ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, March 5, 2011

AGAR-AGAR CENDOL

 
AGAR-AGAR CENDOL

WAHHH.... pepanas mencetang cenggini... tiada ubatnya selain agar-agar... sejuk dan slurppp aje lalu kat tekak tu ekk.. nyaman giteeewww... segor aje bijik mata tau.. nak minum cendol malas nak drive... panas pulak di luar sana tu jangan cerita ler ekk.. penghabisannya dapat idea... buat aje AGAR-AGAR CENDOL...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
AGAR-AGAR CENDOL

Bahan-bahan :
  • 1 peket agar-agar
  • 1800ml air
  • 200ml santan pekat
  • 200gm gula melaka
  • 100gm gula pasir
  • 350gm cendol basah (ada di pasaran)
  • 1 sudu perisa pandan
  • acuan agar-agar
 Cara Menyediakannya :
  • masukkan cendol ke dalam acuan
  • Masakkan agar-agar bersama air sehingga hancur
  • masukkan gula melaka dan gula pasir sehingga larut
  • masukkan santan dan perisa pandan
  • sedikit garam dan gaul rata
  • masukkan adunan ke dalam acuan
  • biarkan agar-agar sehingga set dan masukkan ke dalam chiller
TENGGGG!! TARRRAA!!!!!
AGAR-AGAR CENDOL

 AMACAM MUDAH KAN???? SELAMAT MENCUBA!!!

TATA!!!


SUP DAGING REBUS

 
SUP DAGING REBUS
I kalau nak memasak tu.. susunan menu mengikut cuaca dan mood hehee.. kalau panas di luar tu... maka berair ler masakan i tengahari tu ekk.. kalau tak pun kering-kering jerk camtu.. musim hujan pun macam tu jugak... tetiba terfikir.. 'MAKAN UNTUK HIDUP? ATAU HIDUP UNTUK MAKAN?? hentah ler ekk.. kalau kita tak makan, macam mana nak cari rezeki.. kalau kita mogok lapar.. siapa yang nak beli daging dan ikan di pasau tu... udah ler tu jangan pening-pening kepala lagi ekk.. i sentiasa akan share dengan you all cadangan hidangan yang sesuai untuk keluarga ekk.. yang mana tak berkenan tu sila ler abaikan...nama sahaja manusia tetapi cara tetap berbeza yer tak? tiada paksaan hanya memberikan cadangan dengan CARAKU.. khas buat teman-teman yang ku hormati sekalian alam... wallahualam... psst.. hari ni Sabtu.. so minum petang ni awal-awal i dah bikin ekk.. apa tu shasha??? tunggu petang nanti ekk..:):) selamat bercuti hujung minggu... i tak bercuti sebab banyak kerja penulisan yang harus ku selesaikan... :):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SUP DAGING REBUS
Bahan-bahan DIKISAR HALUS :
  • 1 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar lada putih
  • 1 peket serbuk sup (sha guna adabi)
Bahan-bahan lain :
  • 1/2 kg daging ~ potong nipis dan rebus sehingga empuk bersama sedikit garam dan pecahkan sedikit halia
  • 1 batang karot ~ potong memanjang
  • 3 biji kentang ~ belah 4
  • 1 batang celery ~ potong kecil
  • daun sup untuk tabur dan juga bawang goreng
CARA MEMASAK :
  • campurkan kesemua bahan-bahan yang di kisar ke dalam baki air rebusan daging
  • renehkan sehingga mendidih
  • masukkan daging, kentang , karot dan celery 
  • renehkan sehingga kentang empuk dan kuah pekat
  • sesuaikan rasa angkat dan taburkan dengan daun sadri dan bawang goreng!
TENGGG!!! TARRAAA!!!
SUP DAGING REBUS
Mudah aje tu kan??? tak perlu di tumis, jimat minyak dan kesihatan juga terjamin.. cewahh! usah pulak ko bedal sebanyak idak ekk.. cukup bulan gi cek sepital! hehee... selamat menjamu selera kengkawan semua...:):)
MENU TENGAHARI SABTU 5HB MARCH 2011 :
  • SAYUR PAK CHOY GORENG KICAP
  • SUP DAGING REBUS
  • SAMBAL IKAN BILIS
  • IKAN MASIN SEPAT
  • ULAMAN JERING DAN PETAI
SELAMAT MENJAMU SELERA!!

TATA!!!



SAYUR PAK CHOY GORENG KICAP

 
SAYUR PAK CHOY GORENG KICAP

Cuaca panas mencetang cenggini usah ko masak susah-susah penghabisannya memang tak luak sayur yang di masak tu ekk... ulaman harus lebih. So hari ni i masak simple aje ekk... Sayur Pak Choy yang segar tu i goreng simple idak ekk... i pulak kalau menggoreng sayur jarang guna perencah, contohnya ikan bilis ke.. udang ke.. kekadang aje i buh. Pada i sayur ni dia dah ada rasa tersendiri.. memadai dengan bawang putih aje dah sedap! pulak i memang pencinta bawang putih kerana khasiatnya memang bagussss!!! gi jengah google search for garlick.. i tell you antara khasiat bawang putih ianya menjauhkan anda dari kanser... walluhalam... and much more Good about garlick... that's it...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SAYUR PAK CHOY GORENG KICAP

Bahan-bahannya :
  • 1 peket sayur pak choy atau sawi Jepun/cina ~ cuci bersih dan potong dua
  • 5 ulas bawang putih ~ dadu
  • 1 biji bawang kecil ~ hiris
  • sedikit minyak bijan
  • sedikit kicap soya cair
  • 1 tangkai lada merah ~ hiris
Cara memasak :
  • Panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bawang putih, bawang merah dan lada merah sehingga layu
  • masukkan batang sayur pak choy dan gaul rata
  • masukkan sayur pak choy dan renjiskan dengan sedikit kicap soya cair dan minyak bijan
  • sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAAA!!!!
SAYUR PAK CHOY GORENG KICAP
Mudah aje kan.... minyak nak kena panas betul-betul baru di tumis. masukkan sayur dan angkat! itu petua untuk goreng sayur segar dan enak! selamat mencuba!!
MENU TENGAHARI SABTU 5HB MARCH 2011 :
  • SAYUR PAK CHOY GORENG KICAP
  • SUP DAGING REBUS
  • SAMBAL IKAN BILIS
  • IKAN MASIN SEPAT
  • ULAMAN JERING DAN PETAI
SELAMAT MENJAMU SELERA!!

TATA!!!

SANDWICH TELUR DAN CHEESE BAKAR

 
SANDWICH TELUR DAN CHEESE BAKAR

Muahahaa.... jarang i share resipe breakfast di blogs padahal everyday dapur tu mesti akan menyediakan breakfast atau sarapan pagi buat gengs2 si rumah tu ekk.. pagi ni i share jugak sebab... rasanya rugi betul... tak share.. selalu buat sandwich untuk breakfast tak pernah snap gambar.. so today energy ada terlebih rajin.. sebab i sayang kat you pun yer jugak... so tak ler sarapan pagi tu asyik nasi goreng aje yer tak... amalkan memakan sarapan roti di pagi hari... dengan cheese dan juga telur... kaya dengan kalsium, serat dan vitamin..... so gengs yang nak bertugas dan ke sekolah tu segar dan bertenaga.. Insyallah jika ada kelapangan akan i sharekan resipe sarapan pagi setiap hari di rumah i ni ekk.. untuk apa??? sekadar berkongsi kepada semua... sayang semua... kecuali kaum adam hehe...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!
SANDWICH TELUR DAN CHEESE BAKAR
 
Bahan-bahannya :
  • 5 biji telur ayam ~ rebus dan sejukkan terlebih dahulu
  • 70gm mentega
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kepingan cheese
  • 1 buku roti putih sandwich
CARA MENYEDIAKANNYA :
  • hancurkan telur dan mentega sehingga sebati
  • taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam
  • sapukan adunan telur ke atas roti dan letakkan sekeping cheese di atasnya
  • lakukan sehingga habis
  • potong dua/ menyerong
  • bakar di dalam ketuhar selama 5 minit atau keperangan
  • angkat dan hidangkan!
 TENGGGG!!! TARRRAAAA!!!!
SANDWICH TELUR DAN CHEESE BAKAR


Mudah aje kan??? kenyang You... for me setengah keping tu aje dah cukup mengenyangkan! selamat bersarapan bersama keluarga tersayang!!! menu tengahari nanti semestinya simple dan enak! tungguuuu!!!

TATA!!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ