ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, September 22, 2012

Pais Tenggiri


Assalammualaikum... :)

Cuti hujung minggu tak ke mana-mana ke? :D

line internet tak tahulah kenapa hadoii punyalah lemau... actually awal pagi macam biasa i dah on my PC.

nak login FB punyalah lemau... hmm... malas nak tunggu.. terus ler ke kebun mini i tepi rumah tu... ;)


Project Kebun Mini aka Taman Mini i tepi rumah tu projeknya sedang berjalan sekarang ni.. :)

Wahh.. kemain rajin i kan kan.. entah sampai bilalah agaknya tu.. :D

padahal kerja penulisan i punyalah bertimbun boleh pulak mengerjakan 'Projek Baru' i kat tepi dapur  sana tu hah.. dan sekarang ni pun i dah start share kat blogs hobi i tu... KLIK SINI

Pais Ikan Tenggiri


so macam biasalah kan.. sibuk macam mana pun memasak memang wajib.

So i masak simple aje hari ni. malas nak menumis bagai. 

healthy food kononnya :))

blender... bungkus.. kukus.. dah siap! :D

Pais Ikan Tenggiri 


BAHAN-BAHANNYA :

2 ekor ikan tenggiri *potong 2
beberapa helai daun kunyit *untuk alas
beberapa helai daun pisang *untuk membungkus
lidi untuk menyemat.

BAHAN KISAR :

100 ml air asam jawa
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
1 batang serai
15 tangkai cili kering
7 tangkai cili api merah *siam
2 cm belacan
gula pasir
gula melaka
garam

*Bahan-bahan di atas sila kisar sehingga hancur dan ketepikan, sesuaikan rasa. masam, masin dan manis*

BAHAN LAIN :

1 kuntum bunga kantan *hiris
4 tangkai daun kesum *ambil daun dan hiris
2 helai daun kunyit *hiris

*BAHAN LAIN, campurkan bersama *BAHAN KISAR*

**GAULKAN IKAN TENGGIRI BERSAMA BAHAN-BAHAN DI ATAS DAN PERAPKAN SELAMA 30 MINIT*



ambil daun pisang yang telah dilayurkan di atas api.
Alaskan dengan sehelai daun kunyit.
letakkan ikan bersama rempah kisar.
bungkus dan semat dengan lidi.
lakukan sehingga selesai.


kukus selama 25-30 minit atau sehingga ikan masak.

TARRAA!!!

Pais Ikan Tenggiri


simple and easy :D


bau jangan cerita.. perghhh harummmmmm :)


ikan tenggiri tu pulak fresh.. nelayan baru balik dari laut Pak Habibi i borong..
murah pulak tu...

rasanya??? semestinya kena cuba!

Sekian sahaja...

Assalammualaikum..

TATA!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ