ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, March 5, 2011

SAYUR PAK CHOY GORENG KICAP

 
SAYUR PAK CHOY GORENG KICAP

Cuaca panas mencetang cenggini usah ko masak susah-susah penghabisannya memang tak luak sayur yang di masak tu ekk... ulaman harus lebih. So hari ni i masak simple aje ekk... Sayur Pak Choy yang segar tu i goreng simple idak ekk... i pulak kalau menggoreng sayur jarang guna perencah, contohnya ikan bilis ke.. udang ke.. kekadang aje i buh. Pada i sayur ni dia dah ada rasa tersendiri.. memadai dengan bawang putih aje dah sedap! pulak i memang pencinta bawang putih kerana khasiatnya memang bagussss!!! gi jengah google search for garlick.. i tell you antara khasiat bawang putih ianya menjauhkan anda dari kanser... walluhalam... and much more Good about garlick... that's it...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SAYUR PAK CHOY GORENG KICAP

Bahan-bahannya :
  • 1 peket sayur pak choy atau sawi Jepun/cina ~ cuci bersih dan potong dua
  • 5 ulas bawang putih ~ dadu
  • 1 biji bawang kecil ~ hiris
  • sedikit minyak bijan
  • sedikit kicap soya cair
  • 1 tangkai lada merah ~ hiris
Cara memasak :
  • Panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bawang putih, bawang merah dan lada merah sehingga layu
  • masukkan batang sayur pak choy dan gaul rata
  • masukkan sayur pak choy dan renjiskan dengan sedikit kicap soya cair dan minyak bijan
  • sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAAA!!!!
SAYUR PAK CHOY GORENG KICAP
Mudah aje kan.... minyak nak kena panas betul-betul baru di tumis. masukkan sayur dan angkat! itu petua untuk goreng sayur segar dan enak! selamat mencuba!!
MENU TENGAHARI SABTU 5HB MARCH 2011 :
  • SAYUR PAK CHOY GORENG KICAP
  • SUP DAGING REBUS
  • SAMBAL IKAN BILIS
  • IKAN MASIN SEPAT
  • ULAMAN JERING DAN PETAI
SELAMAT MENJAMU SELERA!!

TATA!!!

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ