ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, September 4, 2012

Banana And Chocolate Muffin


Assalammualaikum :)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Khas buat semua peminat dan juga rakan-rakan FB dan blogger tak kira di mana berada... yang baru dan yang lama...

Di kesempatan ini Shahriah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya :D

Minta maaf kerana agak lama menyepi dek kerana urusan dan jadual kerja yang begitu padat dan sendat ;)



Sangkaanku bila semua sanak saudara pulang ke destinasi masing-masing,
urusan kerja selesai... kisahnya semakin sibuk selepas meraikan Aidilfitri yang lalu...
Kepenatan menyiapkan persiapan hari raya tak reda lagi nampaknya, di tambah pulak dengan jadual kerja yang padat.. :)
Syukur Alhamdulillah berkat kesabaran tahap maksimum.. nampaknya dah boleh tarik nafas lega sikit ni..sikit aje ni ekkk..:D


Masih segar di ingatan kenangan sepanjang Aidilfitri yang lalu...
cukup indah dan menyeronokkan di kelilingi sanak saudara jauh dan dekat
memang seronok... kini semuanya telah kembali seperti asal..
rumah ini sepi tanpa riuh rendah sanak saudara bergurau senda...
hah! mulalah sayu aje hati ini...
sepi dan yang tinggal kini hanya kenangan lalu yang akan ku kenang selamanya..

Wahhh... jiwang nampaknya.. mau taknya...
sepi sangat rumah ni... siang hari tinggal i sorang aje terkonteng-konteng...
bak kata pepatah... bunyi jarum jatuh pun dengar :))


Tersentuh benar hati ini... apabila sekian lama menyepi...
langsung tidak menjengah FB dan Blogs..
sekali bila ku buka.. waduhhh bukan main banyak lagi MSG dari peminat-peminat dan rakan-rakan FB dan juga blogs... terima kasih sahabat...
rupanya ada jugak yang rindukan i yerk :D
tq soooOOoo much dear friends...
Minta maaf juga kerana tidak berkesempatan membalas tiap MSG sebab sibuk dan kesuntukan masa..
maklumlah i ni kalau bekerja segalanya berjadual... barulah dapat i selesaikan satu persatu urusan yang tertunggak tu...


celik aje mata... terus ler teringatkan kawan-kawan semua...
apalah yang nak kubikinkan khas mengganti diri selama menyepi tu yer..
turun ke dapur, nampak pisang lemak manis ada sesisir yang masak ranum..
kalau di biarkan aje memang ler tak bercuit...
terus ler membancuh... dengan motto...

"Banana And Chocolate Muffin ini kutujukan khas buat semua rakan-rakan FB dan juga Blogger"

ya giteewwww..... :D

Banana And Chocolate Muffin


BAHAN A :

2 cawan pisang lemak manis *lecek*
3 biji telur
1 cawan minyak jagung
3 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan gula perang *brown sugar

BAHAN B :

2 cawan tepung kek + 1 sudu teh baking powder + 1/2 sudu teh baking soda + 1 sudu teh garam halus
*ayak bersama*

BAHAN C :

2 sudu besar serbuk koko *van hauten
1/2 cawan chocolate rice

CARA :

Campurkan *BAHAN A*
Dan putarkan sehingga sebati atau gula larut.

Campurkan *BAHAN B* & *BAHAN A*
sehingga sebati.
Bahagikan kepada dua bahagian.
Dan campurkan satu adunan bersama *BAHAN C* gaul sebati.
Setelah itu masukkan adunan secara berselang-seli di dalam cup cakes. Lakukan sehingga selesai.

Panaskan ketuhar dengan suhu 160'C selama 10 minit dan bakar adunan selama 10-15 minit.
Angkat dan sejukkan.
Sedia di hidang bersama kopi panas!

TARRAA!!!

Banana And Chocolate Muffin


baunya waduhhh harum semerbak satu rumah i you..
hati yang sayu ni tetiba ceria :D

Banana And Chocolate Muffin


Lemak, manis, harum, rasa koko dan coklat rice bila di gigit tu..
wahhhh... hilang mata hitam youuu ;))


sesuai di hidangkan untuk sarapan pagi..;)
macam i sekarang ni ler... sambil menghadap PC sambil mengunyah muffin wahh giteeww.... :))


Untuk minum petang juga sesuai.. jangan lupa lawankan dengan kopi o panas..
waduhhh terangkat youuuu :D


yang mana tiada idea nak buat manisan apa untuk majlis open house tu..
hah! muffin ni memang sesuai.. muai pulak tu.. jimat belanja pun yer...
tak giteeww? ya giteew..;)


Okaylah rasanya setakat ini dahulu..
doakan i selesai menyiapkan segala urusan kerja i yang bertimbun tu yaa..
minggu depan dah mula outstations nampaknya semakin sibuklah jawabnya..
Insya~ALLAH jika ada kelapangan i akan cuba berkongsi pelbagai jenis resipi mudah..
tidaklah sehebat mana.. yang penting i ikhlas ingin berkongsi kepada semua..
jaga diri.. jangan noty-noty... senyum selalu...

Assalammualaikum...


Nak tengok i melompat??


TATA!!


14 comments:

dapurCikWan said...

welcome back my dear kak sha..semestinya kami2 merindui celoteh nakal kak sha tue....hehehe..

Wani Sukarno said...

assalamualaikum kak sha.. SELAMAT HARI RAYA.. maaf zahir batin buat kak sha and family....tak terlewat lagi nak ucapkan... adei sedihnya bunyi jarum jatuh pun x dengar ya kak..rindu sama kak sha..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Cik wan cayang kak sha mucuk wangi cayang dia sangat2... ya dik akak busy sekarang ni.. ni pun curi2 masa nak edit gambar dan buh sikit celoteh hehehe... selamat hari raya dik.. jaga diri cayang dia...

Shahriah Abdullah Novelis said...

W'salam Wani sayangggg mucuk wangi akak... Selamat Hari Raya juga buat wani dan keluarga tersayang yaaa....kak sha pun rindu dengan wani dan semua kawan2 blogger... akak busy.. Insya~ALLAH bila dah selesai segala urusan kerja tu akak akan kembali aktif dah tak sabar nak BW singgah rumah kengkawan semua... raya sebulan kan kan.. take care yaa.. cayang dia muahzzzzz

Unknown said...

Sibuk benar sha skrg ni, tkpelah..dulukan mana yg lebih penting. Kwn2 semua memahami.
Cup cake tu nmpk gebu mcm org yg buatnya...gebu ke lepas raya sha?

Unknown said...

Gebu cake tu mcm tuan punyanya....takpelah sha, dulukan mana yg penting. ada masa nnti lawatlah dapur kami2 ni.

Amie said...

Terima kasih Sha kerana jamu kami dengan banana chocolate muffin yang cantik senyum merekah tu... rasalah terharunya bila terbayang sunyi dan sepi yang dikau alami itu... adakalanya sepi itu indah tapi bagiku sepi itu suatu seksa....huhuhuuu trauma dengan suasana sepi!

Amelia said...

Hellllooooooooooooooo.......laling arhh... lu hilang lama weeiii. I manyak rindu you leyyy....I miss you, dear!

Gua tunggunya tunggu you tak tau hilang mana pergi. I tau lah you banyak sibuk, so I tak mau kacau kacau you. I will be right here waiting for you until you selesai your kerja penting2x.

Buang 4 biji muffin sini, gua tengah lapar belum makan lunch. Itu bau wangi dah sampai kawasan saya. hahaha

SELAMAT HARI RAYA TO YOU AND FAMILY. MINTA MAAF KALAU KADANG KADANG ADA SALAH CAKAP.

Your gambar bukan main punya gorgeous dan cantik molek.

Senang datang pondok tapi pakai cermin mata sebab ada silau sikit.
And ada awards untuk you yang you belum sempat ambik under "Caramel coffee ice cream."

Bye, see you cayang...muahhzzzz...

ibh_sue said...

Asslmkum Kak Sha.
Welcome back..hehehee..seronok beraya ya. Alaaa..tak mo jamu mata ja..Nakkkk muffin tu..heeee

Selamat hari raya kak Sha

PH said...

Wow! Best lah banana and chocolate mufin. Pisang ngan cekelat ni memang kawan baik, kan? Memang sedap anything yang ada banana and cekelat together.

rahel said...

Salam Kak Sha...
auuuuu...mufin pisang blueberi dah mari...selamat hari raya...bagi2 dong mufinnya itu..

zuwaidah said...

Yuhuuuuuuuuuu....ngeeeeee kita pun baru boleh nak buat sesi melawat blog kawan2...dah banyak beno teman ketinggalan nih...Kena buat revision nih hehehehehe

Liza said...

salam lebaran sha, wahh harum semerbak muffin tu sampai kesini...hihihiih, nmpak sgt menipunya....hahahaaha
nmpk lembut jer muffin tu, kompem sedap...

Balqis Nazid said...

salam kak Sha..

tadi bell-bell tak ada orang
pesanan simpankan 2 ketui tu ada lagi tak hik..hik..

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ