ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, February 28, 2011

MENU DAN RESIPE MAJLIS ULANG TAHUN KEKANAK RIANG DANISH (7) DAN WONTA (4)

 
MENU DAN RESIPE MAJLIS ULANG TAHUN
KEKANAK RIANG
DANISH (7) DAN WONTA (4)

Tu dia... muncung aje mulut anak dak shelly yang nama Wonta tu ekk... dengor cerita basah kek yang i buat kan untuk mereka berdua tu hehe.. tapi lilin tetap tak padam! tu dia.. mukadimah kali ni ekk.. cerita tak leh panjang lebor.. kerana kepenatan yaa... amat! dua hari berturut-turut memasak ekk... kepuasan melampaui segalanya i tell you... so kali ni i nak share dengan you all menu untuk majlis kekanak riang ekk.. tadi majlis untuk para remaja... kalau majlis kekanak lagi meriah pemakannya ekk... kalau berat pun khas untuk para ibu dan ayah kekanak riang tu yang hadir... tak ada idea nak taip apa lagi seriously memang kepenatan! so jom! kita tengok apa juadah yang sesuai untuk majlis kekanak riang ekk.. sekadar memberi idea.. tak sesuai sila abaikan... **segala menu dan masakan segalanya i masakkkan untuk my beloved sista dak shelly tu ekk.. khas untuk anak-anak kesayangannya merangkap juga anak saudara kesayangan i... pendekkan cerita i sayang semua sekali ler.. termasuk ler you all.. kecuali kaum adam oke..:):):)

JOM!!! JENGAH!!!

 NUGGETS! hah.. ni memang sinonim kalau ada jamuan hari jadi kekanak ekk... ni si shelly ler yang menggorengnya dengan pemantauan my neng naya! haha... dia tu apa tau...makan tau ler... kalau shelly terbaca N3 i ni aje memang hehee...
 sambal tumis ikan bilis... resipe dah pernah keluar.. sila geledah di bawah lebel ikan bilis kalau tak silap ekk.. sambal tumis ni untuk di lawankan dengan mee goreng yang i buat tetapi gambar mee goreng tu alahaii... sipi-sipi aje tukang snap gambor tu ekk... anggornya lapo! hehe
sandwich sardin... yang ni pun memang sinonim kalau ada birthday kekanak riang ekk. sha punya sandwich sardin memang simple.. you all mesti cuba ni kalau buat bday kekanak riang ekk.. tak pedas dan jimat belanja.... resipe shasha share ringkas aje ekk.. you all pepandai ler menokok tambah ikut suka...

Bahan-bahannya :
  • bawang merah ~ dadu
  • bawang putih ~ dadu
  • limau kasturi ~ ambil jusnya
  • lada merah ~ dadu dan buang biji (elakkan pedas demi kekanak riang)
  • sardin dalam tin ~buang kuah sos yang ada dan hancurkan
Cara menyediakan :
  • gaul rata segala bebahan di atas 
  • panaskan sedikit minyak dan setelah itu masukkan bahan-bahan yang telah di campur tadi
  • gaul rata dan biarkan kering sebentar
  • sesuaikan rasa angkat dan sejukkan terlebih dahulu
  • ambil roti dan sapukan dengan mentega kemudian sapukan dengan inti sardin
  • tangkup dua keping roti, buang kulit tepi dan hidangkan!
MARCARONI BAKAR
Bahan-bahannya :
  • markaroni ~ celur sehingga empuk dan toskan
  • telur
  • bawang kuning ~ dadu
  • bawang putih ~ dadu
  • lada hijau ~ dadu
  • daun pudina ~ dadu
  • daging burger atau daging kisar
  • telur
  • susu cair
  • garam secukup rasa
  • cheese
  • serbuk rosemary
  • **mungkin ada yang tertinggal tak per nanti sha masak lagi sekali dengan sukatan biasa.. sha share dengan you all ekk..
Kesemua bahan-bahan di atas di campurkan sehingga sebati. masukkan ke dalam dulang pembakar yang telah di oles dengan sedikit  mentega. masukkan adunan markaroni ke dalam dulang pembakar dan taburkan dengan serbuk rosemary dan taburkan dengan cheese. bakar selama 20 minit atau keperangan. (**RESIPE DENGAN SUKATAN TEPAT NANTI SHASHA SHARE DI LAIN KALI, TAK SYOK BAGI RESIPE TANPA SUKATAN YANG TAK TEPAT.. SEBAB I MAIN PAKAI ANGGAR LEBIH DAN KURANG AJE... UNTUK RESIPE TEPAT NANTI I SHARE DENGAN YOU ALL.. TAKKAN YOU ALL NAK TRY BUAT DENGAN SUKATAN 3KG MARKARONI YER TAK? hehhe.. apa pun resipe dah bagi... yang mana biasa mengagak tu boleh ler anggorkan sendiri ekk..) cayang you all...:):)

AGAR-AGAR BUAH CAMPUR
sukatan resipe dah pernah di share sebelum ini hanya tukar isi di dalamnya.. so you all tolonglah berhenti dari memborong JELLY segera di kedai tu ekk.. try buat sendiri lebih muai dan lebih enak..
ahah! masih lagi dalam chiller tu.. kek birthday Danish yang ke (7) pun i buatkan kiranya sponsor ler ni hhe... resipe kek coklat dengan sapuan chocolate ganache i dah pernah share.. so please ler geledah sendiri ekk...
masih juga dalam chiller... kek birthday Wonta yang ke (4) juga resipe kek coklat yang sama... nanti ambil ler resipe dari label di bawah nama kek.... atau untuk topping chocolate ganache tu you all jengah di label 'majlis ulang tahun aminmustaqiim shah (17) i ada share di situ...
 tu dia birthday boy.. ala-ala gembira gitu ekk.. i lagi ler suka.. walaupun i tak menghadirkan diri sepanjang majlis berlangsung kerana kepenatan hehe.. dok umah pengsan!
 kek kekanak riang mesti ler colorfull... buh ler coklat M&M tu berbanyak ekkk....
kekanak memang suka biskut oreo... so i buh biskut oreo... suka ler kekanak tu ekk...
 hah! tu ler dia mak kekanak riang tu ekk.. sibuk mengagihkan kek! dengor cerita naik sampai 200 orang yang hadir! makanan sama rap selesai! Syukur Alhamdulillah... kalau tak cukup pun i tak boleh buat apa sebab pengsan dah kat umah masa tu hehe....

tu dia dengan periuk sekali naik atas meja oke! kalau i ada masa tu sure telinga dak shelly adik i tu dah kena piat 400'C oke! tang presentations jangan memain dengan akak dia ni.. pantang periuk naik atas meja oke... mujur i tak de masa tu.. gambar ni pun Amin yang snap.. bila nak edit gambor ni baru ternampak! terlopong jugak ler sekejap.. ehhe.. apa pun segalanya berjalan dengan lancarnya.. dengornya hadiah naik sampai 5 bakul! Syukur Alhamdulillah.. dengan niat???? menjamu tetamu dan bersedekah itu sahaja... tiada niat lain... okay rasanya cukup ler ekk.... ada jugak gambar yang shasha tak share di sini sebab Amin anak kesayangan shasha tu amik tak berapa elok..... ada lagi bermacam jenis juadah..... MEE GORENG yang i masak tetapi gambar tak elok.. habis semuanya... jiran tetangga shelly pun ada bagi beberapa jenis kuih-muih.. Moga ALLAH MELIMPAHKAN SEGALA RAHMAT BUAT MEREKA SEMUA... AMIN.... :):)

TATA!!

psst.. tomorrow back to normal.. Insyallah ada lagi menu hidangan harianku buat keluarga tersayang.. dengan caraku........ terima kasih kepada semua yang tak jemu singgah di blogs shasha ni ekk.. cayang awak semua... khas untuk kaum hawa sahaja...:):)




MENU DAN RESIPE ULANG TAHUN AMINMUSTAQIIM SHAH 17TH PADA 26 FEBRUARI

 
MENU RESIPE ULANG TAHUN AMINMUSTAQIIM SHAH 17TH PADA 26 FEBRUARI
Syukur Alhamdulillah... seperti yang di rancangkan pada 26 hb Februari 2011 tepat jam 4 petang akhirnya terlunas jua majlis ulang tahun anak kesayangan yang sulong Aminmustaqiim Shah yang ke 17 tahun. Majlis berjalan dengan lancar... di hadiri lebih kurang 40 orang remaja yang meraikan majlis ulang tahun anak kesayangan i tu ekk... cerita sepanjang majlis tu nanti i share di blogs yang lagi satu... tu.. tu.. nanti you all jengah ler ekk.. ekk.. >>> 

Sekarang ni i nak share dengan you all menu dan resipe sepanjang majlis ulang tahun tu ekk.. yang mana resipe pernah di share sebelum ni.. silalah geledah aje di mana-mana lebels resipe masakan i tu ekk... okay sebelum nak membuat sesuatu majlis tu, tak kiralah majlis apa pun... di bawah ini shasha share ler sedikit tips yang you all boleh jadikan panduan, walaupun tak ler superb mana pun janji i share jugak ilmu dan tips berguna kepada semua ekk. yang mana tak berkenan tu sila ler abaikan ekk.. okay kalau majlis ulang tahun remaja ni, semestinya tak sama dengan majlis ulang tahun kekanak riang ekk.. malah sebenarnya majlis para remaja ni lebih meriah kalau you all nak tahu. Kenapa??? sebab yang meraikannya adalah para remaja, dah dewasa semuanya..semuanya sporting... kita pun kenalah sporting jugak oke.. dalam sporting tu sentiasa awasi mereka jugak... so makanan yang di hidangkan pun semestinya ringkas dan matang sikit cewahhh.. i paling suka meraikan majlis yang di hadiri oleh para remaja.... tu nanti i cerita dan share gambar2 sepanjang majlis tu di dalam blogs yang i taip di atas tu ekk.. so untuk menu ulang tahun Amin ni i buat BBQ sahaja, simple dan semestinya para remaja tu kenyang dan seronok memanggang BBQ sambil bergurau senda.. cewahhh!

JOM!! SALIN RESIPE!!

CHOCOLATE CAKE
Untuk Birthday cake... i buat kek chocolate.. resipe dah ada.. i buat 4 adunan sekaligus! (kenapa banyak sangat?? sebab pada 27hb keesokkan harinya Adik kesayangan i pulak buat birthday anak dia so i bancuh sekali ekk...) bakar awal petang sehari sebelum majlis berlangsung.. resipe dah di keluarkan sebelum ini.. sila geledah ekk.. bila bancuh awal, Sejukkan dahulu... buat kek awal juga dapat mengelakkan perkara yang tidak di ingini, contohnya jika kek rentung..sempat lagi nak bancuh kek lagi ekk.. harap jangan ler rentung, membazir satu hal kang emosi ternganggu.. cewahhh...pastukan.. i buat ler toping...

CHOCOLATE GANACHE

Untuk toping kali ini i buat toping CHOCOLATE GANACHE... enak dan memang sesuai di gandingkan dengan kek Chocolate... kalau di Kedai kek yang termahsyur tu.. ini ler toping yang di gunakannya untuk toping atas kek tu ekk.. memang ler mahal sedikit tetapi.... keenakkannya.. sehingga hilang biji mata hitam ekk.. kalau tak percaya cuba!

BAHAN-BAHANNYA :
  • 500 gm Dark Chocalate (shasha guna brands Van Hauten)
  • 470 ml heavy cream
  • 200gm mentega
  • 3 sudu besar perisa vanilla
CARA MENYEDIAKAN :
  • double boiler ~ cairkan chocolate sehingga cair 
  • masukkan mentega dan cairkan, gaul rata
  • keluarkan dari double boiler
  • masukkan cream dan putar sehingga sebati
  • simpan dulu di dalam chiller
  • setelah sejuk topingkan di atas kek!
di atas tu kek birthday Aminmustaqiim Shah.... sebelum di toping...
kek Aminmustaqiim Shah selepas di toping.... dengan Chocolate Ganache... masa nak menoping ni hanya i sendiri sahaja dok di dapur ekk.. pstt.. sambil calit-calit cekelat ehhee..(KETENANGAN YANG MAKSIMUM AMAT DI PERLUKAN! KALAU EMOSI TERNGANGGU KANG ADA GUPER BELACAN BAKAR KEK TU I KERJAKAN EKK.. TIPS PALING UTAMA... COOL DAN TENANG BERSAMA SI CEKELAT YUMMYY!!!)

TENGGG!!! TARRRAA!!!!
CHOCOLATE GANACHE!! FOR AMINMUSTAQIIM SHAH BIRTHDAY!!!

 'PEACH JELLO' JELLO PEACH'
 
Untuk dessert atau pencuci mulut... i just buat 'PEACH JELLO' simple dan mudah.. sukatan macam biasa.. hanya tambahkan buah peach di dalamnya... resipe telah ada sebelum ini ekk... sila geledah.. Untuk majlis birthday party elakkan dari membuat juadah yang berkuah.. leceh dan panjang cerita.. so just buat cenggini aje ekk... kalau majlis kenduri-kendara, juadah berkuah sesuai ler sebab yang hadir di majlis tu pun para veteran so berkuah tak sesuai untuk majlis remaja...

CHOCOLATE TRIFLE
Dessert ni shasha buat untuk meja VVIP.. yang terdiri dari usia 30 ke atas hehee.. so resipe Trifle pun dah pernah share sebelum ni sila geledah ekk.. still tak berkuah tetapi lembut dan lemak aje.. masam-masam manis gitewww.. sebab shasha buh fruits cocktail sebanyak idak..

Okay dah masuk bab makanan berat dah ekk.. shasha mulakan dengan hidangan BBQ para remaja ler dulu ekk.. sebelum tu nak minta maaf bebanyak ada gambar yang tidak di snap dengan sempurna dan perkara ini kerap-kali berlaku ler ekk. apa taknya.. bila tangan dan penuh dengan bebahan di dapur tu.. buat kerja pulak serius aje... ada juga bebarapA gambar yang tidak sempat di snap.. kiranya gambar kurang sempurna ler ekk.. okay jom! redah!

HIDANGAN PARA REMAJA!!!
BBQ

GARLIC BREAD
GARLIC BREAD... sha mengerjakan garlic bread ni petang hari sebelum majlis. sapukan di atas roti perancis yang telah di potong setebal 1 inci kemudian tangkup dua dan susunkan dalam tupperware yang kedap udara kemudian simpan elok-elok di dalam chiller... resipe dah pernah di keluarkan sebelum ini... bila para remaja tu ber BBQ mereka tinggal tumpukkan aje atas bara tu dan lepas tu terus ngap! mudah aje kan..
MUSHROOM SOUP
Kalau dah ada Garlic Bread mesti ler ada Mushroom Soup.. kang ada terbengil remaja tu ekk.. so shasha buatkan Mushroom Soup... Mushroom soup ni shasha bancuh satu jam sebelum majlis bermula.. senang bebenau ekk..

Bahan-bahannya (untuk potion 6 orang makan) kali gandakan jika untuk membuat jamuan :
  • 55 g butter
  • 150 g chopped shiitake mushrooms (dalam tin)
  • 2 biji bawang merah kecil ~ dadu
  • 1 batang celery ~ dadu kecil
  • 15gm tepung gandum
  • 500ml stok air rebusan ayam
  • sedikit serbuk lada hitam
Cara memasak :
  • Panaskan mentega di dalam periuk dan tumiskan bawang merah kecil sehingga keperangan dan masukkan cendawan dan celery kacau rata
  • masukkan tepung gandum dan kacau rata
  • masukkan stok air rebusan ayam dan kacau rata
  • sentiasa kacau sehingga pekat dan taburkan dengan sedikit serbuk lada hitam
  • angkat dan hidangkan!!
JAGUNG BAKAR
 
Jagung bakar.. cerita di sebalik jagung bakar tu.. bukan main seronok lagi you.. nanti you all jengah ler di blogs yang i taip di atas tu ekk.. tengok tu berebut remaja riang tu berebutkan jagung tu akk.. ekk..
Bahan-bahannya :
  • Jagung manis, segar dan belum tamat tempoh hehe..
  • 1 buku mentega untuk sapuan di atas jagung tu
  • dah tu jerk.. untuk resipe jagung bakar...
  • selepas tu panggang ler atas bara tu ekk... memang syiok!!!
 

 AYAM PANGGANG BLACK PEPPER
 
Hah! ini ler yang i mengadu kat atas tadi tu.. gambar tak di ambil dengan sempurna semasa di perap tu ekk.. tapi tak per.. bukti AYAM di panggang atas bara tu tetap ada... okay.. shasha hanya beli kepak ayam sahaja... dekat 10kg.. dengan motto... makan ler korang nak aii.. jangan berebut! ada pelbagai jenis dan resipe BBQ ayam ekk.. kali ni shasha share yang simple dan rasanya tetap enak!

Bahan-bahannya :
  • kepak ayam
  • bawang merah ~ dadu
  • bawang putih ~ dadu
  • lada hitam ~ tumbuk kasar
  • sos tiram
  • kicap cair
  • sos kikoman
  • sedikit garam
Cara memerap :
  • kepak ayam cuci bersih
  • kemudian gaulkan rata kesemua bahan-bahan di atas tu... selama lebih kurang 3-4 jam.. shasha buat semalaman. selepas perap simpan kat chiller.. dah siap! tinggal di BBQ sahaja..
 MEE HOON GORENG
Sha buat simple aje.. ekk.. sha bubuh bebanyak fish cake... sekarung sha goreng, jam tu gak selesai! resipe pun dah pernah keluar sila geledah...:):)
 UNTUK MEJA VVIP (DEWASA)
Meja VVIP ni maksudnya untuk meja bukan remaja ler tetapi dewasa hehe... i tak join group ni ekk. i tergolong di dalam kumpulan remaja hehe.. okay menu simple sahaja... masakan lauk harian.. resipe pun semuanya shasha dah pernah keluarkan dalam blogs so kalau berminat nak mencuba tu.. sila ler geledah ekk..

TEMPEH GORENG BEREMPAH

 IKAN GORENG TEMPURA (RANGUP DAN ENAK)
RESIPE TELAH BERADA DI DALAM LABELS SEBELUM INI... SILA GELEDAH
 IKAN MASIN PELBAGAI JENIS
ASAM PEDAS IKAN MERAH 
(GAMBAR ASLI TAK SEMPAT SNAP)

SAMBAL BELACAN & ULAMAN


PISANG DAN NENAS SEBAGAI PENCUCI MULUT TAMBAHAN DI MEJA VVIP

okay rasanya cukup tu aje kot.. walaupun ada yang tertinggal...  sayur chap chai ler.. nenas ler apa ler.. gambor pun tak de, kang berbuih cerita gambar tak de yer tak.. hehe.. okaylah teman-teman semua.. sekadar berkongsi apa yang nyata dan mungkin juga next time you all nak buat apa jua majlis bolehlah ikut jerk menu shasha ni.. jimat, ringkas dan semestinya jimat belanja.. ingat satu sahaja.. bila kita membuat makan-makan kena ler ikhlas... dengan niat menjamu tetamu dan bersedekah.. lain tak de! selain seronok dapat berkumpul dan berkenalan dengan anak-anak kawan kita tu ekk... dan jangan tak tahu.. semua para remaja yang hadir itu adalah anak-anak angkat shasha.. memang rapat dan sering dan selalu memasak di rumah untuk mereka semua.. tanpa rasa jemu.. malah bertambah sayang macam anak shasha sendiri... i love kids...:):):) wassalam... jangan lupa jengah di blogs shasha yang satu lagi tu ekk.. aktiviti sepanjang majlis ulang tahun AMINMUSTAQIIM SHAH YANG KE 17 TAHUN!!! dalam pukul 2 dah ada kot.. sha up date di sini ekk.. >>>>  

TATA!!!

PSST... SEBENARNYA ADA SATU LAGI PAKEJ JAMUAN MAJLIS ULANG TAHUN KEKANAK RIANG DI BAWAH USIA 10 TAHUN KE BAWAH pada 27HB FEBRUARI, SHASHA JUGAK YANG MEMASAK.. NANTI LER BILA FREE I SHARE THE MENU AND RESIPE.. BAGI I REST DULU OKE... STAY TUNE!! BY TODAY JUGAK I MASUKKAN... SO TOMORROW BACK TO NORMAL ROUTINE... TAKE CARE!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ