Assalammualaikum :)
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Khas buat semua peminat dan juga rakan-rakan FB dan blogger tak kira di mana berada... yang baru dan yang lama...
Di kesempatan ini Shahriah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya :D
Minta maaf kerana agak lama menyepi dek kerana urusan dan jadual kerja yang begitu padat dan sendat ;)
Sangkaanku bila semua sanak saudara pulang ke destinasi masing-masing,
urusan kerja selesai... kisahnya semakin sibuk selepas meraikan Aidilfitri yang lalu...
Kepenatan menyiapkan persiapan hari raya tak reda lagi nampaknya, di tambah pulak dengan jadual kerja yang padat.. :)
Syukur Alhamdulillah berkat kesabaran tahap maksimum.. nampaknya dah boleh tarik nafas lega sikit ni..sikit aje ni ekkk..:D
Masih segar di ingatan kenangan sepanjang Aidilfitri yang lalu...
cukup indah dan menyeronokkan di kelilingi sanak saudara jauh dan dekat
memang seronok... kini semuanya telah kembali seperti asal..
rumah ini sepi tanpa riuh rendah sanak saudara bergurau senda...
hah! mulalah sayu aje hati ini...
sepi dan yang tinggal kini hanya kenangan lalu yang akan ku kenang selamanya..
Wahhh... jiwang nampaknya.. mau taknya...
sepi sangat rumah ni... siang hari tinggal i sorang aje terkonteng-konteng...
bak kata pepatah... bunyi jarum jatuh pun dengar :))
Tersentuh benar hati ini... apabila sekian lama menyepi...
langsung tidak menjengah FB dan Blogs..
sekali bila ku buka.. waduhhh bukan main banyak lagi MSG dari peminat-peminat dan rakan-rakan FB dan juga blogs... terima kasih sahabat...
rupanya ada jugak yang rindukan i yerk :D
tq soooOOoo much dear friends...
Minta maaf juga kerana tidak berkesempatan membalas tiap MSG sebab sibuk dan kesuntukan masa..
maklumlah i ni kalau bekerja segalanya berjadual... barulah dapat i selesaikan satu persatu urusan yang tertunggak tu...
celik aje mata... terus ler teringatkan kawan-kawan semua...
apalah yang nak kubikinkan khas mengganti diri selama menyepi tu yer..
turun ke dapur, nampak pisang lemak manis ada sesisir yang masak ranum..
kalau di biarkan aje memang ler tak bercuit...
terus ler membancuh... dengan motto...
"Banana And Chocolate Muffin ini kutujukan khas buat semua rakan-rakan FB dan juga Blogger"
ya giteewwww..... :D
Banana And Chocolate Muffin
BAHAN A :
2 cawan pisang lemak manis *lecek*
3 biji telur
1 cawan minyak jagung
3 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan gula perang *brown sugar
BAHAN B :
2 cawan tepung kek + 1 sudu teh baking powder + 1/2 sudu teh baking soda + 1 sudu teh garam halus
*ayak bersama*
BAHAN C :
2 sudu besar serbuk koko *van hauten
1/2 cawan chocolate rice
CARA :
Campurkan *BAHAN A*
Dan putarkan sehingga sebati atau gula larut.
Campurkan *BAHAN B* & *BAHAN A*
sehingga sebati.
Bahagikan kepada dua bahagian.
Dan campurkan satu adunan bersama *BAHAN C* gaul sebati.
Setelah itu masukkan adunan secara berselang-seli di dalam cup cakes. Lakukan sehingga selesai.
Panaskan ketuhar dengan suhu 160'C selama 10 minit dan bakar adunan selama 10-15 minit.
Angkat dan sejukkan.
Sedia di hidang bersama kopi panas!
TARRAA!!!
Banana And Chocolate Muffin
baunya waduhhh harum semerbak satu rumah i you..
hati yang sayu ni tetiba ceria :D
Banana And Chocolate Muffin
Lemak, manis, harum, rasa koko dan coklat rice bila di gigit tu..
wahhhh... hilang mata hitam youuu ;))
sesuai di hidangkan untuk sarapan pagi..;)
macam i sekarang ni ler... sambil menghadap PC sambil mengunyah muffin wahh giteeww.... :))
Untuk minum petang juga sesuai.. jangan lupa lawankan dengan kopi o panas..
waduhhh terangkat youuuu :D
yang mana tiada idea nak buat manisan apa untuk majlis open house tu..
hah! muffin ni memang sesuai.. muai pulak tu.. jimat belanja pun yer...
tak giteeww? ya giteew..;)
Okaylah rasanya setakat ini dahulu..
doakan i selesai menyiapkan segala urusan kerja i yang bertimbun tu yaa..
minggu depan dah mula outstations nampaknya semakin sibuklah jawabnya..
Insya~ALLAH jika ada kelapangan i akan cuba berkongsi pelbagai jenis resipi mudah..
tidaklah sehebat mana.. yang penting i ikhlas ingin berkongsi kepada semua..
jaga diri.. jangan noty-noty... senyum selalu...
Assalammualaikum...
Nak tengok i melompat??
TATA!!