ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, March 31, 2012

GULAI DAGING BERSAMA KENTANG

GULAI DAGING BERSAMA KENTANG


Assalammualaikum.... hari ini tidak menjengkit ke mana-mana duduk sahaja di rumah... awal pagi dah bangun dan mengalih sana dan sini kat ruangan dapur basah i tu ekk... nyambil mengemas tu.. keluarkan daging dan defrost dalam microwave.. masa tu tak tahu lagi nak masak apa.. ingat nak buat daging blackpepper.. jemulah pulak... sambil hiris daging  tu.. dapatlah idea.. kentang ada lagi.. dah tiba hujung minggu... esok dah nak ke pasaraya membeli barang dapur.. tolong ingatkan i ekk.. asam keping dah habis! macehhh hehhee.. dah tu jerk... jap lagi nak bersantai depan tv... sambil makan buah berangan.. boleh ler berangan nyambil mengunyah tu yerk! *pengsan jap!*

GULAI DAGING BERSAMA KENTANG

1/2 kg daging batang pinang *hiris nipis
1 genggam daun kesum
1 genggam asam jawa bancuh bersama 800 ml air
3 biji kentang *potong 4

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang merah *hiris
1 biji bawang putih *hiris
1 sudu besar rempah campur

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit
1 cm lengkuas
30 tangkai cili kering
1 sudu kecil ketumbar

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *bahan tumis sehingga bawang layu.
Masukkan *Bahan kisar dan renehkan lama sikit dengan api sederhana sentiasa kacau.
Masukkan kentang, daging dan kacau rata.
Masukkan air asam jawa dan renehkan sehingga kentang dan daging empuk.
Masukkan daun kesum, sesuaikan rasa dan renehkan sebentar.

TARRAA!!!

GULAI DAGING BERSAMA KENTANG


sEDAppp....


Hari ni santai sambil mengemas apa yang patut di rumah ni hah! esok awal pagi dah nak membeli-belah... lepas tu singgah ke rumah mertua dan lepak KING bersama keluarga belah pak habibi.. petang tengok wayang dan bowling, lepas tu makan-makan di Dataran Johor... sekian laporan untuk hari esok.. tunggu petang nanti cadang nak buat jemput-jemput pisang... tunGguUuuu.....:))

TATA!!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ