ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, March 31, 2012

CHOCOLATE BANANA MUFFIN WITH PEANUT GANACHE

CHOCOLATE BANANA MUFFIN 
WITH
 PEANUT GANACHE


Assalammualaikum.... lepaskan solat Maghrib barulah duduk menghadap PC... baru nak edit dan share resipe.. hari sabtu yang cukup panjang hari ni ekk... macam-macam kerja yang telah ku lakukan.. mengemas tak sudah-sudah.. hentah apa yang ku kemas pun tak tahu muahaha... lap habuk... kuis dan kais celah-celah almari... cuci itu... cuci ini.. keluarkan pinggan mangkuk... pastu masukkan balik hahaha... macam kurang kerja... petang melipat kain baju.... wahhh... rajin betullah hari ni *terpaksa puji sendiri nih!*

 Bila tiba waktu minum petang tuu... ringan aje tangan nak membancuh manisan ekk.. dah cadang nak buat jemput-jemput pisang... ada lagi 4 biji pisang berangan yang dah hampir tamat tempoh... tengah dok mengupas kulit pisang tu.. my hero no 1 tu abang Amin menanyalah pulak... "Momma nak buat banana cup cakes ke?" ehh... masa tu dah nak ke wet kitchen sambil mengusung mangkuk yang dah penuh dengan pisang...ehh... patah balik semula ke tempat i bancuh kek tu ekk... bukak almari keluarkan cup cakes... hehhee.. terus jadi muffin... tak ler jadi nak membikin jemput-jemput pisang.. wal hal... kelapa dah sebati dalam pisang tu ekk... alahh apa susah kita buat dia... maka dengan itu.. jadi ler minum petang cona baring! jemput pisang jadi muffin... *tepuk tangan*


Hari ni i guna cup cakes corak ni pulak ekk.. kenalah dengan keler cake i tu.. ala-ala kecoklatan giteeww.. ala2 rustic giteeww.. i like...:)))

Jom! Buat...

CHOCOLATE BANANA MUFFIN 
WITH
 PEANUT GANACHE



BAHAN-BAHANNYA :

4 biji pisang berangan
200 tepung kek + 1 sudu teh baking powder + 1/2 sudu garam + 40gm serbuk koko }} ayak bersama
1 cawan susu segar
3 sudu besar minyak jagung
150 gm gula perang@brown sugar
3 sudu besar madu
1 cawan kelapa parut *putih sahaja
1 sudu besar esen vanilla
2 biji telur

acuan cup cakes

Untuk topping :

i gunakan baki chocolate ganache dan campurkan bersama 3 sudu besar chunky peanut butter dan tambahkan 2 sudu besar madu, kacau rata dan ketepikan.

CARA :

Campurkan pisang, gula perang, madu dan lenyekkan *pisang separa hancur.
Masukkan telur, minyak jagung, esen vanilla dan susu segar dan kacau sehingga sebati.
Masukkan kelapa parut dan gaulkan bersama tepung sehingga sebati.
Masukkan ke dalam acuan cup cakes *gunakan scoop ice cream sebanyak satu scoop.
Bakar dalam oven dengan suhu 170'C selama 20 minit.

TARRAA!!!

CHOCOLATE BANANA MUFFIN 
WITH
 PEANUT GANACHE



Sejukkan terlebih dahulu....


Baunya harummm.... teksturnya lembut....


Yang bertanduk pun ada.... yang ni selesai dulu... berebut anak2 suka sebab garing hehee.. kalau ku tahu memang ku buat semua macam tu! *pengsan*


Topping with the Peanut Ganache.. yang mana bereceh tu.. calit sikit guna jari...masuk mulut.... *mata tu pejam sikit* muahaha... noty!


Can you see the peanut butter melting...?????


dapat lebih kurang... 24 biji tadi ekk.... bagi jiran 6 biji... panas-panas!!


baki 12 biji esok bawa ke rumah ibu mertua kesayangan.... makan beramai-ramai dengan keluarga belah Pak Habibi....:))) so kengkawan cuba kira.. berapa bijik yang telah i makan anak beranak? hehhee.. dah macam kuiz pulak yer... hehhee...


Ulam pegaga, bangga tahap Ultraman taro ni ekk.. ingat tak hari tu i ada share resipe kerabu pegaga.... baki akar pegaga tu i cucuk dalam pasu.... tak sampai seminggu.... wahhhhh... dah dapat i ambil buat ulam... tak banyak yang dah lebar daunnya.. adalah dalam.. jap i kira ekk.. yaa semuanya ada 7 helai ulam pegaga.. jadiklah.. sekurang-kurangnya i dapat meng awetkan diri i selama 7 jam! muaahahaha.... *pengsan tahap 3!*

TATA!!!

GULAI DAGING BERSAMA KENTANG

GULAI DAGING BERSAMA KENTANG


Assalammualaikum.... hari ini tidak menjengkit ke mana-mana duduk sahaja di rumah... awal pagi dah bangun dan mengalih sana dan sini kat ruangan dapur basah i tu ekk... nyambil mengemas tu.. keluarkan daging dan defrost dalam microwave.. masa tu tak tahu lagi nak masak apa.. ingat nak buat daging blackpepper.. jemulah pulak... sambil hiris daging  tu.. dapatlah idea.. kentang ada lagi.. dah tiba hujung minggu... esok dah nak ke pasaraya membeli barang dapur.. tolong ingatkan i ekk.. asam keping dah habis! macehhh hehhee.. dah tu jerk... jap lagi nak bersantai depan tv... sambil makan buah berangan.. boleh ler berangan nyambil mengunyah tu yerk! *pengsan jap!*

GULAI DAGING BERSAMA KENTANG

1/2 kg daging batang pinang *hiris nipis
1 genggam daun kesum
1 genggam asam jawa bancuh bersama 800 ml air
3 biji kentang *potong 4

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang merah *hiris
1 biji bawang putih *hiris
1 sudu besar rempah campur

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit
1 cm lengkuas
30 tangkai cili kering
1 sudu kecil ketumbar

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *bahan tumis sehingga bawang layu.
Masukkan *Bahan kisar dan renehkan lama sikit dengan api sederhana sentiasa kacau.
Masukkan kentang, daging dan kacau rata.
Masukkan air asam jawa dan renehkan sehingga kentang dan daging empuk.
Masukkan daun kesum, sesuaikan rasa dan renehkan sebentar.

TARRAA!!!

GULAI DAGING BERSAMA KENTANG


sEDAppp....


Hari ni santai sambil mengemas apa yang patut di rumah ni hah! esok awal pagi dah nak membeli-belah... lepas tu singgah ke rumah mertua dan lepak KING bersama keluarga belah pak habibi.. petang tengok wayang dan bowling, lepas tu makan-makan di Dataran Johor... sekian laporan untuk hari esok.. tunggu petang nanti cadang nak buat jemput-jemput pisang... tunGguUuuu.....:))

TATA!!!

Kacang Panjang Goreng Kunyit

Kacang Panjang Goreng Kunyit


Assalammualaikum.... today i cooked a very simple dishes.. sayur kacang fav dak kerempeng Princess Nellysha i tu ekk.. kalau pergi ke pasaraya membeli barang dapur tu.. dia awal-awal lagi dah berkejar capai beg plastik dan lepas tu terus bungkus sayur kacang panjang.. tak pernah missed punyalah! nanti dia mesti tanya... "Momma nak berapa batang?" hehhhee... so kalau i cakap 15 batang dia dok ler mengira 15 batang! giteewww... yer sejak dari kecik lagi dah tahu tu memang tugas dia.. lain hal tak ada nak melapor hari ni...:)))

Kacang Panjang Goreng Kunyit

10 batang kacang panjang *potong 2 cm
2 sudu besar udang kering
2 keping tempeh *potong kecil
1 biji bawang besar *hiris
3 ulas bawang putih *hiris
2 batang lada hijau
1/2 sudu teh serbuk kunyit

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan gorengkan dahulu tempeh sehingga agak kekuningan.
Masukkan bawang besar, bawang putih dan udang kering, kacau sehingga bawang layu.
Masukkan kacang panjang dan serbuk kunyit, kacau dan sesuaikan rasa!

TARRAA!!!

Kacang Panjang Goreng Kunyit


Kacang panjang jangan goreng terlalu lama.. bila dah lodoh dan lembik tak best! warnanya pun tak cantik!


Selamat menjamu selera kawan-kawan....

TATA!!!

Cerita Sepanjang Di Gelanggang MasterChef Malaysia

Cerita Sepanjang Di Gelanggang MasterChef Malaysia


Assalammualaikum... yer jangan terkejut.. tetiba aje bukak gambar i tengah memasak tu ekk... bukan my kitchen tetapi gambar kenangan sewaktu bertarung di Gelanggang MasterChef Malaysia... tu diaa.. terlalu banyak kenangan manis sepanjang berada di MCM... hati tergerak nak berkongsi cerita pada semua... agar cerita dan kenangan manis itu tidak berkubur begitu sahaja...

Okay sebenarnya... i ada 5 blogs yang aktif *ikut kelapangan*... semuanya blogs tu khas untuk tiap-tiap tajuk cerita.... contohnya jika cerita bercuti, makan di mana-mana tempat yang i lawati selama ni.. tak reti nak campur adukkan.. takut nanti i yang blurrrr... hehehe.. dan segala percutian i bersama keluarga tersayang semuanya i akan kongsikan khas di blogs yang satu ini.. KLIK SINI>> 


i ni pulak suka dan banyak HOBI dan KOLEKSI... macam-macam TIPS yang i kongsikan... tak lama lagi jika ada kelapangan i nak share dengan you all how to make-up.. simple make-up aje... hehee.. i ada sijil okeh... walaupun sijil tu tak boleh di guna untuk carik kerja apa pun muahaha.... so i selalu updates blogs i yang satu ni ekk... one of my Fav blogs KLIK SINI>>>>


Dan satu lagi blogs... segalanya tentang kisah dan cerita i yang sewaktu dengannya.. banyak juga cerita dan tips i kongsikan kat blogs yang satu lagi ni ekk... dan sekarang ni i dah dapat idea nak share cerita sepanjang berada di gelanggang MCM... more tu luahan hati i ler ekk.... KLIK SINI>>>



Nantii... ada lagi.... belum habis lagi.. aduyaii.. macam kurang kerja aje kan kan... nak handle berapa banyak blogs.. tapi i suka.. sebab kesemua blogs i tu khas untuk satu-satu bab.. cewahh.. macam mengarang novellah jugakkan.. kan..


Okay untuk blogs penulisan dan segala kerja berkaitan dengan dunia NOVEL i tu.. i share kat blogs yang satu ni ekk... semuanya pasal NOVEL dan DUNIA PENULISAN.. sesiapa yang perlukan TIPS nak jadi penulis tu hah! silalah join blogs penulisan i tu ekk...
 KLIK SINI>>>


AKU DAN DUNIA PENULISANKU....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

:
okey.....
:
:
:
Sementara nak menunggu i memasak tu kan kan... sila dan sudi-sudilah singgah dan join blogs i yang lelain tu yaa.. nanti i join you all... baru sekarang tahu macam mana nak join kengkawan yang join blogs.. al-maklumlah i ni walaupun dah hampir 1 tahun lebih berblogs.. masih banyak yang i perlu belajar... kata orang.. perlahan-lahan jangan gelojoh... tak gitew...
Okay terima kasih kepada yang sudi add i yaa.. sayang kat you all semua... take care and smile always.. muahhh...

TATA!!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ