ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, September 20, 2012

Nasi Goreng Ikan Bilis



Assalammualaikum.. :)

Masak simple je hari ni. Ikutkan nak goreng spagethi aje. 
Abang Aemir pepagi hari dah pesan dia nak makan nasi goreng untuk lunch.
Dahlah hati ni risau, takutkan dia kempunan kat sekolah. ;))

So masak lah nasi awal pagi. Masak je terus sejukkan. 



Nasi goreng simple aje.. tak ada pun menumbuk bagai.

Segalanya main pakai hiris. dahh.. siappPppp

sedap ngko aii :))

Nasi Goreng Ikan Bilis


2 genggam ikan bilis *goreng dan ketepikan

*ketepikan sedikit untuk tabur di atas nasi* :D

BAHAN LAIN :

4 cawan nasi sejuk
2 biji telur *kocok
8 tangkai cili padi siam *merah *hiris
garam
serbuk lada sulah
sedikit maggie seasoning
minyak



BAHAN HIRIS / TUMIS :

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang celery *dadu

CARA :

Panaskan sedikit minyak.
Masukkan *BAHAN HIRIS/TUMIS* tumis sehingga bawang layu.
Masukkan cili padi.
Masukkan telur dan kacau sebati.
Tambahkan garam, masukkan nasi dan ikan bilis.
Renjiskan dengan maggie seasoning dan serbuk lada sulah.
Setelah masak. Taburkan dengan baki ikan bilis dan hidangkan bersama telur goreng, keropok ikan dan hirisan timun!

TARRRA!!!!!!

Nasi Goreng Ikan Bilis



nampak aje kelernya pucat aje giteeww kan kan? jangan memain.. pedas berapi tu yangg.. aii.. :))


i tak renjiskan minyak bijan. Sebab tak nak nasi ikan bilis rasa macam nasi goreng cina :D


Psstt.... keropok ikan jangan lupa!

Krupppp! KraPPp bunyi dia :))

Sekian sahaja..

Jumpa nanti!


Assalammualaikum... *tak jawab dose* :D

TATA!!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ