ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label DESSERT MELAYU ~ BUBUR/BERKUAH. Show all posts
Showing posts with label DESSERT MELAYU ~ BUBUR/BERKUAH. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Pengat Keladi... Mengidam ehem! ehemm! yaa.. giteewww



Siapa suka pengat keladi?? Kenyit mata kiri... yaa.. camtu... ;))

Siapa tak suka pengat keladi?? atau apa jua pengat pun??? yaaa... tak perlu buat apa-apa pun.. ya giteeww ;))

Okay.... masih lagi resipi ringkas.. snap gambar pun seringkas yang boleh... cuma bila menyudu ke mulut tu je yang tak ringkas.. laju kemain lagik! muahahaa.... :D

Assalammualaikum... apa khabar semua? << sesekali bagi salam selepas intro... :D

Okaylah... sekarang ni masih busy... so kita terus sahajalah ke resipi mudah dan teringkas di dunia ni ler yerk... semua orang dah tahu.. tak pe.. tak pe.. i share lagi.. khas buat semua yang dah lama tak buat pengat keladi... :)
 

PENGAT KELADI

BAHAN-BAHANNYA :

500 gm keladi *kupas kulit dan potong dadu jangan terlalu kecil
700 ml santan pekat
2 helai daun pandan *siat dan simpul
120 gm gula pasir
45 gm gula melaka
2 cubit garam halus

*air secukupnya untuk merebus keladi

CARA :

  1.  Rebuskan keladi yang telah di potong dadu sehingga empuk dan toskan airnya.
  2. Tuangkan santan ke dalam keladi. 
  3. Kemudian masukkan gula pasir, gula melaka daun pandan dan garam.
  4. Renehkan dengan api kecil dan sentiasa di kacau sehingga gula larut dan kuah agak pekat.
  5. Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!
TARAAAAA!!!!

PENGAT KELADI


Musim panas di kampung i sekarang ni..
tetiba sahaja tekak meronta minta pengat keladi.. tu yang i buat..
lega rasanya.... psst.. ramai yang tinggalkan pesanan kat inbox FB i..

antara soalan cepu gangsa yang mereka tinggalkan buat i.. untuk di jawab... dan i jawab di sini... ya cik adik-adik semua...

soalannya berbunyi begini..

"Kak Sha ari tu saya ternampak Kak Sha.. tengah shopping... :D err... Kak Sha sedang berbadan dua yaa??? anyway kalau betul.. Congratss!!!!!!" <<< dia ada taip love tapi kat sini tak dapat ler i nak share muahaha...

jawapan dari hakak yaaa adik yang begitu prihatin ;))*namanya tak perlu dirahsiakan :P

"Dik.. betul ke Hakak nampak seperti ibu yang berbadan dua???? Fullamakkk.. bestnya.. psstt.. sayangnya.. mungkin yang adik ternampak membukit tu lelemak akak dik!"

Muahahaa... hadoii.. memacam lagi yang tinggalkan pesanan.. nanti i share lagi ler hehehe...



Sekian dulu.. Jaga diri.. ada kelapangan nanti i share lagi resipi teringkas di dunia ekkkk..... ;)

Assalammualaikum...

TATA!!   

Friday, February 8, 2013

Bubur Pulut Hitam


Assalammualaikum... :)

Selamat petang.. tu dia.. semalam tenggelam.. hari ni timbul lagi!

Cak! Cak! ;))

Hidangan minum petang fav i.. soOoo.. i buat bubur pulut hitam sebab tekak  ni terhinginnn ler sangat nak makan!!

Sendiri teringin, sendiri bikin... makan reramai.... :D


Petang ni kita terus sahajalah ke resipi minum petang kita yaa..

dan gambar yang i snap ni dan juga resipi yang semua orang dah tahu... akan i kongsikan di dalam sebuah majalah masakan yang sangat terkenal... tapi i share dulu di sini..

sebab apa?? sebab i care.. cecewahhh.... ;)

BUBUR PULUT HITAM

bahan-bahannya :

2 cawan beras pulut hitam *rendam selama 3-4 jam atau semalaman dan rebus sehingga kembang
500 ml santan pekat
200 ml air
1 buku gula melaka
100 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan *ikat dan simpul

UNTUK SANTAN PEKAT *Pekat

200 ml santan pekat
secubit garam halus
1 helai daun pandan

Campurkan santan pekat bersama secubit garam halus dan daun pandan. Didihkan sebentar dan sejukkan terlebih dahulu sebelum di hidangkan bersama bubur pulut hitam.

CARA :

  1. Campurkan pulut hitam, air dan santan pekat. Renehkan sebentar.
  2. Masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan.
  3. Renehkan sehingga gula larut dan kuah pekat.
  4. Angkat dan hidangkan bersama kuah santan pekat. 
TARRAA!!!

BUBUR PULUT HITAM


Sekian dulu.. selamat bercuti.. jaga diri..

Assalammualaikum..

TATA!!

Thursday, October 4, 2012

Pengat Ubi Dan Keledek SlurPpp



Assalammualaikum.. :)

Menu minum petang i tadi bersama Bonda.. yang lain di rumah ni tak reti nak makan pengat! apasal? hentah! :)) tak pe.. tak pe.. lepas masak aje pengat tu terus i hantarkan ke rumah jiran kanan dan kiri.. depan tak de jiran! parit ada laa... :))



Tu dia.. saki-baki ubi yang bonda beli dari jiran i.. ada lagi 3-4 buku..

dan dah ku buatkan pengat tadi.. ada lagi tinggal 2 buku beSORRR naa... itu esoklah pulak yerk :D

Bonda cakap ubi tak boleh simpan lama nanti masuk angin.. so i buatkanlah.. fav bonda kesayangan i :D sekarang ni menu ikut tekak my bonda.. apa dia teringin i masakkan.. badan bonda camtu gak.. i?? muahahahaa... tak berani nak panjat penimbang cik kak aii.. ;))

Pengat Ubi Dan Keledek 


keledek pun masih ada berbaki.. so i campurkan sekali.. mau tak sedap! kedua-duanya berserat wahh!!

daun pandan comey-momey tu petik dalam pasu. Padahal baru nak tumbuh huhuu... :D malas nak melompat longkang boleh giteeww ;)

Pengat Ubi Dan Keledek 


1 buku gula melaka *saiz kecil
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan *siat halus dan simpul
300 ml santan pekat + 300 ml santan cair
sedikit garam


hiris gula melaka untuk jimat masa memasak ;)


Anggaran 400 gm ubi kayu *potong kecil
Anggaran 350 gm keledek *potong kecil

Cara :

rebuskan terlebih dahulu ubi kayu sehingga separa masak.
Baru masukkan keledek dan masak sehingga empuk dan toskan.
Masukkan santan, gula pasir, gula melaka, garam dan daun pandan dan renehkan sehingga gula hancur.
sentiasa di kacau dan api kecil.
Setelah mendidih *sentiasa kacau jangan sampai pecah minyak* baru masukkan keledek dan ubi kayu!
angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Pengat Ubi Dan Keledek 


SlurPPpppp ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
hirup pulak time musim panas macam sekarang ni.. perghh...
Tinggal mata putih! i tell you!
 @_________#


Sekian sahaja.. perkongsian hari ini..

Jumpa Nanti, jaga diri..

Assalammualaikum..

TATA!!


Monday, May 21, 2012

Serawa Durian Khas Buat Bonda Tersayang... i love Bonda!


Assallamualaikum...
 Selamat malam semua rakan blogger baru dan lama...
Hari ni badan tak sihat sangat.. agaknya semalam terkena hujan.. semenjak dua menjak ni.. fragile betul! :))
berjemur tengah panas sikit... demam.. kena hujan sikit demam.. teringat kata-kata Sifu ketua editor i tu..kalau dia call.. pulak bila dia called tu i mesti tak berapa sihat.. nanti dia cakap macam ni..

"Faktok usia.. tu Shahriah!"

yaa.. faktorlah sangat yerr :))


macam mana tak sihat pun.. i ni jenis memang bukan jenis orang yang reti dok diam...
bila sakit tu ler semakin luar biasa rajinnya :))

pulak bonda tersayang ada di rumah ni hah! bukan selalu dapat bermanja yaa tak?
wahh.. awal-awal memang dah plan.. bila bonda ada.. masa nilah nak buat pemakan yang boleh makan berteman... apa lagi.. Serawa Durianlah..
minggu lepas beli durian.. nak tunggu buah durian atas pokok tu alahaii baru besar penumbuk..
nanti i share gambar ekk.. gerenti lepas ni manjang menu durian aje... :))


inilah dia Bonda kesayang i... comey tak?? cute kan ;)

putih melepak.. ada mix chinese tu yaa.. selebihnya.. melayu.. jawa langsung tak ada.. Arwah ayah yaa.. Jawa + Arab... = dapat i :)) :))

ada rupa i tak?? ramai yang kata wajah i ada iras wajah bonda.. macehh... :) tu muncung panjang aje tu.. hah! tengah bercerita ler tu... sembang panjang kami berdua petang tadi... makan tengahari dah lewat petang.. makan beradap lagi you dua beranak!
lepas tu terus ler.. menghadap minum petang.. selang 5 minit lepas makan tengahhari :)) baik punya agenda 2 beranak petang tadi..
bukan dapat selalu macam tu yaa.. tak?

Jom! Try resipi Serawa Durian Khas Buat Bonda..


BAHAN-BAHANNYA :

5 ulas durian

1 buku gula melaka *hiris
1 sudu besar gula pasir
1/2 biji kelapa = 400 ml santan pekat
sedikit garam

2 helai daun pandan *simpul

CARA :

campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan jerangkan di atas api.
Api sederhana dan sentiasa dikacau sehingga gula larut dan kuah pekat.
Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan bersama pulut.

TARRAA!!!

SERAWA DURIAN KHAS BUAT BONDA


Kuah pekat.. lemak manis durian tu...
 bau harum daun pandan tu wahhh.... :))


Hidangkan bersama pulut tanak... wahh..

"Lama tak makan Serawa.." << Bonda cakap ekk... :) 


kalau tiba bulan puasa dapat serawa durian.. wahhh.... 
 kecurr aje masa nak menanti waktu buka puasa tu kan kan...


bulan puasa.... masak serawa durian.. hantar ke rumah jiran barang semangkuk...
nanti mesti dapat mee hoon goreng Mak Ana.. *jiran sebelah* 
hehehehee... :))


bersama bonda tersayang...
 ke mana tu??? ehhh ada laa.. later-later i share ekk... ;)


Serawa Durian.. banyak kenangan di sebalik hidangan itu... segalanya masih segar di ingatanku... kini hanya tinggal Bonda... sayang Bonda selagi hayatku ada...

AL-FATIHAH BUAT ARWAH AYAH... 



Assalammualaikum... Jumpa lagi yaa... :)

TATA!!


Tuesday, May 8, 2012

Bubur Kacang Durian... Pulang Mangkuk Jiran


Assalammualaikum.. dan selamat pagi semua teman blogger baru dan lama... Wahhh... ceria tak pagi ni??? mestilah ceria ya tak?? *sambil tengok kelender pangkah bila dapat royalti* heheehhh... macam ni lah orang tak makan gaji... 3 bulan sekali baru dapat menuai hasil penat lelah.... :)))


Okay sebelum i menonyeh panjang lebar... i nak ucapkan Jutaan terima kasih buat semua yang sudi singgah dan meninggalkan komen di dapur i yang tak seberapa ini... terima kasih... sekarang masih sibuk ada pulak rezeki mendatang so nak kena selesaikan dulu urusan tu yaa.. walau macam mana pun, yang mana dah folo i tu... Tq sooOOoooOOooo much... i dah follow you all taw... :))) dan yang mana tidak meninggalkan address tu tak dapatlah i nak follow balik.. sila inbox i yaa... macehh.... :)) nanti bila ada kelapangan i akan berkunjung ke dapur you all.. petang sikit nanti i free... jangan habiskan makanan tu taw.. i nak banyak tak nak sikit hehehhh...


Jutaan terima kasih juga buat semua blogger yang sudi tags AWARDS TQ SO MUCH, yang mana belum tags tu silakanlah yaa.. Ikhlas dari i buat semua teman baru dan lama dan tiada yang terkecuali... cayang kat you all semua.. muahhzzzz << kiss sampai terlelap...:))

Okay di kesempatan ini juga i nak ucapkan terima kasih buat si cik adik manis... yang resipinya dwi bahasa.. tak lain dan tak bukan Cik Ogyep Yummy Mellow... siap buatkan i SPECIAL TEA-TIME FOR ME...:)) Wahai adikku terima kasih cayang.. akak makan banyak... semua kot yang akak ko makan muahahaaa... cayang Ogyep! so kepada semua teman blogger jangan lupa singgah dan add adik i yang comel tu yaa... macehhh...:))


So YommmEyyhhhhhhhhhhh

Juga Jutaan terima kasih kepada semua teman yang sudi tags dan siap promote my dapur ni... i nak ucapkan ucapan yang kontot aje.. berserta doa.... 
"YOU ALL TERBAIK!!" 

doa pulak yaa... sila tadah tangan...

 "Ya, ALLAH! Ya, TUHANku... berkatilah usaha murni sahabat-sahabatku, Limpahkan rezeki buat semua teman-temanku di alam maya ini, Berikan kesihatan yang baik buat mereka semua, Sentiasa ceria dan bahagia bersama keluarga dan teman tersayang... Aaaminnnnnnnnnnnnnnnn..."

Okay dahhh... jom! Masak!!



BUBUR KACANG DURIAN

BAHAN-BAHANNYA :

400 gm durian segar
1 helai daun pandan
1 cawan kacang hijau *rebus sehingga empuk dan toskan*

600 ml santan
2 buku gula melaka anggaran 200 gm
2 sudu besar gula pasir
sedikit garam

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali durian.
Masak atau renehkan sehingga gula melaka dan gula pasir larut.
Masukkan durian dan renehkan sehingga durian sebati dengan kuah.
Angkat dan hidangkan bersama, biskut, roti perancis, roti putih, roti jala dan apa sahaja yang you all terhingin ekk..:))

TARRAA!!!

BUBUR KACANG DURIAN


Durian tu i beli seminggu lepas... mujur tak rosak.. dan masih molek dan segar sebab apa tau... sebab i bungkus ketat dan kedap dengan plastic wrap... tak caya cuba yaa...


di rumah ni hanya i sorang aje yang reti makan bubur kacang durian.. yang lain cuit pun tidak.. durian fresh suka! ehhh sesuka hati aje ekk nak suka tak suka... hehhhh.. so i buat bubur kacang durian ni sebab apa taw... sebab...


sebab nak pulang mangkuk jiran... hehhh... dari minggu lepas tak ku pulang.. jiran i bagi lontong sedap naa... Lontong Style Singapore tau.. sebab jiran i tu berasal dari Singapore... Tq Mak Ana.. muahh... dia tak baca blogs i ni.. sibuk jaga cucu hehhhhh...:))


Nganga mulut please.. ya i nak suapkan ni... ya nak suap kat you all lerrr... sila beratur.. jangan berebut... wahhh... Kak Noor dan Amelia mulut tu bukan main  luas lagi hahaha... bib jangan lupa bawak okeh..:))


selit cikit pasal Abang Amin... sila abaikan tudung sarung i yang terkelop gitu guper peh! dah macam pakai topi keledar pun yaa.. apa kes??? keh keh... dan yang arrow kat belakang tu.. dorm Abang Amin.. dia cakap semua kawan-kawan dia semua okay... baik dan tak ada yang jenis nak lari balik rumah! muahahaa.. cuma dia mengadu kat i.. ada sorang kawan dia.. kalau nak pakai baju dia bogel bulat aje macam tu... muhahhahaha... aduhaii.. pastu i pesan kat Amin.. jangan tengok tau... DOSE!


cuba tengok.. manalah tahu ada anak-anak you all...  masa nak snap gambar tu i angkat jari THUMBS UP! wahh... sporting budak2 tu... THUMBS UP jugak.... nak kesurau tu ya...


Masa nak melangkah masuk dari pintu pagar besar tu.. adalah beberapa orang pelatih PLKN.. mereka di tugaskan untuk memeriksa beg yang di bawa masuk... so i pun tanyalah..

"Family ada datang?"

"Tak ada... minggu depan Kak..."

Mata i dah kecik besor dahh.. sayu aje... bila budak2 tu cakap camtu... tapi bila terngiang-ngiang budak2 tu panggil i "KAK" terus segor biji mata.... Insyallah minggu depan nak bawak sikit buah tangan untuk mereka tu... aritu bawak juga.. tapi hanya untuk kengkawan Abang Amin yang sama dorm... sabar yaa nak... nanti AKAK datang bawak beskot yaa... cayang muahzzz..:))


Abang Amin dahhhhhh... botak! huahahuuuuauuu.... sebelum berpisah.. Abang Amin nak ke surau.. solat berjemaah.... Syukur Alhamdulillah... Abang Amin pesan...

"Momma jangan lupa bawak UNO cards.."

i jawab...

"Okeh cayang.. nanti momma bawak 3 dek... jadi Amin tak payah berebut nak main dengan kengkawan ekk..."

Jam tu gak.. Pak Habibi i jeling stok... dalam hati cakap cam ni..

"JANGAN NAK SURUH I BELI LAGI OKEH!"

i pulak senyum simpul aje giteeww... apa i kesah hahahhaha...

Okaylah.. i nak mengemop lantai dulu.. Abang Amin tak ada... Bibik tak ada.. so i ada Bibik baru sekarang ni.. siapa sha????? i laa....... muahahhahahaahhaa <<< eksesais rahang dan mulot!


SILA KLIK GAMBAR ATAS TU UNTUK KISAH SEPANJANG PELANCARAN DI PWTC...

tq so much... Jumpa petang nanti... muahzzz


TATA!!!

Monday, April 2, 2012

BUBUR JAGUNG TEPUNG CACA

BUBUR JAGUNG TEPUNG CACA


Assalammualaikum... menu minum petang i sekeluarga petang tadi... awal pagi tadi i dah sharekan.. beli jagung madu di pengkalan raja... petang tadi sempat ku bikin kan bubur @pengat... kat rumah ni sejujurnya.. yang makan cuma i dan hero no 1 yang lelain tu pandang pun tidak... biaceee lagi dia! tak per.. siap aje memasak bubur tu tadi.. hulurkan jiran semangkuk besar.... i cuma tepikan 1 mangkuk kecik aje... kalau tidak di sedekahkan aje memang tak habis sampai ke tulat! dah tu jerk.. laporan petang ini...:))


tu dia.. beli 12 ketul RM10.. bagi dengan ipar duai.. i amik 5 biji... dengar cerita my biras semua nak rebus aje jagung tu ekk... alahaii.. bukannya besar sangat... adalah panjang sejengkal... lebar tak sampai secekak.. dah tu....


perghhh.. ada jugak sebatang yang rompong! dulu kan bonda i selalu cerita kat i... kalau nak tanam jagung tak boleh bercakap atau bukak mulut.. nanti jagung tu ronggak! ini apa kess??? mungkin wak yang tanam jagung tu gigi dia tak ada kot?? muahahhaa... ishh tak baik nyaa.... sorry ya wak jagung.... o____O


dan mujurlah... hanya sebatang aje yang rompong heheee... masa ni mungkin wak jagung tu tutop mulut masa menamam jagung tu yerk.... ***______@@

Udah ler tu ekk.. meh ler kita membuat bubur jagung.. kang sampai ke esok tak terbuat... :)))

BUBUR JAGUNG TEPUNG CACA


Bahan-bahannya :

5 biji jagung *kikis isinya sahaja*
didihkan air dan rebus selama 8 minit. Angkat dan toskan!
*jangan rebus terlalu lama, jagung madu enak di makan bila ranggup...:))

1/2 cawan tepung caca.
Didihkan air dan rebus tepung caca *gambar di atas sehingga kembang dan toskan.

Bahan Untuk Bubur :

1helai daun pandan *siat dan ikat
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula melaka *hiris
sedikit garam
500 ml santan pekat

CARA :



Campurkan, gula pasir, gula melaka, daun pandan, secubit garam dan santan kelapa dan renehkan. *sentiasa di kacau.
Setelah itu masukkan jagung, tepung caca dan renehkan sebentar *anggaran kuah agak pekat sedikit.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!

BUBUR JAGUNG TEPUNG CACA


Lemak, manis buah, isi jagung madu yang ranggup, rasa kenyal tepung caca yang berbagai warna tu.... memang syiok!


Selamat mencuba!!!

TATA!!!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ