ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, September 21, 2012

Tom Yum Putih, Sotong


Assalammualaikum... :)

Hari Jumaat dah ya.. :D tukar mood hari ni...

saja je kononnya masak awal, cuaca kat luar pulak tu bukan main cerah lagi YouUuu :))


lama jugak nak amik mood tu :D

macam nak snap gambar kat luar ajelah... kat kebun mini i tu...

fikir banyak kali. Panas! tak pe.. tak pe.. kejap je... ambil masa 20 minit okeh nak snap gambar kat luar sana tu hah!


tu nampak tak tu?

rumput dah tinggi dari buku lali i... ada lipan tak ekk?

hati ni cuak jugak :)) berkira-kira lagi nih!

maka kumpulkan semangat tu kan..

tertinjit-tinjit keluar...


jiran sebelah rumah i jeling-jeling..

i angkatkan tangan! :))

keluarkan props.. adalah dua kali keluar masuk dapur tu :))


laju aje jari tu memetik daun limau purut. padahal pokok tu baru nak tumbuh! :))

petikkan bunga entah ke haper nama sampai laa tak ingat :))


i masak simple je hari ni.. sibuk dengan kerja penulisan i tu..

masak Tom Yum Putih Sotong


BAHAN-BAHANNYA :

500 gm sotong saiz besar *potong dan siat kulit
2000 ml air
1 biji lemon *ambil jusnya
10 tangkai cili padi merah siam *belah dua jangan putus. terputus tak pe... tak pe.. :D
6 biji jagung putik *belah 2
1 biji buah tomato *belah 4
2 helai daun limau purut
1 batang serai *titik
1 biji bawang holland *potong bulat
4 ulas bawang putih *hiris
2 inci halia *hiris
3 inci lengkuas *hiris
1 pelepah daun ketumbar
sedikit cracked black pepper
sedikit cracked white pepper
garam

CARA :

campurkan kesemua *BAHAN-BAHAN* kecuali sotong dan jus lemon.
renehkan di atas api sehingga mendidih.
Masukkan sotong dan jus lemon.
Sesuaikan rasa. 
Setelah masak angkat dan hidangkan!!


Tom Yum Putih Sotong


nampak aje jernih tu yangg oii.. pedas giler tu weh! :))


memang terbaik! simple and easy :D


SlurPPppppp... Aaahhhhhhhhhhhhhhhhhh :D

ya giteewww ;)


sekian sahaja lah yaa.. sambung nanti...

amacam okay ke kalau lepas ni i snap gambar masakan kat luar rumah?? komen ler sikit :D

macam kurang kerja! muahahhaaa ;))

Assalammualaikum..


Khas buat semua teman-teman kesayanganku yang baru dan yang lama.. minta maaf sebab belum lagi berkesempatan nak BW rumah you all..

kerja penulisan i memang bertimbun-timbun ni hah!

ada sesiapa nak tolong?! :))

Yang mana baru add i tu.. terima kasih yaa.. Insya~ALLAH i akan pilih waktu yang sesuai untuk follow you olls... sabar yaa.. jangan kecik hati tau!

sayang kat you all semua.. muahzzzzzzzzzzzz << kissed sampai terlelap naa tau! :))

TATA!!


6 comments:

Amelia said...

HI Cayang, yuuhhhuu....... I bawak mangkuk tingkat nak tapau, boleh tak?
Slurrrpppppp.... sedap meletupsss.. I suka itu "bunga sotong" comel molek.

Ambik gambar kat garden memang cantik dan natural. Petang masak apa? I get ready to come over for dinner.... LOL

Have a nice day, jumpa lagi. Byee...... muahzzzz..... penyet you!!!

sis intan said...

..very nice tomyam. Sy suka :)
lebih2 lagi ada sotong yg dah ditransformasi jadi bunga...so creative..

zuwaidah said...

Hi....lama tak singgah sini. Sama2 sibuk kan. Rindu pulak dgn celoteh Shahriah. My favourite tom yam tu...al maklum...tekak orang siam jugak nih hihihi.
Anyway, sibuk2 pun jaga kesihatan yaaaa...nanti mr habibi susah hati apa lagi anak2 kesayangan.
Take care dear!

AIN NAZRI said...

eh mudah je ye kak masak tomyam putih ni.. leh masuk list ni.. tq kak.. muah muah

Puan Hazel said...

tatau nak komen apa...:) selalu k.sha x suruh komen itu yg laju nak komen..hehehe.. btw, ok gak shoot gmbr kt garden, byk props yg semulajadi gitew...satu je nak ty, ada lipan ke kat rumput kak? pacat kot...hehehehe..

Salmi Khairil said...

aduhhh sedapnye tomyam tu..cantik pulak sotong berbunga..

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ