ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label RESIPE PILIHAN 4 IN 1. Show all posts
Showing posts with label RESIPE PILIHAN 4 IN 1. Show all posts

Friday, May 10, 2013

Orang Kampung.. Lauk Kampung.. Peace Yaawww



Tauhu Goreng (yang lembut)
Timun Racik
Tomato potong
Sambal Kicap Cili Api *sangat BERAPI!!* 

Peace Yaawww :D 


Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

i guna udang kering and bubuh cili padi kampung banyak-banyak naa... SlurPpp... kesukaan my mom :D 


Ikan Caru Goreng Berlada

Goreng dulu ikan cencaru tu... goreng tu biar garing cikit..

Pastu masakkan sambal... pastu curah atas ikan goreng..

Perghh... Peace Yaawwww  i tell you olls :D 


Ikan Masin Gelama..

Goreng tu biar garing sikit... pastu hiriskan limau kasturi..

masa nak makan tu.. perahhh..... perghhhh...

Resipi :

Lauk Kampung 

 

Untuk Sambal Kicap Cili Api :

100 ml kicap masin *cap kipas udang
1 sudu besar cuka masakan/1biji perahan limau nipis
1 sudu teh gula pasir
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi *merah
4 tangkai cili padi *hijau

CARA :

Tumbukkan cili padi dan bawang putih sehingga hancur.
Masukkan kicap, gula dan cuka/jus limau nipis.
Genyeh-genyehkan sehingga sebati. 
Angkat dan hidangkan!
      


Ikan Caru Goreng Berlada :
  
4 ekor ikan cencaru *potong dua dan lumurkan dengan sedikit garam. Perapkan sebentar.

Untuk Sambal :

1 biji bawang besar *dadu
3 ulas bawang putih *dadu
2 cm halia *hiris batang mancis *julien
2 batang serai *titik
50 ml air
3 sudu besar sos tomato
150 ml cili kisar
 minyak
gula dan garam secukup rasa.

 *hirisan tomato & Daun sadri
 
CARA :

Gorengkan ikan cencaru sehingga garing. Angkat dan toskan.
Susunkan ikan cencaru di atas pinggan.

Panaskan minyak dan tumiskan serai sehingga naik bau.
Masukkan *Bahan di potong dadu dan juga halia.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
Masukkan air dan renehkan sebentar.
Masukkan sos tomato dan sesuaikan rasa.
Tuangkan sos di atas ikan.
Sedia untuk di NGAP!    
          

Ikan Masin goreng pun nak jugak resipi ke??

:)) ;)) :D

Okay setakat ini dahulu..

Nanti i share lagi.. ada appointment dengan anak bujang nak buat cookies... ;)

Sekian dulu... Jaga diri... senyum selalu..

Assalammualaikum..

TATA

Monday, February 4, 2013

Ada Yang Rindu Kew??? Lauk Kampung Jeewww.. Ya, Giteew


Bismillah...

Assalammualaikum!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Apa Khabar teman-teman semua???

Tu dia... punya banyak i buh tanda seruan tu... errkk.. ada yang rindu kat i kew??

Tak de?? tak pe.. tak pe.. yang penting... di mana i berada.. sibuk macam mana pun i di luar sana... you all semua sentiasa berada di dalam ingatanku... cecewahh.. ehh... serius ni okeh... ;))

Sepanjang Januari yang lepas... itu nama pelbagai dugaan yang terpaksa i tempuhi.. tempuhi dengan hati yang terbuka.. tidak pernah sekuman pun mengeluh... senyuman sentiasa terpalit di bibir ku ini... wah! dah keluar ayat novel dah tuuuUU... ya giteeww... :D

Gini... ceritanya ni... punyalah lama tak update blogs.. ramai yang in box.. bertanya ke mana i menghilang.. walaupun i sentiasa update status di FaceBook

Yang pertama.. Bonda tersayang terpaksa di masukkan di wad kerana bisul... ada yang gelak ke? :D
memang bisul tu penyakit biasa aje.. memandangkan Bonda kesayangan i tu.. ada diebetes.. maka dengan itu.. kes yang remeh menjadi serius... selesai di bedah.. Syukur Alhamdulillah... Bonda dah sihat seperti sediakala... dan yang i bersyukur sangat.. ketika Bonda sakit.. i dan adik-beradik yang lain sentiasa berada di sisi.... bila waktu melawat habis... kami beramai-ramai secara berkelompok.. menikmati teh tarik! :D
saat yang jarang kami adik-beradik dapat lakukan... bukan ke Hikmah tu namanya... Bonda pun happy sebab masa dia sakit inilah anak-anak ada di sisi... :)


Dalam sibuk dan risaukan Bonda.. tugasan dan tanggungjawab sebagai insan yang bergelar penulis.. tetapku teruskan jua.. walaupun 99% hati tetap risaukan Bonda... Syukur Alhamdulillah.. segalanya dah selesai dan berjalan dengan lancarnya.. 
Foto di atas bersama peminat karya Shahriah(ANTARA) yang datang dari jauh.. Pulau Pinang turut sama memeriahkan Karnival Karangkraf..

"Ini Shahriah Masterchef kan?"

99% akan tegur macam tu bila nak minta sign.. tak de pulak yang tegur cakap cam ni..

"Ini Shahriah novelis tu kan?"

yaa.. setakat ini tak de.. tak pe.. tak pe..  ;)

Terima kasih ya, Puan kerana sudi menyokong karya Shahriah...:)
dah janji dengan Puan yang ayu jelita tu.. satu hari akan datang ke Pulau Pinang... Jeruk buah pala sepeket! :)) 

Lauk Kampung Jeew... 
 

Hari ini... bersamaan 4hb Februari 2013 i yang turun ke dapur memasak... beberapa minggu ini semuanya my PA yang take over kerja masak-memasak.. so hari ini i bagi dia rest... dia cuma tolong siang ikan bilis je.. selebihnya teman i memasak di dapur sambil ngobrol! i berdiri memasak.. dia duduk siang ikan bilis muahaha.. :D

i masak simple aje... lauk yang entah dah berapa kali i share di sini... lauk kesukaan anak-anak.. jadi untuk mengembalikan mood memasak yang entah hilang ke mana beberapa minggu yang lepas.. i mulakan dengan lauk yang simple dulu... ;))
 

Telur Masin...

Untuk mendapatkan telur masin yang merah menyala macam di atas tu.. mudah sahaja.. selain bergantung kepada keadaan telur masin itu sendiri... kalau boleh cari yang baru di proses... kalau beli yang lama.. telur tak akan oren menyala macam di atas tu.. lebam adalah! :))

Okay memula sekali... beli telur masin :D

  1. cuci bersih telur masin dari kotoran
  2. rebus air terlebih dahulu sehingga mendidih
  3. masukkan telur masin dan rebus anggaran 8-10 minit
  4. angkat dan rendamkan dulu dengan air sejuk
  5. setelah itu baru di kupas  
Bening Bayam


Dah banyak kali i share di sini.. dan hari ini i share lagi.. so you all tak perlu terkais-kais di folder tepi tu yaa..

BAHAN-BAHANNYA :
  
3 ulas bawang merah *kecil     }
1 genggam ikan bilis                } tumbuk kasar
1 kg sayur bayam *siang dan cuci bersih *rendam dengan sedikit garam untuk hilangkan pasir kemudian bilas dan cuci
2 tangkai dauns selasih *daun sahaja
600 ml air 
garam secukupnya 

CARA :

  1.  Masukkan *Bahan Tumbuk dan air, didihkan
  2. Masukkan sayur bayam dan daun selasih
  3. Kacau dan sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!    

SAMBAL TUMIS
IKAN BILIS & TELUR 


Juga dah selalu sangatTTTTT... share kat sini.. i share lagi sebab i care about you olls :D

BAHAN-BAHANNYA :

8 biji telur ayam *rebus dan kupas kulit
200 gm ikan bilis *goreng dan ketepikan
100 ml air asam jawa
gula dan garam secukupnya
2 biji bawang besar *hiris
minyak

BAHAN KISAR :

40 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm belacan
1 cm halia 

CARA :

  1. Panaskan minyak sehingga benar-benar panas.
  2. Masukkan *Bahan Kisar dan tumis sehingga pecah minyak. menumis dengan api sederhana dan dalam tempoh yang agak lama.
  3. masukkan air asam jawa, gula dan garam secukupnya.
  4. masukkan bawang hiris, ikan bilis dan telur.
  5. Masak sehingga kuah pekat, sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!      

TARRRAAA!!!!

 LAUK KAMPUNG YANG SIMPLE MIMPLE :D


Telur Masin
Bening Bayam
Sambal Tumis Ikan Bilis & Telur  


Yang simple tu ler yang sedapzzzz ;)

Sekian dulu...terima kasih buat semua teman-teman baru dan lama yang sudi singgah dan meninggalkan komen.. entah bilalah agaknya dapat membalas kunjungan...
masa benar-benar mencemburui i sekarang ini..

tak mengapa.. Insya~ALLAH.. soon... ada berita tergempar yang bakal i kongsikan buat semua... dan tarikh yang sesuai untuk i war-workan ialah pada bulan March nanti... sabar yaa... ada yang dah tahu.. hasilnya ramai yang terkejut monkey! yang hampir nak melalak pun ada.. i tak akan aktif di blogs lagi ke??? ye ke?? sabar k... ;))

Sekian dulu.. jaga diri... jangan noty-noty.. nakal tak pe.. :))

Assalammualaikum...

*tak jawab dose taw!* :))

TATA!!

Saturday, June 30, 2012

7 Resipi Pilihan Untuk Anda Cuba! Dan Give AwaY 1001 Resipi


Resipi Pilihan Untuk Anda Cuba! 


Assalammualaikum.. Selamat Sejahtera semua teman-teman..:) N3 kali ini adalah N3 ringkas yang i pilih untuk teman-teman semua cuba... manalah tahu idea kering.. sibuk berkerja sepanjang minggu dan tiba hujung minggu nak memasak di dapur termenung tak tahu apa yang nak di masak buat keluarga tersayang :D so i share ler sedikit idea... tak cuba pun tak pe.. tak pe.. dengan motto.. 'Sharing is caring..' ;)


Sepanjang minggu ini i memang sibuk sangat, sehinggakan masa yang i lalui terasa lambat benar berlalu :)) sebab kena travel setiap hari, memandu sendiri tanpa supir :D meredah panas mentari.. turun naik tangga... waduhh.. penat sungguh! tapi menyeronokkan :D

 i rasa malas sangat nak keluar rumah hari ini macam nak santai dan duduk berlengkau atas sofa depan tv tu hah!
best betullahh.. ;)


Pak Habibi pulak awal-awal lagi dah booking sebuah lokasi untuk kami sekeluarga bercuti.. taklah lama... ke mana tu??? Wahh.. dengarnya tempat tu sunyi sepi! berkabus dan tak ada kenderaan lalu lalang ;) jauh terpencil... dan hanya yang menginap aje boleh datang ke situ! Zoo ke?? muahhaaaa... mungkin juga! :))



Insyallah bila i balik aje dari bercuti tu nanti.. semestinya i akan share kat you all yaa.. cayang kat you all.. :)
Tunggu i balik tau! :D

7 Resipi Pilihan Untuk Anda Cuba! 


















Sekian sahaja N3 i kali ini... i akan bertolak untuk bercuti 'ala pendek' selepas jam 12:30 tengahari nanti... sebelum bercuti tu i nak kena melipat kain baju yang dah tingginya sama tinggi dengan gunung Everest! Mak ToOoooooOOOooolongggGgg!!!! :D



Jumpa lagi, jaga diri, senyum itu satu sedekah.. jangan noty-noty! taw.. cayang kat you all semua.. muahzzz... tunggu ada cenderahati buat anda.. tungguuuUUuu.. ada contest ke lepas ni??? mungkin juga! ;) ;) ;))



Assalammualaikum... :)

TATA!!!



Friday, June 29, 2012

Lauk Apalah Agaknya Bawah Tudung Saji tu ekk?


Assalammualaikum... Apa khabar semua? :D Syukur Alhamdulillah.. bertemu lagi kita di dapur maya i ni kan kan ;) Hidangan yang di bawah tudung saji tu.. adalah hidangan i beberapa hari yang lalu.. :)) dah 2 hari dapur nyata i tak berasap! kerja di luar.. makan pun di luar jugak.. jemu betul! :)) Pak Habibi kena jadi Super Papa :D tengahari balik bungkus nasi ayam.. bayangkan 2 hari anak-anak i makan nasi ayam! :)) Abang Aemir suka aje.. fav dia tu.. dak kerempeng dah macam lempeng! cian dia.. alooOoollooo... 


nak dijadikan cerita.. malam tadi.. Nelly kejut i jam 12:45 malam! ingatkan nak apa...dahlah 2 hari kena drive selepas subuh.. balik sebelum senja... hadoii.. penat betul! tak pe.. tak pe.. demi mencari sesuap nasi.. langsung tak menyesal pon :D 


Hah! nak tahu kenapa, Nelly kejut i tengah malam?? Hah! dia cakap nak makan roti sapu mentega kacang! hadoii.. turun jugak ke bawah malam tadi.. mata bukak cuma 35% aje.. selebihnya meraba nak cari botol peanut butter! muahahahahaa :)) mujur tak terambil botol belacan serbuk i tu! naya ngko aii :D

Lauk Apalah Agaknya Bawah Tudung Saji tu ekk?


Jom! redah! cecewahh.. panjang nak bercerita kat you all ni, sebab lama dah tak bersembang panjang... :D



Pak Habibi masa dia nak kutip buah durian kat kebun belakang rumah tu hah.. kisahnya pokok jering sebatang tegak berdiri nunnn jauh kat kebun tu banyak berbuah!! dah tua! tinggi-tinggi pulak tu buahnya..
dengan motto.. dia tahu isterinya ni memang hantu jering.. di petiknya mana yang dapat capai... nampak pulak terung pipit.. tahu pulak dia petik :))

Pak Habibi i tu memang orang bandar dan kampung dia pun di tengah bandar Johor tu hah!
agaknya sebab teruja benor nak jadi orang kampung! semua selok belok kat kebun belakang rumah tu dia tahu.. i yang lahir di kampung.. :D setahun sekali belum tentu akan jejakkan kaki lepas dari pintu dapur i tu hah! baguskan :D


Udang segar baru naik dari laut.. Bonda kirim dengan jiran yang sememangnya tiap hari turun ke laut... saiz M *dah macam saiz baju ler pulak* murah aje tu... merah dan segerrr gitewww :)


biasalahkan.. kalau masak lauk kampung.. kalau tak ikan masin.. telur masin wajib ada.. ya giteww.. :)


kalau dah namanya musim durian.. hah! sambal tempoyak power mesti ada.. ulam timun muda dan pucuk kedondong.. asam limau jangan lupa... waduh nyah! sedap benor lah tu :))

Lauk Apalah Agaknya Bawah Tudung Saji tu ekk?

JOM! BUKAK TUDUNG SAJI!!

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

TARAAA!!!

Lauk Apalah Agaknya Bawah Tudung Saji tu ekk?


Tu dia.... ;))


SAMBAL TUMIS UDANG DAN JERING PENCEN! :))


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR :

35 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci belacan
1 inci kunyit

BAHAN LAIN :

500 gm udang *buang hujungnya*

6 biji jering pencen *tua* :)) kupas kulitnya dan belah dua, rebus bersama sedikit air sehingga empuk. Buangkan air dan toskan.

50 ml air asam jawa
1 batang serai *titik*
minyak
gula dan garam
1 biji bawang holland *hiris*

CARA :

Panaskan minyak dan masukkan serai dan *BAHAN KISAR* sehingga terbit minyak *tumis lama dan api sederhana, sentiasa di kacau*

Masukkan air asam jawa, gula, garam dan jering renehkan sebentar.
Masukkan udang, bawang dan masak sehingga udang bertukar warna. Sesuaikan rasa, Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

SAMBAL TUMIS UDANG DAN JERING PENCEN! :))


pulak masa masak lauk ni.. adik bungsu bonda bertandang kerumah.. apalagi.. bayek punya.. kunyah! :D

SAYUR LEMAK LABU BERSAMA TERUNG PIPIT DAN PEGAGA


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN TUMBUK KASAR :

1/2 biji bawang besar
1 inci kunyit
5 tangkai cili padi merah
2 sudu besar udang kering

BAHAN LAIN :

600 ml santan *separa pekat*
350 gm labu *potong*
1 cawan terung pipit
1/2 cekak daun pegaga
2 tangkai daun selasih *ambil daunnya*
garam

CARA :

Campurkan kesemua *BAHAN kecuali daun selasih dan daun pegaga*
Renehkan kuah dengan api perlahan dan masak sehingga labu empuk.
Masukkan daun pegaga dan daun selasih, sesuaikan rasa, Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

SAYUR LEMAK LABU BERSAMA TERUNG PIPIT DAN PEGAGA


Tu dia... dengan sambal tumis udang berjering pencen! 
buh komen you all kat in box di bawah tu yaaa :))


calit sikit!!!

huahhhhhhhhhhhhhhh... :))

Lauk Apalah Agaknya Bawah Tudung Saji tu ekk?


:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


  1. SAMBAL TUMIS UDANG DAN JERING PENCEN! :))
  2. SAYUR LEMAK LABU BERSAMA TERUNG PIPIT DAN PEGAGA
  3. SAMBAL TEMPOYAK
  4. TELUR MASIN
Terima kasih buat semua yang sudi meninggalkan jejak :D Insyallah jap aje lagi akan ku jejaki kawan-kawan yaa...:) cayangg dia.. muahzzz :D

Assalammualaikum..

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ