Assalammualaikum... :)
Cuti hujung minggu tak ke mana-mana ke? :D
line internet tak tahulah kenapa hadoii punyalah lemau... actually awal pagi macam biasa i dah on my PC.
nak login FB punyalah lemau... hmm... malas nak tunggu.. terus ler ke kebun mini i tepi rumah tu... ;)
Project Kebun Mini aka Taman Mini i tepi rumah tu projeknya sedang berjalan sekarang ni.. :)
Wahh.. kemain rajin i kan kan.. entah sampai bilalah agaknya tu.. :D
padahal kerja penulisan i punyalah bertimbun boleh pulak mengerjakan 'Projek Baru' i kat tepi dapur sana tu hah.. dan sekarang ni pun i dah start share kat blogs hobi i tu... KLIK SINI
Pais Ikan Tenggiri
so macam biasalah kan.. sibuk macam mana pun memasak memang wajib.
So i masak simple aje hari ni. malas nak menumis bagai.
healthy food kononnya :))
blender... bungkus.. kukus.. dah siap! :D
Pais Ikan Tenggiri
BAHAN-BAHANNYA :
2 ekor ikan tenggiri *potong 2
beberapa helai daun kunyit *untuk alas
beberapa helai daun pisang *untuk membungkus
lidi untuk menyemat.
BAHAN KISAR :
100 ml air asam jawa
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
1 batang serai
15 tangkai cili kering
7 tangkai cili api merah *siam
2 cm belacan
gula pasir
gula melaka
garam
*Bahan-bahan di atas sila kisar sehingga hancur dan ketepikan, sesuaikan rasa. masam, masin dan manis*
BAHAN LAIN :
1 kuntum bunga kantan *hiris
4 tangkai daun kesum *ambil daun dan hiris
2 helai daun kunyit *hiris
*BAHAN LAIN, campurkan bersama *BAHAN KISAR*
**GAULKAN IKAN TENGGIRI BERSAMA BAHAN-BAHAN DI ATAS DAN PERAPKAN SELAMA 30 MINIT*
ambil daun pisang yang telah dilayurkan di atas api.
Alaskan dengan sehelai daun kunyit.
letakkan ikan bersama rempah kisar.
bungkus dan semat dengan lidi.
lakukan sehingga selesai.
kukus selama 25-30 minit atau sehingga ikan masak.
TARRAA!!!
Pais Ikan Tenggiri
simple and easy :D
bau jangan cerita.. perghhh harummmmmm :)
ikan tenggiri tu pulak fresh.. nelayan baru balik dari laut Pak Habibi i borong..
murah pulak tu...
rasanya??? semestinya kena cuba!
Sekian sahaja...
Assalammualaikum..
TATA!!
5 comments:
xpernah makan pais ikan...nmpak simple jer nak membuatnya..b;eh cuba nih..
Ada, sedap tau nanti cuba yaa.. :))
Aslmkum Shah.lama tak singgah blog Shah...moga sihat ceria.sedap nampak pais ikan itu....tak mkn dg lauk lainpun dah cukup ni...
wow!nampak mcm sedap je kan....ada ms nk try juga....tp x tau bila nak beli ikan tenggiri,maybe gantikan ikan kembong pun bolehkan kak sha......
yA Allahh..godaan lagi, sabau je aku. Tapi kan kebetulan, ada sekor datok ikan tenggiri besar dalam freezer CM, boleh gak menerai resipi datin seri ni kan.....
Post a Comment