ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, March 8, 2012

PENGAT LABU & BARLI

PENGAT LABU & BARLI


Assalammualaikum... tu diaa... pengat dah mai dah.... lemak aje giteeewww... kalau bonda tersayang ada kat rumah ni wajib minum petang nak kena ada.. i ni memang rajin melayan... kalau ada yang tukang makan dan komen... memang rajin nak masak  itu ini... gengs kat rumah ni kurengss sikit dengan segala apa yang di panggil pengat.. cuba kalau pizzaa amboihhh... kemain lagi ekk... okay tadi i tanya bonda... "manis tak??" bonda i cakap... "Tak pon... saje aje manisnya.. manis buah.." yer laa mana boleh buat manis-manis bonda i tu dah cukup manis heehee... okay.. barli tu pulak i memang rebuskan buat bonda.. air barli tu bagus... so ada baki barli tu i campurkan sekali dalam pengat yang "Sajaaa.. aje rasanya tuuuu.." dah tu jerk.. lain tak de...:))) *baru pitam*

PENGAT LABU & BARLI


1 biji gula melaka *saiz macam gambar di atas
200 gm labu *potong kecil
1 cawan barli
5 sudu besar gula pasir
800 ml santan
sedikit garam
2 helai daun pandan

CARA :

Rebuskan barli dengan 1000 ml air dan sehelai daun pandan sehingga kembang.
Kemudian masukkan labu dan sehelai lagi daun pandan sehingga labu empuk.
Masukkan gula pasir & gula melaka dan renehkan sehingga gula melaka larut.
Masukkan santan dan sedikit garam.
Sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

PENGAT LABU & BARLI


SAYANGI BONDA SELAGI HAYATNYA ADA.. TANPA BONDA... TIADA KITA DI DUNIA INI... RENUNG-RENUNGKAN...:))) I LOVE BONDA....

TATA!!!

BUBUR NASI & THE GENGS

BUBUR NASI & THE GENGS 


Assalammualaikum... hari ni makan bubur nasi i youuUu... terlebih rajin atau malas ni??? rajin okeh.. sebab yang mudah tuu cuma masak bubur nasi tu jerk.. lelauk tu yang leceh nak di bikin.. tapi kali ni i bikin apa yang ada aje... cuaca pulak sekarang ni tak menentu.. jap hujan.. jap panas.. so hari ni panas mencetang! tu yang masak bubur.. malam kang ehhh... kena masak lagi ler ni ekk.. tapikan sesekali makan bubur best! langsung tak muak.. mesti perot i suke sebab senang nak mencerna! *pengsan*

Okay Sila betulkan tempat duduk anda kerana hari ni i masukkan semua resipe sekaligus! baikkan i.... *sila tepuk tangan*

BUBUR NASI & THE GENGS 

BUBUR NASI


Memula sekali tuu... sebelum nak memasak apa-apa tu... masak dulu bubur nasi ni ekk... sukatan 1 1/2 pot beras 6 cawan air dan sehelai daun pandan atau jika tak lembut sila tambahkan air lagi sehingga nasi kembang menjadi bubur ler ekk... "Nasi dah jadi Bubur..." hah! cenggitu ler.. masak nasi tu biar sehingga jadi bubur! *pengsan*

* i paling tak suka bubur nasi di bubuh garam.. tak tahu kenapa.. memang tak suka.. muak kot..*
*tak pengsan pon...*

TELUR MASIN


4 biji telur masin cuci bersih dan rebus sehingga telur masak. Setelah sejuk potong 2.. yer puan-puan dan cik kak....

TELUR DADAR KISAR


6 biji telur + 1 biji bawang besar + sedikit serbuk lada hitam + 2 tangkai lada merah dan sedikit garam. Campurkan kesemuab bahan-bahan dan kisarkan dengan blender. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan. *tekstur agak berbuih.. tak per.. gunakan api perlahan. Memang berbeza dengan telur dadar biasa.. lebih lembut dan gebu i tell you Kak Long!

TAUGEH GORENG CHAI PO *LOBAK ASIN*


1 mangkuk taugeh + 1 biji bawang merah + 2 ulas bawang putih + 1 sudu besar udang kering + 1 tangkai lada merah + 6 keping chai po *lobak asin-hiris*, sedikit minyak : Cara : Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, udang kering, lada merah, chai po dan gorengkan sehingga bawang layu. Masukkan taugeh angkat dan hidangkan!

IKAN BILIS GORENG KICAP


250 gm ikan bilis + 1 biji bawang besar + 5 ulas bawang putih + 3 tangkai lada hijau + 1/2 cawan kicap manis + 1 sudu besar cuka + gula dan garam. Cara : Panaskan minyak dan goreng ikan bilis separa garing, masukkan bawang besar, bawang putih, lada hijau sehingga naik bau. Masukkan cuka dan kicap manis, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

IKAN MASIN


Aduyaiii... ni nak kena tulis resipe jugak ke??? okay i guna ikan masin YU, goreng dan tumbuk hidangkan bersama limau kasturi... terbaik!!!

TARRAA!!!!

BUBUR NASI & THE GENGS 


TERBAIK!!! TERBAIK!!! TERBAIKKK!!! selamat mencuba kawan-kawan!!!

TATA!!!!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ