ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, March 8, 2011

WONTON SOUP VERSI (1)

 
WONTON SOUP VERSI (1)

My dinner for tonite is.. Wonton Soup with chickens filling...:):) Emboi.. emboi... seperti berada di China giteeewww kan.. kan.. nak buat macam mana darah keturunan nenek moyang dulu tu Cina... memang ler masakan Cina tak dapat di pisahkan... kalau nak kata diet tu yer jugak.. yer tak yer ler tu... dah kalau semangkok besauu ku hirup...5 - 6 KETUII SEKALIGUS! diet ke hape! hehee.. apa pun dinner kali ni memang slurrrppp.. maklum laa cuaca panas di kampung i ni ekk.. walaupun tinggal di kampung hujung terceruk entah di mana tu.... pokok punya ler banyak, namun tahap kepanasannya aduhaii.. macam berada di Africa i tell you.... kalau yang tak biasa buat wanton soup tu mesti cakap susah dan leceh kan? idak ekk.. i lebih suka buat wonton soup dari kena memasak asam pedas okay! nak tahu kenapa??? udah ler jimat masa, tenaga, belanja.. tidak perlu menumis oke! I LOve WonTon Soup... so... wonton soup untuk pertama kalinya i share di blogs kesayanganku ini.. i gunakan isi ayam dan simplenya yaaaaa... HamFunnn... next time i share yang versi-versi yang leceh nak mum.. ekk..:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!!
WONTON SOUP VERSI (1)
Bahan UNTUK SUP/STOK AYAM :
  • 4-5 keping tulang ayam (ambil bahagian rangka atau tulang belakang)
  • 3000 ml air (kurang atau lebih ikut suka anda)
  • 2 inci halia ~ hiris nipis
  • 4 ulas bawang putih ~ pecahkan
  • sedikit garam
Cara membuat SUP/STOK AYAM :
  • campurkan tulang ayam bersama air, halia dan bawang putih dan didihkan + sedikit garam
  • api sederhana
  • setelah sup masak, tapiskan stok ayam ke dalam periuk dan ketepikan dahulu sementara menyediakan WONTON
Bahan UNTUK INTI/WONTON :
  •  450gm isi ayam/ ayam kisar
  • 1 pokok daun bawang ~ potong kecil
  • 4 ulas bawang putih ~ dadu
  • 1 inci halia ~ dadu
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • sedikit minyak bijan
  • ***CAMPURKAN KESEMUA BAHAN-BAHAN DI ATAS 
Cara menyediakan WONTON :
  • **SILA RUJUK GAMBAR DI ATAS
  • 1 peket kulit wonton ada di pasaraya ~ cari di bawah label yang ada tanda halal
  • sedikit tepung jagung untuk sapuan + dengan sedikit air (untuk gam kulit wanton)
  • ambil 1 keping kulit wonton dan isi kan dengan satu sudu kecil inti ayam yang telah di gaul tadi
  • sapukan keliling kulit wonton dengan air tepung jagung dan buat ponjot seperti (sup bunjut/ dompet kecil)
  • lakukan sehingga habis
LANGKAH TERAKHIR :
  • DIDIHKAN SUP/STOK AYAM, SESUAIKAN RASA DAN SETELAH MENDIDIH MASUKKAN WONTON DAN KACAU SELAMA 7 MINIT
  • TABURKAN SEDIKIT SERBUK LADA SULAH DAN RENJISKAN DENGAN MINYAK BIJAN
  • SENDUKKAN WONTON KE DALAM MANGKUK DAN TABURKAN DENGAN DAUN BAWANG DAN SERBUK LADA SULAH
TENGGG!!! TARRAAA!!!
WONTON SOUP VERSI (1)
Amacam??? nampak aje leceh.. nanti bila you all dah cuba.. lepas ni mesti masak WONTON SOUP tiap hari punyalah!!!
CILI PADI POTONG WAJIB ADA EKK.. RENJISKAN DENGAN KICAP CAIR... KALAU SUKA MASAM BUH SIKIT CUKA... MEMANG SYIOK! I TELL YOU....
MAKAN DENGAN MEE KUNING JUGA BEST! MEE HOON PUN OKE JUGAK.. IKUT SUKA ANDA LER EKK.. EKK... i suka hirup cenggitu jerkk.... sluurrrppp.. bunyinya ekk..:):)
SLURPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP..... I LOVE WONTON SOUP....:):)

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN!!

TATA!!!



ROTI MANIS COMEY MOMEY

 
ROTI MANIS COMEY MOMEY

Tiada yang lebih membahagiakan.... selain dapat mengunyah roti  manis di petang hari. Cuaca yang sekejap panas-sekejap mendung di luar sana tu... cicahkan pulak dengan kopi 'O' mata pun kuyu jerk sambil di hembus angin bayu.. cewahhh... ehhh.. betul tau... memang syiok pepetang hari makan roti manis.. kunyah pelan-pelan giteeeewwww... sambil kepala terlentok sikit ekk... tangan tu pulak letak bawah dagu..  hahaa....ade jerk ekk.. okaylah.. roti manis comey momey ni i buat sikit aje... kecik-kecik aje saiznya ekk...

JOM!! SALIN RESIPE!!!
ROTI MANIS COMEY MOMEY
Bahan-bahannya :
  • 400gm tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil serbuk roti/yis kering
  • 4 sudu besar mentega
  • 100ml susu segar (anggarkan kurang atau lebih)
  • 80gm gula castor
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • mentega untuk sapuan
  • gula untuk tabur
Cara membuat :
  • campurkan tepung dan yis kering sehingga rata
  • lubangkan di tengah dan masukkan telur dan mentega dan garam gaul rata
  • campurkan susu segar dan uli sehingga menjadi sebuku doh (doh agak lembik sedikit, bukan kental)
  • biarkan sebentar sehingga doh naik dua kali ganda
  • uli lagi dan bulatkan sebesar guli dan masukkan ke dalam loyang yang telah di oles dengan sedikit mentega.
  • sapukan dengan mentega di atasnya dan taburkan dengan gula kastor
  • bakar dengan suhu 180'C selama lebih kurang 30-35minit atau keperangan
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRAAA!!!
ROTI MANIS COMEY MOMEY
JANGAN LUPA CICAH DENGAN KOPI O TAU....:):):)

TATA!!!


SAMBAL BELACAN BACHANG

 
SAMBAL BELACAN BACHANG

Buah bachang... bermusim... bukannya selalu ada yer tak.. kebetulan jiran sebelah umah tu hah! alaa.. tak jauh rumah dia.. langkah parit dah sampai... cak! cak! hehe... Mak Ana ekk nama jiran i tu.. okay buah bachang kat umah dia ada ler berbuah.. maka dia pun menghulur ler dalam sebijik! sebijik aje ko... orang memberi kita merasa.. selepas ku lambung-lambung buah bachang yang sebijik tu... Bonda terus menjerit! mana boleh lambung! i pun jawab.. yek??? nape ekk??? sebab nak di buat sambal belacan bachang power! wah.. kisahnya... terus ler di bikin... kisah bersambung... (tetiba ekk.. hehe..)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
SAMBAL BELACAN BACHANG 

Bahan-bahannya :
  • 20 biji cili padi (memang pedas giler!)
  • 1 biji buah bachang (hiris kecil/takek)
  • 1 sudu besar belacan bakar (untuk cara membakar geledah di BAWAH TIPS DI DAPUR ~ di situ i ada share macam mana nak buat belacan bakar)
  • gula dan garam
Cara membuatnya :
  • Tumbuk lumat semua bahan-bahan di atas sehingga lumat
  • sesuaikan rasa 
  • hidangkan bersama ulaman!
TENGGG!!! TARRAAA!!!
SAMBAL BELACAN BACHANG
cuaca pulak panas di luar sana.. aje memang berkipas lepas tu ekk.. ekk..:):)
MENU HIDANGAN TENGAHARI 8 HB MARCH 2011 :
  • SAMBAL TUMIS SOTONG
  • TUMIS AIR SAWI, CENDAWAN DAN TAUGEH
  • SAMBAL BELACAN BACHANG DAN ULAMAN
  • TELUR MASIN
SELAMAT MENJAMU SELERA KAWAN-KAWAN...:):)

TATA!!!




SAMBAL TUMIS SOTONG VERSI (2)

 
SAMBAL TUMIS SOTONG VERSI (2)

Muaahahhaa... sotong kalau kat umah ni memang tak jadi lauk.. kalau tak di goreng kunyit, goreng blackpepper, tak pun masak hitam! jemeeeewwwww.... tau! gengs di rumah ni apa ada kisah.. nampak aje ada sotong dalam peti sejok tu ewahhh.. ada aje yang berbunyi.. goreng sedap ni! ewahh.. ewahh.. cewaahh.. cewahh.. ari ni kusambalkan aje.. sebab biasanya i kalau menyambal sotong hanya sotong beku.. sotong segar jarang buat sambal... dah termasak nak buat macam mana.. ehh.. tetiba ekk.... apa pun sotong yang sesegau idak tu Bonda yang beli di pasau... sotong jarum.. memang best isinya.. ada telur Youuu!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SAMBAL TUMIS SOTONG VERSI (2)
Bahan-bahan KISAR :
  • 30 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 sudu kecil serbuk belacan
Bahan-bahan lain :
  • 1 KG sotong jarum ~ buang hitam dan cuci bersih
  • 1 batang serai di titik
  • sedikit air asam jawa
  • bawang untuk hiasan
  • garam dan gula
Cara memasak :
  • Tumiskan bahan-bahan yang di kisar dan serai sehingga garing 
  • masukkan air asam jawa, sedikit air dan sotong
  • renehkan sehingga kuah pekat
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRAAAA!!!!
SAMBAL TUMIS SOTONG VERSI (2)
Syarat utama kalau membuat apa jua bahan yang berlada... tumis dengan api perlahan dan lama-lama... bahan akan rasa lebih enak dan matang giteewwww....:):)
Sambal tumis sotong...YUMMYY!!! :):)
MENU HIDANGAN TENGAHARI 8HB MARCH 2011 :
  • SAMBAL TUMIS SOTONG
  • TUMIS AIR SAWI, CENDAWAN DAN TAUGEH
  • SAMBAL BELACAN BACHANG DAN ULAMAN
  • TELUR MASIN
SELAMAT MENJAMU SELERA KAWAN-KAWAN...:):)

TATA!!!



TUMIS AIR SAWI, CENDAWAN DAN TAUGEH

 
TUMIS AIR SAWI, CENDAWAN DAN TAUGEH

Tiada yang lebih bermakna di dalam hidupku.. sayur! Oh! sayur! memang my fav... tak kira ler sayur apa pun.. tapi umbut atau pun rebung i memang tak reti nak makan sampai laa ni... nape ekk?? entah ler... tiada jawapan untuk itu...:):) apa pun tidak sempurna jika tak ada hidangan sayur di rumah ni ekk.. gengs yang lain tu biasa-biasa aje terhadap sayur-sayuran tu ekk... kalau makan nasi campur di luar sana tu pun... i kalau menyenduk lauk.. keliling pinggan sayur! sampai taukeh restoran tu tanya.. Vegetarian ke? i jawab heehehehee... aje! dah tu jerk lain tak de...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
TUMIS AIR SAWI, CENDAWAN DAN TAUGEH
Bahan-bahannya :
  • 3 ulas bawang merah (kecil) ~ hiris
  • 5 ulas bawang putih ~ hiris (i pencinta bawang putih)
  • 1 biji kiub ikan bilis
  • 1 tangkai lada merah ~ hiris
  • sawi ~ potong 
  • 1 cawan taugeh
  • 7 keping cendawan tiram ~ siat-siat
  • 1 ikat sohoon
  • air
Cara memasak :
  • Panaskan sedikit minyak masak
  • tumiskan bawang merah, bawang putih dan lada merah sehingga layu
  • masukkan air (jangan terlalu banyak) dan masukkan kiub ikan bilis didihkan
  • masukkan batang sawi dan sohoon, sesuaikan rasa
  • masukkan daun sawi dan sebelum api di tutup masukkan taugeh
  • angkat dan hidangkan! taburkan serbuk lada sulah dan bawang goreng jika suka..:)
TENGG!!! TARRRAA!!!!
TUMIS AIR SAWI, CENDAWAN DAN TAUGEH
Pulak sekarang ni cuaca panas.... aduhaii.. lauk tumis air ler yang paling sesuaii ekk.. (sesuai tu sengaukan cikitt..:):)
MENU HIDANGAN TENGAHARI 8HB MARCH 2011 :
  • SAMBAL TUMIS SOTONG
  • TUMIS AIR SAWI, CENDAWAN DAN TAUGEH
  • SAMBAL BELACAN BACHANG DAN ULAMAN
  • TELUR MASIN
SELAMAT MENJAMU SELERA KAWAN-KAWAN...:):)

TATA!!!




CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ