai sekarang i masih ingat...

i kumpul duit sikit-sikit... sanggup tak beli gula getah yang bau nangka tu ngko! semata-mata nak belikan hadiah buat Arwah Ayah.. hebatkan i! muahahaa...

tau apa yang ku beli??

Yaa.. dari kecik i ni penuh simbolik orangnya...
ku hadiahkan sekotak mancis dan sebatang pen TOTAL HARGA =  50sen! perghh masa tu susah nak dapat duit hengko! kumpul banyak sikit.. ehh ada pulak jual anak patong kertas kat kedai Karim.. yaa... ku beli! mana nak cukup kumpul duit tu muahaha.. makan bulan jugak nak mengumpul 50 sen tu hokey!

simbolik = mancis dan pen

mancis = buat Arwah Ayah peron sampah kat tepi rumah tu hah!
pen = buat tanda kertas atau buku murid sekolah!

Hah! terlopong korang kan.. dah ku kata.. dari kecik dah bijak! cewahh.. bungkus cantik-cantik masa tu kertas balut buku warna cekelat tua.. kalau terkena minyak.. wahh berpeta! hahhahaaa...


Arwah Ayah memang seorang Ayah yang sangat sporting!!! sangat! sangat! sporting! 
masa i bagi kat Arwah Ayah tu sambil ucap...

"Selamat Hari Guru Bak.. Tahniah!" << Tahniah tu memang ayat yang Arwah Ayah selalu ucapkan pada kami semua setiap kali berjaya ler dalam peperiksaan... *sedihlah pulak ni hadoii*

Arwah Ayah buka jam tu jugak hadiah *simbolik* yang ku bungkus tu yaa.. bila buka aje.. Arwah Ayah gelak macam nak rak..

"Ohh.. mancis untuk bakar sampah ya? pen untuk tanda buku? Pandai!"

Hadoi masa tu.. memang BANGGA! BANGGA! BANGGA! terhadap diri sendiri.. jalan pun terasa di awang-awangan! wahh giteeww...
 masa tu jugak ku carik! mana Abang  i yang cakap nanti Arwah Ayah akan rotan sebab hadiahkan benda yang murah dan merapek tu!

Al- Fatihah buat Arwah Ayah Tersayang...

Haji Abdullah Bin Haji Hashim

~Cerita habis setakat ini... tak sanggup dah ni.. :(((~

Terimalah hidangan yang tak sebarapa ini khas buat semua insan yang bergelar CIKGU, GURU, TEACHER, SIFU DAN YANG BERSEKUTU DENGANNYA... :)))

Resipi ku ambil dari sebuah buku..

FOOD LOVERS

CAKES & DESSERTS


BAHAN-BAHANNYA :


CARA :


Segalanya main pakai cetak aje ler dari buku tu yaa...

TARRAA!!!!



seriously... memang enak dan... muak ler bebenor!


silalah kurangkan sukatan gula! manis yaaa hampun!


dalam mengeluh manis yaa hampun! muak bagai tu... ehhh selesai jugak ku makan sebuku hehehehe


topping with vanilla ice-cream... and chocolate sauce!
superb!


HAPPY TEACHER'S DAY!!!!


Jumpa lagi.. selamat malam... Assalammualaikum...:))

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ